Tuesday, July 31, 2007

RINDUNYA MASA SIBUK

Hadis nabi menyebut " Dua Perkara yang sering ummatku sias-siakan ialah: Masa sehat dan masa lapang" Benarlah kata-kata Nabi S.A.W.

Alhmdulillah, walhamdulillah wa ba'd.

Perkara mustahil yang saya katakan sebelum ini benar-benar berlaku terhadap diri ini. Ya, benar-benar berlaku. Masih ingat lagi, ketika tahun pertama diMesir, saya telah menanam azam untuk tidak balik ke Malaysia selepas 4 tahun. Nah sekarang, sudahpun berada di Tanahair setelah 4tahun diMesir. Sungguh hebat perancangan Allah. Kebanyakkannya apa yang diazamkan dan disebut di bumi para ambiyak atau 'ardu kinanah' ini, itulah yang berlaku dengan izin Allah.

Alhamdulillah, tanggal 29/7/2007 jam 9malam waktu malaysia tiba dilapangan terbang Peneng. Sebak rasanya melihat kali pertama wajah mak dan abang-abang yang sedang menunggu, menantikan seorang insan yang sudah lama tidak pulang. Ungkapan 'jauh dimata dekat dihati' sudah tidak ada lagi. Kini bertukar menjadi 'dekat dimata dan dekat dihati'. Dakapan seorang ibu telah terubat rindu, hampir 4tahun lamanya tidak bersua muka dan menerima kasih sayang dan belain si ibu. Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi dengan nikmat besar ini.

Apa cerita pasal adik-adik ditanta. Mungkin waktu sekarang masih banyak program yang dirancang. Moga-moga mereka terus bersemangat dalam kerja-kerja ummah. Tak lupa juga sahabat-sahaby PMRAM, moga-moga urusan dipermudahkan dan mendapat nusrah dari Allah.


Cuti


Saya teringat satu ungkapan berbunyi "Tiada istilah rehat balik bercuti". Ungkapan itu masih teringat-ingat difikiran. Hari pertama di mesia, sempat mencari no telefon untuk kegunaan. Rasanya inilah perkara awal paling penting untuk dicari sebagai permulaan untuk 'waktu sibuk' nanti.

Semua perancangan perlu dirancang dengan baik agar tidak berlaku pertembungan dan juga tidak bermasalah. InsyaAllah, saya yakin dan percaya, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kerja saya akan menjadi menimbun banyaknya. Cuma waktu permulaan 'cuti' ini, saya 'diberi' ruang untuk 'berehat' seketika bersama family. Alhamdulilah, saya turut bersyukur dengan ketentuan ini. Doakan kita semua thabat dalam perjuangan.

Wakaf diri dalam PERJUANGAN!!

Tuesday, July 24, 2007

Rubbama A’toka Fa mana’aka, Wa Rubbama Mana’aka Fa A’toka.

“Kadang-kadang diberi kesenangan tetapi dihalang Hidayah, kadang-kadang dihalang kesenangan tetapi diberi Hidayah”

Saya terdiam bilamana kata-kata ini dibaca, mungkin maknanya membuatkan saya terdiam tanpa kata. Saya baca berulang kali untuk memahami lebih dalam akan kata-kata tersebut. Alhamdulillah, setelah ustaz Faisal menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut, saya rasa lebih faham apa yang dimaksudkan oleh penulis.

Kata Hikmah ini dipetik dari sebuah kitab yang diberi nama Al-Hikam Al-‘Athoiyyah yang dikarang oleh seorang ulamak Mesir yang terkenal dalam bidang Tasawwuf iaitulah Ibnu ‘Athoillah As-Sakandari. Saya memetik kalam tersebut pada kata-kata hikmah yang ke 83.

Maksud “Al-Kalam”

Adakala Allah memberi segala nikmat kesenangan kepada kita di dunia iaitu dengan merasakan lazat akan nikmat dunia dengan nafsu syahwat yang melalaikan, akan tetapi dihalang pada akhirnya oleh Allah dari mendapat taufik dan hidayah. Ketaatan dan segala amal soleh kita juga tidak diterima oleh Allah s.w.t

Dan adakala, Allah menahan nafsu syahwat kita daripada suka nikmat lazatnya dunia kepada Allah memberikan Taufik dan Hidayah.

Al-kitab sebut lagi, kadang-kadang Allah memberi nikmat dunia tetapi tidak memberi keindahan keseluruhan dunia. Dan kadang-kadang juga Allah menegah daripada mendapat perhiasan dunia akan tetapi memberikan kenikmatan pandangan akan nikmat tersebut

Kadang-kadang Allah memberi kemegahan dunia tetapi dihalang kemegahan di Akhirat. Dan kadang-kadang diberi kemegahan akhirat dan dihalang mendapat kemegahan di dunia

Apa maksud semua ini?

Tepuk dada Tanyalah iman. Kemungkinan kita tidak sedar nikmat dunia yang Allah datangkan sebagai ‘musuh’ kepada kita, kita anggap ianya sebagai ‘kawan’. Nikmat kesenangan yang Allah berikan, kita sudahi nikmat tersebut dengan tidak bersyukur kepada Allah. Memang perkara ini adalah biasa. Tetapi ingat, Alah bisa tegal biasa’ yang memungkinkan kita terjerumus dengan godaan dunia. Bila terbiasa ‘beramal’ dengan perkara tersebut, kita akan lalai pada Allah. Segala amal soleh kita tidak diterima oleh Allah. Na’uzubillahh!!

Kesenangan Dunia

Apabila saya merenung jauh, apakah matlamat utama kita diberi peluang hidup di dunia ini, maka disana saya mengerti ada dua perkara tujuan dijadikan kita oleh Allah s.w.t iaitulah atas tujuan beribadah kepada Allah, menyatakan Allah itu Esa tiada satu atau dua dan juga menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini. Di dalam kehidupan seharian banyak agenda yang telahpun dirancang. Namun terpikir dalam keadaan kita sebuk dalam bekerja, apakah suasana penghujung dunia ini. Adakah kita sempat menunaikan segala amanah dan tanggungjawab yang telah terpundak atas bahu kita ataupun sebaliknya.

Segala puji bagi Allah, tuhan yang memiliki sekalian alam, lautan, dataran dan udara semuanya kepunyaan Nya. Diberi kesempatan waktu untuk menunaikan segala amanah tersebut sebelum ini. Adakalanya segala urusan kita itu senang, dan adakala juga urusan yang dibuat itu merumitkan. Namun, apakah segala kesenangan dan kesusahan itu dijadikan kayu ukur diatas apa yang telah kita lakukan. Maksud saya, kadang-kadang kerja urusan kita jadi susah, adakah kita memuhasabah kembali atas ‘perkara salah’ yang telah kita lakukan. Astaqfirullahhh!! Baca mathurat setiap haripun, tak terkira banyaknya kesilapan kita.

Teringat satu hadis yang bermaksud, Allah tidak akan memasukkan hambanya kedalam Syurga hanya atas dasar amalan baiknya, akan tetapi dimasukkan kedalam syurga dengan hanya Hidayah Allah s.w.t.. Subhanallahh!!

Allah juga berfirman di dalam satu hadis Qursi bahawa Allah memerintahkan kepada Syurga agar membenarkan masuk hanya kepada sesiapa yang Allah beri Hidayah padanya. Hidayah Allah mengatasi segala, baik amal kebaikan, kebajikan dan berbuat baik pada orang lain. Moga Allah menghitung dengan neraca yang paling mulia disisinya dengan memberi hidayah kepada semua kaum Muslimin dan muslimat.

Doa silahul Mukmin

Kita selaku hamba, wajib berdoa kepada Allah s.w.t agar diberi kesenangan dan hidayah Allah. Kita kuatir dengan segala tanggapan kita yang mungkin tidak sama sekali bertepatan dengan perancangan Allah. Sebagaimana disebut di dalam Al-Quran “ ’Asaa an takrahu syai’an wahuwa khairun lakom, wa ‘asaa antuhibbu syai’an wahuwa syarrun lakom” bermaksud dirasakan tidak menyukai sesuatu perkara akan tetapi baik disisi Allah, dan dirasai suka sesuatu itu akan tetapi buruk disisi Allah. Dan disambung oleh Allah dengan ayat yang terakhir yang bermaksud “Dan akulah (yakni Allah) lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”. (Surah Al-Baqarah:216)

Ittifak para ulamak dalam bertawassul dengan dua perkara. Ianya ialah:
1) Tawassul dengan Nama Allah dan sifat-sifat Allah
2) Tawassul dengan Amalan soleh kita

Tawassul iaitu berdoa dengan menjadikan amalan soleh kita sebagai perantaraan untuk mendapatkan apa yang kita hajati. Kita tidak syirik kepada Allah, kita hanya menjalankan tugas kita sebagai ‘peminta restu’ dari Allah untuk sertai perjalanan kehidupan kita seharian.

Maqam Musabbab bukan Tajrid

Maqam Tajrid ialah mereka yang mendapat karomah atas kurniaan Allah. Mereka adalah daripada wali-wali Allah dan para ahli ibadat yang soleh dan solehah. Kedudukan mereka sangat rapat disisi Allah sehinggakan mereka diberi apa yang diminta. Ianya tidak mustahil bagi Allah.

Manakala Maqam Musabbab, mereka yang perlu mencari sebab dan juga penyebab akan perkara yang diinginkan. Sebagai contoh jika inginkan kejayaan di dalam imtihan, perlulah berusaha terlebih dahulu sebagai ‘penyebab’ kepada kejayaan. Inilah yang dikatakan peringkat atau maqam orang biasa. Perlu berusaha walau apa jua, berbeza dengan maqam tajrid iaitu orang yang diberi oleh Allah dengan tiada bersusah payah berusaha.

Moga Allah memberikan yang terbaik kepada diri kita. Jadilah salik yang berada diatas toriqul masalik. Bersempena dengan bulan Rejab ini juga, kita memohon kepada Allah, beristqfar kepada Allah, moga-moga kita juga dikategorikan sebagai orang-orang yang soleh dan solehah.

Jadilah sifat para kebanyakan waliulllah, disaat ditimpa musibah dan ujian yang berat itulah ‘Hari Raya’ pada mereka. Fikirkan..!!

Tuesday, July 17, 2007

Musyafahah Al-Quran

Entri kali ni sebenarnya satu komentar untuk dimasukkan diruangan entri seorang sahabat. Tapi malangnya ana tidak boleh publish untuk komen artikel tersebut hinggakan ana masukkan disini untuk manfaat kita bersama.

Mempelajari al-Quran adalah satu-satunya ilmu yang semestinya kita pelajarinya dengan Musyafahah (bertalaqi dengan guru). Alhamdulillah ramai pelajar kita sedar akan hakikat ini, ttp tidak ramai yang berusaha kearah itu.

Nabi S.A.W sebut dalam hadis, bacalah al-Quran dengan lahjah orang arab. Bagi kita orang 'Ajam (bukan bangsa arab) semestinya bagi kita perlu bertalaqqi dengan sheikh untuk mendapatkan bacaan yang betul.


Kitab

Disini juga ana nak berkongsi dengan sahabat2, selain bertalaqqi dan bermusyafahah dengan sheikh, ada satu Kitab masyhur untuk memperelokkan bacaan kita dan mengetahui Makharijul Huruf ,agar apabila kita baca quran sifat2 huruf tersebut dapat diberi dengan betul dan sempurna. Kitabnya Alburhan fi Tajwid Al-Quran Wailiah risalah fi fadhail Al-Quran. Pengarang Mohd Assodiq Qamhari. Kitabnya bersaiz kecil dan nipis tetapi berjuta manfaat didalamnya. Pengalaman ana, ana penah bertalaqqi kitab ni pada tahun 2003, pada masa itu pengajian tahun pertama didalam bidang Syariah Islamiah. Diadakan satu program anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT). Alhamdulillah sempat khatam kitab tersebut dengan ust Ikmal, merupakan pelajar kuliah Qiraat tahun akhir Tanta pada ketika itu, sekarang sudahpon tamat pengajian dengan taqdir JAYYID.

Alhamdulilah dengan pengalaman beliau bertalaqqi dengan ramai sheikh Quran, sudah tentu banyak 'turuq' yang pelbagai dalam bacaan al-Quran. Bagi orang yang mubtadi' atau baru 'taktih' dalam mempelajari bahasa arab pada tahun pertama pengajian disini dirasakan lebih mudah mengaji dengan ust2 kita berbanding bertalaqqi dengan sheikh. Namun bagi ana itu hanyalah for beginner. Yang sebaiknya for us as sudah lama bertapak dimesir ni, perlu bagi kita bertalaqqi terus dengan sheikh bagi memperolehi bahasa dan juga pengalaman yang berbeza dengan sahabat2 yang lain.

Kalam semangat bertalaqqi

Sabda Nabi S.A.W : Barangsiapa melihat wajah orang 'Alim dengan satu pandangan dengan dia suka akan pandangan tersebut maka Allah jadikan seorang Malaikat ditugaskan beristiqfar untuknya sehinggalah hari Kiamat.

Subhanallah..!!
Melihat sahaja sudahpon diberi kurniaan seperti itu, apatah lagi kita mengambil ilmu daripadanya dan juga mengamalkan ilmu yang diambil.

Nabi S.A.W sebut lagi : Dudukmu sesaat di dalam majlis ilmu walaupun tidak memegang Qalam (pen) dan tidak menulis sesuatu walaupon sehuruf adalah lebih baik bagimu daripada memerdekakan seribu Hamba sehaya. Dan pandangnmu kearah wajah Orang 'Alim itu adalah lebih baik daripada mensedekahkan seribu kuda untuk ke jalan JIHAD, dan ucapan salammu kepada orang 'Alim tersebut adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun.

Alhamdulillah, selain masyayikh dikaherah dan dimansurah (setakat yang ana tahu) di Tanta juga ramai sheikh yang hebat-hebat dalam bidang al-Quran ini. Antaranya Dr. Judah iaitu salah seorang tenaga pengajar di kuliah Qiraat Tanta. Baru-baru ini dilantik sebagai Timb. Rektor Univ Al-Azhar iaitu timbalan kepada Dr. Ahmad Toyyib selaku Rektor Univ Al-Azhar sekarang. Dan ramai lagi sheikh yang terkenal disini antaranya sheikh Kamal membuka pengajian di Masjid Ibnu farid pada setiap isnin dan rabu.

Bagi kita tidak kira orang agama atau tidak, jika bergelar muslim yang tidak menyukutukan Allah dengan sesuatu maka wajib bagi kita mempelajari Al-Quran ini agar sempurna ibadah kita seharian. Bagaimana kita solat, bagaimana kita membaca al-quran dan bagaimana kita berzikir perlu kepada ilmu al-Quran supaya betul dalam bacaan dan lahjah yang fasih. Carilah guru yang boleh membimbing dalam kemahiran membaca Al-Quran ini. Semoga susah kita pada masa sekarang akan membuahkan hasil kesenangan untuk diturunkan kepada anak cucu kita nanti.

Teringat 'salah satu' azam ketikamana kali pertama menapak dimesir. Berkali-kali dibaca azam tersebut semasa dalam penerbangan malaysia-mesir, Berazam agar dikurniakan kesempatan menghafal 30juzuk diMesir. Namun ana rasakan natijah dari azam tersebut belum sampai. Ianya memerlukan azam yang kuat dan kerajinan yang bersungguh. Jika anda juga berazam sedemikian, mari kita sama-sama berdoa moga Allah memberikan kesempatan kepada kita menghafal al-Quran seterusnya menjaganya dengan betul.

Salam juang untuk hebat:-)

Tuesday, July 10, 2007

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Alhamdulillah wassalamu ‘Ala Rasulillah, wa ba’du,

Sudah lama saya meninggalkan ‘teratak’ ini berusang tiada perhatian, dihotelkan oleh sang labah-labah mencari nikmat serangga yang berkeliaran dan juga semut yang menghurung akan entri yang basi akibat pembaca meninggalkan sisa bacaan tajuk yang telahpun dibaca berulang kali. Maafkan diri ini membiarkan sedemikian. Agak banyak taklifan yang perlu saya laksanakan, selepas sahaja tamat peperiksaan fasa kedua kali ini. Bercampur program dan planning yang padat setiap hari. ‘Ala kullihal saya tidak menjadikan ianya penyebab, namun saya cuba mencari sedikit ruang bagi meneman kembali teratak ini, mungkin menetap semalam dua bagi membersih kembali sisa bacaan dan digantikan dengan entri langsir yang baru, supaya lebih kerap saya ber’uzlah dan melepaskan penat.

Entri kali ini ingin saya kupaskan satu tajuk yang berbunyi “Al-Ghoyah La Tubarriru bil Wasilah” yang membawa maksud Matlamat Tidak Menghalalkan Cara . Ianya merupakan salah satu cara kaedah Fiqhiah umum dalam meletakkan sesuatu hukum terhadap beberapa permasalahan fiqh.

Konteks pelajar

Setiap kali musim peperiksaan, baik pelajar yang beragama islam dan bukan islam terjebak dengan pengambilan ubat penenang. Gejala ini saya dapati menjalar sehingga ketahap mahasiswa di kampus tempatan. Keluhan dengan mengatakan masih banyak untuk membaca dan menghafal, sampailah sanggup mengambil pil penenang dan pil yang lain bagi ‘membantu’ agar tidak mengantuk dan berusaha menghabiskan tugasan. Gejala ini juga terjadi pada setiap kali tugasan assignment untuk dihantar pada esok hari bagi mereka yang belum lagi siap.

Inilah yang dikatakan, matlamat tidak menghalalkan cara. Tujuan untuk menghabiskan tugasan yang dipertanggungjawabkan adalah satu perkara yang baik, malah dituntut. Akan tetapi cara mereka dalam menyelesaikan masalah ini adalah salah. Tidak semestinya dengan pengambilan 'barang' tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah. Ini kerana kesan negatifnya amat banyak. Antaranya apabila kesan ubat sudah habis, si pengambil akan rasa sangat mengantuk. Bila tidur akan tidur sehingga waktu yang cukup lama. Solat ke ape ke, habis hilang entah kemana.(Pengalaman si pengamal, bukan pengalaman penulis).

Masih banyak cara sebenarnya untuk mengatasi masalah ini, antaranya study group, minum air, senaman ringan, dan rehat yang cukup.


Bomoh suk

Fenomena masyarakat islam di Malaysia lebih percaya bomoh dari Al-Quran. Kebanyakkan mereka berpengetahuan cetek dalam agama. Dahla tak tahu agama, buat pandai sendiri dalam agama. Bukan nak tanya orang ‘alim. Inilah yang berlaku, sehinggakan ramai melakukan syirik kepada Allah kerana mempercayai bomoh dalam menyelesaikan masalah mereka.

Mereka datang dengan harapan sembuh dari penyakit yang dihadapi. Tapi sayang matlamat tidak menghalalkan cara. Bomoh tujuannya ingin mengubati pesakit akan tetapi tidak sedar sudah melakukan perkara haram apabila ada beberapa bomoh yang selalunya menggunakan mentera-mentera untuk menyeru khadam atau jin mereka agar membantu dalam mengubat pesakit tersebut. Meminta selain dari Allah adalah syirik. Hukumnya adalah haram. Bagi kita yang tidak tahu akan hakikat ini makruh hukumnya jika berubat dengan bomoh ini. Dan tidak mustahil menjadi haram sekiranya kita tahu akan perkara ini.

Taadud Jamaah

Islam mengiktiraf dengan fenomena yang berlaku pada hari ini berkaitan berbilangnya jemaah. Namun begitu, ulamak telah meletakkan secara jelas bagaimana jemaah-jemaah ini perlu bersatu dalam pengurusan islam yang syumul.

Secara jelasnya taadud jemaah yang berasaskan ‘tanawwuk’ adalah dibolehkan. Iaitulah banyaknya jemaah tadi dinaungi satu jemaah besar yang mengepalai jemaah-jemaah tersebut. Akan tetapi realiti hari ini pelbagai jemaah yang timbul dengan tidak berasaskan tanawwuk, akan tetapi berasaskan ‘tafarruq’. Tafarrruq bermaksud jemaah yang tidak dinaungi oleh jemaah yang besar, dan bergerak secara solo, berpisah dengan jemaah yang lain.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Meskipon jemaah yang tafarruk ini juga hendak melaksanakan Islam sebagai wadah perjuangan, tetapi sedikit sebanyak memberikan satu impak negativ kepada ummat islam seluruhnya. Ini kerana dilihat umat islam tidak mempunyai satu tunjang atau proksi persatuan yang kuat dalam memperjuangkan islam. Bagaimanakah ingin mendirikan negara Islam jika sesama islam saling bercakaran. Matlamat hendak melaksanakan islam akan tetapi cara mereka membuatkan umat islam berbalah sesama sendiri, akhirnya melemahkan kekuatan agama islam


Sumber haram

Realiti pengalaman saya apabila berada di kampung. Ramai dikalangan masyarakat kampung yang kebanyakkannya bekerja sendiri terjebak dengan perkara haram. Antaranya ialah judi, mencuri, spot TOTO dan lain-lain. Hampir sebilangan besar diantara mereka adalah orang muda.

Pernah satu ketika semasa saya sempat bekerja selepas peperiksaan SPM, bercakap-cakap dengan seorang rakan sekerja. Dia sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pada usia belasan tahun lagi, dia sudah berumahtangga. Pada waktu itu umurnya dalam lingkungan 30. Dia seorang yang rajin bekerja. Gaji yang diterimanya masih tidak cukup untuk membiayai kehidupannya sekeluarga. Disamping dia bekerja di syarikat PETRONAS itu, dia mengambil upah kecil-kecilan di kampung. Antaranya memungut getah skrap yang telahpon kering untuk dijual kepada pembekal.

Motor kapcai, HONDA 70 adalah kawan sekerjanya. Dengan motor kapcai itulah dia mengangkut segala. Sekali nampak macam motor scrembler dan dua kali nampak hanyalah motor kapcai yang telahpon diubahsuai. Exsober motor biasanya ada dua, ditambahnya dua lagi untuk menampung berat getah skrap yang diangkut.

Alhamdulillah ada kesedaran untuk mencari nafkah kehidupan dengan tidak mengharap mak mertua dan orang lain. Tetapi perkara yang tidak menyenangkan saya ialah kadang-kadang dia bermain Spot TOTO. Hasil dia menang judi tu dia pakai untuk sendiri. Dia menyedari akan hakikat judi adalah haram, tetapi hujjah yang dikatakan kepada saya ialah dia tidak gunakan duit itu pada anak dan isterinya, itu hanyalah kegunaan dia sahaja. Bila ditanya apa yang dibeli dengan duit tersebut, dia sebut beli rokok, minyak motor dan lain.

Itulah pemahaman orang yang agak kurang tahu mengenai agama. Pandai buat tafsiran sendiri. Dan pula berceramah dengan yakin kepada saya dengan menyatakan tindakannya benar. Sungguh yakin!! Tetapi sayang, matlamat tidak menghalalkan cara. Sungguhpun dia tidak menggunakan duit tersebut untuk menyara keluarganya, akan tetapi dia tidak sedar bahawa bahan bakar yang menghidupkan motor untuk mengangkut getah yang halal itulah menjadikan rezkinya ada unsur haram. Kaedah fiqh menyebut “Iza ijtama’a halal wa haram qhalaba haram”. Bermaksud apabila bercampurnya halal dan haram maka ianya menjadi haram. Maka berhati-hatilah kita dalam masalah rezeki halal dan haram.

Tindakan kita

Menjadi satu tanggungjawab wajib bagi kita selaku golongan yang terpelajar dan memahami ilmu agama menerangkan sejelas-jelasnya tentang agama. Masyarakat seolah-olah tidak tahu tetapi menganggap dirinya tahu. Kitalah yang berperanan dalam mengembalikan pemahaman penghayatan islam. Berapa ramai yang bergelar islam akan tetapi penghayatan islamnya tidak ada. Dan juga berapa ramai yang mengaji agama tetapi tidak dapat memahami dengan betul maksud agama , sehinggakan masyarakat celaru dengan ilmu yang disampaikan. Siapa mereka? Tentulah mereka yang menyangka diri mereka tahu, tetapi hakikatnya tidak tahu. Tidak mustahil juga mereka adalah kita, yang tidak mampu memahami dengan jelas ilmu agama sebelum disampaikan kepada orang lain. Inilah satu misi besar bagi kita selaku azhari. Fahami kembali penghayatan islam kepada masyarakat. Dan pada masa yang sama kita juga memahami secara mendalam akan ilmu yang ingin disampaikan.