Tuesday, November 20, 2007

PRA SYARAT KEMENANGAN KITA


MEMILIKI AKIDAH PERJUANGAN

1) Merentasi Tribulasi
• Ujian Syaitan, Nafsu Syahwat
•Kaafirin, musyrikin,Munafiqin, Dholimin, Faasiqin dan Jahiliah (al-Baqarah:217)
• Kesengsaraan dan penderitaan (al-Baqarah :214)
• Ketakutan dan kegopohan (at-Taubah :24)
• Anak pinak, pasangan (suami isteri) dan kaum keluarga (at-Taghabun : 14)
2) Perjuangan satu kebanggaan
• Kebanggaan dengan melaksanakan araham dan amanah Allah. (al-Baqarah : 193, an-Nisa’ : 95, as-Soff : 14)
• Bangga dengan menyatukan diri dengan gerakan Islam, mengalas perjuangan suci Rasul S.A.W.

KEIKHLASAN YANG TULUS TERHADAP PERJUANGAN

1) Niat yang jelas
2) Sifat yang baik
• Jiwa yang tenang
• Rohani yang kuat
• Istiqamah terhadap tugasan

3) Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan.
4) Bersedia menerima & memberi nasihat atau teguran.
5) Tidak bermain danmencipta alasan.
6) Bersedia menerima Arahan
7) Menghormati generasi dahulu.
8) Mengakui dan menginsafi kesilapan
9) Menjaga Rahsia Parti / jemaah.

KOMITED & ISIQAMAH DENGAN PERJUANGANAnda perlu ada cirri-ciri berikut untuk istiqamah dengan jemaah :
1) Menghayati peraturan dan arahan perjuangan Islam.
2) Mengambil iktibar dari sirah perjuangan Nabi
3) Menerima Motivasi dan bimbingan daripada pimpinan.
4) Mengenali reality dan menginsafi tuntutan perjuangan.
5) Bertugas dan bekerja secara amal Jamaei
6) Memiliki ilmu perjuangan.
7) Memahami tabiat dan sunatullah bagi sebuah perjuangan.(at-Taubah:42, al-Anfal:30)

DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN1) Tiada taat kepada perkara yang batil / Maksiat (Hadis Bukhari & Muslim)
2) Memberi ketaatan dalam semua keadaan.
3) Pemimpin sewajarnya sedia ditegur
4) Teguran dan kritikan yang membina.

SANGGUP BERKORBAN DEMI PERJUANGAN1) Pengorbanan semanis madu memerlukanpengorbanan sepahit hempedu (al-Ahzab : 23, at-Taubah : 20)
2) Pengorbanan harga sebuah perjuangan.
• Yassir – Dicekik dan isterinya disula akibat tidak mahu kembali kufur kepada Allah.
• Bilal ibnu Rabbah – Ditimpa batu besar ketika mempertahankan akidahnya kepada Allah.
• Suhaib ar-Rumi – Melepaskan semua hartanya dari sekatah Kuffar quraisy.
3) Jangan berpuas hati dengan pengorbanan kita

TIDAK GENTAR TERHADAP ANCAMAN MUSUH
1) Prinsip pejuang
• Tak perlu rasa gentar dan terancam akan kekuatan musuh(al-Maidah:54)
• Buang takut pada makhluk, tanam akut pada Allah (al-Maidah:3)
• Jangan rasa lemah dalam membenteng islam (Ali –Imran:139)
• Tidak berharap bertemu musuh, tetapi jangan biarkan islam diganggu-gugat.

2) Implikasi seorang penakut
• Tidak tenteram dan selesa dalam berjuang.
• Tidak mungkin bernafas panjang dalam berjuang.


DOA RABITHAH

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبِ ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكْ ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكْ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكْ ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصَرَةِ شَرِيْعَتِكْ ، فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا ، وَأَدِمْ وُدَّهَا سُبُلَهَا ، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ اللَّذِى لاَ يَخْبُوْا ، وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكْ ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلَ عَلَيْكَ ، وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ ، إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَللَّهُمَّ آمِيْنَ


Bermaksud :Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini elah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu… (Jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Sheikh Muhammad Abduh

Bagaimana pemikiran seorang ulamak sampai sanggup menggalas amanah berat ummah dan agama. Mereka sanggup korbankan diri, susahkan diri, tak cukup makan, tak cukup tidur tetapi terpikirkah kita untuk apa? Semuanya itu terselit rahsianya dari dalam keilmuan dan pengetahuan mereka. Jika kita tidak begitu, tanda ilmu kita sia-sia...

Jika hanya berlindung tempurung, hanya kepala tidak kena hujan...


BIODATA

Dalam kegawatan ekonomi ummat Islam sekarang, model atau tokoh yang sering diambil adalah daripada kalangan pihak kuffar dan pihak Barat. Lantaran itu, kita melihat ummat Islam tidak maju ke hadapan secara kamil. Kita seharusnya mengambil orang Islam sebagai role model kita. Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang ulama’ yang disegani dan tokoh yang perlu dicontohi. Beliau telah mengorbankan diri, harta, dan seluruh kehidupannya untuk Islam yang tercinta. Syeikh Muhammad Abduh atau nama sebenarnya ialah MUHAMMAD ABDUH, diambil sempena kasih sayang dan ingatan kepada Rasulullah s.a.w. apabila nama tersebut dilengkapkan dengan nama bapanya. Ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keberkatan daripada lafaz yang sering digunakan terhadap baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau dilahirkan pada tahun 1265 Hijrah bersamaan 1849 masihi di kampung yang lebih dikenali dengan sebutan ‘Mahalat Nasr’ yang terletak di daerah Yuhareen, Mesir. Bapa Syeikh Abduh bernama Abduh bin Hussain Khuriullah yang ada kaitan dengan orang Turki. Ibunya pula dinyatakan berketurunan Umar al-Khattab, khalifah kedua dalam sisitem khulafa’ ar-Rasyidin. Syeikh Abduh berasal daripada keluarga yang sederhana dan tinggal di bawah satu bumbung dengan bilangan ahli keluarga yang ramai.

PENDIDIKAN

Syeikh Abduh juga seperti kanak-kanak lain yang menerima pendidikan formal daripada bapanya sendiri dan seringkali didatangi oleh guru dari luar daerahnya dengan tujuan memberi didikan agama kepadanya. Oleh kerana kepintarannya semula jadinya yang dimiliki oleh Syeikh Abduh, beliau dapat menguasai sekaligus menghafaz al-Quran dalam usia yang tidak mencecah 12 tahun. Selain daripada pendidikan itu, Syeikh Abduh pernah belajar al-Quran di sebuah masjid yang dikenali sebagai “Masjid Ahmadi” yang terletak tidak jauh daripada kampungnya.

Setelah tamat pengajiannya di sini, Syeikh Abduh melanjutkan pengajiannya di sebuah maktab perguruan agama. Setelah tamat pengajiannya di maktab itu , beliau telah memasuki Universiti Al-Azhar. Oleh kerana beliau merasakan sisitem pendidikan yang ada tidak secocok dengannya, beliau telah kembali ke tempat asal dan menjadi seorang petani. Lapangan yang diceburinya ini tidak mendapat restu daripada bapanya kerana bapa Syeikh Abduh mengharapkan agar puteranya berjaya di dalam ilmu pengetahuan. Kemudian Syeikh Abduh telah kembali belajar semula dan tamat kuliahnya pada tahun 1877. Syeikh Abduh berada di institusi pengajian tinggi ini selama 4 tahun. Kemudian, beliau telah bekerja sebagai pensyarah di Universiti Darul Ulum dan Universiti Al-Azhar atas inisiatif Perdana Menteri ketika itu, Radzha Basha.

IDEA

Syeikh Abduh merupakan seorang pengkritik yang sentiasa menimbulkan kontroversi kepada pemerintah. Semasa beliau berkhidmat di universiti tempatan, beliau pernah menyatakan kepada para pelajar bahawa roh kebangsaan yang ada dalam jiwa mereka telah diresapi oleh fahaman asing. Dengan itu, minda mereka telah menjadi beku dan lemah. Pihak Universiti Al-Azahar tidak berasa senang dengan pengaruh Syeikh Abduh terhadap pelajar-pelajar universiti ini, lalu memecatnya daripada jawatan pensyarah di pusat pengajian itu.

Lanjutan daripada itu, Syeikh Abduh telah dibuang daerah ke Beirut, Lebanon dan Perancis. Semasa berada di tempat itu, beliau tidak menghabiskan masanya begitu sahaja. Ketika di Beirut, beliau mengajar ilmu tafsir, tauhid, mantiq, balaghah, Sirah Islam, Fiqah Mazhab Hanafi dan lain-lain.

Pembuangannya ke Perancis adalah disebabkan beliau dituduh terlibat dalam ketegangan yang berlaku yang dikenali dengan nama ‘Pemberontakan Urubiyyah’. Semasa di Perancis, beliau berkesempatan menemui Syeikh Jamaluddin al-Afghani yang berada di situ. Daripada pertemuan singkat itu, telah membuahkan semangat jihad, yang disampaikan oleh Jamaluddin Al-Afghani dan beliau telah memberi amanat kepada Syeikh Abduh iaitu menyuburkan semangat berbakti kepada masyrakat dengan menyemarakkan lagi semangat jihad ke dalam jiwa mereka bagi membanteras fahaman kolot yang bersarang di dalam jiwa masyarakat dan berfikir untuk maju ke hadapan. Semasa di sinilah, kedua-dua tokoh ini telah bergabung tenaga untuk menerbitkan majalah yang diberi nama ‘al-Uruwatil Wuthqa’.


PULANG KE TANAHAIR

Oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Syeikh Abduh adalah suatu kebenaran, maka pihak pemerintah Mesir telah memanggilnya pulang semula ke Mesir untuk berkhidmat dengan kerajaan. Beliau telah diberi tawaran untuk memegang jawatan kadi iaitu jawatan yang tinggi pada masa itu. Dengan jawatan itu, Syeikh Abduh diharapkan sekadar menjawab jawapan permasalahan yang dihadapi oleh pemerintah semata-mata, tetapi Syeikh Abduh bersikap lebih luas iaitu berkhidmat untuk rakyat jelata. Jawatan ini telah disandang oleh beliau sehingga akhir hayatnya.

Semasa beliau melawat kota London untuk memberi ceramah yang dihadiri oleh masyarakat Inggeris, Syeikh Abduh telah menyatakan bahawa orang Inggeris sepatutnya meninggalkan Mesir kerana masyarakat Mesir amat benci kepada golongan tersebut. Menurut beliau lagi, orang Islam tidak dibenarkan memberi wala’ (taat setia) kepada selain orang Islam sendiri.

Selain daripada keberanian Syeikh Abduh menyampaikan ceramah dengan mengkritik terhadap sebuah masyarakat walaupun mereka ada di hadapannya, beliau juga dikenali sebagai seorang yang sering mengutarakan idea kontroversi bagi membela masyarakat Islam daripada segala penghinaan dan serangan.

SUMBANGAN

Dalam masa hayatnya Syeikh Abduh merupakan seorang mujaddid yang sering memberikan saham yang bernilai kepada masyarakat Islam sama ada semasa berada di tanahair atau sewaktu beliau dibuang ke luar negeri. Semasa berada di Syria umpamanya, beliau berkhidmat sebagai pengajar di Maktab Perguruan Tinggi Sultaniah lebih kurang setahun. Sumbangannya yang lain ialah beliau pernah menerbitkan majalah al-Ahram dan diberi amanah untuk mengendalikan sebuah majalah yang dikenali dengan sebutan ‘al-Waqiq al-Mesri’.

Syeikh Abduh juga dikatakan telah mengarang beberapa buah buku yang terkenal. Bukunya yang bertajuk Risalah at-Tauhid telah dijadikan sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Mesir serta bahan rujukan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing untuk disebarluaskan ke persada masyarakat antarabangsa.

Kehebatan Syeikh Abduh menghadapi sakit sewaktu perjalanannya ke Sudan, namun beliau merahsiakan daripada pengetahuan sahabatnya. Tetapi penderitaan yang dialami Syeikh Abduh akhirnya diketahui oleh sahabatnya. Doktor mengesahkan bahawa penderitaan yang dialami adalah penyakit barah yang telah menjadi kronik. Dengan itu, Syeikh Abduh bercadang untuk merawat penyakitnya di Eropah . Niat tersebut tidak direstui oleh teman-teman Syeikh Abduh lalu doktor menasihatkannya agar membatalkan niatnya.

Pada 11 Julai 1905 Masehi, Syeikh Abduh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah sahabatnya, Muhammad Bek Raban di Ramel Iskandariah, Mesir. Kematian Syeikh Abduh bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Mesir tempatan, bahkan dirasai oleh komuniti antarabangsa dengan menerima pelbagai sanjungan daripada penulis-penulis yang terkenal sezaman dengannya.

Syeikh Abduh telah meninggalkan satu amanat yang penting di dalam buku karangannya ‘Risalah at-Tauhid ‘. Amanatnya cukup menarik untuk kita jadikan titik renungan bersama iaitu, “Manusia yang hidup menurut aqidahnya, maka luruslah perjalanan hidupnya”. Lantaran itu, kita perlu mengambil iktibar daripada perjalanan hidup Syeikh Abduh yang telah menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi untuk mengembalikan sinar kegemilangan yang kian sirna. Sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau wajar kita asimilasikan dalam hati agar kita dapat terus mempertahankan Islam dalam alaf yang akan datang dan untuk selama-lamanya ........Insya-Allah.



Sumber : PAZ ( MANHAL PMRAM )

Hadis Sapu Kepala Selepas Solat

Hadis Pertama :

Daripada Anas Bin Malik R.A :

النَّبِىِّ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى وَفَرَغَ مِنْ صَلاَتِهِ يَمْسَحُ بِيَمِيْنِهِ عَلَى رَأْسِهِ وَيَقُوْلُ :
( بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . اَللَّهُمَّ أَذْهَبَ عَنِّي الْهَمِّ وَالْحَزَنَ )

Bermaksud : Ketikamana Baginda Nabi S.A.W selesai daripada mengerjakan solat, baginda menyapu kepalanya dengan tangan kanannya dan membaca : ( Dengan nama Allah yang mana tidak ada tuhan melainkan Dia yang maha penyasih dan maha penyayang. Wahai tuhanku jauhkanlah daripadaku akan rasa sedih dan gelisah)

Perbincangan :
Di dalam kitab Majma’ Az-Zawaid disebutkan bahawa selepas mengeluarkan hadis ini iaitu pada jalan sanadnya Zaidul ‘Ammi adalah bahawa semuanya adalah thiqah melainkan seorang sahaja. Maka Jumhur mendhoifkan hadis inimemandangkan rijal-rijal hadis sesetengahnya thiqah dan sesetengahnya adalah khilaf.




Hadis Kedua :

Daripada Saidina Anas Bin Malik R.A :

روينا في كتاب ابن السنىّ عن أنس رضي الله عنه قال : وَكَانَ النَّبِىِّ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال :
أشهد أن لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . اَللَّهُمَّ أَذْهَبَ عَنِّي الْهَمِّ وَالْحَزَنَ .

Bermaksud :
Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik R.A bahawasanya dia berkata : Ketikamana Baginda Nabi S.A.W selesaikan daripada solat maka dia menyapu dahinya dengan tangan kanannya.

Hadis Ketiga :

Daripada Saidina Omar Al-Khattab R.A

عن عمر رضى الله عنه تعالى عنه قال : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَدَّ يَدَيْهِ فِي الدُّعَاءِ لَمْ يَرُدَّهُمَا حَتَّى يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ .


Bermaksud : Baginda Nabi S.A.W ketikamana Nabi menadah tangannya untuk berdoa, dia tidak menurunkan tangannya sehinggalah dia menyapu mukanya dengan kedua tangannya.

Hadis Keempat :
Daripada Umair R.A

عن عمير مولى بنى آبى اللحم ( أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَسْقِى عِنْدَ أَحْجَارِ الزَّيْتِ قَرِيْبًا مِنَ الزَّوْرَاءِ قَائِمًا يَدْعُوْ يَسْتَسْقَى رَافِعًا يَدَيْهِ قِبَلَ وَجْهَهُ لاَ يُجَاوِزُ بِهِمَا رَأْسَهُ .

Bermaksud : Bahawa Umair telah pernah melihat Baginda Nabi S.A.W sedang berdoa istisqa’ di Ahjaril Zait ( satu tempat di madinah) berhampiran dengan Az-zaura’ (Satu tempat di Madinah) sambil berdiri dan Baginda berdoa dengan mengangkat tangannya melepasi kepalanya.

Wednesday, November 14, 2007

“MEMIKIR JAUH UNTUK UMMAH”

Bergelak gempita diulit hiburan
Hingga tergadai agama dan perjuangan
Ibu dan bapa juga nakkan hiburan
Nakkan sedikit dunia buang pensyari’atan
Tidak dengarkah tangisan bayi yang dibuang
Tidak nampakkah wanita berjalan bagaikan bertelanjang
Tidak sedarkah akidahMu di’hias’ dengan celaan
Tahu atau tidak tahu…????
Jangan buat-buat tak tahu
Allah tahu apa yang engkau tahu

Wahai Da’ie,
Bangunlah dari kerusi empukmu
Dirimu layak hanya bertikar
Dimana semangat juangmu dulu
Dimana semangat takbirmu itu
Sudah dikabarkan kepadamu
Engkau hanyalah ‘kuli agama’
Ya..Kuli agama
Apakah tidak sedar dirimu wahai kuli?????
Dimana, agama dihina engkau disitu mempertahankannya
Dimana, agama dilaksana disitu engkau menjulangnya
Bangunlah memikirkan ummatMU
Sabarkan dulu nikmat DUNIA yang sekelumit
Pesankan pada dirimu dulu
NIkmat itu menanti dirimu Di syurga sana
Masih ingat..? Biar rebah jangan berubah?
Biar terbuang terus berjuang?

FITNAH..!!
Ku ingat pesan guruku
Ingin berjuang ‘alaika thalasah
Kenderaanmu sebagai wasilah juangmu
KediamanMU sebagai medan tarbiah dan melepas penatmu
Berkeluarga sebagai menjaga ilmu MU
Hakikatnya semua permudah dalam berjuang
Berjuang menuju Syahid
Menuju cintaNYA dan menuju Redhanya
Namun..
Jika tiada semuanya untukmu
Itulah REDHO-NYA kepadaMu

Fa ‘indaka sakinah…