Monday, June 15, 2009

Semoga Allah merahmati kalian..

Dr. Fathi Yakan. Seorang mujahid dakwah dan ulamak dunia. Tersohor diseluruh pelusuk negara. Karangan-karangan beliau menjadi manhaj dan santapan penyemaian fikrah islam yang sebenar bagi orang-orang yang sentiasa mengkaji dan mendalami agama.
Allah yarhamuhu..amenn




Ammar Zulkifli seorang pelajar Medic, salah satu universiti perubatan di Mesir. Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika menguruskan perjalanan program persatuan. Moga dikurniakan syahid kepadanya. Untung dia kawan-kawan ye, seorang yang baik dan berjaya mengahafaz 30juzuk dimasa hidupnya semasa di Darul Quran. Sabda Nabi yang lebih kurang mafhumnya Al-quran boleh memberi syafaat kepada orang yang mengahafaznya dan boleh mensyafaatkan sepuluh lagi orang lain dikalangan keluarga terdekatnya. Sudahlah di dunia banyak membantu agama, di akhirat juga mampu membantu orang lain.
Moga Allah berikannya syahid. Ana terkesan dengan ungkapan yang sering beliau ungkapkan dalam sulaman tazkirah-tazkirahnya iaitu;

"Jiwa mereka yang sangat cinta mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat.
Melihat dunia dari jendela akhirat."

Tribute untuk Allahyarham Ammar Zulkifli. Klik disini. Dan berita pemergiannya disini.

Pemergian mereka sebenarnya sebagai tanda amaran kepada kita. Mereka orang-orang soleh mampu kembali kedunia.sila rujuk sini Ruh orang soleh kembali kedunia. Mana mungkin ulamak-ulamak kita dahulu menipu dalam karangan-karangan mereka. Mereka dekat dengan Allah, tidak mustahil mereka diperlihatkan oleh Allah tentang itu supaya boleh memberi pengajaran kepada seluruh manusia.


Allahu Yarhamu huma...(Ammar & Dr Fathi Yakan)....Sesungguhnya orang2 soleh ruh mereka kembali kedunia seolah2 berpesan berbuat amallah sebanyak2nya wahai manusia..

Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan sentiasa mentaati perintahMu. Dan juga sentiasa mengikuti sunnah NabiMu Ya Allah, Ya Arhamar Rahimiin..amenn3

.

TIGA PENYEMPURNAAN IMAN

Kita tentu ingin memiliki keimanan yang sempurna, ada tiga faktor yang harus kita miliki agar iman kita menjadi sempurna.

Nabi s.a.w bersabda :

ثلاثة من كن فيه يستكمل ايمانه

'Tiga perkara, barangsiapa hal itu ada pada dirinya, beerti dia menyempurnakan imannya : '

1) TIDAK TAKUT CELAAN

Sila rujuk surah almaaidah ayat 54. Itulah yang dimaksudkan oleh nabi. Seseorang yang yang tidak pernah takut demi agama Allah pada kecaman dan orang yang mencela. Demi sesungguhnya Allah itu adalah pengutus kuasa. Dialah Pekuasa. Segala kekuatan dan kuasa manusia semuanya datang daripadaNya.

La haula wala quwwata illa billahh...


2) IKHLAS

Maksud nabi ialah seseorang yang tidak riak dengan sesuatu amalnya. Sungguhpun ulamak sukar mentafsirkan bagaimana didefinikan ikhlas itu, tetapi ulamak boleh menketengahkan tanda-tandanya :

3 Perkara dan bentuk hubungan kepada Allah : salah satunya ialah Almahabbah (Cinta)kepada Allah.

seseorang yang melakukan amal ibadahnya itu bukan kerana takutkan neraka, dan bukan juga nakkan syurga, dan bukan juga mengejar fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya dalam amalan-amalan tersebut, tetapi dia tekun beribadah dan membongkok itu adalah rasa cinta dan rindunya kepada Allah s.w.t.

Sayyidatina Rabi'atul Adawiyah apabila ditanya kepadanya 'Apakah hakikat iman kamu pad Allah? maka beliau menjawab, 'Aku beribadah kepada Allah bukan kerana takutkan neraka Allah dan bukan pula nakkan syurgaNya, tetapi aku lakukan semua ini adalah atas kerana kasih dan cintanya aku kepada Allah s.w.t'. Maka tidak hairanlah satu masa ada orang yang melamarnya , dia mngatakan kepda orang itu, 'pergilah engkau meminta izin kepada Allah, sesungguhnya hatiku ini tidak ada cinta yang lain selain kepada Allah, dan sesiapa yang nak memperistrikan aku maka dia hendaklah meminta izin pada Allah, sesungguhnya aku telahpun menganggap diriku 'istri' kepada Allah!!'. Itulah bentuk zuhudnya Rabi'atul Adawiyah dalam alHubbnya kepada penciptanya. Itulah dia Ikhlas semata-mata kerana Allah!!

Kata guru kami Syeikh Khairul Anwar As-Syafie, Mudir Pondok Gajah Teriak, Jitra, Seseorang yang beramal jika ada tujuan yang lain contohnya inginkan pangkat dan kedudukan yang tinggi, maqam-maqam, rezki yang banyak, inginkan syurga Allah dan lain-lain maka dia bukan lagi benar-benar Ikhlas buat amalan kepada Allah.

Orang yang berbuat ibadah sebegini ada hukumnya dalam kaedah feqh. Kata beliau ada 3 pandangan melihat kepada ibadat yang tersebut :

Pandangan pertama :
Berkata oleh Syiekh Sultanul 'Ulamak Syeikh Ibnu Abdus salam Abi Izzuddin Rahimahullahu taala : Seseorang melakukan amalan yang disertai tujuan-tujuan lain ialah tidak diterima amalannya. Dan tidak dapat pahala.

Pandangan kedua:Bold
Dari Imam Ghazali :Bagi orang ini maka perlu dilihat diantara tujuan-tujuan itu manakah yang lebih berat. Adakah nak menjunjung perintah Allah atau nak balasan semata-mata. Jika dia membuat amalan itu kerana cinta dan nak tuntu redho Allah sebanyak 70% dan tujuan yang lain nak maqam yang tinggi atau nak balasan-balasan kepadanya 30%, maka pahalanya diukur hanya 70% tadi, dan 30% itu tidak dapat pahala.

Pandangan ketiga :
Akan dikira pahala mengikut kadar niatnya. Ianya berdalilkan dari satu ayat yang bermaksud 'Barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kebaikan maka Allah akan perlihatkan kebaikan (di akhirat kelak), barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kejahatan maka Allah akan perlihatkan kejahatan (di akhirat kelak)'

Kita banyak sungguh amalan nakkan sesuatu benda bukan semata-mata kerana Allah, solat dhuha nakkan murah rezki, baca mathurat nakkan hindar dari kejahatan. Tidak mengapa, sebabnya itulah tahap penghambaan kita kepada Allah. Pandangan yang ketiga tadi itulah yang membela kita. Tetapi biarlah ada usaha untuk kearah kesempurnaan ikhlas kita beramal kepada Allah. Sebab itulah Syeikh Ibnu 'Atho' As-sakandari mengajak para ahli ibadah kepada Allah ini beramal daripada kaun(makhluk) kepada almukawwin(Allah). Semestinya ibadah kita yang bertujuan selain dari ALlah itulah dinamakan kaun. Buat ibadat kerana nak murah rezki, nak murah rezki itu dianamakan kaun(mahkluk), beerti buat ibadah dari kaun kepada kaun, bukan kepada almukawwin. Begitulah juga tujuan-tujuan lain.

Mari bersama mengubah cara amalan kita, daripada kaun(makhluk yakni kita) kepada almukawwin (Allah). Bukan kaun kepada kaun.


3) MENGUTAMAKAN AKHIRAT BERBANDING DUNIA

Yang dimaksudkan oleh nabi didalam hadis ini ialah apabila dua perkara dihadapkan kepadanya, salah satu untuk dunia dan yang lain untuk akhirat, maka ia memilih urusan akhirat daripada urusan dunianya.

Lihat surah al-a'la ayat 17 yang bermaksud:
"Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"

Maka urusan akhiratlah kita kejar semaksiama mungkin. Kata nabi dalam satu hadis yang lain "Dua perkara, jika 2perkara ini ada pada manusia, maka digelar syukur dan sabar kepada Allah, iaitulah Barangsiapa dia melihat dalam agamanya kepada orang yang lebih atas daripadanya yakni kuat agamanya maka dia ambillah sebagai pedoman. Dan barangsiapa dia melihat dalam urusan dunia orang yang lebih malang daripadanya, maka hendaklah dia bersyukur pada Allah"

Jika nak buat urusan akhirat maka kena nilai diri kita dengan orang yang banyak buat ibadat, barulah kita akan banyakkan lagi amalan kita, dijadikan pedoman buat kita. Dan jika urusan dunia kita bekerja, hidup dan lain di dunia ini maka lihatlah orang yang lebih malang daripada kita, mereka lagi miskin berbanding kita, mereka lagi susah daripada kita, maka bersyukurlah pada Allah.

Wallahu a'lam

Hadis tersebut Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dan Abu Hurairah Radhiallahu Anhu

.

Tuesday, June 09, 2009

Ucapan Penangguhan Presiden PAS TGHH


Antara Isi Ucapan Penangguhan Presiden PAS


Beliau memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu".

Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah. Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam. "Islam Memimpin Perubahan Islam: yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.

Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala. Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan. Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam.

PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja. Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.

Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam. Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - musuh yang tidak faham.

Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh. Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.

Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala. PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.

Ketaatan dan Wala' mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.

Ukhuwwah dan bai'ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan. Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.

Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.

Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain. Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya. Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.


Ihsan dari blog ustaz Azizul (http://www.shamatun.blogspot.com/)

Perjuangan : Khidmat kepada Allah dan Rasul..!!


PEMUDA : Tenaga Buruh PAS..!!

Sungguh bermakna pada setiap baris dan kata ucapan ini.

Tidak terlambat ana ucapkan tahniah kepada Murabbi Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Ketua Pemuda Pas Pusat. Tubuhnya mengalir darah dan jiwa pejuang yang sungguh memahami konsep Jihad dan pengorbanan bagi memperjuangkan kebenaran bukan semata-mata kemenangan.




Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .
  • Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Siasah .


Selanjutnya.....
Rujuk blog Ketua PEMUDA Pas Pusat di sini.


Wa Syauqa, Wa syauqa, Hubbu Muhammad Rasulillah...
Wa Syauqa, Wa syauqa, ila rukyaaka Habiballah.....

Wa Syauqa, Wa syauqa, Hubbu Muhammad Rasulillah...
Wa Syauqa, Wa syauqa, ila rukyaaka Habiballah.....

.

Monday, June 01, 2009

Syarat dapat Redho ALLAH..!!


Satu Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari dan mukhtasarnya :

Dailog Allah s.w.t kelak bersama dengan ahli syurga :

Allah berfirman : Wahai Ahli Surga. Ahli syurga menjawab : Ya, wahai tuhan kami, kami junjung titah seruMu dan segala kebaikan berada ditanganMu.

Allah berfirman : Adakah kamu redho? (Adakah kamu berasa cukup dengan hidangan syurga ini?)
Jawab mereka : Adakah kami tidak Redho, sedangkan apa yang Engkau berikan ini tidak diberikan pada orang lain selain kami.

Allah berfirman lagi : Sudikah kamu Aku nak berikan yang lebih baik daripada itu?
Mereka menjawab : Ya tuhan kami, masih ada lagikah yag lebih baik selain daripada syurga ini?

Allah berfirman : (iaitulah) Aku akan berikan pada kamu REDHO-Ku. Dan selepas itu tidak ada kemurkaan Aku terhadap kamu selam-lamanya.

(Hadis riwayat Bukhari)


PENGAJARAN PERTAMA
1) Redho adalah setinggi nikmat Allah, baik di Dunia Mahupun Akhirat.

DUNIA : Allah berfirman : Wain ta'uddu nikmatallaha latuhsuuha... Bermaksud : Jika kamu mengira/menghitung nikmat-nikmat Allah, maka kamu takkan menghitung banyaknya nikmat itu. Dalam banyak-banyak nikmat Alah yang tidak terhitung banyaknya ini, rupa-rupanya niikmat yang paling besar ialah Redho Allah pada kita.

AKHIRAT : Di Akhirat Allah kurniakan syurga bagi orang yang senantiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Syurga sebagai ganjarannya. Sapa-sapa yang dapat redho Allah, semestinya dapat syurga Allah!a


PENGAJARAN KEDUA :
1-Bagaimana nak melayakkan diri dapat Redho Allah? Jawapannya Kita kena Redho dulu apa yang Allah tetapkan pada kita.

Sabda Nabi : Thalathatun, man qaala hunna dakhala Jannah : Radhitu billahi Rabba, Wa bil Islami Diina, Wa bi Muhammad Nabiyya wa Rasuula. (Tiga perkara barangsiapa yang menyebutnya(dengan hati yang ikhlas, rasa rendah diri, penuh keimanan) maka selayaknya boleh masuk syurga) iaitu ;
1- Aku Redho Allah itu Tuhanku.
2- Aku Redho Islam itu adalah agamaku.
3- Aku Redho Nabi MUhamad seorang Nabi dan Pesuruh Allah.
Ceraian :
1- Pastikan kita berhati-hati dalam setiap tindakan kita dan sentias mengharap Redhonya. Inilah dia maksud TAQWA yang digambarkan oleh sahabat Nabi Ubai bin Ka'ab. Berhati-hati dengan tidak melakukan kerja-kerja jahat dan zalim pada diri (melakukan kejahatan) dan berhati-hati dengan sentiasa melakukan amal soleh. Ciri-siri soleh boleh baca pada entry yang lepas. Tekan sini.

2- Jangan mengundang kemurkaan Allah!! Kelak bala turun habis semuanya binasa. Peringatan buat sesiapa saja pemimpin mahupun yang dipimpin. Cukuplah apa yang kita lihat pelbagai tragedi di depan mata kita. Adakah kita tidak mahu berfikir?

2- Bila kita redho Islam itu agama kita. Jangan tidak patuh dan tunduk pad arahan syariat Allah!

3- Bila kita Redho Muhammad itu nabi kita, maka perlu bersunguh-sungguh memperjuangkan agama yang dibawa olehnya. Islam sebagai diinul hayahh. Tanda sayang kita pada Nabi ialah mengamalkan sunnahnya. Bukan sekadar belarak dijalanan menaikkan sepanduk cinta pada Rasul pada sambutan Maal hijrah. Kata Tn Guru Baba Khairul As-Syafie (mudir pondok gajah teriak, Jitra) sebesar-besar cinta kita pada Rasul ialah mengamalkan segala sunnahnya!

Berdoalah dengan doa ini : Allahumma inna nas aluka Redhoka Wal Jannah, wa na'uzubika minal sakhatika wannar.
2- Nak dapat Redho Allah mungkin sampai kena korban macam-macam. Jiwa, harta, perasaan dan lain2!

Kisah Harmalah (salah seorang sahabiah Nabi) ditusuk mukanya dengan besi panas kerana beliau tetap memilih Islam sebagai agamanya. Sehingga berasap kulitnya terkena besi yang sangat panas. Sedari dari pengsan beliau mengucapkan 'Radhiitu billahi Rabbaa' - Aku Redho Allah adalh Tuhanku!
Kisah Suhaib ar-Rumi : Harta jadi gadaian untuk menyabut perjuangan Nabi dengan Hijrah ke Madinah, menyahut Redho Allah!

Kisah Imam Syafie : Pernah menerima sakit buasir. Sehingga diriwayatkan terpaksa duduk di dalam bekas untuk mengepung darah yang keluar. Keadaan itu agak kelihatan aib bagi orang yang melihatnya. Bila ditanya oleh anak muridnya kenapa beliau tidak berdoa saja pada Allah agar sembuhkan penyakit beliau. Apakah jawapan al-Imam? Jika ini adalah Redho Allah pada aku, maka aku Redho pada Allah dengan keadaan ku ini. MasyaAllahhh..!!

Selayaknya mereka memperoleh Redho Allah.
PENGAJARAN KETIGA

Para sahabat merupakan orang yang Allah Redho. Ikutilah juga ajaran para sahabat dan ahli bait Baginda. Sesunguhnya barangsiapa yang mengikuti mereka akan mengundang Rahmat dan Hidayah Allah. Mereka redho segala ujian yang mereka terima pada permulaan memeluk islam dengan penat jerih dan getir, maka Allah juga meredhoi mereka.

Bukti Allah Redho pada Sahabat-sahabt Nabi iallah jelas Allah rakamkan dalam quran dalam surah Al-Baiyinah : Radhiallahu 'anhum wa radhu 'anhu. (Allah meredhoi mereka dan mereka juga meredhoi Allah)

Nak Redho Allah? Tepuk dada tanya iman!!

Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...
Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...
Ilahii, anta Maqsuudi, wa Redhoka Matluubi...

.