Friday, May 08, 2009
KEHARMONIAN JAMAAH WAJIB DIPELIHARA..!!
Zaman pemerintahan Nabi s.a.w menampakkan struktur pentadbiran yang baik. Dalam pada itu nabi membina akhlak-akhlak yang terpuji kepada seluruh sahabatnya lebih-lebih lagi sahabat-sahabat yang dekat dengan Nabi. Inilah yang dinamakan jamaah atau persatuan islam yang dibina oleh nabi bersama para sahabat. Para sahabat pula menantiasa menjaga dan memelihara kesatuan ini dan menghindari pertikaian dalam dakwah dan jihad.
PARA SAHABAT MEMELIHARA JAMAAH
Jika melihat sejarah ketikamana saidina abu bakar as-siddiq dipilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasul, disana timbul orang yang tidak berpuas hati atas pemilihan tersebut. Lalu saidina Ali tampil untuk menyatakan pendirian bahawa Abu Bakar lah yang layak dipilih dan Ali menyifatkan individu mempertikai pandangan songsang itu adalah musuh islam dan musuh ummah seluruhnya!
Suatu hari Abu Bakar mengeluarkan pedang dari sarungnya seraya menunggang haiwan tunggangannya menuju Dzil-Qushah. Lalu datang Ali bin Abi Talib memegang tali kendali haiwan tersebut bertujuan menghalang Abu Bakar. “Hendak ke mana wahai khalifah Rasulullah?” tanya Ali. Kata Ali lagi “sarungkanlah pedangmu jangan biarkan kami khuatir akan nasib dirimu. Demi Allah, andaikan engkau ditimpa musibah , maka islam tidak ada yang mengatur sepeninggalanmu.”
Kisah-kisah ini menampakkan kita bahawa sahabat mengira penting soal pemeliharaan jamaah islam pada ketika itu dan mengambil berat tentang pemimpinnya. Memandang jauh kepada maslahah yang lebih besar untuk dipelihara.
KULI TERHADAP AGAMA
Sebenarnya banyak perkara yang menjadi tuntutan jamaah kepada kita. Tetapi seseorang yang tidak mengikat dirinya dengan jemaah akan merasakan jemaah sudah selesa dan dirinya tidak perlu mengambil berat hal keadaan jamaah. Inilah dia oang yang tidak merasakan dirinya kuli pada agama. Masakan tidak ada sebarang tuntutan langsung dari jamaah terhadapnya. Bukankah para sahabat bergerak dan bertindak dalam dakwah mengikut haluan dan tuntutan jamaah? Disiplin agama ini mempuyai institusi kepimpinan yang unik. Kepimpinan tersebut wajib diikuti oleh semua ummah tanpa berkecuali! Itulah yang dinamakan kepimpinan ulamak!
Ulamak menganggap mereka adalah kuli kepada agama. Jika bukan dikonsepkan fikiran seperti itu maka timbullah unsur-unsur yang songsang dan palsu. Ada sahaja yang ingin mendapatkan habuan dan keuntungan pribadi. Matlamat mereka ialah redho Allah. Jika hari ini perlu mereka letih untuk berkorban menegakkan agama, mereka akan bertindak demikian. Jika mereka terkorban sekalipun mereka ingin bergelar syuhadak disisi Allah. Siapa tidak kenal tokoh ilmuan terkenal seantero dunia Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi sekalipun ingin berjuang menentang yahudi walaupun sekarang beliau terpaksa berduduk dikerusi roda. Semua akan mati menemuai Allah. Mati syahid di jalan Allah citicita tertinggi mereka!
Jika sekalipun PAS nak adakan pertemuan dengan UMNO apakah masalahnya? Bukankah keputusan tindakan tersebut datangnya dari penilaian dan mesyurat syura dalam jemaah? Sebab itu saya membangkang habis-habisan mereka yang tidak senang dengan keputusan jamaah ini. PAS tidak sama dengan UMNO, sama sekali! JIka anda mengatakan kepimpinan dalam PAS sesiapa pun boleh bertanding untuk menjawat bidangkuasa jamaah tertinggi maka itulah doktrin sesat yang telah ada dalam jamaah! Ya! Baharulah sama dengan UMNO bilamana UMNO hanya meletakkan ulamak-ulamaknya dalam bidang khusus sahaja bukan membawa panji kepimpinan negara. Ulamak hanya sebagai pembaca doa penutup di majlis-majlis rasmi, ulamak hanya diletakkan pada persatuan-persatuan islam, apakah ada atau tidak ulamak diberi mandat dan kepercayaan untuk menerajui negara? Hah, baharulah sama dengan kata-kata Mahathir ketikamana Tn Guru Nik Aziz diberi mandat untuk memerintah di Kelantan, “Nik aziz hanya sesuai untuk menjaga pondok pengajiannya sahaja!” Begitulah sikap umno,tidak yakin degan kepimpinan ulamak. Tn guru NIk Aziz membuktikan kemampuan ulamak. Menghapuskan tanggapan UMNO terhadap ulamak. Terbukti sekarang sudah empat penggal ulamak diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah di Kelantan. UMNO lebih teruk pemikirannya dari orang-orang cina, india atau siam. Kenapa? Bukankah Kelantan juga dipenghuni oleh rakyat yang berbilang kaum dan agama? Mereka rasa yakin dan tersangat berharap akan kepimpinan ulamak.
PROFESIONAL YANG BUKAN ULAMAK
Cuba kita semak, pemimpin yang diangkat untuk menjadi pemimpin hari ini yang bukan dari kalangan ulamak, seperti Doktor, engineer yang bergelar Ir, pensyarah yang bergelar professor, bidang pertanian, bidang perikanan mengapakah mereka mampu mentadbir dengan baik yang walaupun mereka terpelajar sekalipun mereka hanyalah pakar dalam bidang-bidang tertentu sahaja? Mengapa mereka lebih diberi kepercayaan untuk mentadbir berbanding ulamak? Bukankah ulamak itu lebih meluas keilmuannya berbanding mereka? Ulamak mengetahui ilmu-ilmu kemasyarakatan, ekonomi, perundangan, ibadah yang lebih menjaga perkara-perkara asas dalam agama. Hari ini ramai yang mengabaikan perkara asas dalam agama dengan lebih banyak menumpukan perkara-perkara furuk. Sikap pemimpin yang tidak mengambil endah hal-hal asas agama itulah yang menjadikan negara tidak kepada sistem yang baik dan menjurus kepada pengamalan yang tidak diredhoi Allah.
Soal mengharumkan negara yang menjadi tujuan dengan sanggup mengabaikan kewajipan melakukan solat. Adakah itu perkara kecil? Itulah perkara yang besar disisi Allah!! Itulah ibadat yang pertama sekali dihitung oleh Allah di padang mahsyar kelak!! Ketahuilah pemimpin sekalian, antum akan bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada dibwah kamu di hadapan Allah kelak. Adakah kamu membawa rakyat-rakyatmu kearah yang diredhoi Allah dan sebaliknya!! Saya,mereka, anda semua juga tidak terlepas jika taklifan kepimpinan terpundak dibahu kita semua. Tanggungjawab melaksanakan amanah Allah ini amat berat, tidak hairanlah ramai ulamak yang bersikap tawadhuk merendah diri untuk menjawat jawatan kepimpinan tersebut. Tetapi mereka juga ada sikap tidak sambil lewa terhadap agama, jika mereka dipilih untuk mentadbir negara, mereka akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh, mengamalkan ilmu-ilmu mereka, mengkaji dan mentadbir pemerintahan corak agama yang sebenarnya, berkaitan sosial, politik, ekonomi dan sebagainya ditatbiqkan cara islam seterusnya tidak putus-putus mengharapkan redho dan pertolongan Allah.
KEYAKINAN RAKYAT KEPADA PAS
PAS boleh mengutip derma sekian-kian ribu, malahan jutaan ringgit meminta derma dari ahli-ahlinya. Jika bukan kepimpinan dari ulamak menerajui pas maka sudah tentu ahli tidak yakin memberikan derma tersebut kepada jamaah! Mungkin sahaja duit-duit itu diseleweng oleh kepimpinan yang tidak bergelar ulamak yang langsung tidak ada rasa takut dan gerun pada Allah!
Siapa yang boleh menterjemahkan kepimpinan dan cara pemerintahan Rasulullah dalam sistem pemerintahan baginda jika bukan kerana kepimpinan ulamak? Bukankah corak kepimpinan Rasulullah yang menjadi ikutan buat seluruh dunia sekarang ini? Dua per tiga dunia Islam pernah memerintah dengan adil. Rakyat penuh selesa dan setiap individu yang berhak ke atasnya dipenuhi oleh pemimpin ketika itu. Jenayah kecurian, membunuh dan lain-lain jarang kedengaran dengan sebab adilnya sistem perundangan islam yang ditatbiqkan pada zaman itu. Adakah kita tidak mahu menginginkannya? Nah, sungguh banyak kerja yang perlu dibuat oleh kita untuk sampai kepada perlaksanaan undang-undang islam secara menyeluruh.
Melalui jamaah PAS inilah sebagai wasilah untuk mencapai negara yang mengamalkan islam secara syumul. Mari kawan-kawan dari Hizbut Tahrir, Jemaah Islah Malaysia(JIM), ABIM, TABLIGH, ARQAM bersatu dalam satu jamaah ini. Al-Quran menganjurkan “Wal takun minkum ummah” hendaklah kamu membentuk satu ummah, ummah yang tiada disana fikrah atau doktrin-doktrin palsu melaksanakan islam. Fikrah kita mestilah jelas dalam gabungan ini. Jadilah diantara kita ini saling membantu antara satu sama lain, jamaah yang bersifat ta’awun antara satu sama lain, bukan mengamalkan ciri-ciri tafarruq kepada jamaah yang lain. Jika PAS ada cacat celanya maka datanglah untuk membantu dan menampungnya. Jika PAS mempunyai kelebihan sama-samalah mengekalkan keizzahannya. Tidak ada kepentingan buat semua pimpinan. Rata-rata pimpinan berkorban harta dan jiwa untuk perjuangan ini. Sanggup keletihan hingga habis suara dalam dakwah ini. Jika anda juga memperjuangkan islam, maka pas lebih dahulu memperjuangkannya. Tak perlu untuk menubuhkan lagi jamaah-jamaah yang lain. Dengan sikap tidak puas hati dan bertindak untuk berkecuali dengan jamaah inilah merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Sedarilah matlamat kita adalah Allah. Takut-takut dengan tindakan kita itu mendapat kemurkaan daripada Allah. PAS memperjuangkan konsep “Bersama kepimpinan ulamak!”.
TINDAKAN AMALAN
Golongan yang professional juga diberi mandat dalam menguruskan pentadbiran negara ini. Mereka juga tidak terlepas dari disoal diakhirat kelak tentang apa yang mereka buat untuk Allah. Beriman dan bertaqwa itulah yang menjadi asas dalam meniti keredoaan Allah dalam setiap tindakan.Dan kepimpinannya itu perlu telus dalam membuat kerja dan amal.Golongan ini apabila diberi mandat untuk memerintah biarlah mendapat bidang tugas yang sesuai untuk mereka. Mereka perlu memeimpin ummah ini dengan ilmu-ilmu yang ada pada mereka dalam neraca beribaqdah kepada Allah.
Demi mempertahankan kualiti perlaksanaan islam dalam PAS ini kita seharusnya mengangkat ulamak untuk berada diatas. Ulamak pewaris para nabi. Kata nabi ‘Ulamak adalah pemegang amanah Allah kepada hamba-hambanya’. Ulamak yang tidak menjual agamanya. Beramal dengan ilmunya dengan penuh takwa dan beriman.Rasa gerun dan takut pada Allah dalam menggalas tanggungjawab besar ini. Sesungguhnya sistem pendidikan, sistem politik, sistem maklumat dan penerangan, sistem pertahanan dan sistem penggunaan kewangan negara, semuanya itu merka arif tentangnya. Itulah yang dibahagikan oleh ulamak dalam pembahagian Jihad. Jihad ta'limi, jihad siyasi, jihad lisani, jihad fi sabilillah dan jihad harta. Mereka amat arif dalam pembahagian struktur pentadbiran negara ini. Mereka mempunyai skill dan kemampuan untuk menyemak contoh pentadbiran oleh Rasul dan paraq salafussoleh. Islam akan diangkat dan islam akan dijunjung.
Allahumma izzana bil islam, wa izzal islaama bina
Ya Allah hebatkanlah kami dengan islam dan hebatkan islam melalui kami!!
Bersama memelihara jemaah dan memberikannya kepada orang benar-benar layak!!
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hendak mencabut rumput2 dgn tangan memang boleh. tetapi alangkah baik dan mudahnya jika dpt dilakukan dgn mesin pemotong rumput. hendak berdakwah seorang diri memang boleh, tapi alangkah indah dan berkatnya, jika dpt dilakukan secara berjamaah
Post a Comment