Friday, September 28, 2007

Mengejar cita-cita..!!

Semua orang ada cita-cita. Tetapi ada juga manusia yang tidak mempunyai cita-cita. Apapun hakikat ada atau tidak mungkin diukur dari segi seseorang itu berazam akan sesuatu. Dikatakan ada cita-cita jika berazam sesuatu, dan dikatakan tidak ada jika tidak berazam sesuatu. Akan tetapi sifat manusia ini berhajat akan sesuatu. Maka itulah salah satu kekurangan yang ada pada manusia berbanding dengan penciptaNYA.

Kebanyakan manusisa nakkan perkara yang baik sebagai cita-citanya. Namun disana perlu kita renung, bagaimanakah cita-cita seseorang itu selari dengan redho penciptaNYA.

Apakah maksud kita mengejar cita-cita?

Di dalam kitab Al-Hikam, Ibnu ‘Athoillah As-sakandari menyebut di dalam huraian kata hikmah yang ke-25, maksud mengejar cita-cita ialah menyandarkan diri kita kepada Allah taala iaitulah menyerahkan segala sesuatu demi untuk mudah mencapai cita-cita tersebut.

Akan tetapi, untuk sampai kepada cita-cita tersebut perlu ada 3 syarat :


1) At-Tafwidh fil Muraad (Tujuan cita-cita)

Dalam mengejar cita-cita tersebut, kita perlu berserah kepada Allah dengan keputusan dari Allah. Kita perlu berserah dengan bertujuan, adakah baik di sisi Allah. Jika baik disisi Allah semoga sampai cita-cita itu kepada kita, jika tidak maka tidak. Meskipun hati kita telahpun ada pilihan cita-cita tersebut, namun pada hakikatnya kita bergantung kepada Allah.

2) At-Tawakkul fi At-Tahsill (Bagaimana capai cita-cita)
Kita berserah kepada Allah agar menunjukkan kita jalan dan cara bagaimana menuju cita-cita tersebut. MOga Allah memberikan petunjuk bagaimana sebaiknya mencapai cita-cita kita itu. Sebab, kita tidak tahu mungkin jalan-jalan yang sedang kita hadapi itu tidak membawa hasil untuk mencapai cita-cita tersebut.

Cth : Jika kita bercita-cita memantapkan ilmu di dalam dada seterusnya menjadi ulamak agama, kita perlu berserah kepada Allah dengan harapan Allah berikan jalan-jalan yang sebaiknya untuk capai cita-cita tersebut. Mungkin juga tak perlu belajar di Al-Azhar, mungkin juga tidak perlu masuk university, mungkin juga hanya berkhidmat sepenuhnya kepada tok guru atau orang alim, apabila kebersamaan hidup bersama orang alim, maka kita dikurniakan ilmu-ilmu tersebut.

Hakikatnya kita masih tidak tahu jalan apakah yang sebaik-baiknya untuk kita mencapai tujuan dan cita-cita kita itu. Maka kerana itulah kita perlu bertawakkal kepada Allah, supaya Allah memberi petunjuk akan jalan-jalan yang terbaik yang diredhoi olehNYA.

3) Al-Istiqomah fi Tawajjuh (Tetap berharap kepada Allah)
Istiqomah dengan setiap gerak –geri untuk mencapai Redho Allah. Biar lidah, hati dan jasmani kita sejalan dengan bertawajjuh kepada Allah.

Apabila 3 syarat ini telah ada pada kita, maka pastilah maksud kita tujuan kita dan cita-cita kita itu diperhatikan oleh Allah taala. Biarlah menjadi persoalan adakah cita-cita kita itu berhasil atau tidak, namun pada hakikatnya kita telahpun mententeramkan jiwa kita dari berhajat yang bersangatan akan cita-cita tersebut. Kadang-kadang jiwa memberontak apa yang dihajati takut-takut tidak dapat dimiliki. Namun, itulah hakikat 3 syarat ini untuk lepaskan diri kita dari terus dibelenggu ‘takut’ tersebut seterusnya kita bertawakkal kepada Allah sebagai tanda redho hati kita pada apa yang ditaqdirkan oleh Allah. Apakah sifat positif atau negative, apakah cita-cita itu wujud atau tidak selayaknya Allah jua penentunya.
Kita hanya mampu berserah.


“..Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah, wa na’uzubika min sakhatika wannaar..”

Dimana tingkatan "DIRI KITA"..??

Makhluk terbahagi kepada 3 tingkat:

1) Tingkatan Al-‘Ibad

Mereka yang melakukan amal ibadah dengan harapan mereka semoga dapat masuk dalam syurga Allah, berbahagia di dalamnya dan terlepas dari seksa neraka. Ataupun maksud mereka berbuat amal agar mereka selamat di dunia dan akhirat dan diselamatkan dari segala malapetaka baik di dunia mahupun di akhirat.

2) Tingkatan Al-Muridin
Mereka yang berbuat taat kepada Allah melalui ketaatan mereka terhadap ajaran-ajaran agama, tidak lain maksud mereka melainkan untuk bagaimana sampai kepada Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka untuk sampai kepada Allah, semoga hati-hati mereka dilimpahkan rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah s.w.t.


3) Tingkatan Al-‘Arifin

Hamba-hamba yang berada di dalam tingkatan ini, meskipun mereka beramal terlalu banyak, tetapi sedikit pun mereka tidak melihat bahawa apa yang mereka kerjakan itu untuk maksud-maksud di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka beramal, tetapi hati mereka selalu tertuju bahawa Allah s.w.t yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka Hakikatnya mereka tenggelam dalam tali Qadha’ Rabbul Izzati.



AKIBAT BERPEGANG KEPADA AMAL

MIN ‘ALAMAATIL I’TIMAADI ‘ALA ‘AMALI NUQSONU AR-RAJAA’ ‘INDA WUJUDI AZZALALI

“ Sebahagian tanda berpegang(manusia) pada amal ialah mereka akan berasa kurang harapannya kepada Allah ketika terjadi kesalahan”

Menurut kalam hikmah di atas, yang dimaksudkan dengan ‘tanda’ adalah buat tingkatan pertama dan yang kedua. Iaitulah menurut kacamata ilmu Tasawuf pada tingkatan pertama “Al-‘Ibaad” dan tingkatan yang kedua “Al-Muridiin” masih belum baik apabila dibandingkan dengan tingkatan yang ketiga. Sebab apabila kita masih dalam tingkatan yang pertama dan kedua maka akibatnya ialah seperti berikut :

a) Pada tingkat pertama : Apabila seseorang itu mengerjakan perbuatan maksiat seperti tidak menjalankan perintah Allah s.w.t, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah. Ini kerana dia mengharapkan bahagia di Syurga dan selamat dari azab dan siksaaan neraka. Harapannya kepada Allah kuat dan bertambah apabila dia beramal. Akan tetapi apabila tidak kuat amalnya, maka harapannya yang tadi akan menurun dan berkurang.

Cth : Seseorang berkeinginan untuk membeli kereta. Jika pada ketika dia mempunyai duit untuk membeli, dia akan berharap kereta yang dilihatnya itu akan menjadi miliknya. Akan tetapi jika pada ketika itu dia tidak ada duit ataupun tidak cukup duit, maka harapannya untuk memiliki kereta itu agak berkurang, meskipun ada sedikit harapan semoga dapat memilikinya.
Kereta itu ibarat Syurga, Duit itu ibarat amal yang difikirkan syarat untuk memiliki syurga.

b) Begitu juga pada tingkatan Al-Muridin. Dengan amal maka ia gembira. Kerana itu maka amal-ibadatnya menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. Tetapi apabila ibadatnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah s.w.t. Inilah akibatnya apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

Adapun tingakatan ketiga ini adalah tingkatan yang mulia di sisi Allah s.w.t. Sebab apabilakita sampai pada tingkatan ini, kita akan fana dan kita akan tenggelam di dalam qadha’ dan qadar Allah.

Kita akan bersifat sama dalam pengharapan kepada Allah apabila mengerjakan ketaatan, maka tidak terlihat oleh kita bahawa itu adalah kerana daya dan kekuatan kita. Ataupun kita pernah meninggalkan ajaran-ajaran agama, namun hati kita selalu mengharapkan keridhaanNya dan takut padanya.

Kesimpulannya, untuk mencapai tingkatan ketiga ini satu-satunya jalan untuk sampai ialah dengan sifat “mujahadah” iaitu kita harus memerangi hawa nafsu kita dengan latihan-latihan seperti yang telah diatur oleh ilmu Tasawuf. Maka dengan latihan-latihan memerangi hawa nafsu dan selalu mengingati Allah kita akan sampai ke tingkatan Al-‘Arifin sebagaimana yang digambarkan tadi.

Kalam hikmah tersebut ana naqalkan dari kitab Hikam. Karangan Imam 'Athoillah As-Sakandari.

Moga entry kali ini dapat memanfaatkan bagi sekalian yang membacanya.

Apabila rindu kita kepad ilmu Allah, maka kita akan bersungguh-sungguh beramal dengan ilmu yang ada. Ulamak menaqalkan dalam hadis yang bermaksud "Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, maka Allah akan mengajarkannya akan ilmu yang dia tidak tahu "

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya maka Allah akan memahamkannya dalam agama"

Moga kita tersenarai dalam memperjuangkan agamanya. Takbiirrr!!! Allahu Akbar!!

Saturday, September 01, 2007

"Kami ke pangkuan ummah"

Itulah tema program yang telahpon diadakan di Kampung Kok Pasir, Tumpat, kelantan. Program bersifat 'Anak Angkat' itu dijalankan bermula 23hb sehingga 25hb Ogos 2007.

Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat menyertai program tersebut. Pgram ini dinamakan 'Pgram Bakti Siswa Mahasiswa Timur Tengah' bersifatkan satu program anak angkat kepada masyarakat kampung khusus berkhidmat dan khidmat untuk masyarakat.

23hb Ogos 2007

Jam 9.30 pagi kehadiran peserta 'Anak Angkat' untuk mengikuti perjalan majlis perasmian. Program ini dirasmikan oleh Exco kerajaan Negeri Kelantan, Al-Fadhil ust Zaki juga pelajar dari timur tengah satu ketika dulu. Diikuti lagi ketua kampung Kok Pasir dan juga Pengerusi Majlis Pemuda Islam saudara Hisyamuddin bagi kawasan Tumpat.

Jam 11.00pg mahasiswa diagihkan kepada keluarga angkat masing-masing. Pada sebelah petangnya diadakan Kursus penyembelihan. Slot ini membolehkan orang kampung dan para peserta belajar bagaimana teknik menyembeleh dengan cara yang betul. Di dalam kursus ini diajarkan juga petua orang tua-tua agar sembelihan itu lebih baik dengan amalan sunnah.

Antara yang disembelih ialah 30 ekor ayam, 10 ekor arnab, 8ekor burung.
Dan pada malam hari diadakan aktiviti bakar ayam beramai-ramai. Boleh kata sorang 4@5 ketul jugak la..banyak bebenor..:-)

24hb Ogos 2007

Sebelah paginya dipertandingkan kejohanan Futsal diantara anakmuda masyarakat kampung dan 'team Mesir', itu adalah pertandingan yang dianjurkan dibhagian ikhwah. Manakala peserta akhawat membantu pasukan Doktor2 dalam 'khidmat kesihatan' yang turut disediakan kepada masyrakat setempat.

Sebelah petangnya pula diteruskan lagi acara futsal yang tertangguh pada sebelah pagi dengan diselangi gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan mengecat masjid.

Sebelah malamnya pula diadakan Forum Perdana. Panel-panel yang dijemput ialah diantara bekas pelajar lulusan Universiti Al-Azhar juga. Alhamdulillah, dpt juga jumpa abg-abg dan kakak lama. Disebelah akhawat pula diadakan pertandingan sukan rakyat, pesertanya pula terdiri daripada kanak-kanak kampung dan masyarakat tempatan. Hebat sukan ni, siapa sangka sukan yang hebat ni dikendali oleh pasukan akhawat sendiri, tanpa pertolongan ikhwah seratus peratus!! Haaa, camnilah yg menjadi kebanggaan ustaz2. Tak banyak nyusahkan orang, bleh buat sendiri. Saya tak kata, saya tulis je:-)Tapi si ikhwah ni kan rajin tolong orang, tp sian jugak tak dijemput.heheh. Itu tandanya sikap tolong-menolong yang harus dipuji:-)

Buah tangan


Hari terakhir disampaikan hadiah baut pemenang-pemenang sukan dan futsal. Dan hadiah cenderahati kepada keluarga angkatt terbaik dan 'peserta angkat' terbaik. Keluarga angkat terbaik jatuh pada keluarga angkat mazwan. Memang baik sguh la, siap bawak jalan-jalan sekitar kelantan walaupon mazwan sendri orang kelantan:-)(takk, sebenarnya nak raikan anak angkat yang satu lagi, dari kedah us.iman jln2 tengok2 negeri pemerintahan ISLAM)

Manakala peserta terbaik jatuh pada peserta yang 'dikatakan' datang dari jauh iaitu dari utara ke pantai timur. Ketika dipanggil nama beliau yang berasal dari jeniang kedah itu maka beliau pon melangkah laju dengan gayanya terus naik ke pentas mengambil hadiah tersebut:-) Sebab kurniaan hadiah itulah, artikel ini mengisi ruang kosong pada entry kali ini:-)hehe.

Peluang


Peluang menterjemah apa yang dipelajari ketika dikuliah, inilah salah satu medan untuk diluahkan. Pengalaman saya sendiri banyak perkara mufajaah terjadi pada saya. Bayangkan Baru sahaja sampai di kelantan 10minit sblum azan subuh, slps subuh sudah diberi taklifan untuk bertazkirah susbuh. Allah, alhamdulillah saya dapat manfaatkan pengalaman ini. Diantara lain, banyak peluang kebersamaan kita dalam mengetahui fikrah masyarakat. Ya, sesetengah tempat berbeza setengah tempat yang lain. Jadi saya merancang untuk membuat satu lagi program yang seumpama itu juga di sebelah utara nnt. Iallah, doakan dimudahkan.

Ini juga diantara usaha saya dan juga sahabat-shabat yang lain untuk mencari dana Syaqah untuk pembinaan bangunan PMRAM yang kita cintai.

Experience is the best teacher!!! Someone told that..Think about it..!!