Friday, July 30, 2010

Doktrin busuk yang wajib diperangi!!

"PAS tiada Tarbiah, ia hanya parti politik semata bukan jemaah, siapa yang nakkan politik Islam boleh masuk PAS, siapa nakkan tarbiah dan jemaah Islamiah masuklah 'jemaah' kami!"

Kesal!!

Golongan yang punyai agenda tersendiri dalam jemaah PAS. Membentuk jemaah dalam jemaah, perancangan dalam perancangan. Tiada intimak kepada pimpinan, malah keputusan Majlis Syura pun sanggup mempertikai. Semuanya itu menggambarkan, adanya kaum munafik dalam jemaah!

Tidak hairan ada munafik dalam saf perjuangan. Peristiwa uhud yang sebilangan kecil tentera Islam munafik kepada perjuangan dirakamkan di dalam al-Quran. Khutbah nabi me'nyah'kan 28orang munafik keluar dari masjid timbul kesukaan pada sahabat.

Saya menyangkal dua ratus peratus akan doktrin tersebut dengan ungkapan ini.

"PAS merupakan Jemaah Islam seterusnya mengISLAMkan politik, sesuai dengan tuntutan syariat. Punyai sistem Tarbiah tersendiri bagi mencapai tujuan mengagungkan ISLAM dan ISLAM memerintah!"

PERLAKSANAAN TARBIYAH ISLAMIYAH DI DALAM PAS

Latar Belakang

PAS adalah rantaian gerakan Islam sedunia yang ditubuhkan dengan matlamat mengembalikan kekuasaan khilafah Islamiyah sedunia selepas runtuhnya Khilafah Uthmaniyah di Turki hampir seabad yang lalu.

PAS berdaftar sebagai sebuah pertubuhan politik di dalam negara demokrasi sekular Malaysia yang bermatlamat menubuhkan sebuah negara Islam berdaulat.

Di atas sifatnya sebagai sebuah gerakan Islam yang bergerak di atas pentas politik secara langsung, PAS telah membina sistem tarbiyahnya sendiri dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti perundangan, struktur parti dan pengalaman selain rujukan kepada sumber – sumber ugama dan gerakan – gerakan Islam yang lain.

Kedudukan Tarbiyah Islamiyah Di Dalam PAS

PAS menjadi satu – satunya parti politik dalam negara yang memiliki manhaj tarbiyah yang tersusun untuk ahli – ahlinya. Manhaj tarbiyah Islamiyah merupakan nadi utama di dalam PAS kerana faktor – faktor berikut:

1) Cita – cita menegakkan khilafah dan daulah Islamiyah yang merupakan matlamat kehidupan manusia di bumi ini tidak mungkin tercapai kecuali dengan lahirnya pahlawan – pahlawan besar yang istiqamah dan bersedia menempuh onak dan duri perjuangan. Justeru tarbiyah Islamiyah adalah proses melahirkan rijal tersebut.



2) Perjuangan PAS memerlukan ahlinya memahami erti dan nilai perjuangan Islam secara jelas dan benar. Kekaburan di dalam memahami perjuangan Islam yang sering disalah fahamkan oleh musuh Islam pasti akan menggagalkan perjalanan suci ini. Justeru tarbiyah memainkan peranan utama meneguhkan kefahaman ahli.



3) Keikhlasan di dalam perjuangan adalah rukun di dalam perjuangan Islam dan PAS. Oleh kerana keikhlasan memerlukan proses penyucian yang berterusan dan khusus, maka pembinaan melalui proses tarbiyah Islamiyah adalah menjadi kemestian kepada ahli PAS.



4) Perjuangan Islam adalah panjang dan merentasi masa. Maka PAS memerlukan ahli – ahli yang terlatih untuk meneruskan kesinambungan di dalam mewarisi perjuangan ini tanpa henti.

Wasilah tarbiyah Islamiyah dibahahagikan kepada 2 bahagian:


1 – Wasilah umum. Ia bermaksud diterima pakai oleh seluruh umat Islam. Ia adalah seperti berikut;

1) Ucapan atau tazkirah. Kalimah yang lahir daripada hati yang ikhlas mampu menembusi hati dan melekat di dalamnya. Justeru memberi peringatan secara lisan dianggap senjata paling ampuh untuk dakwah Islamiyah.



2) Qudwah hasanah. Ia bermaksud mengikuti orang lain di dalam amalannya yang baik. Ia adalah jalan al Quran yang hampir pasti mengenai sasarannya. Para anbiya’ diberi kekuatan qudwah sehingga memudahkan para pengikutnya mengikuti petunjuknya dengan mudah dan jelas.



3) Pengkisahan sejarah manusia. Ia mudah menjadi iktibar kepada manusia yang berfikir, menetapkan hati dan meringan beban yang tertanggung. Ia menjadi satu wasilah yang cukup berkesan. Al Quran menggunakan pengkisahan umat terdahulu dengan para nabi mereka sebagai wasilah yang mengajak manusia kepada hidayat.



4) Berhias dengan akhlak yang baik. Akhlak yang baik seperti sifat benar, amanah, setia, tawadhu’, sabar, pemurah dan sebagainya cukup untuk menjadi wasilah yang terbaik kepada tarbiyah Islamiyah.



5) Membersih diri daripada akhlak yang buruk. Ia menyempurnakan wasilah ke 4 di atas. Menjauhi akhlak yang buruk seperti keluh kesah, bakhil, sombong, khianat, dengki dan sebagainya akan menjadi senjata dan jalan yang mudah ke arah tarbiyah Islamiyah.



6) Ganjaran dan pembalasan ( pahala dan dosa ). Ia satu wasilah yang mampu mendorong manusia mengejar kemaslahatan untuk diri dan menjauhi kemudharatan. Al Quran penuh dengan peringatan – peringatan dosa dan pahala.



7) Ibadah dan taat kepada Allah. Ia berlaku dengan mendorong kecintaan untuk beribadah dan melakukan ketaatan kepada Allah dengan bukan hanya melaksanakan kefardhuan, bahkan menambahnya dengan bahagian tertentu daripada ibadah nawafil dan sunat.



8) Menyemai kekuatan dalaman manusia. Islam memberi ruang agar kekuatan dalaman manusia diberi tempat dan ruang untuk tumbuh subur dengan kebaikan dan keadilan. Rasa cinta, nafsu, benci, ingin tahu dan sebagainya disemai untuk cintakan Allah, rasul, isteri dan cintakan ilmu dan kebaikan.



9) Menyelesaikan dan mengurai isu dan peristiwa. Ia bertujuan menyemarakkan pemikiran, melatih akal dan mengambil pengajaran dan kekuatan. Ia juga menolong untuk mengosongkan diri daripada keburukan akhlak.



10) Memenuhkan masa dengan tugasan. Masa adalah kehidupan. Tanpa pengisian dengan amal – amal yang baik, masa akan terisi dengan amal – amal yang buruk dan merosakkan. Justeru Islam mentarbiyah manusia dan menganjurkan usaha mengisi masa dengan aktiviti berfaedah melalui kerja – kerja amal kemasyarakatan di samping kewajiban – kewajiban yang banyak.



2 – Wasilah khusus tarbiyah Islamiyah. Ia menjadi pelancar kepada kebanyakan gerakan Islam di dalam mentarbiyah ahli - ahlinya. Ia seperti berikut:

1) Usrah – Satu unit halaqah kecil yang diketuai seorang naqib yang bertanggung jawab ke atasnya dalam mentarbiyah sesama ahli dengan saling mempelajari, memahami, menasihati dan berkerja sama.



2) Katibah – Program satu malam di jalan Allah. Di situ para ahli akan bersama – sama melakukan ibadah solat fardhu berjamaah, membaca al Quran, zikir dan qiamullail selain pembelajaran selepas isya’, hirasah, bacaan al ma’thurat serta riadhah fizikal di sebelah paginya.



3) Rihlah – Program perkelahan ke tempat – tempat tertentu dengan pengisian rohani dan jasmani ke arah memupuk persaudaraan dan kerja sama di antara ahli.



4) Daurah – Program tamrin untuk beberapa hari ke arah memberi kefahaman mendalam kepada ahli terhadap tajuk – tajuk amal Islami yang penting. Ia juga merupakan latihan kefahaman untuk meningkatkan tahap keahlian anggota jamaah.



5) Nadwah – Program seminar sehari atau lebih yang dihadiri kumpulan ahli yang lebih besar ke arah memahami isu – isu semasa jamaah dan masyarakat dan pendedahan politik semasa.



6) Mukhayyam – Program di luar untuk beberapa hari dengan pengisian ceramah, perbincangan, majlis kesenian Islam selain program ibadah dan ukhuwwah.



7) Muktamar – Perhimpunan besar tahunan untuk merumus keputusan jamaah dan mendengar arahan dan amanat kepimpinan.

Kesemua wasilah tarbiyah khusus di atas sebenarnya saling melengkapi dan mestilah dilalui oleh setiap ahli gerakan Islam agar pembinaan syakhsiahnya menjadi sempurna merangkumi tuntutan ruhiyah, aqliyah, badaniyah, jamaiyah, ijtimaiyah dan sebagainya.

Kesimpulan
Saya tegaskan sekali lagi,
Fikrah songsang ini wajib diperangi!!!


Thursday, July 22, 2010

Seminar Politik Islam JPMK cuba menggagalkan

Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor (BKASM) akan menganjurkan program Seminar Politik Islam pada 25 hingga 26 Julai ini , perancangan untuk mengadakan program tersebut di ARMA telahpun dihalang oleh En Zul ,pegawai JPMK dengan pelbagai alasan.


Mahasiswa hari ini adalah pengisi struktur kepimpinan negara akan datang. Apabila mahasiswa Islam tidak mengetahui mengenai politik Islam maka akan rosak sesebuah negara.


Adakah tiada kaitan politik dan Islam, sehinggakan En Zul memberi pelbagai alasan untuk menggagalkannya? Ataukah takut kepada isi pembentangan tersebut yang mana banyak memberi kredit dan benafit kepada mahasiswa-mahasiswa yang "cap bulan" sebagaimana yang di sebut oleh en KJ, seterusnya organisasi “cap dacing” di Malaysia akan terus ditolak oleh mahasiswa?


ISLAM HANYA WUJUD DENGAN POLITIK


Ketahuilah bahawa, disebut oleh Dr. Yusof Al-Qaradhawi di dalam kitabnya Fiqh Daulah menyebut “Islam hanya wujud dengan politik”


“Kita hendaklah mengisytiharkan dengan jelas dan bertalu-talu bahawa Islam yang sebenarnya sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah tidak mungkin akan wujud tanpa POLITIK! Sekiranya Islam ditinggalkan daripada politik maka ia akan menjadi agama lain, mungkin ia akan jadi agama Budha, Kristian ataupun selainnya dan ia tidak boleh dijadikan agama Islam.”


Politik yang bagaimana yang kita perlu pelajari? Bukan politik suku agama suku, bukan juga politik dictator ataupon politik kuku besi, akan tetapi semestinya Politik Islam yang perlu kita pelajari dan kuasai.


Berbalik pada tajuk asal, jangan sampai orang cakap JPMK sengaja cari fasal dengan mahasiswa, apa hak keistimewaan BKASM yang telah berdaftar dibawah JPMK? Kalaulah nak guna arma pun tak bagi, apa relavannya berdaftar dibawah JPMK yang dahulunya mewar-warkan akan mendapat pelbagai keistimewaan? Kalaulah ini betul berlaku, ini dah kes berat!




PEMUDA & PEMUDI AGEN PERUBAHAN

PEMUDA & PEMUDI : AGEN PERUBAHAN
SATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW.


MUQADDIMAH .


Sunnah Perubahan :


Keadaan / suasana ( merangkumi politik , sosial , ekonomi dll ) pasti akan berubah .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (آل عمران: 140)


“ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”


Ali Imran : 140

KEPENTINGAN PEMUDA - PEMUDI UNTUK BERGANDINGAN DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH DAN MENEGAKKAN AD DEEN

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ

إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة: 71)


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."


At Taubah : 71


Ø Perjuangan Islam pimpinan Rasululllah saw. mempunyai senarai panjang penglibatan pemudi – pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan . Nama – nama seperti Sofiyyah rha. , Asma’ binti Abu Bakar rha. , Aisyah rha, Fatimah Az – Zahra’ rha dll adalah tunggak utama di belakang para pejuang dengan peranan mereka masing – masing.



Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang , tetapi juga sebagai benteng/kubu yang kuat di sempadan untuk mempertahankan kedaulatan Islam . Malah mereka berfungsi juga sebagai guru dan pendakwah gigih untuk menyebar maklumat dan kefahaman Islam kepada ummah khasnya golongan wanita .


Ø Baginda Rasul saw. semasa mengatur strategi hijrah , disaat musuh juga mengatur strategi untuk menggagalkan hijrah malah bertekad untuk membunuh Rasulullah saw. , baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda & pemudi demi menjayakan hijrah baginda saw. , justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah / Ad Deen


Baginda telah memerintahkan seorang pemuda bernama Ali Karrramallahu wajhah untuk mengambil ranjang Rasulullah saw. dimalam hijrah guna melengah – lengahkan pergerakkan kuffar Musyrikin sementara seorang pemudi yang bernama Asma’ binti Abu Bakar rha. pula diarah untuk menghantar bekalan makanan dan maklumat terkini kepada baginda dikala baginda bersembunyi seketika di gua Thur.

Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap pemuda – pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan Dakwah dan menegakkan Ad Deen . Kisah - kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya . Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi .


Orientasi dakwah dan perjuangan Nabi saw. adalah :


Memerangi Dan Merubah Manusia


Ø dari Syirik kepada Tauhid ( syahadah )
Ø dan mengabdikan diri kepada Allah ( solat )
Ø serta membina hubungan sesama manusia ( zakat )


Sebelum itu manusia hidup :


Ø Tanpa Aqidah ( keyakinan )
Ø Tanpa Ibadah ( pengabdian )
Ø Tanpa Akhlak ( silaturrahim )


* Justeru itu Islam agama yang memimpin perubahan dari : ( bila dan dimana sekalipun )


1. Jibayah ( kebendaan ) kepada Hidayah ( petunjuk )
2. Bidaah ( ciptaan manusia ) kepada Syaria’h ( perundangan Ilahi )
3. Kufur ( ingkar ) kepada Iman ( yakin )

4. Jahiliyyah kepada Islam
5. Bhatil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf
9. Hamba kepada Tuan
10. Dijajah kepada Kedaulatan
11. Diperintah kepada Memerintah


Pemuda dan pemudi pula menjadi Top Agent terhadap perubahan – perubahan tersebut . Pemuda/I adalah asset ummah dan ia merupakan Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut .


Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan ( di bawah kepimpinan Ulama ).


Memprogramkan pemuda/I antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di mukabumi Allah ini .


Generasi awal yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda . malah Rasulullah saw. sendiri ketika ditabal sebagai seorang Rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun . ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda )


Sabda Rasulullah saw.


أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ
فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ


“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk ( lembut dan unik ) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang – orang tua menyanggahiku .”



PROSES PEMBENTUKAN PERIBADI PEMUDA/I
HASIL LENTURAN RASULULLAH SAW.


Proses pembentukkan peribadi pemuda – pemudi dilentur oleh Rasulullah saw . melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori .


Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )


Ø Amal Jamaei .
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan , berasaskan :


1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal
توزيع العمل
( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah
بناءُ الشخصية
( Membentuk perwatakan/keperibadian )


Jiwa yang soleh
Watak kepimpinan
Peribadi mujahid ( pejuang )


Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :


تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ


“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”


Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei .


Aktiviti sosial dengan membawa konsep :


1. At Ta’awun
التعاون
( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )


2. At Tawasho
التواصى
( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )


3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )


4. Al Amru bil makruf


5. An Nahyu A’nil mungkar


Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang dholim
Tegas dengan prinsip syara’


Ø Amal Fardi


Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt .


1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll (
3. Tilawatul quran

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ. قُمْ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً .نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاً .أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً .إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقِيلاً (المزمل: 1-5)

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .

- Muzammil : 1 – 5




PERSIAPAN DAN KUALITI DIRI YANG PERLU DIPERLENGKAPKAN


Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh


- Yakin Islam menang dan mampu memerintah
- Menanggapi Islam secara syumul
- Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )


Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar


- Memahami pengertian & fungsi sekular , nasionalis , diktator dsbnya.
- Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerakerja dengan tepat
- Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi.

- Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa
- Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .
- Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .


Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .


- Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam .
- Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah
- Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada


Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah .


- Berani bertindak menentang kedholiman & kebobrokan hatta pemerintah dengan cara yang baik.

- Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanafaatkan
- Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .
- Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan


Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah


- Penampilan berkarisma dan berwibawa
- Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pd. watak kepimpinan
- Telus , berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .
- Menguasai dan memimpin keadaan / arus


Ø Kemahiran menguasai sarana perjuangan dan keupayaan menguasai pengaruh masyarakat .


- Penguasaan dalam bidang IT
- Menakluki arus media ( elektronik / cetak )
- Menangani polemik masyarakat
- Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .
- Tidak meminggir diri dari arus perjuangan rakyat & semasa .
- Memasang jaringan gerakkerja di peringkat nasional / internasional
- Kemampuan memanafaatkan chanel – chanel utama untuk dakwah spt :
Public speaker, Public counselor dll.


PERUBAHAN DALAM BENTUK BAGAIMANA
YANG PERLU DIBAWA OLEH PEMUDA/I


Pemuda – pemudi mesti menjadi arkitek mengawal proses perubahan yang berlaku kerana kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan jahiliyyah yang baru . Kita juga tidak mahu slogan taghyir ( perubahan ) hanya tinggal laungan dan slogan yang hampa .

Pemuda – pemudi juga mestilah membawa satu bentuk perubahan yang mantap dan bersedia untuk mengambil alih ketuanan pentadbiran/pemerintahan negara dengan memikir dan mengkaji secara serius dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan semasa .


Langkah untuk memastikan usaha ini berjaya , beberapa tindakan asas mesti dilaksanakan dalam konteks berorganisasi seperti :

1- Taat dan setia

Islam menjadikan ketaatan anggota kepada pemimpin di setiap masa dan situasi merupakan mercu kekuatan selagi tidak bertentangan dengan ketentuan Allah dan RasulNya. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi peringatan kepada ummatnya dengan sabdanya bermaksud :

“Hendaklah seseorang muslim itu mendengar dan patuh (kepada pemimpinnya) pada apa yg dia suka atau tidak, melainkan diminta untuk berbuat maksiat (tidak perlu patuh). Bahawasanya jika disuruh mengerjakan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu juga patuh”

Secara praktikal, anggota tidak perlu mempertikai arahan pimpinan dengan beralasankan ketidakupayaan dan ketidaksesuaiannya bagi melaksanakan arahan tersebut. Ini kerana yang lebih mengetahui perkara dalaman dan luaran adalah pemimpin. Tetapi jika sekiranya ada pandangan lain dari anggota tersebut, layaklah untuknya melontarkan pandangan, namun keputusan tetap dari pemimpin.

2- Memupuk rasa tanggungjawab.

Rasa tanggungjawab terhadap organisasi yang lahir di dalam diri pimpinan mahupun anggota adalah hasil keikhlasan yang dipupuk. Jatuh bangun dan maju mundur organisasi tanggungjawab bersama. Peranan melahirkan rasa tanggungjawab ini terpundak kepada anggota dan pimpinan.

3- Memberi pandangan dan kritikan yang membina.

Pandangan dan kritikan yang membina daripada anggota diperlukan bagi mengimbangi kekurangan dan melenyapkan kegagalan. Meskipun begitu, tidaklah semua yang dikritik perlu dilaksanakan serta merta tanpa dilihat terlebih dahulu pro dan contranya oleh pimpinan.

4- Membela pimpinan.

Pimpinan diibaratkan sebagai ‘jantung’ organisasi. Kedua-duanya tidak mungkin dapat dipisahkan. Pemimpin juga adalah ‘cermin’ bagi pemerhati melihat identiti sesebuah organisasi. Apabila pimpinan dicabar beerti organisasi dan anggotanya juga turut dicabar. Menjadi tanggungjawab anggota membela dan mempertahankan nama baik organisasi dan pemimpin mereka dari anasir-anasir negativ, dalaman mahupun luaran. Sikap ‘butakan mata, pekakkan telinga’ tidak wajar disalahertikan oleh anggota organisasi.

5- Mendasari Matlamat Organisasi

Mengetahui sasaran dan matlamat organisasi secara global dan jelas. ‘Kejerubuan’ matlamat akan menyebabkan perlaksanaan dan suasana gerak kerja sesebuah organisasi kelihatan tidak terarah. Akibatnya berlaku percanggahan fikrah dan penjelmaannya antara pemimpin dan anggota.

6- Usrah

Tautan hati anggota usrah akan melahirkan jiwa yang bersatu dan semangat setelah dipalu dengan peringatan (tazkirah) tentang peranan dan tanggungjawab terhadap ummah. Perasaan ‘keseorangan’ dan ‘terbiar’ di dalam diri pimpinan semestinya terubat dengan tautan mahabbah ini. Inilah antara rahsia disebalik usrah dijalankan.

Usrah yang ‘hidup’ dan Berjaya akan melahirkan pimpinan anggota masyarakat yang memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam usaha merealitikan wawasan bersama. Usrah juga turut berperanan sebagai medan muhasabah dan muraqabah dalam organisasi.

7- Memahami fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat.

Pelbagai rencana dan strategi yang dibuat haruslah dapat membezakan perkara ‘aham’ dari ‘muhim’, mengikut keadaan Qiraatu Zuruf (bacaan keadaan ketika itu). Akibat tidak memahaminya akan menyebabkan sasaran lambat terbina dengan baik dan mengakibatkan sifat futur (lemah semangat)

8- Menjiwai Rukun Bai’ah


i. Faham

ii. Ikhlas

iii. Bekerja

iv. Jihad

v. Pengorbanan

vi. Taat

vii. Thabat

viii. Tajarrud

ix. Ukhwah

x. Thiqah




Sikap gopoh dalam tindakan membentuk perubahan sehingga mencetus adegan – adegan yang tidak rasional atau bercanggah dengan keputusan syura ummat islam adalah perkara yang mesti ditinggalkan oleh pemuda dalam merangka bentuk perubahan yang ingin dibawa .

JANGAN MEMETIK BUAH SEBELUM MASAK . LANTARAN ITU SABAR DAN TENANGLAH DALAM BERJUANG. ISTIQAMAH DALAM MENGGERAKKAN PERUBAHAN.


Pemuda/i Tidak selayaknya berpaling dari tanggungjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun . Penglibatan pemuda/I adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga dan jiwa mereka terdahulu .

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (آل عمران: 144)


Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah )? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).


Ali Imraan : 144

KESIMPULAN

Peranan Islam dan ummatnya ( khasnya pemuda & pemudi ) ialah memimpin perubahan. Penegasan ini dapat dilihat dalam lembaran sirah Rasulullah saw dan para sahabat nabi melalui pembinaan dalam jemaah/organisasi pada setiap Amal islami.

Tiga Program utama bagi proses perubahan yang dibawa oleh Nabi saw sebagaimana ucapan Rubaei bin Amir rha. kepada panglima Rustam :


إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَناَ لِنُخْرِجَ مَنْ شَاْءَ مِنْ عِباَدَةِ الْعِباَدِ إِلىَ عِباَدَةِ رَبِّ الْعِباَدِ
وَ مِنْ جَوْرِ اْلأَدْياَنِ إِلىََ اْلعَدْلِ اْلإِسْلاََمِ وَ مِنْ ضِيْقِ اْلدُّنْياَ إِلىَ سِعَتِهاَ وَ اْلآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah swt. telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu Dari perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada TUHAN HAMBA, Dari kedholiman ideology ciptaan manusia kepada KEADILAN ISLAM, Dari dunia yang sempit kepada KELUASAN DUNIA DAN AKHIRAT ”