Wednesday, April 29, 2009

MUKMIN WAJIB BERJUANG..!!






BIsmillahirrahmanirrahim...

Firman Allah yang bermaksud :

Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam RahmatNYa (syurga) Demikian itulah kemenangan yang nyata. …(surah al-Jashiyah:30)


Dan….. satu lagi Ayat Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.” ….(surah al-Hajj: 50)


Sifat orang beriman semestinya dia berjuang, berbuat kebajikan. Tapi sekarang dah terbalik. Ramai yang mengaku mukmin tapi tidak berjuang. Erti kata’berjuang’ tersebut mestilah sesuai dengan keadaan sekarang. Berjuang dengan turun ke medan arahan pimpinan. Alasan saya mudah, ibaratnya jika hukum berkahwin di Thailand adalah hukumnya sah menurut syarak, tetapi ia menjadi tidak sah kerana perkahwinan tersebut tidak berdaftar dalam kuatkuasa undang2 malaysia. Jelas itu tidak boleh dikatakan mereka sudah berkahwin. Ya, jika anda rasa anda berjuang tetapi tidak melalui jamaah yang sedia ada sebagai platform kepada perjuangan, maka saya katakan anda tidak berjuang!! Perkara ini sudahpun dipersetujui oleh ramai ulamak tanahair kita, berjuang mesti ada ikatan dengan jemaah!! Berjuanglah dalam konsep 3 jenis amal. Amal fardhi, Amal jama'ie dan Amal Ijtimai'e.


HATI ROSAK AGAMA ROSAK


Sabda nabi s.a.w : Ketahuilah bahawa di dalam tubuh badan terdapat seketul daging. Apabila daging itu menjadi baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya daging itu rosak maka rosaklah seluruh badannya. Daging itulah yang dinamakan HATI..!!

Kata al-Imam Haris al-Muhasibi di dalam kitabnya iaitu Risalah Mustarsyidin : Daku dapati bahawa rosaknya agama itu berpunca dari rosaknya hati. Ya, memang benar kata guru kami. Diantara rosaknya agama ialah rosaknya hatinya. Hati seseorang yang dikatakan pembawa risalah Allah ini telah rosak. Meskipun diluar tampak berjuang menegakkan agama, tetapi di dalam juangnya itu rupanya memberi fitnah kepada agamanya. Na’uzubillah.

Manamungkin jika hatinya bersih dan tangannya berbuat maksiat kepada Allah?

Manamungkin jika hatinya bersih pada masa yang sama mata, telinga, lidah berbuat dosa?


Punca utama kerosakkan hati adalah kerana tidak bermuhasabah diri dan tertipu dengan angan-angan yang berpanjangan.Jadi tips kejayaan hati yang baik ialah : Apabila datang angan-angan dan keinginan dihatimu maka tawaqufkanlah ia(berhentikan), lalu kamu ambillah apa yang untuk Allah dan tinggalkan yang selainnya.


Kata-kata Syeikh Ibnu Ruslan dalam Matan Zubad :

Timbanglah setiap lintasan hatimu dengan timbangan syarak. Andai ia termasuk perkara yang disuruh maka segerakanlah kamu tunaikan. Dan andai ianya termasuk perkara yang dilarang, maka ia adalah dari syaitan, hendaklah kamu menjauhinya.


Imam Juniad Rahimahullah pun pernah berkata
: ‘Apabila datang sebarang lintasan dalam hatiku, maka aku tidak akan menerimanya melainkan dengan sokongan dua saksi yang adil iaitu Quran dan Sunnah’

Astaqfirullahhh….


PERIHAL MUKMIN ADALAH PELIK


Sifat manusia apabila seronok dia lupa pada Allah, dan apabila susah dia ingat pada Allah, dan kadang-kadang dia menyalahi taqdirnya. Tapi berlainan dengan perihal mukmin, sungguh pelik perihal orang mukmin itu. Mafhum kata Nabi : Orang mukmin apa yang dia terima semuanya baik, hatta mendapat bala pun perkara tersebut adalah baik untuknya. Subhanallah. Ketahuilah kalian, sebenarnya orang itu ada dua keadaannya. Satu bilamana dia mendapat sesuatu yang menyeronokkan maka dia terus bertindak untuk bersyukur kapada Allah. Dua apabila dia mendapati bala atau ujian atau tidak mnyeronokkannya lalu dia terus bersabar atas perkara tersebut. Maka orang tersebut pelik pada mata manusia umumnya. Namun orang itulah digelar mukmin disisi Allah..!!!
Adakah kita menepati cirri-ciri orang beriman itu? Tepuk dada Tanya iman..


SABAR ITU TAQWA

Sememangnya Ujian itu amatlah sukar, dan sabar itu adalah penyelesaiannya. Namun, sifat sabar yang mudah dilantunkan itu sungguh sukar bila dimedan praktikalnya. Sabar tatkala mula-mula diiuji itu sungguh payah untuk menerima. Sabar yang hebat ialah bersabar diatas ujian yang berlaku serta merta. Sabar dibahagikan oleh ulamak kepada 3 jenis. Sabar daripada melakukan maksiat, sabar untuk membuat ibadat dan sabar menerima ujian atau musibah.


Kata ulamak juga natijah kepada orang yang bersabar ada dua macam. Satu jika dia bersabar atas perkara sesuatu dia dikurniakan maghfirah dari Allah atas dosa-dosanya. Masakan tidak? Ujian tersebut adalah aturan dari Allah. Allah memberikan kepayahan kepadanya supaya kejahatan yang dilakukan olehnya terhapus. Sabar atas ‘pemberian ujian’ Allah ini adalah satu pahala. Assowaab ‘ala qadri masyaqqah (Pahala diukur dari kepayahan yang diterima). Jika ujian kepyahan itu besar maka besarlah pahalanya, jika sedikit kepayahannya sedikitlah pahalanya.
Dan yang kedua, dia akan dikurniakan Taqwa. Sesungguhnya Ujian tersebut kurniaan Allah. Setiap ujian yang diberi itu ada hikmahnya. Jika seseorang bersabar, seolah dia taat dan redho atas ujian tersebut keatasnya. Taat adalah ciri-ciri Taqwa pada Allah. Itulah makna tersirat Allah datangkan ujian pada manusia, dan juga dengan ayat-ayat Allah yang sekian banyak, menganjurkan manusia untuk bertaqwa kepadanya, itulah kesudahannya berupa TAQWA. Syabas kepada manusia yang bersabar. Sesungguhnya ujian tersebut adalah sebagai ‘jambatan’ untuk memperoleh Taqwa!!

Sekarang!!! Jika benar-benar kita beriman, berjuanglah!!


Berjuanglah wahai ansarullah, dengan matlamat daulah islamiah, berkorbanlah wahai yang beriman dengan harta dan segenap kepunyaan!!! (Lirik lagu tema PAS)


BERIMAN ~ Plus~ BERJUANG..!!!



.

Sunday, April 26, 2009

HIZBULLAH Vs HIZBUL SYAITAN


Salam Juang.

Selaut kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Sesungguhnya nikmat-nkmat Allah ini amatlah banyaknya, tidak terhituag dek jari yang membilang. Ya Allah kekalkanlah nikmat yang telah kau berikan kepadaku selama ini. Aku hamba yang lemah, tiada punya kukuatan sendiri melainkan kekuatan yang datang dariMU. La haula wala uwwata illa billah...

DUHAI PENOLONG AGAMA ALLAH

Masyarakat sekarang sudah mulai sedar dan celik akan kepentingan agama dalam urusan searia mereka. Ramai yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Meskipun begitu, mereka hanya rasa selesa selepas menghantar anak ke sekolah agama tanpa meninjau atau memantau pembelajaran anak-anak mereka. Anak-anak yang tanpa pantauan dar ibubapa banyak terpesong dengan manhaj islam sebenar. Oleh sebab itulah ramai pelajar lepasan sekolah agama sekarang buruk akhlaknya. Bila fenomena ini berlaku, maka bagi saya mana mungkin mereka digelar penolong agama Allah yang akhirnya memungkinkan mereka diantara penentang-penentang agama Allah.

Sepatutnya perkara ini tidak mungkin berlaku. Mereka perlu dididik dan diasuh dengan baik. Peranan guru juga penting. Saya tidak nafikan guru mampu membawa anak-anak ini supaya menepati tuntuan agama.

PARA GURU / PENDIDIK / MURABBI

Saya mencadangkan kepada para guru yag diluar sana. Tarbiahlah secara terus anak-anak murid anda. Bentuk mereka untuk menjadi sebahagian matarantai perjuangan agama ini. Iklim sosial malaysia sekarang amat parah, menjurus kepada tindakan yang tidak bermoral, yang mana jika mereka tidak dikawal dengan baik berkemungkinan besar mereka akan terjebak dengan budaya kuning tersebut.

Binalah sekian banyak generasi pelapis bagi mentadbir dunia ini dengan Islam. Ajar mereka dan tarbiah mereka dengan cara yang terbaik. Setiap masa perlukan kesungguhan dan perancangan yang teratur. Didiklah mereka supaya berpengalaman dalam berdakwah. Adakan slot-slot praktikal bagi menguji mereka kearah penyempurnaan tindakan dakwah.

PARA GRADUAN AGAMA

Dimana kalian tika jemaah menginginkan kalian untuk berpencak digelanggang? Gelanggang dakwah yang terbentang luas itu sanggup diperkecilkan tindakannya.
Ramai yang tidak ingin mengotorkn tangan sendiri dengan kerja hanya sekelumit kerja. Lantas ingin dibentangkan permaidani merah untuk berpencak. Tanpa menghiraukan tuntutan dan saranan dari jemaah.
Duhai agamawan,
Dirimu saling tak tumpah kuli agama!!
Kamu dipertanggungjawabkan di akhirat kelak tentang ilmu yang kamu ada.
Dimana kepentingan jemaah yang kamu letakkan?
Adakah hanya menjaga kepentingan sendiri semata-mata?
Kau sombong! Kau rasa jijik untuk menyentuh jemaah yang serba kekurangan ini!!
Sungguhpun engkau merasai keterbatasan masa yang mengejar,
Sudah setahun, duatahun, tiga tahun, malah bertahun lamanya tanpa ada natijahnya usahanya.



CIRI-CIRI TENTERA ALLAH


1) Jiwa dai'e yang mampu bekerja dalam keadaan senang dan susah. Mampu mentatbiqkan sifat as-sam'u wa tho'h terhadap pimpinannya. Dan para guru sekalian hendaklah anda semua mempunyai ikatan dengan jamaah dan kepimpinan jamaah. 'Haram' saya istilahkan seseorang yang berdakwah tanpa ada hubungan dengan jamaah. Jika demikin, andalah barah dan musuh jamaah yang sedia ada. Sabda Nabi s.a.w 'Ilzamu jama'atal muslimin wa imamahum'. Jangan tubuh jemaah yang tiada hubungan dengan jamaah!!!

2) Ingat Allah selalu. Jangan lupa pada Allah..!!! Berapa ramai yang berada didalam jemaah, tetapi kurang mengingati Allah. Menyahut panggilan takbir, dialah yang paling kuat skali, tetapi apabila dinilai dari solatnya sekalipun, berapa ramai yang sudah kusyuk dalam solat? Biarpun tidak ramai tetapi adakah diantara mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kusyuk dalam solat? Tepuk dada tanya iman. Mungkin juga amalan ang kita buat seharian ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Dalam solat pun boleh lupa Allah. Astaqfirullahh. Tidak guna mengisytiharkan diri adalah pejuang agama akan tetapi lupa pada Allah. Dalam surah al-Mujadalah ayat 19 yang bermaksud 'Mereka telah dikuasai syaitan,lalu lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan (pengikut) syaitan. Ingatlah bahawa pengkut syaitan itu orang yang rugi'


Para pejuang agama Allah sekalian. Selami diri dan keupayaan diri. Kita masih ada masa untuk memperbaikinya. Kaderlah seberapa banyak yang boleh untuk diinfaqkan kejalan dakwah. Pastikan juga diri kita menepati ciri-ciri Hizbullah.

Bertidak selari dengan tuntutan jamaah!!


.

Friday, April 03, 2009

RAYUAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI BUKIT SELAMBAU, KEDAH

Assalamualaikom Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian.




SALAM SILATURRAHIM

Setiap kali Pilihan Raya kKecil berlaku, semua orang boleh menjadi agak kelam kabut. Boleh dikatakan antara fakta , kebenaran dan kepalsuan akan menjadi semakin banyak. Namun selaku orang islam, kita msti sentias tenang. Kita kena faham bahawa kekuasaan ada kene mengena dengan pemrintahan. Hanya dengan memerintah sahajalah, kita boleh menentukan kegiatan menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran dapat dilakukan dengan berkesan. Alhamdulillah, Negeri Keah Darul Aman sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang komited terhadap islam dan kesejahteraan semua rakyat.

Islam Agama Sejagat

Tanpa mengira perbezaan agama, Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah unuk semua. Ini keran Islam itu sendiriada;ah agama yang menjamin kesejahteraan untuk seluruh umat manusia. Kita menolak faham Kebangsaan Melayu yang dipegang oleh UMNO keana dasar perjuangannya yang boleh mebawa kepada diskriminasi. Usahkan dengan orang Cina, Siam, India,sesamaMelayu itupun mereka melakukan diskriminasi.

Dalam amalan UMNO, hanya Melayu dalam UMNO sahajalah yang menjadi 'anak emas'.

UMNO sebuk bercakap soal membela agama, bagsa dan tanahair. Usahkan agama dan bangsa yang boleh dibela, jaga Bahasa Melayu sendiripun UMNO sudah gagal.

Semangat Sekular

Selaku parti sekular, UMNO telah mengurung agama sekadar berperanan di surau dan di masjid. Apabila Islam tiak didaulatkan dalam sistem pemerintahan maka wujudlah pelbagai krisis akhlak, masalah rasuah, amalan kroni, masakah tirisan, dedah, dadah, belasah, IIIVdan Aids - pendek kata seibu satu macam penyakit. Belum lagi dilihat suasana perpaduan kaum yang semakin terencam.

Sokongan Terhadap UMNO

Rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan bahawa UMNO dapat dipulihkan. Sudahlah terdapat seribu kes rasuah yang disahkan sendiri oleh Lembaga Disiplin UMNO; cara menanganinya juga telh dilihat tidak konsisten. Ada yang pernah digantung tahun, ada pula setakat 3 tahun dan da pula sekadar diberi amaran tetapi masih boleh bertanding dan menang. Itu belum lagi dilihat pemimpin-pemimpin yang telah digantung dan dipecat.

Entahla, semua orang boleh perhati bahawa orang yang masuk UMNO tidak ada.Yang keluar ada!

Calon Pilihan Pengundi

Jika calon sebelum ini adalah seorang india, calon yang Pakatan Rakyat tampilkan pada kali ini juga adalah seorang india. Beliau akan mewakili pengundi islam dan bukan islam, sama ada Melayu atau bukan Melayu. Ini tiada masalah. Apa yang penting ialah saudara S. Manikumar mewakili Pari Keadilan Rakyt (PKR).

Perkataan kunci disini ialah 'Perjuangan Untuk Mencari Keadilan'. Prinsip keadilan ini adalah selaras dengan agama islam itu sendiri. Setiap kali khutbah Jumaat kita sekalian diperingati oleh semua Tok-Tok Khatib di semua masid di seluruh dunia tentang Ayat yang bermaksud 'Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran'. (Surah An-Nahl : Ayat 90).

Selagi calon kita dapat memikul tugas untuk membawa keadilan, maka ia secara tidak langsung sedang menyampaikn khidmat kepada islam dan ummat islam. Jangan sampai kita menjadi tidak cermat disini sehingga boleh memberi keuntungan undi kepada parti lawan yang terang-terang sudah terbukti menentang PAS, menolak islam, bahkan mengkhianati ummat islam.

SALAM PENUTUP

Dalam suasana UMNO yang tlah ditolak oleh rakyat, pengundi Bukit Selambau harus berkongsi roh yang sama. Mari kita tentang UMNO dengan politik wang dan pelbagai penyakit tamak halobanya. Biar UMNO tenggelam dalam rasuah.

Mari kita buka babak baru dan buka surat baru dalam sejara demokrasi untuk Malaysia mulai hari ini bermula di Bukit Selambau.

Tinggalkan UMNO yang bersalah dan sentiasa menimbulkan masalah. Undilah saudara S.Manikumar. Undilah calon Pakatan Rakyat.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 2 Rabi'ul Awal 1430
1 April 2009

Thursday, April 02, 2009

Fitnah dari perwakilan UMNO- Kenyataan Rasmi PMRAM



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyuarakan rasa kesal terhadap tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh salah seorang perwakilan Kelab UMNO Luar Negara ketika perbahasan usul di Perhimpunan Agung UMNO 27 Mac lalu.

Tuduhan tersebut menggesa agar PMRAM yang telah berdaftar sebagai NGO di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir diharamkan seterusnya biasiswa di kalangan pimpinan dan ahli PMRAM ditarik balik bukanlah isu baru. Tidak cukup dengan itu, PMRAM turut difitnah kononnya menyekat pelajar dari tinggal dari asrama kerajaan. Realiti yang berlaku, PMRAM telah sekian lama teraniaya sejak tahun 1992 apabila telah dihalau dari Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah yang merupakan aset hasil titik peluh ahli PMRAM. Gesaan dan tuduhan ini bertitik tolak daripada emosi sentimen politik pra matang kepartian tajaan parti politik tertentu yang sememangnya tidak dapat diterima oleh ahli PMRAM sejak dahulu hingga kini.

Di dalam Bab Pertama Fasal 4 Undang-undang Tubuh PMRAM menyebutkan bahawa kawasan operasi Persekutuan ini ialah Republik Arab Mesir yang berpusat di Kaherah dan Persekutuan tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik.

Selaku persatuan yang menaungi majoriti pelajar Islam rumpun Melayu termasuk Singapura dan Kemboja di Mesir, kami tidak berhasrat untuk melayani isu lapuk ini memandangkan terlalu banyak agenda serta amanah kebajikan demi kesejahteraan ahli PMRAM yang perlu dilunaskan.

Justeru, PMRAM percaya dan yakin bahawa semua pihak dapat membuat penilaian yang adil dan matang dalam isu ini supaya kesatuan serta perpaduan anak Melayu Islam di Mesir terjamin.


Abdul Mu'izz Bin Muhammad
Presiden PMRAM 2009


SILA RUJUK LAMAN WEB PMRAM DISINI