Monday, May 31, 2010

MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KEATAS BANTUAN GAZZAH!!




Serangan di perairan antarabangsa pencabulan undang-undang serius: Anifah


2010/05/31


KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki ‘Mavi Marmara’ yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk dua rakyat negara ini.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata serangan yang dilakukan rejim itu di perairan antarabangsa menggambarkan bahawa Israel tidak menghormati peruntukan undang-undang antarabangsa.








“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.



“Serangan di perairan antarabangsa adalah satu pencabulan undang-undang perairan antarabangsa yang serius. Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara ini supaya Israel tidak menyekat aktivis memasuki Gaza,” katanya.

Kapal Turki Mavi Marmara itu yang membawa aktivis misi bantuan kemanusiaan di Gaza serta dua kakitangan stesen televisyen Astro Awani diserang tentera Israel pagi semalam dalam pelayaran bagi melaksanakan misi berkenaan.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Wahai penduduk langit dan bumi, berdoalah untuk kesejahteraan dan perlindungan dari Allah pada mereka yang dizalimi. Solat Hajat dan Qunut Nazilah!!

.

Sunday, May 23, 2010

Wahai Diri Bina Generasi Ulamak Rabbani..!!


Parti Islam se-Malaysia adalah WASILAH bukan MATLAMAT!!

Bagi saya, sungguh mudah memerintah cara UMNO. Mungkin tanpa perlu bersusah payah untuk mengkaji dan mendalami ilmu agama untuk menjadi pemimpin yang takut pada Allah dan berkhidmat kepada Agama, bangsa dan Negara. Mungkin juga tanpa perlu merujuk apa-apa pandangan dari syarak bila sesuatu tindakan hendak dibuat, apatahlagi tidak menghiraukan pandangan-pandangan ulamak Islam dalam menggariskan sesuatu hukum yang thabit dengan nas syarak.

Judi bola???? Ada pula judi halal??? UMNO terus memburu Dosa. Rujuk sini.

Saya menasihati diri dan sahabat-sahabat sekalian. Tuntutlah ilmu dan galilah ilmu sebanyak mungkin. Kita mengaji agama selayaknya kitalah yang menegakkan Agama! Jangan harapkan UMNO yang tegakkan agama. Tegakkannya dengan mengambil tanggungjawab bahawa kitalah yang akan menegakkannya dengan Pergerakkan Islam yang sedia ada. Pada Agama, pada bangsa kita, di kampung kita, pada jiran kita, pada negara kita.
ISLAM SATU MALAYSIA....!!!
Diatas kesedaran dan tuntutan Islam sekarang, bangunlah kalian!
Harus jadi luar biasa dari biasa!!
Tepuk dada tanya iman!!
.

Friday, May 21, 2010

Pegawai membentuk Ilmu kemahiran pelajar atau membentuk ilmu pelajar samseng???

Semalam secara kebetulan saya turun ke surau/dewan utama rumah kl kira-kira jam 9malam, ada program penerangan oleh pensyarah USIM, pensyarah bahagian Undang-undang di USIM. Datang ke mesir mengikuti kursus 3bulan di Darul ifta', Mesir. Seluruh Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghantar wakil-wakil mereka untuk mengikuti kursus 3bulan ini.

Apabila saya masuk ke dalam dewan, slot penerangan sudah hampir tamat, peserta dibekalkan satu kertas pengisian yang tertulis disitu "KEMAHIRAN INSANIAH : CABARAN DAN KEPERLUANNYA KEPADA MAHASISWA AL-AZHAR" . Satu pengisian yang saya rasa tak pernah saya dapati melainkan sebelum-sebelum ini di dalam program PMRAM khususnya program-program perkaderan.

Saya amat tertarik dengan tajuk pengisian tersebut, selepas itu berjumpa dengan pembentang berbual sedikit sebanyak tentang peribadi dan USIM di Malaysia. Secara peribadinya, inilah yang saya harapkan. Orang yang berpengalaman datang ke Mesir berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mahasiswa. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada beliau, sanggup turun padang bersama pelajar walaupon baharu saja 20hari di Mesir sudah ingin rasa berkongsi ilmu dengan mahasiswa.

Saya berpandangan dan berharap, begitulah juga sifat pegawai-pegawai yang dihantar dari Malaysia duduk bersama pelajar. Ada kelulusan dan pengalaman yang banyak untuk dikongsi dan bersama meningkatkan prestasi cemerlang mahasiswa, bukan menyusahkan pelajar, menyekat pelajar dan lain-lain.

Kemahiran insaniah tersebut adalah penting bagi mahasiswa yang cemerlang. Kata beliau memang ramai yang belajar kemudian berjaya mendapat mumtaz dan sebagainya tetapi dari sudut aspek ini dia agak tidak cemerlang. Tambah beliau lagi, segala kemahiran ini penting dan atas kesedaran tersebut telahpun ditetapkan sulibusnya dalam pembelajaran di USIM. Sebab itu bagi beliau perlu diketengahkan juga semua kemahiran ini kepada mahasiswa Al-Azhar bagi meningkatkan lagi kecemerlangan.

Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang menjadi keperluan kepada seluruh diri kita yang bergelar mahasiswa.

KEMAHIRAN KEMANUSIAAN :
CABARAN DAN KEPERLUANNYA KEPADA MAHASISWA MESIR



TUJUH KEMAHIRAN INSANIAH YANG UTAMA :


Kemahiran Berkomunikasi


Kemahiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Kerja Berpasukan


Kemahiran Keusahawanan

Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat


Etika Dan Moral Profesional


Kemahiran Kepimpinan


KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI



Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan member maklumbalas.
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan .
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan .
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.


PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH



Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.
Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif .
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.


KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN


Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latarbelakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
Kebolehan member sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.


KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN



Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.
Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan
Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kebolehan untuk bekerja sendiri.



KEMAHIRAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT



Pembelajaran berterusan melibatkan usaha pelajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru.
Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.



KEMAHIRAN ETIKA DAN MORAL PROFESSIONAL



Etika dan moral professional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.

Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional.
Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika.
Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.


KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
Kebolehan untuk memimpin projek.
Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan.


Tuesday, May 18, 2010

Pegawai kerajaan Vs 'pegawai' UMNO??

Bagi saya, pegawai kerajaan harus ada kelulusan tinggi. Paling kurang lepasan Master atau PHD. Pengalaman mereka dalam pengajian tersebut mampu membentuk dan memandu mahasiswa kearah lebih baik. Cara penyelesaian masalah pun kearah profesional dan punyai daya pemikiran yng terbuka dan rasional. Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah bukan sekadar tidak ada pengalaman tetapi lebih buruk lagi menekan mahasiswa dan tidak profesional dalam menangani masalah mahasiswa. Kalau begitu amat mudah untuk menjadi pegawai kerajaan. Pekerja di kebun belakang umah saya pun boleh jadi pegawai kerajaan! Apapun,jika tiada kelulusan sekalipon biarlah boleh memberi kepentingan dan manfaat kepada mahasiswa keseluruhannya tanpa menganaktirikan sesiapa. Adakah keadaan sekarang sedemikian rupa? Belum lagi dinilai pegawai datang dihantar oleh kerajaan atau dari parti politik???
Cerita ugut mengugut? Bagi saya orang samseng je buat. Takpun dia rasa dia tu 'kemaih' sangat dah sebab tu dia rasa best ugut-ugut nih. Dan mungkin juga warisan tok moyang dia dulu-dulu. Peduli apa!

Pengalaman ana sendiri di Mesir ni pernah juga diugut. Bukan pegawai BKAN tapi pegawai JPMK satu ketika dulu. Pada masa itu saya memegang tampuk kepimpinan di Tanta. Antara ugutan tersebut ialah :1) Diugut kuliah saya akan ditukarkan ke Kaherah dan tak boleh belajar di Tanta. 2) Pasport saya akan diambil lalu dihantar ke Malaysia. Persoalannya ialah sesuai atau tidak ugutan tersebut hanya kerana saya tidak bersetuju atas permintaan memberi segala laporan kesemua apa yang berlaku di Tanta, sedangkan tiada bantuan langsung diberikan kepada kami(persatuan), tapi Nadi UMNO Tanta diberikan peruntukan? Persatuan pada ketika itu perlu berdikari dan mencari kewangan sendiri dalam memberi kebajikan kepada ahli. Jatuh bangun kami pada ketika itu berpandukan pengalaman dan apa yang ditinggalkan oleh abang-abang lama di Tanta. Kebajikan terus dijadikan perjuangan dari sudut moral, pengajian, kewangan, namun semuanya itu tiada peruntukan dari JPMK. Adakah wajar dengan meminta laporan kemudian membuat ugutan sedemikian rupa?

Hak mahasiswa perlu dipertahankan. Jika zakat berhak dari sudut syarak di beri kepada Mahasiswa maka tidak boleh ditarik oleh kerajaan. Ops kerajaan ke? Hm, Kadang-kadang sebut kerajaan ni tak kena jugak. So kena sebut pegawai kerajaan jika individu tersebut menjawat jawatan wakil kerajaan. Yelah kadang kerajaan dah luluskan demikian tapi pegawai tu pulak yang buat onar nak tarik balik. Kepada pegawai yang menjalankan amanah dengan betul, syabas saya ucapkan. Tapi betul ke pegawai kerajaan, ke pegawai UMNO?

Apapon salahlaku pegawai yang mungkin dikatakan pegawai kerajaan itu boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan. Kot mana pun kerajaan milik rakyat, milik mahasiswa bukan hanya milik peribadi dan UMNO! PAS dah memerintah kedah dan kelantan pon sudah menjadi kerajaan. Pembangkang still UMNO dan UMNO di negeri tersebut. Sila jaga nama baik kerajaan kalau nak jadi pegawai kerajaan. Sila lakukan tugas dengan berhemah apabila berdepan dengan mahasiswa bukanlah lagak ala pemerintahan ketua asrama budak sekolah menengah.

Mahasiswa perlu dibantu dari sudut perkembangan ideologi yang sempurna. Mahasiswa perlu dibantu kerajaan dalam meningkatkan taraf kecemerlangan mereka dalam setiap pengajian yang mereka ceburi. Apabila sudah ada persatuan mahasiswa yang bertindak menjaga kebajikan pelajar, maka kerajaan perlu ada peruntukan untuk menolong. Amat susah jika kerajaan nak bina semula organisasi yang lain untuk tujuan yang sama. JIKA semua ini berlaku, saya yakin dan percaya negara kita kearah membentuk jiwa-jiwa yang punyai wawasan dalam memerintah negara satu hari nanti. Takkan nak bagi pada orang gila untuk memerintah? Kita takut apabila diberi kepada orang gila, sekiranya berlaku sesuatu masalah maka diselesaikan dengan cara tersendiri oleh orang gila tersebut? Orang gila dengan cara penyelesaian cara gilanyalah!

Satu ketika orang-orang gila perlu ditempatkan ke tempat yang lain lalu pengangkutan mereka melalui kapal terbang yang ditemani oleh seorang pilot dan dilantik seorang ketua daripada orang gila tersebut. Semasa perjalanan suasana dalam kapal terbang amat bising. Seketika kemudian didapati bunyi bising tersebut tidak lagi kedengaran. Lalu dipanggil ketua daripada orang gila tersebut oleh pemandu kapal terbang. "Tadi bunyi bising sangat tapi sekarang kenapa semua diam, tak bunyi pape pun, kamu buat macammana dorang tak bising?". Lalu dijawab oleh ketua orang gila tadi "saya dah suruh depa main kat luar, bising sangat!!". Demikianlah cara penyelesaian orang gila! Orang gila tersebut merasakan itulah tindakan yang paling dinamis dan praktikal untuk membasmi masalah tersebut! Habis semua mati.

Sayugia yang boleh diambil ialah, mahasiswa teras pembangunan negara, maka harus dipandu dengan sebaiknya. Hak mahasiswa perlu diberi. Kepada yang memerlukan pertolongan harus ditolong dan amat tidak wajar ianya disekat. Kepada pegawai yang diminta untuk berkhidmat disini kami mohon bersama mahasiswa dalam menangani pelbagai masalah mahasiswa. Kes couple tidak syarie, kes merokok yang masih memegang pendapat makruh lagi, gengterisme dan macam-macam lagi. Harap dengan kedatangan pegawai dapat membantu masalah ini dan mahasiswa kearah pembentukan fikrah yang lebih baik justeru menjadi pemimpin negara akan datang.
Pegawai kerajaan berkhidmat untuk negara, pegawai UMNO berkhidmat untuk UMNO!
Selamat menjalani peperiksaan!
.

Monday, May 17, 2010

Pelajar diugut dengan zakat??

Siapakah yang saya maksudkan?

Barangkali ciri-ciri yang saya maksudkan itu seperti berikut :

- Katanya ada seorang saudara baru (lepasan Jordan) dihantar oleh kerajaan 'lanun' Perak untuk jadi Pegawai anak-anak Perak di Mesir ni. Hm, rasanya untuk apa ye? Tiada kepentingan dan manfaat yang jelas tujuan-tujuan penghantaran pegawai tersebut. Jelas sebelum ini tiada sebarang masalah dikalangan pelajar. Pengurusan kewangan dan kebajikan diurus dengan sempurna oleh pelajar. Tengok2 berita pegawai nak datang. Ate, kami gemor ke, tak perlu kot.
- Mengugut pelajar ditarik zakat mereka jika tidak memberi kerjasama sedangkan statusnya yang dikatakan 'pegawai' tersebut masih belum jelas. Ape ke hei nak ngikut kamu yob?!!!
- Walaupun seusia kanak-kanak di Mesir ini(sebulan lebih), tetapi sudahpun berlagak ala samseng dengan pelajar. Ate, deme ngukur samseng deme je, samseng keme tak mikior??? Tapak kaki kasut pun tak sama saiz derrrr????
- Pegawai tersebut berusia 24tahun berstatuskan bujang, belum berkahwin. Kenapa sebelum ini dijanjikan pegawai yang akan dihantar ke sini nanti adalah orang dah kahwin, tapi kenapa sudah bertukar, adakah terjadi episod-episod yang tidak ingin didengar oleh semua orang???
- Dengar cerita bekas Nadi UMNO di Mu'tah Jordan. Haha, nak tegelak rasanya!!! Macam generasi ke genarasi pulak warisan dari UMNO Jordan ni datang ke Mesir sejak kebelakangan ni. Mungkin nak tukar angin politik kot. Hm,penuh dengan kemungkinan...


Pada malam majlis sualkenal pegawai malam tu, pelajar dahpun menyatakan hasrat mereka agar Pegawai yang dihantar ini tidak bertindak sebagaimana pegawai2 BKAN yang lain sebelum ini. Dalam erti kata lain tidak menyusahkan pelajar,tidak menyekat pelajar dalam gerakkerja persatuan, tidak samseng, mengugut pelajar dengan duit zakat. Tapi, tak sampai 2bulan dok 'mengebat' kat sini, dah buat onar ugut pelajar tarik zakat. Ape zakat hak dia ka?

Kisah dari dulu sampai sekarang UMNO tak 'segan-segan' nak buat onar kepada pelajar Mesir ni. Udah-udah le tu. Nak main politik kita main kat mesia jelah, kita lawan sapa benar! Kat sini sila bertindak secara profesional, buat kerja mengikut bidang tugas sebagai pegawai kerajaan yang berhemah, jaga kepentigan dan hak mahasiswa di disini,

Saya nasihati sahabat-sahabat saya yang 'membantu' beliau tu, xyahla buat kerja-kerja yang menimbulkan sensitiviti rakan-rakan kita yang lain. Enta patut terangkan pada si 'dia' hal sebenar kesatuan di Mesir ni, dia baru,mungkin xtahu, bukan merosakkan kesatuan. Pakat -pakat buat kerja amal masing-masing lah,study nak peksa lagi baik!!

Cakap panjang pun buangmasa. Sekadar meluahkan rasa, sama apa yang rakan-rakan Perak rasa.

Monday, May 10, 2010

Guna Kepentingan Peribadi Untuk Kepentingan ISLAM..!!



Sumber : Tranungkite


" Kita masih berada dalam bulan Jamadilawwal. Peristiwa penting dalam sejarah Nabi pada bulan ini ialah Perang Mu’tah. Satu peperangan yang memperlihatkan kehebatan sebuah perjuangan dan ketokohan para Sahabat.

3 pemimpin utama :

1) Zaid bin Harithah.

2) Jaafar bin Abi Talib dan

3) Abdullah bin Rawahah

gugur seorang demi seorang. Kata-kata puisi mereka sebelum gugur amat hebat.


Teliti kata puisi Zaid bin Harithah:


Tapi aku pohon ampun dari arRahman, dan
sebilah pedang memancungku,
memancutkan buih-buih darah, Atau sebatang
tombak menusuk dadaku,
mengoyak dadaku, hati jantungku, supaya org yg
melintasi pusaraku berkata:
Ya Allah! Pejuangmu menempah kejayaan,
Allah
anugerahkan kurniaan kepada pejuang,
Pejuangmu telah mendapat hidayah
dariMu!


Demikian juga kata-kata Jaafar bin Abi Talib:


Alangkah indahnya syurga, nah! kita
menghampirinya,
syurga yang serba baik isinya, sejuk nyaman airnya,
enak
minumannya, tibalah sudah,
azab ke atas bangsa Rum, Rom bangsa kafir,
yang memeranginya pasti saya.


Jaafar gugur. Di mayatnya 50 tikaman dari
hadapan. AllahuAkbar!


Dengarkan juga kata-kata Abdullah bin Rawahah:


Aku bersumpah wahai diriku,
Engkau
mesti mara-redha atau terpaksa,
Musuh sedang bertempik dan mara, sambil
berteriak,
apalah bagiku, engkau tidak mahukan syurga,
masa kerehatanmu
telah lama berlalu,
tidaklah engkau melainkan setitis air dalam bekas air
yang lama.


Kata-kata puisi hebat datang dalam perjuangan yang hebat dari sahabat yang hebat, menuntut suatu pembalasan hebat dari Tuhan Maha HEBAT!


Mereka menggunakan kelebihan peribadi masing-masing untuk Islam. Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam melalui kelebihan yang Allah berikan kepada kita?

AYUH..!! PULUN, BELAJAR , STUDY , SUNGGUH2, CEMERLANG UTK ISLAM..!!!

JIHAD TA'LIMI..!!!

Tepuk dada, tanya iman.

.

Friday, May 07, 2010

JIHAD TA'LIMI...!!

SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN
KEPADA SELURUH RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN...!!




SELAMAT MUJAHADAH..!!!

.

Ya Allah Peliharalah PMRAM...





KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.


Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.


“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.


“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.


Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.
“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.


Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

.