Thursday, November 19, 2009

UNDANGAN WALIMATUL URUS

Assalamualaikom wbth...

Pada permulaan awail Zulhijjah ini merupakan hari baik dan bulan baik, dengan ini saya menjemput rakan-rakan dan kenalan ke undangan walimatul urus kami.



Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri,
dengan rendah hati kami mengundang sahabat-sahabat, ustaz2, ustazah2, para guru, para alim ulamak ke majlis walimah kami

MOHD FAIRUS BIN SHUAIB (Kedah)

dengan
SOFIYAH AHMAD SUBKI (Selangor)

pada 28 November 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430,
Bertempat di Dewan Mohd Syaltut, Bait Izzah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT), Gharbiah, Tanta, Mesir.

Dijemput kepada :
Pegawai-pegawai rumah negeri di Mesir ( BKAN Kl,Selangor,Kedah,)
Semua kenalan dari DPMT, MKKK, BKAN KL,
Al-Masyayikh jemputan (Guru Quran dan Luqhah saya).
Semua rakan-rakan yang mengenali diri ini.


Kami turut mengundang sahabat-sahabat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Yaman, Morocco dan Syria yang mengenali diri saya dan juga bakal isteri. Ampun dan maaf kad jemputan ini pengganti diri. Semoga dengan pemberitahuan melalui alat-eletronik ini mampu sampai khabarnya pada seluruh sahabat-sahabat sekalian.



Jutan Terima Kaseh khusus buat :
Ibu tercinta (Harison Hamid) abg chaq, abg cik, abg chu, adik fitri seisi keluarga,
Kedua ibubapa sebelah bakal isteri serta kaum kerabatnya,
Tn Guru Ahmad Ibrahim Changloon,
Ust Yussainie Yahya, Umi Norma dan Abah Rosli.
BKAN KL, MKKK, DPMT dan PMRAM.
Terima kaseh tidak terhingga pada semua yang terlibat dalam pengurusan majlis ini. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.


Ya Allah jadikanlah perkahwinan ini Redho besar darimu memasuki gedung makrifat dan ibadah ikhlas padaMu. Berkatilah segala amal dan tindakan kami agar lurus dan menepati segala kehendakMu. Bentuklah dari keluarga ini diantara para pejuang agamaMu yang ikhlas berjuang keranaMu. Jauhkanlah fitnah dan anasir yang boleh menganggu perjalan salikMu ini. Berilah kekuatan dan keupayaan masa ,tenaga, kewangan dan lapangan untuk beribadah seluasnya untukMu..amenn.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN"
Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail 'alaihima salam.

Tadhiyah itu rukun kelima. Khauf dan Raja' kepadaNya..

.

Thursday, September 17, 2009

Usrah di Masjid Amru bin 'Aus

~ Syeikh Muhammad Jibril di Masjid Amru Bin 'Aus



JoM UsRaH di MaSjiD AmRu..!!!


Alhamdulilah, segala puji bagi Allah,dapat juga diberi peluang oleh Allah untuk berteraweh dan bermunajat di masjid Amru bin 'Aus,kaherah. Setiap tahun tanggal malam 27 Ramadhan masjid Amru Bin 'Aus di kaherah pastinya didatangi oleh sekian ramai orang islam dari seluruh pelusuk mesir. Ramai ulamak mesir memberi pandangan malam lailatul qadar ialah jatuh pada malam 27 Ramadhan.Sebab itulah masjid pertama dibina di Mesir ini pasti akan dikunjungi oleh ramai orang dan saban tahun akan diimamkan oleh Syeikh Muhammad Jibril, seorang Qari mesir yang suaranya cukup merdu.

Tiga kumpulan usrah yang merancang dan terlibat dalam jaulah ini. Usrah ana, usrah ust Hadi dan usrah Dr. Zulkifli,wah bestnye buat usrah gabungan camni. Hari itu, bermula jam 2petang jumaat, ahli usrah saya mengumpul 5botol air untuk dibawa bersama dan satu botol spray. Eh untuk apa botol spray tu? Ya, tidak lain dan tidak bukan, ianya digunakan untuk berwudhuk.Pelikkan, kenapa? Masjid tu takde air ke? Tak, sebenarnya masjid begitu luas dan orang terlalu ramai. Jika kita tingalkan tempat untuk pergi berwudhuk di tempat wadhuk maka berkemungkinan kita akan kehilangan tempat duduk. Berkemungkinan juga akan berlaku kesesakkan di tempat wudhuk, so botol spray telah diisi air bersih agar mudah berwudhuk jika batal air sembahyang.

Sebelum tiba di perkarangan masjid petang tu, kami berbual-bual, adakah tahun ni Syeikh Muhammad Jibril juga akan turun mengimami solat. Sebabnya sebelum-sebelum ini ada juga tahun as-syeikh tidak datang dan diganti oleh syeikh lain. Tetapi alhamdulilah, terdengar sahaja takbiratulihram solat isyak 'Allaaaaahu Akbar' oleh si imam, maka kenal dan yakinlah bahawa itulah suara lunak syeikh Muhammad Jibril. Selesai solat, adik-adik usrah semuanya kelihatan puas dan seronok apabila mengetahui Syeikh Jibril yang mengimami solat. Kenal suaranya yang nyaring itu. Masing-masing mengatakan mereka kali pertama datang ke masjid Amru bin 'Aus ini dan mengharap sangat-sangat Syeikh Jibiril yang mengimami solat. Alhamdulilah hajat mereka tercapai.


#~Muka-muka ceria semasa berbuka puasa di dalam masjid Amru :

~Aliuddin dan Imran menjamah makanan berbuka.
~Berbuka puasa dengan Fathirah Ikan Tuna yang telah di'taja' oleh Halis Syafiq(usrah ana) dan Mawardi(usrah u.Hadi). Tima kaseh ye dik. Len kali pizza pula :-p. Hm,sedap tu.


~Kelihatan dari kanan : Firdaus Shaharudin, mohd Khairum, dan ayyob(medic)



~Dari kiri : Aliuddin, ,salim(medic) dan Aswan.


~Dari kanan : Ibrahim Khawwas(adik Abdullah Fahmi-AQ),NorHalis Shafiq


~Dari kiri : Ust Hadiyuddin, Dr. Zulkifli dan Mawardi.


~Arab mane ntah...Masuk pi la kat sini kan, klu xmasukkan,sian pulak.huhu~



~# nak inter frame juga...:-P

---
# Sementara menunggu waktu isyak, saya membuka majlis untuk sesi tazkirah sebagai mengisi waktu. Tazkirah pertama dimulai oleh Penasihat DPM Tanta ust Wan Hadiyuddin Wan Mahmood. Empat orang anak usrah ust hadi ikut serta dalam rombongan ini.
#~Ust Hadi berkopiah putih berjubah gelap sedang menyampaikan tazkirah...~#

Kemudian tazkirah diikuti oleh Pengerusi Persatuan Medic Tanta, Dr. Zulkifli. Empat orang anak-anak buah beliau turut serta dalam jaulah ini.
~Kelihatan Dr. Zulkifli memberi tazkirah.


~Ust Aswan memberi tazkirah. Pandai cakap Thailand tuh, jangan main..heheh


~saya membuka peluang kepada anak-anak usrah untuk menyampai tazkirah. Berbaju kemaja gelap, berbadan sedap yang ditengah-tengah itu sedang memberi tazkirah.


~# Anak usrah ust Hadi yang lantang ni juga tidak lepas peluang bertazkirah. Wah, semangat!!



~Ibrahim Khawwas..control macho. Sedang khusyuk mendengar tazkirah rakan-rakannya. Dia juga tidak lepas peluang untuk mengambil bahagian bertazkirah.


~Firdaus Shaharudin juga tidak melepaskan peluang. Rata-rata dah pandai bercakap dan bertazkirah dengan baik., Ish sapalah naqib depa noh..:-P


----
Esok pagi Jumaat, usrah lagi. Kali ni ana nak bawak semua anak usrah pegi ke kaherah, mengikui Majlis Iftor Jamaie peringkat PMRAM. Pegi kesana awal sikit, jam 7pagi dah start berkumpul untuk pergi sama-sama dengan van. Pagi dan petang bersama-sama gotong-royong siapkan juadah berbuka. Dan malamnya pula berteraweh jamaie dan berpeluang mendengar ceramah perdana oleh Doktor azhar yang dijemput khas di dalm majlis ini. Itulah diantara pengisian yang kita boleh adakan dalam rangkuman usrah. Perlu pelbagaikan metod dan cara berusrah. Selain dari berbincang ilmiah dengan kitab-kitab yang dimanhajkan, perlu adakan juga praktikalnya dalam program-program persatuan. Ukhwah yang terjalin bagaimana untuk direalisasikan. Sifat sabar membantu kawan-kawan agar sentiasa rasa ingin berjuang dan berkorban untuk agama. Medan persatuan sebagai medan tatbiq segala ilmu, tautan mahabbah, islah dan dakwah. Semuanya untuk pembinaan diri dan rakan-rakan yang lain. Perlu rasa gelisah kalau tak masuk usrah. Kena rasa usrah ni makanan kegemaran. Usrah dan terus dengan usrah.

Hm, dengar kata esok macam ada masalah je mengenai tapak majlis pmram esok. Dengarnya puak-puak 'isma' sengaja taknak bukak khemah gerai bazar dorang yang telahpun berakhir 2hari lepas ditapak berkenaan, kononnya nak buat iftor juga pada esok hari. Hah yeke, bertembung tu!! Baru-baru ini dahla bazar dorang tak dapat sambutan, dan pula adakan forum untuk menyemai fikrah membolehkan taaddud jemaah yang tak konkrit langsung hujahnya, dan kali ni pula sengaja 'nak ganggu' program pmram. Hm, mahasiswa sudah dapat menilai sebenarnya. Adik-adik sendiri nampaklah camna, sape yang memecahbelahkan persatuan?? Sahabat-sahabat doakanlah. Pmram datang membentuk mahasiswa satu fikrah dan satu amal, kenapa ada yang lain nak meruntuhkan?.. Kita doakan mereka sedar akan perbuatan mereka yang melambatkan islah dan dakwah ini. Apalah salahnya duduk bersama-sama persatuan yang sedia ada. Jika islam juga perjuangannya maka pmram sudah ada untuk diintimakkan. Jika ada kelemahan datanglah hulurkan bantuan untuk sama-sama memperkuatkan. Jika ada kekuatan duduklah bersama-sama agar kekuatan itu berkekalan dan sentiasa punyai misi dan visi yang jelas tentang perjuangan. Ana kesal dengan persatuan isma ini, berbuat demikian. Mereka dikalangan rakan-rakan kita juga yang sengaja berbuat demikian. Lagi sedih, ada diantara ahli isma yang datang dari sekolah maktab mahmod a.star, dulu dah pegang ketua BADAR dah, pun boleh terjebak dengan kumpulan ini. Macam malas nak ngaku senior pun ada ni. Baru je tahu,sebab dok ajak adik-adik maahad yang lain join isma pula. Hm,budak-budak ni semua tak hiraukan langsung pmram, apatahlagi ada usrah yang perlu diikuti dalam pmram. Antom semua tak sedih ke keretakkan yang berlaku sekarang oleh pelajar alazhar mesir ini? Hm, tu tak citer lagi Nadi Umno mesir dan kuncu-kuncunya yang lain. Doakan Allah memelihara sentiasa persatuan pmram ini dalam perancangan dan segala perjuangannya.Amenn

~Ayuh, Azam tahun ni taknak culas usrah..!!!

'...JoM UsRaH..!!!''...JoM UsRaH..!!!''...JoM UsRaH..!!!'

Monday, June 15, 2009

Semoga Allah merahmati kalian..

Dr. Fathi Yakan. Seorang mujahid dakwah dan ulamak dunia. Tersohor diseluruh pelusuk negara. Karangan-karangan beliau menjadi manhaj dan santapan penyemaian fikrah islam yang sebenar bagi orang-orang yang sentiasa mengkaji dan mendalami agama.
Allah yarhamuhu..amenn




Ammar Zulkifli seorang pelajar Medic, salah satu universiti perubatan di Mesir. Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika menguruskan perjalanan program persatuan. Moga dikurniakan syahid kepadanya. Untung dia kawan-kawan ye, seorang yang baik dan berjaya mengahafaz 30juzuk dimasa hidupnya semasa di Darul Quran. Sabda Nabi yang lebih kurang mafhumnya Al-quran boleh memberi syafaat kepada orang yang mengahafaznya dan boleh mensyafaatkan sepuluh lagi orang lain dikalangan keluarga terdekatnya. Sudahlah di dunia banyak membantu agama, di akhirat juga mampu membantu orang lain.
Moga Allah berikannya syahid. Ana terkesan dengan ungkapan yang sering beliau ungkapkan dalam sulaman tazkirah-tazkirahnya iaitu;

"Jiwa mereka yang sangat cinta mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat.
Melihat dunia dari jendela akhirat."

Tribute untuk Allahyarham Ammar Zulkifli. Klik disini. Dan berita pemergiannya disini.

Pemergian mereka sebenarnya sebagai tanda amaran kepada kita. Mereka orang-orang soleh mampu kembali kedunia.sila rujuk sini Ruh orang soleh kembali kedunia. Mana mungkin ulamak-ulamak kita dahulu menipu dalam karangan-karangan mereka. Mereka dekat dengan Allah, tidak mustahil mereka diperlihatkan oleh Allah tentang itu supaya boleh memberi pengajaran kepada seluruh manusia.


Allahu Yarhamu huma...(Ammar & Dr Fathi Yakan)....Sesungguhnya orang2 soleh ruh mereka kembali kedunia seolah2 berpesan berbuat amallah sebanyak2nya wahai manusia..

Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan sentiasa mentaati perintahMu. Dan juga sentiasa mengikuti sunnah NabiMu Ya Allah, Ya Arhamar Rahimiin..amenn3

.

TIGA PENYEMPURNAAN IMAN

Kita tentu ingin memiliki keimanan yang sempurna, ada tiga faktor yang harus kita miliki agar iman kita menjadi sempurna.

Nabi s.a.w bersabda :

ثلاثة من كن فيه يستكمل ايمانه

'Tiga perkara, barangsiapa hal itu ada pada dirinya, beerti dia menyempurnakan imannya : '

1) TIDAK TAKUT CELAAN

Sila rujuk surah almaaidah ayat 54. Itulah yang dimaksudkan oleh nabi. Seseorang yang yang tidak pernah takut demi agama Allah pada kecaman dan orang yang mencela. Demi sesungguhnya Allah itu adalah pengutus kuasa. Dialah Pekuasa. Segala kekuatan dan kuasa manusia semuanya datang daripadaNya.

La haula wala quwwata illa billahh...


2) IKHLAS

Maksud nabi ialah seseorang yang tidak riak dengan sesuatu amalnya. Sungguhpun ulamak sukar mentafsirkan bagaimana didefinikan ikhlas itu, tetapi ulamak boleh menketengahkan tanda-tandanya :

3 Perkara dan bentuk hubungan kepada Allah : salah satunya ialah Almahabbah (Cinta)kepada Allah.

seseorang yang melakukan amal ibadahnya itu bukan kerana takutkan neraka, dan bukan juga nakkan syurga, dan bukan juga mengejar fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya dalam amalan-amalan tersebut, tetapi dia tekun beribadah dan membongkok itu adalah rasa cinta dan rindunya kepada Allah s.w.t.

Sayyidatina Rabi'atul Adawiyah apabila ditanya kepadanya 'Apakah hakikat iman kamu pad Allah? maka beliau menjawab, 'Aku beribadah kepada Allah bukan kerana takutkan neraka Allah dan bukan pula nakkan syurgaNya, tetapi aku lakukan semua ini adalah atas kerana kasih dan cintanya aku kepada Allah s.w.t'. Maka tidak hairanlah satu masa ada orang yang melamarnya , dia mngatakan kepda orang itu, 'pergilah engkau meminta izin kepada Allah, sesungguhnya hatiku ini tidak ada cinta yang lain selain kepada Allah, dan sesiapa yang nak memperistrikan aku maka dia hendaklah meminta izin pada Allah, sesungguhnya aku telahpun menganggap diriku 'istri' kepada Allah!!'. Itulah bentuk zuhudnya Rabi'atul Adawiyah dalam alHubbnya kepada penciptanya. Itulah dia Ikhlas semata-mata kerana Allah!!

Kata guru kami Syeikh Khairul Anwar As-Syafie, Mudir Pondok Gajah Teriak, Jitra, Seseorang yang beramal jika ada tujuan yang lain contohnya inginkan pangkat dan kedudukan yang tinggi, maqam-maqam, rezki yang banyak, inginkan syurga Allah dan lain-lain maka dia bukan lagi benar-benar Ikhlas buat amalan kepada Allah.

Orang yang berbuat ibadah sebegini ada hukumnya dalam kaedah feqh. Kata beliau ada 3 pandangan melihat kepada ibadat yang tersebut :

Pandangan pertama :
Berkata oleh Syiekh Sultanul 'Ulamak Syeikh Ibnu Abdus salam Abi Izzuddin Rahimahullahu taala : Seseorang melakukan amalan yang disertai tujuan-tujuan lain ialah tidak diterima amalannya. Dan tidak dapat pahala.

Pandangan kedua:Bold
Dari Imam Ghazali :Bagi orang ini maka perlu dilihat diantara tujuan-tujuan itu manakah yang lebih berat. Adakah nak menjunjung perintah Allah atau nak balasan semata-mata. Jika dia membuat amalan itu kerana cinta dan nak tuntu redho Allah sebanyak 70% dan tujuan yang lain nak maqam yang tinggi atau nak balasan-balasan kepadanya 30%, maka pahalanya diukur hanya 70% tadi, dan 30% itu tidak dapat pahala.

Pandangan ketiga :
Akan dikira pahala mengikut kadar niatnya. Ianya berdalilkan dari satu ayat yang bermaksud 'Barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kebaikan maka Allah akan perlihatkan kebaikan (di akhirat kelak), barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kejahatan maka Allah akan perlihatkan kejahatan (di akhirat kelak)'

Kita banyak sungguh amalan nakkan sesuatu benda bukan semata-mata kerana Allah, solat dhuha nakkan murah rezki, baca mathurat nakkan hindar dari kejahatan. Tidak mengapa, sebabnya itulah tahap penghambaan kita kepada Allah. Pandangan yang ketiga tadi itulah yang membela kita. Tetapi biarlah ada usaha untuk kearah kesempurnaan ikhlas kita beramal kepada Allah. Sebab itulah Syeikh Ibnu 'Atho' As-sakandari mengajak para ahli ibadah kepada Allah ini beramal daripada kaun(makhluk) kepada almukawwin(Allah). Semestinya ibadah kita yang bertujuan selain dari ALlah itulah dinamakan kaun. Buat ibadat kerana nak murah rezki, nak murah rezki itu dianamakan kaun(mahkluk), beerti buat ibadah dari kaun kepada kaun, bukan kepada almukawwin. Begitulah juga tujuan-tujuan lain.

Mari bersama mengubah cara amalan kita, daripada kaun(makhluk yakni kita) kepada almukawwin (Allah). Bukan kaun kepada kaun.


3) MENGUTAMAKAN AKHIRAT BERBANDING DUNIA

Yang dimaksudkan oleh nabi didalam hadis ini ialah apabila dua perkara dihadapkan kepadanya, salah satu untuk dunia dan yang lain untuk akhirat, maka ia memilih urusan akhirat daripada urusan dunianya.

Lihat surah al-a'la ayat 17 yang bermaksud:
"Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"

Maka urusan akhiratlah kita kejar semaksiama mungkin. Kata nabi dalam satu hadis yang lain "Dua perkara, jika 2perkara ini ada pada manusia, maka digelar syukur dan sabar kepada Allah, iaitulah Barangsiapa dia melihat dalam agamanya kepada orang yang lebih atas daripadanya yakni kuat agamanya maka dia ambillah sebagai pedoman. Dan barangsiapa dia melihat dalam urusan dunia orang yang lebih malang daripadanya, maka hendaklah dia bersyukur pada Allah"

Jika nak buat urusan akhirat maka kena nilai diri kita dengan orang yang banyak buat ibadat, barulah kita akan banyakkan lagi amalan kita, dijadikan pedoman buat kita. Dan jika urusan dunia kita bekerja, hidup dan lain di dunia ini maka lihatlah orang yang lebih malang daripada kita, mereka lagi miskin berbanding kita, mereka lagi susah daripada kita, maka bersyukurlah pada Allah.

Wallahu a'lam

Hadis tersebut Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dan Abu Hurairah Radhiallahu Anhu

.

Tuesday, June 09, 2009

Ucapan Penangguhan Presiden PAS TGHH


Antara Isi Ucapan Penangguhan Presiden PAS


Beliau memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu".

Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah. Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam. "Islam Memimpin Perubahan Islam: yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.

Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala. Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan. Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam.

PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja. Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.

Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam. Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.

Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh. Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.

Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala. PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.

Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.

Ukhuwwah dan bai'ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan. Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.

Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.

Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain. Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya. Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.


Ihsan dari blog ustaz Azizul (http://www.shamatun.blogspot.com/)

Perjuangan : Khidmat kepada Allah dan Rasul..!!


PEMUDA : Tenaga Buruh PAS..!!

Sungguh bermakna pada setiap baris dan kata ucapan ini.

Tidak terlambat ana ucapkan tahniah kepada Murabbi Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Ketua Pemuda Pas Pusat. Tubuhnya mengalir darah dan jiwa pejuang yang sungguh memahami konsep Jihad dan pengorbanan bagi memperjuangkan kebenaran bukan semata-mata kemenangan.




Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .
  • Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Siasah .


Selanjutnya.....
Rujuk blog Ketua PEMUDA Pas Pusat di sini.


Wa Syauqa, Wa syauqa, Hubbu Muhammad Rasulillah...
Wa Syauqa, Wa syauqa, ila rukyaaka Habiballah.....

Wa Syauqa, Wa syauqa, Hubbu Muhammad Rasulillah...
Wa Syauqa, Wa syauqa, ila rukyaaka Habiballah.....

.

Monday, June 01, 2009

Syarat dapat Redho ALLAH..!!


Satu Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari dan mukhtasarnya :

Dailog Allah s.w.t kelak bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Surga. Ahli syurga menjawab : Ya, wahai tuhan kami, kami junjung titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?)
Jawab mereka : Adakah kami tidak Redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku nak berikan yang lebih baik daripada itu?
Mereka menjawab : Ya tuhan kami, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu REDHO-Ku. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selam-lamanya.

(Hadis riwayat Bukhari)


PENGAJARAN PERTAMA
1) Redho adalah setinggi nikmat Allah, baik di Dunia Mahupun Akhirat.

DUNIA : Allah berfirman : Wain ta'uddu nikmatallaha latuhsuuha... Bermaksud : Jika kamu mengira/menghitung nikmat-nikmat Allah, maka kamu takkan menghitung banyaknya nikmat itu. Dalam banyak-banyak nikmat Alah yang tidak terhitung banyaknya ini, rupa-rupanya niikmat yang paling besar ialah Redho Allah pada kita.

AKHIRAT : Di Akhirat Allah kurniakan syurga bagi orang yang senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Syurga sebagai ganjarannya. Sapa-sapa yang dapat redho Allah, semestinya dapat syurga Allah!a


PENGAJARAN KEDUA :
1-Bagaimana nak melayakkan diri dapat Redho Allah? Jawapannya Kita kena Redho dulu apa yang Allah tetapkan pada kita.

Sabda Nabi : Thalathatun, man qaala hunna dakhala Jannah : Radhitu billahi Rabba, Wa bil Islami Diina, Wa bi Muhammad Nabiyya wa Rasuula. (Tiga perkara barangsiapa yang menyebutnya(dengan hati yang ikhlas, rasa rendah diri, penuh keimanan) maka selayaknya boleh masuk syurga) iaitu ;
1- Aku Redho Allah itu Tuhanku.
2- Aku Redho Islam itu adalah agamaku.
3- Aku Redho Nabi MUhamad seorang Nabi dan Pesuruh Allah.
Ceraian :
1- Pastikan kita berhati-hati dalam setiap tindakan kita dan sentias mengharap Redhonya. Inilah dia maksud TAQWA yang digambarkan oleh sahabat Nabi Ubai bin Ka'ab. Berhati-hati dengan tidak melakukan kerja-kerja jahat dan zalim pada diri (melakukan kejahatan) dan berhati-hati dengan sentiasa melakukan amal soleh. Ciri-siri soleh boleh baca pada entry yang lepas. Tekan sini.

2- Jangan mengundang kemurkaan Allah!! Kelak bala turun habis semuanya binasa. Peringatan buat sesiapa saja pemimpin mahupun yang dipimpin. Cukuplah apa yang kita lihat pelbagai tragedi di depan mata kita. Adakah kita tidak mahu berfikir?

2- Bila kita redho Islam itu agama kita. Jangan tidak patuh dan tunduk pad arahan syariat Allah!

3- Bila kita Redho Muhammad itu nabi kita, maka perlu bersunguh-sungguh memperjuangkan agama yang dibawa olehnya. Islam sebagai diinul hayahh. Tanda sayang kita pada Nabi ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar belarak dijalanan menaikkan sepanduk cinta pada Rasul pada sambutan Maal hijrah. Kata Tn Guru Baba Khairul As-Syafie (mudir pondok gajah teriak, Jitra) sebesar-besar cinta kita pada Rasul ialah mengamalkan segala sunnahnya!

Berdoalah dengan doa ini : Allahumma inna nas aluka Redhoka Wal Jannah, wa na'uzubika minal sakhatika wannar.
2- Nak dapat Redho Allah mungkin sampai kena korban macam-macam. Jiwa, harta, perasaan dan lain2!

Kisah Harmalah (salah seorang sahabiah Nabi) ditusuk mukanya dengan besi panas kerana beliau tetap memilih Islam sebagai agamanya. Sehingga berasap kulitnya terkena besi yang sangat panas. Sedari dari pengsan beliau mengucapkan 'Radhiitu billahi Rabbaa' - Aku Redho Allah adalh Tuhanku!
Kisah Suhaib ar-Rumi : Harta jadi gadaian untuk menyabut perjuangan Nabi dengan Hijrah ke Madinah, menyahut Redho Allah!

Kisah Imam Syafie : Pernah menerima sakit buasir. Sehingga diriwayatkan terpaksa duduk di dalam bekas untuk mengepung darah yang keluar. Keadaan itu agak kelihatan aib bagi orang yang melihatnya. Bila ditanya oleh anak muridnya kenapa beliau tidak berdoa saja pada Allah agar sembuhkan penyakit beliau. Apakah jawapan al-Imam? Jika ini adalah Redho Allah pada aku, maka aku Redho pada Allah dengan keadaan ku ini. MasyaAllahhh..!!

Selayaknya mereka memperoleh Redho Allah.
PENGAJARAN KETIGA

Para sahabat merupakan orang yang Allah Redho. Ikutilah juga ajaran para sahabat dan ahli bait Baginda. Sesunguhnya barangsiapa yang mengikuti mereka akan mengundang Rahmat dan Hidayah Allah. Mereka redho segala ujian yang mereka terima pada permulaan memeluk islam dengan penat jerih dan getir, maka Allah juga meredhoi mereka.

Bukti Allah Redho pada Sahabat-sahabt Nabi iallah jelas Allah rakamkan dalam quran dalam surah Al-Baiyinah : Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu. (Allah meredhoi mereka dan mereka juga meredhoi Allah)

Nak Redho Allah? Tepuk dada tanya iman!!

Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...
Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...
Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...

.

Friday, May 29, 2009

PERBAIKI AKHLAQ DI HADAPAN ALLAH ; HAMBA YANG SOLEH/ SOLEHAH.

Sematkan angan

Hingga mencapai bintang keberkatan.

Jadikanlah kedipan kelopak matamu

Dalam kerdipan murah hati.

Bila hati meragu, segera jelaskan kepadaNYa

Bahawa di gugusan galaksi

Sinar terang menerpa pagi

Bersiaplah

Menghadapi waktu Dhuha selanjutnya


Allah berfirman yang bermaksud : “Wa ma Khalaqtul Jinna wal Insa illa liya’budun”

Bermaksud : Tidak Aku jadikan Jin dan manusia itu adalah melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku.



Sewajibnya kita ucap syukur dan puji pada Allah dengan segala nikmatNya. Kita diciptakan untuk beribadat kepada Allah dengan sumbangan pemberian nikmat anggota badan . Ibadah adalah satu konsep kehambaan kepada al-khalik. Sesiapa yang berbuat ibadah bermakna dia memperhambakan dirinya kepada Allah. Apa erti hamba? Hamba beerti tunduk. Allah perintahkan segala alam ini tunduk mengikut peraturanNya. Allah jadikan langit tanpa tiang itu dengan arahan tidak boleh jatuh timpa bumi maka tunduk dan patuhnya langit pada Allah tidak jatuh ia. Apa erti hamba? Hamba itu ialah merendah diri. Jika kita berdoa kepada Allah kita perlu pastikan nada kita memohon dan meminta itu bukan nada menyuruh atau mengarah. Ini kerana adab kita dengan Allah ibarat hamba dengan tuannya. Apabila ‘tuan’nya tidak perkenan permintaan tersebut, janganlah si hamba menaikkan suaranya itu melebihi nada meminta sehingga jelas sikap kurang sopan kepada tuannya. Begitulah juga sikap kita sebagai hamba kepada Pencipta, perlu lebih beradab denganNya. Jadilah hamba yang soleh disisi Allah.


Kata ulamak ciri-ciri orang soleh jelas terbahagi kepada 4ciri :

1. SOLEH PADA DIRI

Seseorang yang soleh pada diri akan menjaga hak diri sendiri. Lebih menekankan dari aspek hubungannya dengan Allah. Dari soal niat dihatinya sehinggalah dia terjemahkan dalam segala tindakannya. Diri yang soleh pada diri ialah Kata Imam Haris Al-Muhasibi : Tegakkan daulah islamiah di dalam hati kamu, maka akan tertegak di atas muka bumi kamu.

Rasa rindu bila nantikan saat penuh manis bersama Pencipta. Getus hatinya 'Muwajjahah antara Dia dan aku'. Hati merindu tanda diri menuntut haknya.



2) SOLEH PADA KELUARGA

Keluarga adalah institusi terpenting dalam membina fikrah islamiah. Berusaha untuk menyelamatkan ahli keluarga dari lubang neraka Allah. Itulah suruhan Allah yang berbunyi 'Quu anfusikum wa ahliikom naara'. Jika masih ada dari keluarga kita yang belum lepas mengenaii Fardhu Ain maka kita sewajibnya mengajarkan mereka. Jika kita tidak mampu, gunakanlah duit dan harta kita untuk dibelanjakan belajar dengan baik.


Jika masih ada yang masih belum kenal akan islam yang hakiki, fahamilah mereka dengan sebenarnya. Anjurkan mereka mengikuti pengajian, kuliah atau usrah yang boleh memahamkan mereka tentang hakikat sebenarnya Islam itu. Bukankah islam itu adalah cara hidup. Keluarga yang menitikberatkan soal agama inilah keluarga yag diberkati oleh Allah. Jika mereka tidak mampu untuk mengikutinya, selayaknya kita adakan hari keluarga untuk kita tentatifkan pengisian-pengisian islam yang berguna untuk mereka. Semuanya ini akan terhasil apabila kita sudah nampak apa yang perlu dikehadapankan.


Biah solehah perlu dicetuskan dalam keluarga. Di dinding-dinding rumah ada dilekatkan doa-doa khusus. Doa masuk tandas, doa memakai pakaian, doa keluar rumah, doa masuk rumah. Adab-adab pemakaian dalam rumah juga perlu dipraktikkan. Jika ada tetamu yang datang bagaimana pemakaian yang sesuai untuk dipakai. Batas-batas aurat juga perlu diketengahkan supaya mereka takut akan azab Allah yang maha dasyat. Semuanya ini adalah biah solehah yang perlu disempurnakan oleh semua muslim. Sesungguhnya bagi mencapai Daulah islamiah tertegak di bumi Malaysia ini sewajibnya institusi keluarga berperanan. Demikianlah peringkat yang kedua yang disebut oleh al-Imam Hasan Albanna iaitu 'usratul muslimah' sebagai peringkat kedua maratibul a'mal kearah membentuk Daulah Islamiah!!

Seorang lelaki yang ada keluarga dia tidak terlepas dari dipertanggungjawabkan oleh Allah kepadanya melainkan 4orang.

Lelaki akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak akan 4 orang yag lain selain dirinya sendiri :
1) Isterinya
2) Anak perempuannya
3) Adik beradik perempuannya (saya terlepas sebab saya takde adk bradik perempuan)
4) Ibunya

Fikir-fikirkanlah. Sudahlah dosa kita tinggi menggunung, ahli keluarga kita yang lain pula yang perlu kita tanggung. Jika tidak mahu demikian, jagalah betul-betul ahli keluarga kita lebih-lebih lagi ahli keluarga yang perempuan. Mereka perlu dijaga dan dikawal dalam setiap tindakan mereka supaya mengikut lunas-lunas agama. Mereka takkan lurus jika kita tidak lurus. Kitalah imam dalam keluarga!


3. SOLEH PADA MASYARAKAT

Soleh pada masyarakat juga tidak boleh diabaikan. Selepas mana membentuk diri muslim dan peringkat membina keluarga muslim maka seterusnya membina masyarakat muslim. Itulah dia tiga peringkat yang disebut oleh al-Imam Hassan Al-Banna ke arah membina Daulah Islamiah.

Berbuat baik pada jiran, sentiasa menjaga hati jiran, berbaik sangka pada jiran ialah sebagai tuntutan agama. Sabda nabi "Barangsiapa yang menyakiti jirannya maka dia menyakiti aku, barangsiapa yang menyakiti aku maka dia menyakiti Allah",Sabda nabi lagi 'Berbuat baiklah dengan orang-orang tetanggamu, maka kamu aan jadi orang yang mukmin ' .

Kata al-Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta'ala dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin :

Tahukah kamu apakah hak seorang tetanggamu itu? Jika dia meminta tolong hendaklah kamu menolongnya. Jika dia dalam kesusahan hendaklah kamu bermurah hati kepadanya. Jika dia sakit maka hendaklah kamu menjenguknya. Jika dia mati hendaklah kamu menghantar jenazahnya. Jika dia mendapat kebaikan hendaklah kamu turut bergembira bersamanya. Jika dia mendapat kesusahan hendaklah kamu ikut merasakan kesusahannya.


Menyedarkan masyarakat peripentingnya kesatuan yang membentuk satu jamaah yang syumul. Mengajak supaya sentiasa memenuhi majlis-majlis ilmu. Bekalan iman yang kukuh dalam persediaan bertemu dengan Allah kelak jiwa yang salim. Sedarkan jiran dan masyarkat agar bersama dengan kepimpinan ulamak. Menyokong dan mendokong jemaah islam yang menjadikan islam sebagai perjuangannya.


4) SOLEH PADA MAKHLUK-MAKHLUK YANG LAINNYA.


Orang soleh akan sentiasa menyantuni makhluk-makhluk lain. Sesungguhnya makhluk yang selain dari manusia itu sentiasa memuji dan berzikir kepada Allah. Apabila dia dapati seekor semut melata diatas badannya, dia berhati-hati mengibas semut itu daripada terbunuh oleh tangannya. Apabila dia mengambil air sembahyang dia pastikan air yang dibuka dari paip itu tidak terlalu deras, cukup hanya mengalirkan air itu dengan perlahan. Apabila dia membuka pintu rumah, dia menyantuni orang yang berada didalam rumah tersebut dan tidak membuka dengan kakinya.

Apabila dia memasuki hutan, dia tidak bermudah-mudah untuk mematahkan pohon dan ranting kayu yang hidup, dan tidak pula mencantas-cantas daunan tanpa hajat. Dia meyakini bahawa semua makhluk Allah itu ada penghuninya dan ada penjaganya. Diberitakan oleh tuan guru kami setiap daunan pohon itu dijaga oleh 70 malaikat. Subhanallah. Lebih utama kita menyantuni makhluk-makhluk lain agar sentiasa memuji Allah.

Menyantuni makhluk-makhluk Allah ialah diantara perkara besar yang Allah ganjarkan. Hadis Nabi menyebut 'Sebesar-besar ibadah kepada Allah ada 3 perkara':
1) Ingat pada Allah dalam setiap keadaan.
2) Memberi insaf kepada manusia antara satu sama lain.
3) Menyantuni sesama ikhwan(makhluk lain juga ikhwan bagi kita).


KESIMPULANNYA

Sungguhpun dosa kita menggunung, dosa bak buih dilautan tak terkira banyaknya, tapi janganlah dengan sebab dosa tersebut kita tersekat dengan istiqomah beribadah pada Allah.

Kata Ibnu 'Athoillah as-sakandari menyebut :

Apabila anda tertimpa satu dosa, janganlah dosa itu menjadi sebabnya berputus asa anda dari mendapatkan istiqamah (terus-menerus dan asyik) menghadap Tuhan. Boleh jadi dosa itu merupakan dosa yang terakhir yang ditentukan buat anda.


Beramallah dengan hati yang ikhlas. Semata-mata mengharap redhoNya.

Jadilah orang yang soleh/solehah pada Allah...!!


.

Saturday, May 23, 2009

KETERANGAN ENTRY YG LEPAS : Jawapan kepada 'shbt'..

Jawapan kpd ‘shbt’

Merujuk kepada persoalan seseorang yang menjengah blog saya tempoh hari memegang id ‘’shbt” di ruangan shout-box pada tarikh 12/5/2009, jam 12.28 PM. Beliau bertanyakan tentang sumber rujukan beberapa keratan entry saya yang lepas. Sila rujuk disini.


Pertanyaan 'shbt' adalah seperti berikut :


1) sahabat : mnta ust perincikn smula prktaan S.Ali myiftkn org yg mmprtikaikn S.A.Bakar adlh musuh islam,klu sbtkn marajik

2) sbb setahu ana yg brda d saqifah b.saadah ketika itu semuanya adlh sahabt2 Rasul S.A.W dr muhajirn & Ansar....Details..2009-05-12 12:28 PM

3) dlm sirh mncttkn dialog pd wktu trsbt hyalh diantara S.Umar&S.A.Bakar.Ali x disebtkn ...Details ..2009-05-12 12:39 PM

4) harap ust sbtkn marajeknya, untk ana rujuk, sbb ana tkt kita brmdh2 mengtakan shbt2 nabi S.A.W musuh islam...Details ..2009-05-15 1:47 PM

5)maaf,klu bleh ana nk tahu kitab marajek ust,ana krg sng dgn jwpn anta,akhi anta msti betul2 benar dlm menakaL fakta dr mn2 rujukn...Details ..2009-05-16 5:09 PM



Sebelum saya menjawab, saya ada beberapa perkara yang ingin diketengahkan :


1) Adab pengkaji ilmu dalam menaqalkan pandangan atau fakta-fakta dari alquran, perjalanan sirah mahupun hadis seharusnya menyebut sumbernya dari mana. Meskipun kita mengetahui dan menyedari kitab tersebut diyakini oleh orang ramai. Ini memudahkan dari sudut semakkan semula dan memastikan fakta-fakta tersebut mestilah benar dan tepat dan bukan rekaan.

2) Saya meyakini saudara/i ‘shbt’ punyai niat baik untuk menegur saya. Beliau kuatir saya mengambil mudah fakta-fakta tanpa ketengahkan sumbernya. Saya amat hargai teguran beliau.

3) Saya sebenarnya khuatir juga dengan persoalan yang ditimbulkan ‘shbt’ bertanyakan kitab itu, semestinya orang lain yang membaca shout-box saya itu juga terkesan dengan pertanyaan tersebut. Adakah benar saya bermudah-mudah menyeleweng fakta? Adakah benar saya menuduh sahabat nabi adalah musuh islam? Mudah-mudahan semuanya itu terjawab dengan seberapa segera. Dan alhamdulilah semalam baharu saja saya sampai di kl ini lantas saya segera mengarang perinciannya.

4) Bagaimana pula dengan satu-satu karangan yang ada menaqalkan fakta tetapi tidak menyatakan sumbernya? Apakah sikap kita terhadap artikel tersebut? Abaikan? Pedulikan? Sebarkan atau bagaimana? Saya rasa sifat berlapag dada disini perlu diadaptasikan. Dengan melihat dan meneliti penulisan yang pernah beliau menulis sebelumnya dan diyakini. Tetapi jika berlaku sangsi juga disana ada adab untuk bertanya bukan mengertak dan menunjukkan diri serba tahu.

5) Dan saya berterima kasih kepada ‘shbt’ kerana timbul rasa minat beliau untuk mengetahui sumbernya. Inilah tanda seseorang yang serius dalam ilmu. Sentiasa prihatin dalam menaqalkan satu-satu fakta bagi memastikan fakta tersebut tepat dan tidak terseleweng. Moga sahabat tersebut dibalas dengan ganjaran sepadan niat ikhlas sahabat itu.



Dengan ini saya menyatakan sumber yang saya perolehi :

Kitab : Mukhtasar Hayatus Sahabah.
Karangan :Syeikh Muhammad Yusof Al-Kandahlawi.
Penterjemah : Ahmad Zulfahmi M. AG
Cetakkan : Kedua 2007.
Terbitan : Perniagaan Jahabersa.



Saya merujuk kepada satu bab iaitu pada muka surat 214, Bab 7 (PARA SAHABAT MENJAGA PERSATUAN DAN MENGHINDARI PERTIKAIAN DALAM DAKWAH DAN JIHAD). Dalam subtopic yang kedua ‘Para Sahabat Menyokong Abu Bakar Sebagai Khalifah Dan Menolak Orang Yang Hendak Memecah belahkan Persatuan’. Keratan itu seperti di bawah :

Abdurrazzaq meriwayatkan daripada Ibnul Jabar, dia berkata, “Ketika dilangsungkan bai’ah terhadap Abu Bakar, maka Abu Sufyan menemui Ali berkata, “”Bagaimana mungkin suku Quraisy yang lebih sedikit mengalahkan kalian dalam urusan khalifah ini? Demi Allah, aku akan menghulurkan bantuan dengan jumlah personal dan kuda untuk mendokongmu.”

Ali berkata, “Rupanya engkau tetap menjadi musuh islam dan para pemeluknya. Apa pun yang engkau katakan ini tidak akan membahayakan Islam dan para pemeluknya sedikit pun. Kami melihat memang Abu Bakar lebih pantas menjadi khalifah”

Begitulah yang disebut di dalam al-Isti’ab, 4/87 dan al-Hakim, 3/78, dan Ibnu Asakir yang semakna dengan ini. Begitu pula yang disebutlan di dalam al-Kanzu, 3/140.


PENJELASAN PERINCIAN


1) Menurut sejarah ini, Abu Sufyan tidak berpuas hati dengan pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah. Menurut sumber yang saya dapati, Abu Sufyan ini diantara orang yang inginkan jawatan menjadi khalifah tersebut. Dia juga berpandangan Abu Bakar dari golongan yang kecil berbanding suku quraisy yang ramai pada ketika itu, mana mungkin suku yang sedikit layak menjadi pemimpin. Maka oleh sebab itulah maka dia datang kepada Saidina Ali cuba menghasut Ali pula yang layak. Dikisahkan Abu Sufyan ini akhirnya dia menjadi perompak.

2) Timbul persoalan disini siapakah Abu Sufyan yang dimaksudkan? Abu Sufyan yang dimaksudkan itu ialah bukanlah Abu sufyan yang menjadi ketua selepas Abu Jahal menjadi ketua mekah pada ketika itu, tapi Abu sufyan yang dimaksudkan ialah Abu Sufyan al-Huzaily. Manakala ketua mekah yang sering memusuhi nabi itu adalah Abu Sufyan bin Harb. Beliau asalnya orang mekah dan merasakan dirinya orang yang kuat dalam Qiraisy. Bagi menjelaskan lagi peribadi Abu Sufyan ini maka saya merujuk ust yussaine dan beliau merujuk pula kepada pakar sirah dan sejarah iaitu Maulana Asy’ari, Pasir Pekan Kelantan(Anak saudara Tn Guru Nik Aziz). Demikianlah yang telah disampaikan kepada saya.

3) Melihat kepada teks asal didalam kitab tersebut, maka pemahaman saya Saidina Ali ada sekali semasa pemilihan di majlis tersebut. Merujuk kepada “Ketika dilangsungkan bai’ah terhadap Abu Bakar, maka Abu Sufyan menemui Ali berkata….” Apapun Allah yang lebih mengetahui ketepatannya. Saya hanya menaqalkan dari kitab ini.


Akhirnya, saya dimaklumkan oleh ‘shbt’ bahawa beliau ingin merujuk semula kitab ini. Jadi, dengan saya mengemukakan sumbernya ini saya berharap ada maklum balas dari beliau untuk mentakkid semula perincian saya ini. Mungkin saja pemahaman saya kurang tepat dan mungkin ada pencerahan dan penambahan isi dari beliau saya alu-alukan. Dan saya amat berharap respon dari beliau selepas ini. Hanya sekadar itu sahaja yang saya boleh ketengahkan buat kali ini. Saya menyusun jari ampun dan maaf kepada Allah dan Rasulnya dan semua hamba-hamba yang beriman jika segala maksud yang saya paparkan ini menyeleweng dari makna sebenar. Allahlah yang maha mengetahui pada setiap sesuatu. Pada kitab-kitab dan ulamak2lah menjadi tempat rujukan kita. Moga-moga usaha jihad yang kita lakukan ini mendapat Redho Allah s.w.t. Wallahu a’lam.


.

Friday, May 08, 2009

KEHARMONIAN JAMAAH WAJIB DIPELIHARA..!!




Zaman pemerintahan Nabi s.a.w menampakkan struktur pentadbiran yang baik. Dalam pada itu nabi membina akhlak-akhlak yang terpuji kepada seluruh sahabatnya lebih-lebih lagi sahabat-sahabat yang dekat dengan Nabi. Inilah yang dinamakan jamaah atau persatuan islam yang dibina oleh nabi bersama para sahabat. Para sahabat pula menantiasa menjaga dan memelihara kesatuan ini dan menghindari pertikaian dalam dakwah dan jihad.

PARA SAHABAT MEMELIHARA JAMAAH

Jika melihat sejarah ketikamana saidina abu bakar as-siddiq dipilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasul, disana timbul orang yang tidak berpuas hati atas pemilihan tersebut. Lalu saidina Ali tampil untuk menyatakan pendirian bahawa Abu Bakar lah yang layak dipilih dan Ali menyifatkan individu mempertikai pandangan songsang itu adalah musuh islam dan musuh ummah seluruhnya!

Suatu hari Abu Bakar mengeluarkan pedang dari sarungnya seraya menunggang haiwan tunggangannya menuju Dzil-Qushah. Lalu datang Ali bin Abi Talib memegang tali kendali haiwan tersebut bertujuan menghalang Abu Bakar. “Hendak ke mana wahai khalifah Rasulullah?” tanya Ali. Kata Ali lagi “sarungkanlah pedangmu jangan biarkan kami khuatir akan nasib dirimu. Demi Allah, andaikan engkau ditimpa musibah , maka islam tidak ada yang mengatur sepeninggalanmu.”

Kisah-kisah ini menampakkan kita bahawa sahabat mengira penting soal pemeliharaan jamaah islam pada ketika itu dan mengambil berat tentang pemimpinnya. Memandang jauh kepada maslahah yang lebih besar untuk dipelihara.

KULI TERHADAP AGAMA

Sebenarnya banyak perkara yang menjadi tuntutan jamaah kepada kita. Tetapi seseorang yang tidak mengikat dirinya dengan jemaah akan merasakan jemaah sudah selesa dan dirinya tidak perlu mengambil berat hal keadaan jamaah. Inilah dia oang yang tidak merasakan dirinya kuli pada agama. Masakan tidak ada sebarang tuntutan langsung dari jamaah terhadapnya. Bukankah para sahabat bergerak dan bertindak dalam dakwah mengikut haluan dan tuntutan jamaah? Disiplin agama ini mempuyai institusi kepimpinan yang unik. Kepimpinan tersebut wajib diikuti oleh semua ummah tanpa berkecuali! Itulah yang dinamakan kepimpinan ulamak!

Ulamak menganggap mereka adalah kuli kepada agama. Jika bukan dikonsepkan fikiran seperti itu maka timbullah unsur-unsur yang songsang dan palsu. Ada sahaja yang ingin mendapatkan habuan dan keuntungan pribadi. Matlamat mereka ialah redho Allah. Jika hari ini perlu mereka letih untuk berkorban menegakkan agama, mereka akan bertindak demikian. Jika mereka terkorban sekalipun mereka ingin bergelar syuhadak disisi Allah. Siapa tidak kenal tokoh ilmuan terkenal seantero dunia Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi sekalipun ingin berjuang menentang yahudi walaupun sekarang beliau terpaksa berduduk dikerusi roda. Semua akan mati menemuai Allah. Mati syahid di jalan Allah citicita tertinggi mereka!

Jika sekalipun PAS nak adakan pertemuan dengan UMNO apakah masalahnya? Bukankah keputusan tindakan tersebut datangnya dari penilaian dan mesyurat syura dalam jemaah? Sebab itu saya membangkang habis-habisan mereka yang tidak senang dengan keputusan jamaah ini. PAS tidak sama dengan UMNO, sama sekali! JIka anda mengatakan kepimpinan dalam PAS sesiapa pun boleh bertanding untuk menjawat bidangkuasa jamaah tertinggi maka itulah doktrin sesat yang telah ada dalam jamaah! Ya! Baharulah sama dengan UMNO bilamana UMNO hanya meletakkan ulamak-ulamaknya dalam bidang khusus sahaja bukan membawa panji kepimpinan negara. Ulamak hanya sebagai pembaca doa penutup di majlis-majlis rasmi, ulamak hanya diletakkan pada persatuan-persatuan islam, apakah ada atau tidak ulamak diberi mandat dan kepercayaan untuk menerajui negara? Hah, baharulah sama dengan kata-kata Mahathir ketikamana Tn Guru Nik Aziz diberi mandat untuk memerintah di Kelantan, “Nik aziz hanya sesuai untuk menjaga pondok pengajiannya sahaja!” Begitulah sikap umno,tidak yakin degan kepimpinan ulamak. Tn guru NIk Aziz membuktikan kemampuan ulamak. Menghapuskan tanggapan UMNO terhadap ulamak. Terbukti sekarang sudah empat penggal ulamak diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah di Kelantan. UMNO lebih teruk pemikirannya dari orang-orang cina, india atau siam. Kenapa? Bukankah Kelantan juga dipenghuni oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama? Mereka rasa yakin dan tersangat berharap akan kepimpinan ulamak.

PROFESIONAL YANG BUKAN ULAMAK

Cuba kita semak, pemimpin yang diangkat untuk menjadi pemimpin hari ini yang bukan dari kalangan ulamak, seperti Doktor, engineer yang bergelar Ir, pensyarah yang bergelar professor, bidang pertanian, bidang perikanan mengapakah mereka mampu mentadbir dengan baik yang walaupun mereka terpelajar sekalipun mereka hanyalah pakar dalam bidang-bidang tertentu sahaja? Mengapa mereka lebih diberi kepercayaan untuk mentadbir berbanding ulamak? Bukankah ulamak itu lebih meluas keilmuannya berbanding mereka? Ulamak mengetahui ilmu-ilmu kemasyarakatan, ekonomi, perundangan, ibadah yang lebih menjaga perkara-perkara asas dalam agama. Hari ini ramai yang mengabaikan perkara asas dalam agama dengan lebih banyak menumpukan perkara-perkara furuk. Sikap pemimpin yang tidak mengambil endah hal-hal asas agama itulah yang menjadikan negara tidak kepada sistem yang baik dan menjurus kepada pengamalan yang tidak diredhoi Allah.

Soal mengharumkan negara yang menjadi tujuan dengan sanggup mengabaikan kewajipan melakukan solat. Adakah itu perkara kecil? Itulah perkara yang besar disisi Allah!! Itulah ibadat yang pertama sekali dihitung oleh Allah di padang mahsyar kelak!! Ketahuilah pemimpin sekalian, antum akan bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada dibwah kamu di hadapan Allah kelak. Adakah kamu membawa rakyat-rakyatmu kearah yang diredhoi Allah dan sebaliknya!! Saya,mereka, anda semua juga tidak terlepas jika taklifan kepimpinan terpundak dibahu kita semua. Tanggungjawab melaksanakan amanah Allah ini amat berat, tidak hairanlah ramai ulamak yang bersikap tawadhuk merendah diri untuk menjawat jawatan kepimpinan tersebut. Tetapi mereka juga ada sikap tidak sambil lewa terhadap agama, jika mereka dipilih untuk mentadbir negara, mereka akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh, mengamalkan ilmu-ilmu mereka, mengkaji dan mentadbir pemerintahan corak agama yang sebenarnya, berkaitan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya ditatbiqkan cara islam seterusnya tidak putus-putus mengharapkan redho dan pertolongan Allah.

KEYAKINAN RAKYAT KEPADA PAS

PAS boleh mengutip derma sekian-kian ribu, malahan jutaan ringgit meminta derma dari ahli-ahlinya. Jika bukan kepimpinan dari ulamak menerajui pas maka sudah tentu ahli tidak yakin memberikan derma tersebut kepada jamaah! Mungkin sahaja duit-duit itu diseleweng oleh kepimpinan yang tidak bergelar ulamak yang langsung tidak ada rasa takut dan gerun pada Allah!

Siapa yang boleh menterjemahkan kepimpinan dan cara pemerintahan Rasulullah dalam sistem pemerintahan baginda jika bukan kerana kepimpinan ulamak? Bukankah corak kepimpinan Rasulullah yang menjadi ikutan buat seluruh dunia sekarang ini? Dua per tiga dunia Islam pernah memerintah dengan adil. Rakyat penuh selesa dan setiap individu yang berhak ke atasnya dipenuhi oleh pemimpin ketika itu. Jenayah kecurian, membunuh dan lain-lain jarang kedengaran dengan sebab adilnya sistem perundangan islam yang ditatbiqkan pada zaman itu. Adakah kita tidak mahu menginginkannya? Nah, sungguh banyak kerja yang perlu dibuat oleh kita untuk sampai kepada perlaksanaan undang-undang islam secara menyeluruh.

Melalui jamaah PAS inilah sebagai wasilah untuk mencapai negara yang mengamalkan islam secara syumul. Mari kawan-kawan dari Hizbut Tahrir, Jemaah Islah Malaysia(JIM), ABIM, TABLIGH, ARQAM bersatu dalam satu jamaah ini. Al-Quran menganjurkan “Wal takun minkum ummah” hendaklah kamu membentuk satu ummah, ummah yang tiada disana fikrah atau doktrin-doktrin palsu melaksanakan islam. Fikrah kita mestilah jelas dalam gabungan ini. Jadilah diantara kita ini saling membantu antara satu sama lain, jamaah yang bersifat ta’awun antara satu sama lain, bukan mengamalkan ciri-ciri tafarruq kepada jamaah yang lain. Jika PAS ada cacat celanya maka datanglah untuk membantu dan menampungnya. Jika PAS mempunyai kelebihan sama-samalah mengekalkan keizzahannya. Tidak ada kepentingan buat semua pimpinan. Rata-rata pimpinan berkorban harta dan jiwa untuk perjuangan ini. Sanggup keletihan hingga habis suara dalam dakwah ini. Jika anda juga memperjuangkan islam, maka pas lebih dahulu memperjuangkannya. Tak perlu untuk menubuhkan lagi jamaah-jamaah yang lain. Dengan sikap tidak puas hati dan bertindak untuk berkecuali dengan jamaah inilah merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Sedarilah matlamat kita adalah Allah. Takut-takut dengan tindakan kita itu mendapat kemurkaan daripada Allah. PAS memperjuangkan konsep “Bersama kepimpinan ulamak!”.

TINDAKAN AMALAN

Golongan yang professional juga diberi mandat dalam menguruskan pentadbiran negara ini. Mereka juga tidak terlepas dari disoal diakhirat kelak tentang apa yang mereka buat untuk Allah. Beriman dan bertaqwa itulah yang menjadi asas dalam meniti keredoaan Allah dalam setiap tindakan.Dan kepimpinannya itu perlu telus dalam membuat kerja dan amal.Golongan ini apabila diberi mandat untuk memerintah biarlah mendapat bidang tugas yang sesuai untuk mereka. Mereka perlu memeimpin ummah ini dengan ilmu-ilmu yang ada pada mereka dalam neraca beribaqdah kepada Allah.

Demi mempertahankan kualiti perlaksanaan islam dalam PAS ini kita seharusnya mengangkat ulamak untuk berada diatas. Ulamak pewaris para nabi. Kata nabi ‘Ulamak adalah pemegang amanah Allah kepada hamba-hambanya’. Ulamak yang tidak menjual agamanya. Beramal dengan ilmunya dengan penuh takwa dan beriman.Rasa gerun dan takut pada Allah dalam menggalas tanggungjawab besar ini. Sesungguhnya sistem pendidikan, sistem politik, sistem maklumat dan penerangan, sistem pertahanan dan sistem penggunaan kewangan negara, semuanya itu merka arif tentangnya. Itulah yang dibahagikan oleh ulamak dalam pembahagian Jihad. Jihad ta'limi, jihad siyasi, jihad lisani, jihad fi sabilillah dan jihad harta. Mereka amat arif dalam pembahagian struktur pentadbiran negara ini. Mereka mempunyai skill dan kemampuan untuk menyemak contoh pentadbiran oleh Rasul dan paraq salafussoleh. Islam akan diangkat dan islam akan dijunjung.

Allahumma izzana bil islam, wa izzal islaama bina

Ya Allah hebatkanlah kami dengan islam dan hebatkan islam melalui kami!!


Bersama memelihara jemaah dan memberikannya kepada orang benar-benar layak!!
.


.

Tuesday, May 05, 2009

DAKWAH : ALLAH GHAYATUNA..!!



Kata Mustafa Masyhur di dalam kitab Torequl Dakwah baina Isolah wal inhiraf. : Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Kita wajib beriltizam dengannya. Jangan menyeleweng daripadanya kerana sesungguhnya ialah jalan Rasulullah s.a.w. Bagindalah orang yang arif mengenai jalan dakwah ini.

Tarequd- Dakwah : Apa matlamatnya?


Kata ungkapan dari al-Imam Syahid Hasan Al-Banna menyebut : Allahu ghayatuna (Allah matlamat kami).Kata-kata tersebut jelas menunjukkan Allah adalah matlamat dalam kita berdakwah. Jika tersimpang dari matlamatnya itu maka sia-sialah segala bentuk dakwah kita. Berhati-hati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada penyelewengan matlamat tersebut. ..!!

ULAMAK PEWARIS NABI

Usrah saya pada hari ini membincangkan ciri-ciri kepimpinan. Dalam membincangkan sifat pemimpin itu, sahabat bertanyakan kepada naqib ust yussaine yahya menyentuh tentang isu yang telah diketengahkan oleh ust nik abduh dalam blognya itu yang bertajuk 'kerja-kerja bodoh dalam pas'. Bagi saya bahawa mereka tidak walak dan intimak sebenarnya kepada jemaah. Ada tujuan lain yang dirasakan menjadi satu agenda untuk merubah kepimpinan PAS yang sedia ada sekarang. Jangan hairan jika saya katakan ada golongan munafik yang berada di ruang legar kepimpinan. Mereka tampak mendokong kepimpinan tetapi jadi batu api kepada kepimpinan yang lain seterusnya menjadi barah dalam jemaah!

Tanda-tanda seseorang ikhlas berjuang iaitulah dia menampakkan kesungguhan sifat THABAT dalam perjuangannya. Ini beerti thabat dengan kepimpinan yang sedia ada dan tidak bersikap menentang kepimpinan yang lebih-lebih lagi kepimpinan dikalangan ulamak. Jika mereka ikhlas dalam berjuang, tidak timbul soal merebut jawatan yang sepatutnya dipegang oleh ulamak. Bagi saya bahawa dalam kes ini harus dipandang serius oleh semua ahli jemaah supaya tidak berlaku percambahan fikrah yang jelas menentang kepimpinan ulamak.

Jemaah telahpun memutuskan bahawa ulamak adalah sebagai tunjang kepimpinan dalam jemaah, walaupun setakat ini tiada undang-undang tubuh yang menyatakan Presiden dan timbalan presiden seharusnya dari kalangan ulamak tetapi ijmak ulamak khususnya dalam syura jamaah telahpun bermuafakat membuat keputusan sebegitu. Sebab itu saya lihat jika ada orang lain yang hendak bertanding dalam merebut jawatan orang no 1 dan dua dalam parti ini bukan dari kalangan ulamak, maka saya membangkang sekeras-kerasnya. Mereka bukan ulamak, dan mereka tidak tahu selok belok agama. Ya, mereka boleh memetik aya-ayat alquran sebagaimana ulamak dalam ucapan-ucapan mereka tetapi dari sudut penghuraiannya sama-sekali tidak sama dengan golongan ulamak. Jadi disini bagi mereka yang tidak menyukai kepimpinan ulamak maka saya memacak jari menyatakan dengan tegas, jika anda tidak mahu ulamak yang menerajui PAS, sila masuk DAP, UMNO dan lain-lain parti! Tak perlu masuk PAS!! Anda barah dalam jemaah!!



HATI TEMPAT TERGELINCIRNYA MATLAMAT


Riak, takabbur, meninggi diri, gila pangkat, suka menunjuk-nunjuk, suka mempamerkan kebendaan, dan sebagainya merupakan kepentingan-kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu!! Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan seseorang itu dari matlamat sebenar. Ketahuilah, ia lebih bahaya dari penyakit-penyakit fizikal. Rasa dengki dan sikap tidak puas hati juga membuatkan seseorang akan jatuh tersingkir dari matlamat dakwah ini. Ingatlah Allah dalam setiap perkara. Sesungguhnya hati yang rosak itu adalah penyebab kepada rosaknya agama.


HATI YANG KOTOR WAJIB DI’BASUH’

Untuk membersihkan hati yang kotor tidak perlu febrez atau mana-mana sabun pencuci untuk dibasuh. Kesesuainya perlulah dinilai. Jika kereta yang kotor sesuai dengan pencuci kereta berjenama Kit, bersesuaianlah dengan sifatnya yang licin agar tidak merosakkan dan mencalarkan kereta. Begitu juga jika kotornya itu adalah baju, maka sesuailah sabun berjenama Freez untuk mengekalkan kaler daripada pudar. Maka hati juga menilai dari sudut kesesuaian ‘sabun pencuci’anya. Pembersihnya iaitulah zikir. Zikir pada Allah!!


Apabila selalu zikir mengingati Allah, hati tersebut akan mengatur pergerakkan dakwah. Dialah raja kepada segala alat komponen dakwah. Kaki, tangan, lidah, dan lain-lain dipandu oleh hati yang selalu mengingati Allah memudahkan perjalan dakwah. Sungguhpun pertengahan dakwah berlaku ujian dan kepayahan, hati itu tetap merasa tenang dengan sapaan ujian tersebut. Keyakinan dipasakkan bahawa itulah sentuhan manja dari al-Khalik tuhan yang memiliki ‘arasy iaitu Allah. Allahh,subhanallah. Allah sedang membalas cintaku!! Fazdkuruuni adz-kurkum, Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya aku akan mengingatimu, bersyukurlah kepada-Ku dan jangan kufur!!


PERMULAAN TAQARRUB PERLU DUA PERKARA


Said Hawwa dalam sebuah kitab yang disyarahkan oleh beliau iaitu syarhu hikam li Ibni ‘Athoillah as-Sakandari menyebut : Permulaan seseorang untuk sampai kepada Allah itu ada dua perkara : Pertama adalah zikir dan yang kedua adalah Guru. Guru yang mursyid.

Siapa tidak kenal dengan peribadi seseorang yang dipanggil Ustaz Sidek Noor? Seorang pendakwah yang cekal. Mempunyai tempat pengajian untuk para mujahid Allah berilmu dan beramal soleh. Pernah menjadi tahanan ISA pada satu ketika dulu. Kini beliau aktif di medan berdakwah menyambung perjuangannya agamanya, membina jiwa-jiwa muslim supaya berani kehadapan dan tampil berjuang menegakkan kebenaran. Pernah satu ketika beliau balik dari mengerjakan umrah dan memberikan kuliah bulanannya di Markaz PAS kawasan kangar. Beliau menyampaikan kuliah berpandukan satu kitab yang diberi nama Kitab Hikam, dalam syarahannya tersebut beliau menyebut ‘kita nak berjuang islam ni masuklah tareqat, akan manis berjuang!!!'


Ini kerana tidak lain dan tidak bukan, tareqat diantara salah satu cara untuk kita mengingati Allah. Dengan bimbingan guru kita diperkenalkan cara-cara mengingati Allah dengan sempurna. Pantauan dari guru membuatkan seorang anak murid itu penuh beradab dengan gurunya. Guru berperanan mendidik akhlak dan adab pada setiap tindakan. Sudah berapa ramai antara kita yang tewas dengan arus yang pelbagai, yang paginya beriman pada Allah tetapi pada petangnya kufur pada Allah. Petangnya taat pada Allah tetapi malamnya derhaka berbuat maksiat pada Allah. Nastaqfirullahh… Nah! Inilah jawapannya. Jalan para nabi dan salafus soleh. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru Allah menunjuk kepada jalan yang betul.

KUKUHKAN MATLAMAT DENGAN BERDAKWAH

Kata Ibn ‘Atho’ lagi : Barangsiapa yang permulaan perjalanannya (menuju kepada Allah) adalah cemerlang, maka akhir perjalanannya juga akan cemerlang.
Kata-kata tersebut telahpun disyarah oleh Said Hawwa dengan syarahan yang panjang.

Untuk menjadikan perjalanan kita cemerlang di peringkat permulaan kata said hawwa ialah kembalinya kita terhadap hukum Allah. Dengan kembalinya kita terhadap hukum Allah maka, tidak dapat tidak kita perlu perjuang menegakkan hukumNya. Itulah yang dikatakan berjuang ke arah agama Allah dengan berdakwah!! Asas syarak adalah sebagai pemandunya. Jika seleweng dari syarak maka penghabisan perjalanannya itu akan menyeleweng dan tersasar dari matlamat menuju kepada Allah yang sebenar. Itulah pengukuhan sebenar dalam mencapai matlamat dakwah!!

Allah itu adalah matlamat..!!


.

Wednesday, April 29, 2009

MUKMIN WAJIB BERJUANG..!!






BIsmillahirrahmanirrahim...

Firman Allah yang bermaksud :

Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam RahmatNYa (syurga) Demikian itulah kemenangan yang nyata. …(surah al-Jashiyah:30)


Dan….. satu lagi Ayat Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.” ….(surah al-Hajj: 50)


Sifat orang beriman semestinya dia berjuang, berbuat kebajikan. Tapi sekarang dah terbalik. Ramai yang mengaku mukmin tapi tidak berjuang. Erti kata’berjuang’ tersebut mestilah sesuai dengan keadaan sekarang. Berjuang dengan turun ke medan arahan pimpinan. Alasan saya mudah, ibaratnya jika hukum berkahwin di Thailand adalah hukumnya sah menurut syarak, tetapi ia menjadi tidak sah kerana perkahwinan tersebut tidak berdaftar dalam kuatkuasa undang2 malaysia. Jelas itu tidak boleh dikatakan mereka sudah berkahwin. Ya, jika anda rasa anda berjuang tetapi tidak melalui jamaah yang sedia ada sebagai platform kepada perjuangan, maka saya katakan anda tidak berjuang!! Perkara ini sudahpun dipersetujui oleh ramai ulamak tanahair kita, berjuang mesti ada ikatan dengan jemaah!! Berjuanglah dalam konsep 3 jenis amal. Amal fardhi, Amal jama'ie dan Amal Ijtimai'e.


HATI ROSAK AGAMA ROSAK


Sabda nabi s.a.w : Ketahuilah bahawa di dalam tubuh badan terdapat seketul daging. Apabila daging itu menjadi baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya daging itu rosak maka rosaklah seluruh badannya. Daging itulah yang dinamakan HATI..!!

Kata al-Imam Haris al-Muhasibi di dalam kitabnya iaitu Risalah Mustarsyidin : Daku dapati bahawa rosaknya agama itu berpunca dari rosaknya hati. Ya, memang benar kata guru kami. Diantara rosaknya agama ialah rosaknya hatinya. Hati seseorang yang dikatakan pembawa risalah Allah ini telah rosak. Meskipun diluar tampak berjuang menegakkan agama, tetapi di dalam juangnya itu rupanya memberi fitnah kepada agamanya. Na’uzubillah.

Manamungkin jika hatinya bersih dan tangannya berbuat maksiat kepada Allah?

Manamungkin jika hatinya bersih pada masa yang sama mata, telinga, lidah berbuat dosa?


Punca utama kerosakkan hati adalah kerana tidak bermuhasabah diri dan tertipu dengan angan-angan yang berpanjangan.Jadi tips kejayaan hati yang baik ialah : Apabila datang angan-angan dan keinginan dihatimu maka tawaqufkanlah ia(berhentikan), lalu kamu ambillah apa yang untuk Allah dan tinggalkan yang selainnya.


Kata-kata Syeikh Ibnu Ruslan dalam Matan Zubad :

Timbanglah setiap lintasan hatimu dengan timbangan syarak. Andai ia termasuk perkara yang disuruh maka segerakanlah kamu tunaikan. Dan andai ianya termasuk perkara yang dilarang, maka ia adalah dari syaitan, hendaklah kamu menjauhinya.


Imam Juniad Rahimahullah pun pernah berkata
: ‘Apabila datang sebarang lintasan dalam hatiku, maka aku tidak akan menerimanya melainkan dengan sokongan dua saksi yang adil iaitu Quran dan Sunnah’

Astaqfirullahhh….


PERIHAL MUKMIN ADALAH PELIK


Sifat manusia apabila seronok dia lupa pada Allah, dan apabila susah dia ingat pada Allah, dan kadang-kadang dia menyalahi taqdirnya. Tapi berlainan dengan perihal mukmin, sungguh pelik perihal orang mukmin itu. Mafhum kata Nabi : Orang mukmin apa yang dia terima semuanya baik, hatta mendapat bala pun perkara tersebut adalah baik untuknya. Subhanallah. Ketahuilah kalian, sebenarnya orang itu ada dua keadaannya. Satu bilamana dia mendapat sesuatu yang menyeronokkan maka dia terus bertindak untuk bersyukur kapada Allah. Dua apabila dia mendapati bala atau ujian atau tidak mnyeronokkannya lalu dia terus bersabar atas perkara tersebut. Maka orang tersebut pelik pada mata manusia umumnya. Namun orang itulah digelar mukmin disisi Allah..!!!
Adakah kita menepati cirri-ciri orang beriman itu? Tepuk dada Tanya iman..


SABAR ITU TAQWA

Sememangnya Ujian itu amatlah sukar, dan sabar itu adalah penyelesaiannya. Namun, sifat sabar yang mudah dilantunkan itu sungguh sukar bila dimedan praktikalnya. Sabar tatkala mula-mula diiuji itu sungguh payah untuk menerima. Sabar yang hebat ialah bersabar diatas ujian yang berlaku serta merta. Sabar dibahagikan oleh ulamak kepada 3 jenis. Sabar daripada melakukan maksiat, sabar untuk membuat ibadat dan sabar menerima ujian atau musibah.


Kata ulamak juga natijah kepada orang yang bersabar ada dua macam. Satu jika dia bersabar atas perkara sesuatu dia dikurniakan maghfirah dari Allah atas dosa-dosanya. Masakan tidak? Ujian tersebut adalah aturan dari Allah. Allah memberikan kepayahan kepadanya supaya kejahatan yang dilakukan olehnya terhapus. Sabar atas ‘pemberian ujian’ Allah ini adalah satu pahala. Assowaab ‘ala qadri masyaqqah (Pahala diukur dari kepayahan yang diterima). Jika ujian kepyahan itu besar maka besarlah pahalanya, jika sedikit kepayahannya sedikitlah pahalanya.
Dan yang kedua, dia akan dikurniakan Taqwa. Sesungguhnya Ujian tersebut kurniaan Allah. Setiap ujian yang diberi itu ada hikmahnya. Jika seseorang bersabar, seolah dia taat dan redho atas ujian tersebut keatasnya. Taat adalah ciri-ciri Taqwa pada Allah. Itulah makna tersirat Allah datangkan ujian pada manusia, dan juga dengan ayat-ayat Allah yang sekian banyak, menganjurkan manusia untuk bertaqwa kepadanya, itulah kesudahannya berupa TAQWA. Syabas kepada manusia yang bersabar. Sesungguhnya ujian tersebut adalah sebagai ‘jambatan’ untuk memperoleh Taqwa!!

Sekarang!!! Jika benar-benar kita beriman, berjuanglah!!


Berjuanglah wahai ansarullah, dengan matlamat daulah islamiah, berkorbanlah wahai yang beriman dengan harta dan segenap kepunyaan!!! (Lirik lagu tema PAS)


BERIMAN ~ Plus~ BERJUANG..!!!



.

Sunday, April 26, 2009

HIZBULLAH Vs HIZBUL SYAITAN


Salam Juang.

Selaut kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Sesungguhnya nikmat-nkmat Allah ini amatlah banyaknya, tidak terhituag dek jari yang membilang. Ya Allah kekalkanlah nikmat yang telah kau berikan kepadaku selama ini. Aku hamba yang lemah, tiada punya kukuatan sendiri melainkan kekuatan yang datang dariMU. La haula wala uwwata illa billah...

DUHAI PENOLONG AGAMA ALLAH

Masyarakat sekarang sudah mulai sedar dan celik akan kepentingan agama dalam urusan searia mereka. Ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Meskipun begitu, mereka hanya rasa selesa selepas menghantar anak ke sekolah agama tanpa meninjau atau memantau pembelajaran anak-anak mereka. Anak-anak yang tanpa pantauan dar ibubapa banyak terpesong dengan manhaj islam sebenar. Oleh sebab itulah ramai pelajar lepasan sekolah agama sekarang buruk akhlaknya. Bila fenomena ini berlaku, maka bagi saya mana mungkin mereka digelar penolong agama Allah yang akhirnya memungkinkan mereka diantara penentang-penentang agama Allah.

Sepatutnya perkara ini tidak mungkin berlaku. Mereka perlu dididik dan diasuh dengan baik. Peranan guru juga penting. Saya tidak nafikan guru mampu membawa anak-anak ini supaya menepati tuntuan agama.

PARA GURU / PENDIDIK / MURABBI

Saya mencadangkan kepada para guru yag diluar sana. Tarbiahlah secara terus anak-anak murid anda. Bentuk mereka untuk menjadi sebahagian matarantai perjuangan agama ini. Iklim sosial malaysia sekarang amat parah, menjurus kepada tindakan yang tidak bermoral, yang mana jika mereka tidak dikawal dengan baik berkemungkinan besar mereka akan terjebak dengan budaya kuning tersebut.

Binalah sekian banyak generasi pelapis bagi mentadbir dunia ini dengan Islam. Ajar mereka dan tarbiah mereka dengan cara yang terbaik. Setiap masa perlukan kesungguhan dan perancangan yang teratur. Didiklah mereka supaya berpengalaman dalam berdakwah. Adakan slot-slot praktikal bagi menguji mereka kearah penyempurnaan tindakan dakwah.

PARA GRADUAN AGAMA

Dimana kalian tika jemaah menginginkan kalian untuk berpencak digelanggang? Gelanggang dakwah yang terbentang luas itu sanggup diperkecilkan tindakannya.
Ramai yang tidak ingin mengotorkn tangan sendiri dengan kerja hanya sekelumit kerja. Lantas ingin dibentangkan permaidani merah untuk berpencak. Tanpa menghiraukan tuntutan dan saranan dari jemaah.
Duhai agamawan,
Dirimu saling tak tumpah kuli agama!!
Kamu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak tentang ilmu yang kamu ada.
Dimana kepentingan jemaah yang kamu letakkan?
Adakah hanya menjaga kepentingan sendiri semata-mata?
Kau sombong! Kau rasa jijik untuk menyentuh jemaah yang serba kekurangan ini!!
Sungguhpun engkau merasai keterbatasan masa yang mengejar,
Sudah setahun, duatahun, tiga tahun, malah bertahun lamanya tanpa ada natijahnya usahanya.



CIRI-CIRI TENTERA ALLAH


1) Jiwa dai'e yang mampu bekerja dalam keadaan senang dan susah. Mampu mentatbiqkan sifat as-sam'u wa tho'h terhadap pimpinannya. Dan para guru sekalian hendaklah anda semua mempunyai ikatan dengan jamaah dan kepimpinan jamaah. 'Haram' saya istilahkan seseorang yang berdakwah tanpa ada hubungan dengan jamaah. Jika demikin, andalah barah dan musuh jamaah yang sedia ada. Sabda Nabi s.a.w 'Ilzamu jama'atal muslimin wa imamahum'. Jangan tubuh jemaah yang tiada hubungan dengan jamaah!!!

2) Ingat Allah selalu. Jangan lupa pada Allah..!!! Berapa ramai yang berada didalam jemaah, tetapi kurang mengingati Allah. Menyahut panggilan takbir, dialah yang paling kuat skali, tetapi apabila dinilai dari solatnya sekalipun, berapa ramai yang sudah kusyuk dalam solat? Biarpun tidak ramai tetapi adakah diantara mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kusyuk dalam solat? Tepuk dada tanya iman. Mungkin juga amalan ang kita buat seharian ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Dalam solat pun boleh lupa Allah. Astaqfirullahh. Tidak guna mengisytiharkan diri adalah pejuang agama akan tetapi lupa pada Allah. Dalam surah al-Mujadalah ayat 19 yang bermaksud 'Mereka telah dikuasai syaitan,lalu lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengkut syaitan itu orang yang rugi'


Para pejuang agama Allah sekalian. Selami diri dan keupayaan diri. Kita masih ada masa untuk memperbaikinya. Kaderlah seberapa banyak yang boleh untuk diinfaqkan kejalan dakwah. Pastikan juga diri kita menepati ciri-ciri Hizbullah.

Bertidak selari dengan tuntutan jamaah!!


.