Thursday, September 25, 2008

AL-QURAN ITU HIDAYAH ALLAH




Sesungguhnya Allah s.w.t telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan yang terbaik untuk diturunkan al-Quran. Berkata Dr. Abdullah as-Syazili di dalam pengajian kelas tafsirnya pada setiap jumaat malam sabtu di Masjid ‘Atiah, medan Sa’ah Tanta disini, bilamana dia mentafsirkan ayat 185, surah al-Baqarah itu dia menyebut Al-quran itu sendiri adalah petunjuk, bukan sekadar penurunannya itu sahaja merupakan petunjuk (hidayah) kepada manusia. Sebab itulah bagi sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan petunjuk (hidayah ) dari Allah.


PUASA DAN QURAN PEMBERI SYAFAAT


Pada satu hari Nabi s.a.w membandingkan antara ‘Puasa’ dan ‘Quran’ pernah berkata dengan sabdanya : ‘Puasa’ dan ‘Quran’ akan memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari Qiamat. Berkata ‘puasa’ “Hamba Allah yang menahan dirinya daripada makan minum serta menahan syahwatnya di siang hari maka aku akan berikan syafaatku kepadanya”. Berkata ‘Quran’ pula “Hamba Allah yang menahan dirinya tidur pada waktu malam untuk membaca al-Quran maka akan ku berikan syafaatku kepadanya”. Maka disitulah ada dua syafaat.


SUSAH BACA PUN DAPAT PAHALA



Membaca quran banyak fadhilatnya dan juga banyak pahalanya. Bagaimana pula yang menghafaz al-Quran? Kalau membaca pun banyak pahalanya lebih-lebih lagilah menghafaznya. Berganda-ganda pahala dan fadhilat jadinya. Satu hadis yang mana diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.ha yang bermaksud “Pahala diperolehi kepada orang yang mahir membaca al-Quran, dan pahala juga diberi kepada orang yang bersusahpayah membaca al-quran, Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama-sama dengan malaikat rahman pada hari akhirat kelak, mereka dimuliakan dengan al-Quran, dan mereka berada di suatu maqam yang tinggi” Au kama qall.


KETAHUILAH SAUDARAKU,


Apabila kita membanyakkan membaca al-Quran, kita dikurniakan pelbagai kebaikan dan syafaat pada hari Qiamat. Bersabdaa Nabi s.a.w “Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran datang pada hari akhirat kelak sebagai syafaat buat si pembacanya”. Sahabat-sahabat sekalian, al-Quran juga bertindak sebagai pelindung kita dari terkena hisab. Ini jelas dari hadis Nabi s.a.w “Akan datang al-Quran dan ahlinya yang mana mereka melaksanakan apa yang disuruh di dalam al-Quran semasa di dunia, mendatanginya surah al-Baqarah dan surah Ali Imran, membentengi si pembacanya”



Nabi bercerita lagi mengenai kelebihan membaca al-Qura
n “Dikatakan kepada si pengamal al-Quran : Bacalah dan tartilkan bacaan sepertimana kamu membacanya di dunia, sesungguhnya rumah kamu di akhirat ini bersama-sama dengan ayat yang kamu baca ”. Dan bersabda lagi oleh Nabi s.a.w “Barangsiapa membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan, dan setiap satu kebaikan itu ada sepuluh seumpamanya, aku tidak berkata ayat alif lam mim itu satu huruf, tetapi aku nyatakan disini alif itu adalah satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”


Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian akan panggilan dan seruan ini. Ini adalah seruan dari Nabi kita Muhammad S.A.W. Nabi yang kita nakkan syafaatnya di akhirat kelak. Nabi yang ingin menyelamatkan ummatnya di waktu akhirat kelak. Tidakkah rasa terpanggil untuk menyahut seruannya? Saya tinggalkan tanda tanya ini buat iman kita masing-masing.



ANDA WAHAI ORANG YANG BERPUASA


Saya yakin dan percaya pada bulan ramadhan sudah banyak anda semua membaca al-Quran, samaada di siang hari ataupun sepanjang malam. Tetapi hendaklah kamu banyakkan membaca alquran di Mesjid. Duduklah bersama orang-orang yang bersembahyang yang mana mereka jadikan al-Quran itu sebagai sumber adab mereka. Duduklah kamu bersama mereka jika ada halaqah al-Quran. Duduklah kamu sebagaimana Nabi pernah bersabda akan perihal mereka yang duduk di mesjid, “Tidak ada apa-apa bagi suatu perkumpulan kaum itu di dalam rumah Allah dengan mereka membaca al-Quran dan bertadarus al-Quran sesama mereka, melainkan Allah akan turunkan kepada mereka ketenangan, dipayungi rahmat Allah, dan malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyatakan merekalah disisi Allah”.


Nampak tak sahabat-sahabat sekalian, Rahmat, Ketenangan, Maghfirah semuanya dijanjikan kepada pembaca al-Quran. Sesungguhnya para salafussoleh Ridwanullah ‘alaihim ajma’in, tatkala masuknya bulan Ramadhan, mereka bersungguh-sungguh membaca al-Quran. Membaca dengan khusyuk pada setiap baris kalimahnya, dan merendah diri pada setiap suruhan didalamnya. Bersabda Nabi s.a.w “Sesungguhnya al-Quran ini sebagai peradaban Allah, maka dekatkanlah kamu dengan al-Quran dan beradablah dengannya sebagaimana kamu mampu, inilah al-Quran ikatan Allah yang kukuh dan cahaya kebenaran, dan sebagai penyembuh kepada orang yang memanfaatkannya, tidak akan berbuat dosa bagi sesiapa yang berpegang dengannya, dan berjayalah kepada mereka yang mengikuti suruhan didalamnya, tidak akan menyimpang dari jalan sebenar, tidak akan membengkok maka akan membetulkannya, bacalah kamu al-Quran sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepada kamu setiap huruf itu dengan sepuluh kebaikan”

Terdapat di dalam kisah-kisah imam-imam kita yang empat dan selain mereka iaitu sezaman dengan mereka salafussoleh yang lain, mereka mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali setiap hari pada bulan ramadhan. Allahh…. Hebat bukan. Ini dapat dibuktikan lagi dari kata-kata Abdullah bin al-mubarak : Ada diantara imam-imam kita mereka mengkhatamkan al-Quran di dalam dua raakat solat mereka, mereka ialah Saidina Othman bin Affan, Saidina Tamim Addari, Saidina Said bin Jabir, Abu Hanifah an-Nukman.



Dan berkata lagi Oleh Abdullah bin al-Mubarak : Mereka suka menghabiskan al-Quran pada hari-hari saif (panas) iaitu ketika permulaan siang, dan juga suka menghabiskan membaca al-Quran ketika hari-hari syitak (sejuk)iaitu ketika permulaan malam, sehinggalah didapati solat mereka sungguh banyak.



Satu lagi kisah yang boleh ana ceritakan disini ialah, Saidina Sufyan As-Sauri r.a, apabila masuknya bulan Ramadhan maka dia meninggalkan semua ibadatnya dengan menggantikan membaca al-Quran. Dan Saidina Malik bin Anas r.a apabila masuknya bulan ramadhan dia meninggalkan daripada membaca hadis dan menghadiri majlis ilmu kepada melazimi membaca al-Quran. Dan dipelihara daripada Abi Hanifah an-Nukman , sesungguhnya beliau mengkhatamkan al-Quran pada suatu tempat yang mana tempat itu juga dijadikan tempat kuburnya, sebanyak tujuh ribu kali. Dan di dalam kitab syarah Muslim yang ditulis oleh Imam an-Nawawi, Bahawasanya Abdullah bin Idris al-Kufi berkata kepada anak perempuannya yang menangis pada ketika mana dia diziarahi anaknya ketika hendak mati, berkata “Janganlah engkau menangis, sesungguhnya aku telah khatam al-Quran di dalam rumah ini sebanyak empat ribu kali”



Allahu Akbar..!!
Adakah ini kalam-kalam yang sesat? Adakah ini semua hanya hikayat semata-mata? Tidak,seribu kali tidak!! Bahkan itulah kebenaran yang berlaku kepada mereka. Satu hakikat yang diceritakan kepada kita dari orang yang datang dari sezaman dengan mereka. Merekalah orang-orang yang hidup menjalani kehidupan bulan ramadhan dalam keadaan cukup bahagia dan seronok. Satu kehidupan yang dirasakan adanya halawatul iman mereka dan timbul keikhlasan mereka kepada Pencipta.


KESIMPULAN


Para salafussoleh R.Anhum menjadikan al-Quran sebagai sajian ‘makanan’ bagi hati-hati mereka. Menjadikan al-Quran sebagai penyejuk diri mereka. Bukan sahaja begitu malah mentatbiqkan segala apa yang terkandung di dalamnya, membangunkan hukam-hakamnya, maka merekalah berhak digelar sebagai pembawa risalah al-Quran dan iman.


Jadi, bagaimanakah dengan kita? Boleh duduk bersahajakah kita di dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ini? Pesan guru saya, syiekh Mahmud, dibulan puasa ini amalkan dan perbanyakkan membaca al-Quran, solat dhuha, solat fardhu di awal waktu dan solat Tahajjud, moga-moga dapat rahmatNya. Dan Dr. Abdullah as-Syazili, salah seorang Dr al-Azhar tanta, kuliah usuluddin berpesan kepada kami selepas pengajiannya, di bulan puasa ini perbanyakkanlah membaca al-Quran, jaga pandangan, jaga lidah dari perkara sia-sia. Nah..!! Inilah kesedaran untuk kita. Jika kita baca quran sebelum ini saja-saja tanpa tahu dalil dan hikmahnya, inilah dia dalil dan hikmahnya. Kalau ada lagi manusia yang tak mahu buat, tak tahulah saya. Mungkin Hidayah belum sampai agaknya. Tepuk dada tanyalah iman kita..



Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran,Jadikan ianya sebagai imam kami, cahaya kami, petunjuk kami, rahmat kami, Ya Allah, peringatkanlah kami apa yang kami dilupakan, Dan ajarkanlah kami apa yang kami jahil, dan hadirkanlah kami rasa untuk membaca pada siang dan malam, dan jadikan al-quran itu sebagai hujjah bagi kami, Ya Allah engkaulah tuhan sekelian Alam.




Teratak aljanianji,
12.44 tgh, 25 Ramadhan 1429
Tanta, tanta, tanta...
Makrod ma'ak..

Wednesday, September 03, 2008

SEGULONG IJAZAH ‘TAQWA’




SIJIL TAQWA DI UNIVERSITI RAMADHAN

Saya mengajak anda semua mentadabbur kalam Allah ini. Firman Allah Taala, surah al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi “Ya aiyyuhallazina aamanu kutiba ‘alaikumus Siam………… la’allakom tattaquun”. Bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman ,telah ditetapkan kepadamu berpuasa sepertimana ditetapkan pada kaum yang terdahulu ,moga-moga kamu beroleh Taqwa”. Sadaqallahul ‘Azim. Benarlah kata-kata Allah yang maha tinggi atas tiap2 sesuatu.


Jika diperhatikan ayat ini, Allah menerangkan kepada kita tentang puasa pada bulan Ramadhan. Yang mana puasa bulan ramadhan ini disyariatkan oleh Allah kepada hambaNya. Di penghujung ayat ini Allah mendoakan kepada hambanya semoga beroleh Taqwa. Maknanya Taqwa ini boleh diperolehi daripada bulan ramadhan ini. Tetapi terfikirkah kita, mengapa Allah tidak menjanjikan secara tetap bagi sesiapa yang berpuasa dibulan ramadhan ini akan beroleh taqwa?, sebaliknya Allah menyatakan ‘moga-moga beroleh Taqwa’. Ini menunjukkan kepada kita, tidak semua orang yang berpuasa akan peroleh Taqwa disisiNya.


Pentingkah TAQWA?


Sedar atau tidak didalam kitab suci Al-quran, Allah berulang-ulang kali menyeru manusia supaya bertaqwa. Ini menunjukkan betapa pentingnya taqwa bagi manusia.

Ayat Ali Imran : 102… Sila rujuk

Ayat A-Ahzab : 70…Sila rujuk

Orang bertaqwa adalah semulia-mulia manusia. Ini berdasarkan dari hadis Soheh yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim Nabi S.A.W. Pada suatu hari Baginda pernah ditanya , “Siapakah manusia yang paling mulia?”. Beliau menjawab ”Orang yang paling bertaqwa di antara mereka”. Jelas menunjukkan kepada kita orang bertaqwa adalah orang paling mulia dilkalangan manusia.


Jadi, kita digalakkan untuk mengejar taqwa ini atas perintah Allah taala dan saranan nabi S.A.W. Nabi walaupun dia mempunyai peribadi yang agung , malah sudah dijanjikan syurga kepadanya namun masih berdoa agar dikurniakan taqwa kepadanya. Di dalam kehidupan baginda sentiasa memohon taqwa dari Allah. Antara doa yang dibaca oleh Nabi S.A.W ialah “Allahumma inni as aluka huda wattuqa wal ‘afafa wal ghina” yang bermaksud Ya Allah, Aku memohon dariMu hidayah, ketaqwaan, kemuliaan diri dan kekayaan jiwa. Ini jelas diterangkan oleh Imam muslim di dalam kitabnya Sohehul Muslim. Saya menyarankan kepada rakan-rakan senantiasa membaca dan mengamalkan doa ini, yang mana ianya ma’thur dari Nabi S.A.W dengan memohon kepada Allah.


APA ITU TAQWA?

Mari kita fahami apa itu Taqwa. Maksud Taqwa dari akar-umbinya ialah ‘wiqayah’ iaitulah menjaga atau memelihara. Maksudnya mudah, orang yang bertaqwa ialah orang yang menjaga dirinya. Penjagaan yang dimaksudkan disini ialah dari sudut dalaman diri iaitu rohani. Jadi, lebih khusus Taqwa ialah menjaga rohani agar sentiasa mendampingi Allah, tidak jauh dariNYa.

Mari kita lihat pula apa yang Baginda Rasululullah S.A.W sebut mengenai Taqwa. Sabda Nabi “An yutho’a fala yu’so, wa an yuzkara fala yunsi, wa an yusykara fala yukfar” bermaksud, Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNYa, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Hadis ini menjelaskan kepada kita apakah hakikat Taqwa. Saudara boleh rujuk di dalam kitab Hadis Bukhari.


Satu lagi kisah tentang apa itu Taqwa. Saya memetik dari kisah sahabat Nabi S.A.W iaitu Umar bin al-Khattab r.a .Saydina Umar pernah bertanya kepada rakannya yang juga sahabat iaitu Ubai bin Ka’ab r.a tentang apa makna Taqwa. Saydina Ubai terus menjawab dengan persolan “Pernahkah engkau melalui jalan yang berduri? . maka Umar menjawab ”Ya pernah”. Ubai bertanya lagi “Apa yang engkau lakukan?”. Umar menjawab “Aku mengatur langkah dengan penuh waspada dan berhati-hati”. Lantas Ubai berkata, “Wahai Umar! Itulah yang dinamakan Taqwa”.


Apa yang boleh kita fahami dengan kisah ini ialah Saydina Ubai ingin menyatakan bahawa orang yang bertaqwa itu sentiasa berwaspada dan sentiasa berhati-hati. Tidak cakap sewenag-wenangnya dan tidak turut hawa nafsu. Sentiasa jaga diri dari kemurkaan Allahdengan menjaga tutur kata dan perlakuannya. Matlamat hidupnya memastikan diri sentiasa diredhai Allah dan tidak memarahiNya, ini kerana dia tahu rahsia kebahgiaan hidup terletak dari keredhaan Allah.


Sebut nak dapat Redho Allah ni saya teringat satu hadis. Yang berbunyi “Radhitu billa Rabba, Wa bil Islami Deena, Wa bi saydina MUhammada S.A.W Nabiyya wa Rasula” yang bermaksud Aku redho Allah itu tuhanku, Aku redho Islam itu agamaku, Aku redho Nabi Muhammad itu seorang nabi dan Rasul”. Kata ustaz Ahmad Yahya seorang ulamak muda kedah semasa mengupas hadis ini, inilah 3 syarat yang membolehkan seorang manusia layak mendapat redho Allah taala. Inilah doa yang selalu kita jumpa dalam zikir-zikir pagi dan petang Nabi S.A.W. Tidak mustahil kita juga dikurniakan redho Allah jika mengamalkan makthurat setiap pagi dan petang.


KESIMPULAN

Saydina Ali r.a telah memberikan empat sifat bagi orang yang bertaqwa. Pertama: Ia takutkan Allah kerana keagunganNYa. Kedua: Ia melaksanakan ajaran yang diturunkan Allah. Ketiga Ia redho dengan rezeki yang sedikit. Keempat: Ia membuat persediaan untuk menghadapi hari kematian.


Semoga Universiti Ramadhan ini dapat meningkatkan lagi keimanan kita dan ketaqwaan kita kepada Allah. Pelbagai sulibus yang menarik telahpun disyorkan oleh Allah dan Nabi di dalam madrasah ini. Sebab itulah para ulamak rasa gembira dengan kehadiran bulan ini. Semuanya bergantung kepada kita untuk "mengahafal" seterusnya istiqamah dalam mengamalkannya. MOga dengan sulibus dan modul-modul yang disediakan oleh Allah ini menjadi 'markah tambahan' kepada natijah Taqwa kita nanti. Sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya, "Kun rabbaniyyan wala takun ramadhaniyyan", bermaksud jadilah kamu seorang yang beribadah atas dasar rasa bertuhankan Allah bukan beribadah bertuhankan ramadhan sahaja. Tuntasnya,kita perlu jelas,diantara kurniaan Allah kepada orang yang bertaqwa ialah Allah akan sentiasa memperbaiki amalan-amalan hambaNya. Anda bagaimana, jika hendak dipelihara oleh Allah mari sama2 tarbiah diri untuk menuju kejayaan atau kemenangan ini.

Kemenangan di dunia dan di akhirat adalah Taqwa. Sepadan dengan Firman Allah “Inna muttaqiina mafaza” , sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa suatu kemenangan.

Atas diri untuk menang atau kalah!!!

Tingkat diri Taqwa pada Allah, pasti hidup sentiasa gembira..!!

4 Ramadhan 1429 H.
Teratak aljanianji
6.58pg

Monday, September 01, 2008

Tanda syukur saya.

Segala puji dan syukur pada Allah, tuhan yang menjaga hati-hati manusia dari bahana maksiat dan dosa. Selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad ibni abdillah, mustafa Rasulullah S.A.W dan sekelaian para nabi, para tabiein dan para tabik tabien, seterusnya seluruh kaum muslimin dan muslimat semoga beroleh redho dan taqwa disisi Allah pada bulan ramadhan ini.


Lama sudah tidak menulis dalam ruangan ini, hinggakan terpaksa saya mengutip sisa entry yang telah dibaca oleh pembaca, mungkin sudah acapkali dimamahnya, namun tetap rasa yang sama. Oleh itu entry kali ini saya cuba hidangkan ‘menu’ baru buat hidangan dan tatapan para pembaca sekalian.


Segala puji hanya bagi Allah


Disini saya nak merakamkan rasa syukur saya pada Allah dengan berkat segala perancanganNya membuatkan saya sungguh bersyukur kepadaNya. Saya ‘harap’ Dia lihat dan baca apa yang saya tulis ni khas untuk DIA.

Bermula dari bulan 6 lagi saya bercadang untuk pulang bercuti di mesia. Tetapi saya mengalami masalah paspot yang sudahpun tamat tempoh waktunya (dah 5 tahun kat mesir, mahunye paspot tak mati:-P ). Dengan sebab itu saya terpaksa membayar denda atas tiket komfom saya pada tarikh 16 julai sebabnya saya terpaksa batalkan penerbangannya kerana paspot belum siap. Ustaz saya dimesia sudahpun banyak kali bertanyakan saya, bila nak balik? Jawapan saya tetap sama pada setiap kali pertanyaannya, paspot belum siap! Lalu saya dicadangkan oleh rakan untuk buat paspot amergency, ini memudahkan saya untuk balik secepat mungkin.

Perancangan Allah mengatasi segala, bila dah dapat idea untuk buat paspot amergency, paspot tu pula habis di embassy (kedutaan). Rasa sedih juga sebab perlu tunggu stok paspot baru tu sampai dari mesia. Dan pula saya dimaklumkan tidak diketahui secara pasti bila paspot itu akan sampai, lagilah saya rasa sedih, nak marah pun ada, kenapalah org safaroh tu tak tempah siap2 paspot yg dah nak habis.Bila dah abis, baru nak tempah dimesia. Apapon saya tetap sabar, mungkin ada hikmahnya yang mungkin saya belum jumpa.


Inilah hikmahnya : Yang pertama


Saya tidak ‘diizinkan’ oleh Allah pulang bercuti dia tanahair, Allah gantikan dengan pelbagai hikmah dan nikmat yang bagi saya amat berharga. Hikmahnya saya dah jumpa, setiap hari saya berkesempatan menghadiri kelas bersama dua orang syeikh dalam satu masa. Ha, menarik bukan. Sorang syeikh bernama syeikh Abd mun’im mohd Annajjar guru tasmik quran saya. Dan syeikh kedua syeikh Mahmud guru bahasa arab saya yang mana keduanya berada di tempat yang sama iaitu masjid Sayyid Ahmad badawi, seorang waliullah terkenal dunia.


Inilah dia masjid Sayyid Ahmad al-Badawi.Seorang waliullah salah seorang keturunan Rasulullah S.A.W dari nasab yang bersambung ke saidina Husin R.A cucu baginda Nabi S.A.W.


Ini guru saya Syeikh Mahmud. Di sebelahnya kawan arab saya, saya gelarkan syeikh Mohd, imam masjid sebuah kampung berdekatan umahnya. Dialah yang memperkenalkan syeikh Mahmud kepada saya.


Hikmah yang kedua

Selain dari syeikh Abdul Mun’im dan syeikh Mahmud, saya diberi sekali lagi berkesempatan beroleh ilmu dengan seorang lagi syeikh yang amat sedap suaranya jika membaca al-Quran iaitu syeikh Saad Syafiq Qul Qila nama penuhnya. Beliau merupakan bekas imam besar masjid Syeikhah Sobah. Masjid yang dimaqamkan padanya seorang ulama’ perempuan yang terkenal dibumi Tanta ini iaitu Syeikhah Badru Sobah R.anha. Beliau sempat berkhidmat menjadi imam besar selama 5tahun. Saya mempelajari secara detail bacaan dan fasohah dengan lahjah dan lisan arabi dengan menghafal al-Quran bermula dari juzuk 30 surah annas hingga keatas. Walaupun beliau seorang yang buta tetapi mempunyai daya pendengaran yang kuat. Kalau sebut makhraj huruf tak betul, siaplah dibongkokkan badan terus ditamparnya tengah belakang (saya belum pernah kena lagi, kwn2 yg lain je kene) Alhamdulillah.



Kelihatan Syeikh Saad Syafiq Qul Qila yang berkopiah putih sedang mengimami solat.


Hikmah yang ketiga

Kisahnya pada dua hari lepas sedang saya belajar dengan syeikh Mahmud memegang kitab Tuhfah saniah syarah Matan Ajrumiah itu, saya terpandang seseorang yang saya rasa kenal walaupon agak samar dikaburi pandangan jauh. Saya teliti dengan baik, ah terkejut! Saya terpaku dengan siapa yang saya lihat itu. Ya, pada fikiran saya tidak syak lagi, dialah orangnya yang pernah ana berguru dengannya dahulu di mesia. Beliau ialah syiekh Muhammad Nuruddin al-Barbu al-Makki. Sedang bersembanhyang bersama 2 orang anak muridnya mengimami solat. Seusai solat, saya hadir dihadapannya bersalaman dan sempat mencium tangannya bertanya kabar dan beliau menyatakan hasratnya kesitu adalah untuk menziarahi maqam Sayyid Ahmad Badawi.


Saya sempat memperkenalkan guru saya kepada syeikh Nuruddin. Guru saya pernah menjadi tenaga pengajar di Saudi satu ketika dahulu. Kebetulan pula syeikh nuruddin pernah belajar disana.



Kelihatan wajah tampak berseri pabila dua ulamak bertemu muka.

Setelah syeikh Nuruddin berkenalan dengan syeikh Mahmud, saya dan sahabat saya Mohd membawa syeikh Nuruddin berkenalan dengan Mudir Masjid Ahmad Badawi yang juga merupakan Imam besar masjid tersebut iaitu syeikh Rajab. Setelah syeikh Rajab mengetahui syeikh Nuruddin merupakan seorang ulamak yang hebat, yang mempunyai maahad ‘ali littafaqquh fiddin di Indonesia dan Malaysia, dan salah seorang anak murid ulamak terkenal syeikh Mohd Yasin al-Fadani ulamak Indonesia yang terkenal di tanah arab mekah satu ketika dulu maka Imam masjid meraikan kedatangan Syeikh Nuruddin bersama dua orang pengikutnya (termasuk 2orang isterinya dan seorang anak saudara perempuan) dengan membawa ke satu bilik yang saya rasa saya sendiripun tak pernah masuk semenjak saya di tanta ni.


Inilah bilik yang dimaksudkan tu iaitu bilik simpanan pakaian peninggalan Syeikh Ahmad Badawi. Di dalam nya ada koleksi tasbih kepunyaan syeikh sendri yang saya rasakan seribu butir tasbihnya berlingkar elok disimpan didalam peti emas khas berkaca putih. Dan disitu juga ada tongkat kepunyaan syeikh Ahmad badawi dan serban putih beliau yang dalamnya berwarna merah. Turut kelihatan sikat kepunyaan beliau dan jubah yang berwarna merah dikatakan begitu panjang khas dibuat untuk syeikh membaluti badannya.

Dan satu lagi bahan peninggalan yang tersimpan elok didalam peti emas bercerminkan kaca tetapi ini bukan hak milik syeikh Ahmad Badawi sendiri, ia adalah kepunyaan nenda syeikhAhmad Badawi iaitulah Seurat janggut yang tersimpan kepunyaann Baginda Rasulullah S.A.W. Imam masjid mengambil janggut yang mulia itu lalu diletakkan diatas kepala kami semua seorang demi seorang dengan mambawakan sesuatu kepada kami. Syeikh membiarkan Imam tersebut berbuat demikian apabila tiba gilirannya seterusnya anaknya, isteri2nya, saya dan dua orang lagi pengikutnya. Saya pada ketika itu membayangkan seolah-olah Baginda Nabi S.A.W sendiri melabuhkan dagunya ke atas kepala kami semua, Allahhh…. Hakikatnya itulah perkara yang sungguh saya syukuri kepada Allah atas nikmat ini. Syeikh dan kami semua berkesempatan mengambil ‘tabarruk’ kepada athar Nabi S.A.W itu.


Kesimpulan


Bukan bercerita disini ingin sifat riak dan rasa hebat tetapi saya ingin mengajak diri saya dan semua kawan2 agar manfaatkan masa yang ada ketika keberadaan kita dimesir. Tidak lupa juga kawan2 yang berada di tanahair dengan marilah sama-sama kita dekatii ulamak. Mereka orang-orang soleh yang semestinya kita perlu kaut ilmu dari mereka. Bila rapat dengan orang yang soleh kemungkinan juga kita mampu jadi orang soleh.

Manfaatkan apa yang ada pada kita kemdian bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah. MOga Allah tambah lagi rezki kita selepas syukur kita kepadaNya.

Allahu Haq..!!
Kita tiada ilmu apa-apa semua Allah punya..!!

2 Ramadhan 1429 H.
Teratak aljanianji
6.39pg

Monday, July 21, 2008

Perang Tabuk , Tepuk dada tanya iman.(Siri II)



Ramai yang bertanya, artikel yang lepas saya ambil dari mana, diorang cakap sebab bersiri, mestilah dicopy-paste kan dari mana-mana artikel. Apapun, pertama skali jawapan saya dengan senyum. Permulaannya saya amat berminat untuk mengetahui peristiwa perang tabuk ini dengan lebih mendalam. Timbul rasa hati, bagaimana untuk mencontohi peristiwa perang tabuk ini pada zaman sekarang. Sememangnya sejarah dan peristiwa yang terjadi pada ummat terdahulu amatlah baik untuk dijadikan pengajaran dan pedoman pada ummat sekarang. Oleh kerana banyak sangat idea semasa mengarang tentang peristiwa perang tabuk ini, jadi saya berfikir untuk jadikan tajuknya bersiri. Moga ianya dapat dimanfaatkan oleh pembaca sekalian yang budiman.

DENGAR DAN PATUH PADA PIMPINAN

Satu lagi ujian yang perit ditempuhi oleh sahabat-sahabat baginda ialah perjalanan yang amat jauh menuju tempat yang bernama ‘tabuk’. Semestinya ianya memerlukan ketabahan yang jitu dan kesabaran yang cekal untuk sampai ke tempat yang dituju. Apatah lagi mereka juga turut diuji dengan perancangan Nabi sebabnya kebiasaan dalam mana-mana peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah, Baginda tidak mengumumkan arah tuju angkatannya terlebih awal. Namun peperangan tabuk ini , memandangkan besarnya bekalan yang harus disiapkan dan betapa sukarnya perjalanan yang bakal ditempuh, maka Baginda mengumumkan arah tuju lebih awal kepada tentera-tentera Islam supaya mereka dapat mempersiapkan diri dan bekalan yang secukupnya. Perjuangan ini bperjuangan hidup atau mati. Pastinya sahabat-sahabat Baginda teruji dengan konsep ‘Dengar dan Patuh’ mereka kepada Baginda.

PENGAJARAN SEMASA

Semestinya pentadbiran dakwah Baginda ini datang dari tunjang aqidah yang sohehah yang mana penerapan rasa diri bertuhankan Allah telah terbina pada hati-hati rijalullah dikalangan sahabat ridwanullah ‘alaihim ajma’in. Kepimpinan yang beriman wajib dipatuhi dan ditaati oleh rakyat dalam konsep ‘Dengar dan Patuh’ terhadap pimpinan. Bagi kita juga wajib mendengar arahan dari pimpinan sesuai dengan penerapan dan pengajran Allah yang telah dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul, dan pimpinan dikalangan kamu…”

Namun, dalam konteks ‘Dengar dan Patuh’ ini semestinya perlu dipersembahkan kepimpinan jemaah yang bertunjangkan aqidah yang sohehah. Tetapi hakikatnya pada hari ini tidak ramai yang rasa diri ingin perlu berjemaah, sebaliknya mereka memilih untuk memencilkan diri dan tidak bersama-sama dengan jemaah. Perlu diingatkan, tuntutan islam kepada individu muslim itu ialah mewajibkan hidup berjemaah. Ini berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal , sabda Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan wajib bagi kamu berjemaah dan campuri orang ramai ”.


Jemaah boleh disinonimkan kepada persatuan kepimpinan islam, meskipon organisasi jemaah tersebut kecil atau gergasi. Dalam konsep berjemaah ini bukan sekadar hanya mengisi borang menjadi ahli atau membayar yuran pada sesuatu jemaah atau persatuan. Tuntutannya ialah sentiasa menjaga perjalanan jemaah sebagai dakwah agama lillah dan sentiasa bersama-sama dengan kepimpinan jemaah. Ini berdasarkan hadis soheh oleh Nabi yang diriwayatkan oleh Imam bukhari dan Imam Muslim bermaksud “Wajiblah kamu bersama-sama jemaah Muslimin dan kepimpinan mereka”.


Jemaah Muslimin yang bersifat hizbullah sebagaimana yang telah dirakamkan Allah di dalam Quran di dalam surah al-Maidah ayat 54-56 adalah menjadi sasaran kepada individu muslim supaya berintima’ atau dipersembahkan komitmen mereka kepada jemaah tersebut. Jemaah yang bermatlamatkan pembentukan peribadi muslim dan sedaya upaya membina keluarga dan masyarakat muslim seterusnya membangunkan negara islam.
Jadi, bila orang tanya saya, bagaimana kita di mesir, jemaah mana yang perlu kita ikuti dan memberi sokongan dan dokongan.Saya akan menjawab PMRAM sebagai jemaah kita di mesir. So, tidak keterlaluan kalau boleh kita katakan, jika daulah islamiah boleh tertegak dengan PMRAM ini, tentulah us Khairul Anwar sebagai khalifahnya. Kenapa tidak percaya? Jangan pikir yang itu, pikirkanlah tanggungjawab kita terhadap persatuan ini. Ramai yang hanya isi borang jadi ahli tapi tak ramai menolong dan mendokong persatuan ini. Kepimpinan sedaya-upaya dalam meneruskan kebajikan kepada ahli dan ahli pula tak ramai nak menolong PMRAM. Orang yang faham akan tuntutan 'dengar dan patuh' akan sama-sama susah dan sama-sama senang. Jangan sampai susah taknak tolong, tapi bila PMRAM nak bagi kebajikan dioranglah mula-mula dulu tadah tangan. Wala’ dan barra’ pada pimpinan..!!!


AL-JAMAAH DI MALAYSIA



Hakikat jemaah di tanahair Malaysia, semestinya jemaah yang jelas memperjuangkan ciri-ciri hizbullah ialah Parti Islam Semalaysia (PAS). Semua menerima dasar perjuangan yang diperjuangkan oleh jemaah ini dalam menyampaikan dakwah agama Allah dan seterusnya membentuk negara islam. Hatta orang bukan islam pun menerima pendekatan dan perjuangan jemaah ini. Tetapi yang menjadi masalahnya ada juga yang tidak bersama-sama dengan jemaah ini sebaliknya memilih jemaah lain sebagai jemaah yang perlu mereka intima’kan. Saya agak kurang faham, mengapa berlaku sedemikian. PAS dipelopori oleh sebilangan ulama’ yang besar dalam memperjuangankan islam di tanahair. Ini sudah cukup kita memikirkan sebagai kayu ukur dalam memilih jemaah yang sesuai untuk kita sokong dan mendokongi perjuangannya.
Kata Saidina Umar al-Khattab R.A :لا إسلام إلا بالجماعة ولا جماعة إلا باالقيادة و لا القيادة إلا بالطاعةBermaksud: Tidak akan ada islam melainkan ada jemaah, tidak ada jemaah melainkan dengan kepimpinannya, dan tidak ada kepimpinannya melainkan dengan konsep ketaatan kepada kepimpinan.


Menegakkan islam dimuka bumi adalah wajib, maka melihat kepada kata-kata ini, wajib hukumnya ‘dengar dan patuh’ kepada pimpinan jemaah islam. Ini berdasarkan satu kaedah fiqh yang menyebut “Ma la yatimmu wajib, illa bihi fahuwa wajib” bermaksud Tidak sempurna sesuatuyang wajib(tegakkan islam) melainkan dengannya(taat), maka ia (taat) menjadi wajib. Bagaimana untuk membina sebuah negara islam yang dipanggil daulah islamiah itu jika tiada konsep ‘dengar dan patuhnya’ terhadap jemaah? Semestinya konsep ‘dengar dan patuh’ wajib kepada pimpinan yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangannya.


Jika hukum islam secara total dilaksanakan dan Malaysia diisytiharkan negara islam, maka Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat lah khalifahnya. Moga kepimpinan ulama’ dan kepemimpin negara bersama-sama memperjuangkan agama supaya akan selamat rakyat negaranya. Ini berpandukan satu hadis Baginda SAW yang bermaksud “Dua golongan sekiranya dua golongan ini baik maka baiklah seluruhnya, jika dua golongan ini jahat maka jahatlah seluruhnya, dua golongan itu ialah golongan ulama’ dan golongan kepimpinan”. Bagi mereka yang sudah berjanjisetia bekerja untuk agama melalui pentas jemaah ini teruskan perjuangan. Namun, bagi mereka yang tidak bersama-sama dengan jemaah ini, perlu untuk mengkoreksi diri kembali, fahami waki’ semasa, ketahui maslahah yang perlu dipertahankan, insyaAllah hati yang inginkan kebenaran pastinya akan bersama-sama jemaah ini dalam memperjuangakan agama di tanahair. Saudara, tepuk dada tanya iman…!!

Assam’u wa tho’ah, Wala’ dan intima’ pada pimpinan..!!


5rus_aljanianji,2126 malam, Isnin.

Friday, July 18, 2008

Perang Tabuk , Tepuk dada tanya iman.(Siri 1)



Sempena bulan Rejab yang mulia ini. Banyak peristiwa2 yang berlaku dalam bulan ini. Bulan Rejab ini juga dipanggil bulan Allah sepertimana yang telah dijelaskan di dalam hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud ;
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Perihal hadis tersebut serta perkara baik didalam bulan Rejab bolehlah dilihat melalui sini.. http://jihadtegakislam.blogspot.com/2008/07/selamat-datang-bulan-ahlullah.html

Peristiwa bulan Rejab~ : Perang Tabuk

Peperangan ini dinamakan perang ‘tabuk’. Ini kerana peperangan tersebut berlaku di suatu tempat yang bernama ‘tabuk’ iaitu satu kawasan yang terletak diantara Hijaz dan Syam (Syria).Peperangan ini berlaku pada tahun 9 Hijrah.
Peperangan ini tercetus hasil daripada pihak kerajaan Rom hendak memerangi perjuangan Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muahmmad S.A.W. Selepas Rasulullah mengetahui kerajaan Rom telah pon bersiap sedia untuk berangkat ke negeri islam, maka Baginda menyiapkan angkatan tentera yang cukup ramai keluar memerangi mereka diperbatasan Tanah Arab di Tabuk. Tentera islam yang berjaya dikumpulkan oleh Baginda pada ketika itu seramai 30,000 orang iaitulah 20,000 pejalan kaki dan 10,000 lagi tentera berkuda.

JIHAD PENGAJIAN

Diantara pengajaran yang boleh kita fikirkan bersama ialah Baginda dan ummat islam paada ketika itu diuji dengan panas terik. Sehingga dikatakan pada masa itu panas yang amat terik memudahkan buah-buahan untuk masak. Sememangnya peperangan itu berlaku pada ketika tanaman dan pokok-pokok sedang berbuah. Tidak hairanlah peperangan ini juga dinamakan perang al-‘Usrah(kepayahan). Itulah corak pengorbanan dan jihad para sahabat dalam membawa risalah Allah dari dimusnahkan oleh manusia yang tidak beriman dan tidak mahu beriman ke[ada Allah.
Bagaimana dengan kita? Ramai yang bersetuju bahawa jihad kita pada hari ini adalah jihad menuntut ilmu. Samalah dengan jihad para sabahat dalam menyampaikan agama cuma bezanya ialah para sahabat mengangkat senjata berbanding kita mengangkat pena. Ini juga berpandukan dengan kata-kata Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan didalam kitabnya ‘Hatta Ya’lama as-Syabab’ membahagiakan jihad itu kepada 5 iaitulah Jihad harta, Jihad Tblih dakwah, Jhad pengajian, Jihad politik dan jihad perang sabil.

Dalam melaksanakan tugas belajar ini ada diantara kita yang ‘memilih masa’ untuk berjuang dan berkorban untuk agama. Kebetulan pula sekarang di bumi mesir musim panas. Banyak buahan2 yang boleh kita dapati, antaranya buah tembikai, anggur, labu, mangga dan lain2. Malangnya dalam saifi(musim panas) ini tak ramai tempat pengajian yang dituju tetapi tempat peranginan yang dituju. Dimana Jihad yang telah disepakati. Adakah hanya dimulut sahaja.Bagi kawan2 di kaherah banyak pengajian di masjid. Lebih-lebih lagi pengajian di masjid Al-Azhar. Ramai para masyayekh azhar meluangkan masa mereka menyampaikan pengajian walaupon sekarang belum lagi bermula pengajian bagi Universiti al-Azhar. Bagi kawan2 di Tanta banyak juga pengajian yang boleh kita ikuti, antaranya kuliah tafsir oleh Dr Abdullah Syazuli pada setiap hari jumaat lps maghrib, pengajian quran bersama syeikh Mohd Najjar di masjid Ahmad Badawi, dan juga masjid Syurbaji, dekat dengan suk abu firkhah ataupon dikenali sebagai suk gaban. Sahabat, Tepuk dada Tanya iman kita…!!!

Sahabat2 sekalian,

1) Perjuangan dan Jihad ilmu itu sebagai penghapus dosa. Sabda Nabi S.A.W ‘
من إنتقل ليتعلم علما ، غفر له قبل أن يخطو
Yang bermaksud: Sesiapa yang mengambara kerana untuk belajar suatu ilmu akan diampunkan dosa baginya sebelum dia melangkah.


2) Perjuangan dan Jihad ilmu itu memboleh kan kita dekat dengan para solihin. Sabda nabi S.A.W menganjurkan pada kita untuk menghormati ulama’. Ini kerana para ulama’ adalah pilihan Allah supaya diberikan kemuliaan. Perjuangan ini juga memberi peluang kepada kita mendekati ulama’ dan mencintai mereka. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Barangsiapa melihat wajah orang yang berilmu dengan sekali pandang, dia suka dengan pandangan tersebut maka Allah SWT mencipta daripada pandangan tersebut satu Malaikat yang bertugas meminta ampun baginya hingga hari Qiamat”


3) Kelebihan satu bab ilmu walaupon tak diamalkan. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud ”Sesiapa yang belajar satu bab daripada ilmu dan dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, adalah lebih baik daripada dia bersembahyang sunat seribu rakaat”


So sekarang. Dah berapa pengajian yang telah kita atur sebagai tempat wajib untuk kita hadir berjuang jihad Ilmu ini? Dah berapa orang syeikh yang kenal kita sepanjang kita berada di perlembahan Nil ini? Dah berapa kali kita kene tampar atau disentuh oleh syeikh atau guru kita(Mg berkat sentuhan dan tarbiah syeikh)? Berapa banyak duit yang telah dicongak hangus sepanjang seminggu aktiviti, adakah habisnya pada mengaji atau melancong? Kalau belum semuanya, adakah kita berusaha untuk mencari? Sahabat, tiada siapa yang akan menyediakan “layanan baik” untuk beroleh sesuatu JIHAD ini. Semuanya perlukan kecekalan untuk merempuhi kepayahan. Sahabat, tepuk dada tanya Iman kita….

Pesan pada diri untuk kuat..!!


Syeikh Abd Mun'im Mohd Najjar. Guru Quran saya di masjid Badawi. Moga di diberkati oleh Allah dan sentiasa di dalam penjagaan Allah. Ammen.

5rus_aljanianji, 1914 ptg, Jumaat.

Saturday, June 21, 2008

Nasihat buat ummah..!!




Kata-katanya yang menggugah akan terus dikenang para pejuang Islam. Di antaranya adalah sebagai berikut:

" Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggemparkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini) Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kursi roda)-ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun bangkit menyatakan kemarahan karena Allah? Tiada satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengobarkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizhalimi kepada pembunuh dan pembantai yang ganas. (Tidak adakah yang mau bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara ummat ini membiarkan penjajah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami .

Adakah kekuatan-kekuatan ummat ini, pasukan tentaranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mau marah karena Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil menyerukan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahwa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (dalam keadaan melarikan lari) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua, dan pemuda-pemuda. Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakar buat ummat yang diam dalam kebodohan!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahwa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid Jika kalian mau, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum siapa saja yang lalai menunaikan kewajiban yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin ummat ini, wahai bangsa ummat ini”.



Wahai sahabt pejuang,

Tentang nasib rakyat Palestin, Syeikh Ahmad Yasin memberi 2 alternatif: menyerah atau terus melawan. Kalau rakyat Palestina mau hidup di bawah penjajahan Israel, maka pilihannya menyerah. Bila mengharap kemerdekaan dan kehidupan mulia di kemudian hari, pilihannya hanya melawan. “Perlawanan ini tidak terbatas. Karena musuh kita (Israel) menyerang dengan segala bentuk senjata tank, pesawat tempur, helikopter, roket, dan lainnya. Maka sekarang mengapa kita harus tunduk untuk membatasi cara kita melawan? Kita yang seharusnya membatasi senjata yang akan kita gunakan tergantung kemampuan dan kondisi riil di lapangan.



Wahai sahabat,

Apakah senjata kita untuk menumpaskan musuh? Apa persediaan kita untuk menewaskan musuh? Bagi mereka berjiwa besar meningkah perjuangan berkata perlu ada ilmu utk tumpaskan musuh. Ya sahabt, dengan ilmu kita boleh menewaskan musuh. Dengan ilmu kita boleh merancang, mengatur, membuuat pilihan kearah mengizzahkan agama ndinul hayah ini. Ayuh sekalian, korbankan masa kita untuk ilmu!!

Bagi yang sudah berilmu, jika ilmu itu milik Allah, musuh Allah adalah musuhmu. Sekarang, tewaskan musuhmu!! Bawalah yang HAQ berperanglah dengan yang BATIL..!!!

Carilah ilmu Allah dapat memberi manfaat kepada diri dan manusia yang lainnya..

Hakikatnya, kita tidak ada ilmu apa-apa, semua Allah punya!!

Nasihat dari Rasul S,A,W

HADIS 40
(Petikan dari Kitab Hadis Arba'in, karangan Al-Imam Nawawi Rahimahullah)


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Tuesday, May 27, 2008

Wasiat dan Nasihat Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi

Tentang Penuntut Ilmu



Ketahuilah, aku sangat senang pada kalian karena kalian mau membawa buku. Akan kudo'akan agar kalian berumur panjang dan memperoleh Fath (kejayaan). Ketahuilah, setiap yang mengajar sesuai dengan ilmu yang dimilikinya, kelak ( di hari Qiyamat ) akan mendapat pertolongan Rosulullah saw.



Aku meletakkan penuntut Ilmu diatas kepalaku. Jika bertemu pelajar yang membawa bukunya, ingin rasanya aku mencium kedua matanya. Bagaimana mungkin kita tidak mengagungkan mereka sedangkan Rosulullah saw bersabda : yang artinya sbb.



Agama ini pada mulanya asing dan kelak akan kembali asing. Sungguh beruntung orang-orang yang ( di pandang ) asing, yakni orang-orang yang menghidupkan kembali sunnahku yang telah dimatikan oleh masyarakat. ( HR Muslim, Turmudzi, Ibnu Majah, Ahmad dengan sedikit matan yang berbeda ).




Pada hari ahad, 11 Syawal 1322 H di Anisah, Habib Ali mengundang dan menjamu para pelajar. Habib Ali berkata : Ketahuilah, hari ini aku mengundang kalian dengan tujuan agar kalian bangkit dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu. Ketahuilah, aib bagi seorang pelajar jika ia tidak membawa bukunya. Giatlah belajar, semoga Allah memberkahi kalian. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu, perhatikanlah salaf kalian, mereka menghafal berbagai matan ( naskah ). Mereka telah hafal kitab Zubad, Mulhah, dan Alfiah di masa kecilnya. Setelah dewasa, ada yang telah hafal kitab Al-Minhaj, Al-Irsyad, dan ada pula yang telah hafal Al-'Ubad. Sedangkan kalian....satu bukupun tak ada yang hafal. andaikata ada yang hafal, ia tidak paham dan tidak mengamalkan isinya.



Aku ingin setiap pelajar membawa alat tulisnya ketika mengikuti pelajaran, kemudian mencatat persoalan-persoalan yang telah di hafalnya. Ketahuilah, keuntungan ( faedah ) ilmu terletak pada pengalaman pencatatannya.



Pelajarilah cara membunuh hawa nafsu; pelajarilah adab, Tuntutlah ilmu, baik dari orang dewasa maupun anak-anak. Jika yang mengajarkan ilmu jauh lebih muda, janganlah berkata; kami tidak mau belajar kepadanya, aib bagi kami. Ketahuilah, Allah telah memberinya ilmu, meski ia masih kecil. Dengan belajar kepadanya, mengakui dan menghormatinya, Allah akan memuliakanmu sebagaimana Ia telah memuliakannya.



Jauhilah dengki dan iri hati, Ketahuilah, kedua sifat ini dapat mencabut keberkahan ilmu. Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat. Andaikan seorang yang pekerjaanya merabuk tanah dengan kotoran hewan hendak memberimu manfaat, maka ambillah manfaat darinya.



Pelajarilah pelajaran yang hendak kalian bacakan di hadapan guru kalian. Dengan cara demikian kalian akan memetik banyak manfaat. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi membaca pelajarannya sebanyak 25 kali sebelum mengikuti pelajaran gurunya. Dan beliau mengulang pelajarannya sebanyak 25 kali sesuai pelajaran. Adapun kalian, hanya membuka buku itu ketika telah berada di depan guru kalian. Lihatlah Syeikh Fakhrur Razi, ia mengulang pelajarannya sebanyak 1000 kali.



Ketika masih menuntut ilmu di Mekah, setiap malam aku bersama kakakku Husein dan Alwi Assegaf mempelajari 12 kitab syarh dari Al-Minhaj lalu menghafal semuanya. Suatu ketika, di akhir malam, ayahku keluar dari kamarnya dan mendapati kami sedang belajar. Beliau berkata; "Wahai anak anakku, kalian masih belajar? Semoga Allah memberkati kalian".



Ketahuilah, menghafal di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Manfaatkanlah masa muda kalian, masa lapang kalian dan tenaga kalian

perhatikanlah bagaimana orang-orang tua menghadapi kesulitan ketika menghafal.

.........

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Moga Berjaya Imtihan kali ni untuk semua.
Kita tidak punya ilmu apa-apa, semua Allah punyaa...
Allah..Allah..Allah...!!!

Saturday, May 17, 2008

Ilmu semua Allah punya !!





SELAMATKAN PALESTIN....!!!!!

Antara perkara yang boleh kita bantu untuk saudara-saudara kita di Gaza..

1- Qunut
Membaca qunut pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan waktunya kepada orang-orang yang masih belum mengetahuinya.

2-Tinggalkan
Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudar-ssaudara kita di Palestin. Salurkan kepada badan tempatan yang menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.

3- Mendermalah
Mendermalah untuk membeli senarai ubat-ubatan yang diperlukan dan umumkan oleh persatuan perubatan dan kesatuan doktor-doktor Arab. Menyumbang secara terus samaada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan.

4- Bersam-sama
Turut serta mempersiapkan rombongan (utk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)

5- Menyumbanglah
Menyumbanglah dengan darah kamu (Jikalau kamu terhalang untuk berjihad di bumi Palestin, maka menumbanglah dengan darah kamu menyelamatkan para mujahid di sana)

6-Luahkan
Luahkan kemarahan kamu dengan segala kaedah yang dibenarkan. Sertailah perhimpunan yang disusun secara sah di stadiumdan dataran di peringkat negeri atau kebangsaaan ataupun di kawasan-kawasan perumahan dan kampung.

7-Tabung Palestin
Tabung Palestin di setiap rumah (Didik anak-anak kamau menabung dari perbelanjaan mereka demi untuk Palestin)

8-Wahai para Pemudi dan wanita
Yang beriman mendermalah dengan perhiasan yang kamu miliki.

9-Paparkan
Paparkan slogan pada banner, bunting atau tulislah dengan tangan kamu sendiri atau sebarkan sms dan emel.

10-Kepada seluruh warga yang bekerja
Gunakanlah kedudukan kamu untuk selamatkan Palestin.

a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestindan serulah pihak-phak berkuasa dengan kebenaran.

b. Ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.

c. Ahli Politik dan Parti : Himpunkan ummah untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekrang untuk menyelamatkan ummah.

d. Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai.

e. Wartawan : Sertailah dengan kalimah, melalui bahan bacaan ataupun televisyen, sebarkan kepada dunia melalui radio dengan maklumat-maklumat dan juga melalui televisyen mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang berlengah-lengah, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lupa.

KEWAJIBAN SECARA JAMA'IE (beramai-ramai)

Semua kesatuan, persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara berkumpulan menuntut supaya pintu masuk ke Palestin dibuka. Dengan Izin Allah semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada rakyat Arab, umat islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.

" Dan katakanlah, : Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin.." (At-taubah:105)



Aman Palestin
www.amanpalestin.com

Thursday, May 08, 2008

MUSTAQBAL LI HAAZAD DEEN

( MASA DEPAN MILIK AGAMA INI . )





Muhasabah Perjuangan :

Engkau ingin berjuang , Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban

Engkau ingin berjuang, Tapi hanya ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau
korbankan

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan

Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang, Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Janji kurang engkau tunaikan

Engkau ingin berjuang, Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang, Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang, Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang, Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang, Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang, Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang, Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

Monday, April 28, 2008

Pengalaman Seorang Syeikh ada kaitan kisah Uwais Al-Qarni

Sumber ini datang dari akh 'ibnu samaon' dalam komennya pada entry saya yang lalu bertajuk asal usul uwais Alqarni. Artikel yang dicadangkan tersebut telahpun diterjemahkan dan dimuatkan didalam entry kali ini, hasil bantuan sahabt ana ustaz Ammar dan ahli bait dia ustaz Omar.Jazakumullah khir.. Dan kepada akh ibnu samaon, syukran 'alaik ya akh..Moga diberi maghfirah untuk antom semua...

Berikut adalah terjemahan artikel forum (Sumber :http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=113941) . Selamat membaca...


Saudara kita yg dikasihi...
Syeikh Ibnu Abd Ghani menceritakan kisah ini di dalam salah satu forum berbahasa arab;

Beliau (semoga Allah merahmatinya) menulis :

Kisah Uwais al-Qarni ini telah diceritakan di dalam Sahih Muslim dan begitu juga di dalam beberapa buku yg lain.Walaupun beliau (Uwais) adalah merupakan seorang Tabi'en dan tidak sempat melihat Baginda S.A.W., Baginda telah berpesan kepada Umar bin al-Khattab r.a.,jika beliau (Umar) berjumpa dgnnya (Uwais),maka beliau hendaklah memintanya (Uwais) mendoakan keampunan utk beliau (Umar) dan memberikan syafaat utk beliau.

Maka Umar r.a. ketika zaman pemerintahannya sering bertanya kepada rombongan kafilah yg datang dr Yaman : "Adakah Uwais terdiri di kalangan kalian?", sehinggalah akhirnya selepas satu tahun berlalu, beliau (Umar) berjaya bertemu dengannya (Uwais). Beliau mendapati bahawa beliau (Uwais) bukanlah terdiri daripada golongan bangsawan di kalangan masyarakat di tempatnya, tiada seorang pun yg mengambil tahu tentangnya, walaupun mereka itu org yang sering mengikutinya (di dalam rombongan tsbt). Jadi,Umar memberitahu kepadanya (Uwais) ttg pesanan daripada Rasulullah S.A.W. dan meminta Uwais memohon keampunan Allah Taala utk beliau (Umar). Ketika Umar mendapati bahawa Uwais hendak meneruskan perjalanan ke Kufah,beliau telah menulis surat kepada utusannya beliau di sana, agar utusannya itu dapat melayannya (Uwais) dgn layanan yg baik. Walau bagaimanapun, Uwais enggan dan meminta agar Umar tidak melakukan sedemikian. Beliau (Uwais) menjelaskan permintaannya bahawa beliau lebih suka utk hidup sbg seorang yg tidak dikenali di kalangan masyarakat (kisah ini termaktub di dalam ingatan kita semua).

Sekarang, saya tidak mengatakan bahawa saya telah bertemu dgn Tabi'in Yg Mulia tsbt, tetapi saya telah bertemu dgn seorang lelaki dr sekolahnya (mungkin di nisbahkan nama sekolah tsbt kpd nama beliau). Seorang lelaki yg mengikut jejak yg sama seperti Uwais, dan berikut adalah kisah saya bersamanya.

Ketika salah satu hari Jumaat dr bulan Ramadan, saya meninggalkan rumah untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di salah satu dr Masjid al-Jam'iyyah al-Syar'iyyah di Kaherah. Ketika menaiki kereta, jubah sy yg berwarna putih telah terkena satu tompok hitam,dan ia membuatkn saya dukacita. Saya bertanya kepada diri sendiri "Bagaimana saya mampu berdiri di hadapan orang ramai menyampaikan Khutbah sedangkan tompok ini mengotorkan baju saya yang cantik ini?" Saya meninggalkan kereta dan berjalan masuk ke Masjid. Ketika berjalan,saya melalui di hadapan sebuah kedah yang mempunyai sebuah cermin yang besar di hadapan pintu masuknya. Saya berdiri di hadapan cermin tersebut membersihkan pakaian saya serta memastikan pakaian saya kemas, kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid.

Saya telah sampai ke Masjid, tetapi hal kotoran td masih menghantui fikiran saya. Di pintu masuk Masjid itu terdapat beberapa peminta sedekah yg berdiri di situ. Mereka sering berdiri di situ ketika bulan yg diberkati ini, setiap seorang mempunyai kisah2 tersendiri utk menarik simpati para jemaah yg hadir utk menunaikan solat. Saya tidak memberikan perhatian terhadap mereka dan terus memasuki Masjid. Saya menaiki Mimbar dgn cepat, dgn berharap agar tiada seorang pun menyedari ttg tompok hitam yang mengotorkan pakaian saya di dalam kereta tadi.

Saya menyampaikan khutbah dan kemudian kami menunaikan sembahyang. Setelah selesai solat, saya menyandarkan belakang saya di salah satu tiang yang berdekatan dgn Kiblat (tmpt imam bersembahyang) dan meluruskan kaki utk berehat sebentar.

Ketika ini masyarakat Mesir sering pergi dan bersalam dgn Imam dan selepas menunaikan solat dan mendoakannya. Saya mula bersalaman dgn mereka ketika masih duduk di dalam keadaan yang sama (menyandar) dan membalas doa2 mereka dgn menganggukkan kepala ke atas dan ke bawah. Saya benar2 kehausan memandangkan cuaca yang panas dan di dalam keadaan berpuasa.

Ketika itu,saya menyedari ada seorang lelaki yang berjalan dgn penuh kesulitan meminta utk bertemu dgn Syeikh (saya). Tiada seorang pun yang melayan permintaannya, bahkan sesetengah mereka melambai2kan tangan dalam keadaan yang menghinakan (mendepakan tangan dll) agar dapat menjauhkan diri mereka dari orang tua tersebut ketika beliau berjalan. Siak masjid tersebut memimpin tangan beliau dan membawanya kepada saya. Saya melihat ke arah beliau, dan melihat bahawa pakaiannya telah koyah rabak. Keadaannya seperti apabila dia memberi salam kepada orang lain, tiada seorangpun yang mahu membalas salam tersebut dan apabila dia bercakap tiada seorangpun yang mahu mendengar kata2nya. Pada hemat saya, dia ada salah seorang peminta sedekah yang berada di pintu masuk Masjid td.

Lelaki tersebut sampai ke tempat saya sedang duduk, dia memberi salam kepada saya dan saya membalasnya kembali dalam keadaan saya masih lagi duduk seperti tadi(dlm keadaan menyandar).

Saya menantikan kata2nya ttg betapa susahnya hidup,seperti peminta2 sedekah yang lain,tetapi dia tidak berbuat demikian.

Bahkan, dia memulakan dgn membincangkan ttg Khutbah yg saya sampaikan td! Saya berfikir sendirian, "ini adalah salah satu cara yg terbaru utk meminta sedekah! Menunjukkan bahawa faham ttg perkara yang disampaikan di dalam khutbah td agar saya berlembut hati!"

Kemudian beliau berkata : "Tetapi saya ada perkara yg perlu diperbetulkan berkenaan khutbah tuan td, jd saya harap tuan tidak kisah utk mendengarnya".

Saya terkejut, dan ketika masih di dalam keadaan duduk : "membetulkan Khutbah saya!! dan kamu yg akan membetulkan semuanya?!"

Beliau membalas : "Ya".

Saya berkata : "Dalam aspek (syarat2 dll) apakah di dalam Khutbah td?"

Beliau berkata : "Dalam aspek Tatabahasa Arab, Hadith dan Tafsir".

Selepas itu, saya secara jujur merenung tepat ke wajahnya dgn keadaan teruja, seraya berkata : "Dan di manakah kamu mengetahui kesemua bidang pengetahuan ini?"

Beliau memperkenalkan dirinya kepada saya, beliau adalah graduan dari Universiti Dar al-Uloom dan pakar dalam bidang Syariah Islamiyyah. Beliau sudahpun menyiapkan beberapa kertas kerja di dalam bidang Tafsir dan beliau belajar secara sampingan di beberapa madrasah2 yg terkemuka.

Saya melihat kepada orang ramai di sekeliling saya di dalam Masjid itu dan mereka mengangguk2kan kepala seolah2 faham dgn apa yg beliau cakapkan.

Ketika itu, saya terus membetulkan belakang saya sambil bersila,kemudian berkata kepada lelaki tersebut : "Dan apakah aspek2 yang kamu ingin perkatakan, wahai tuan yang saya hormati".

Beliau berkata : "Tentang tatabahasa Arab, kamu telah menggunakan beberapa perkataan dari bahasa 'Amiyah (dialek) dan perkara tersebut telah merosakkan kemuliaan dan keagungan Khutbah tersebut" (Beliau terus menerangkan kepada saya tentang peri pentingnya bagi Khatib tersebut untuk menggunakan bahasa baku (Fushah) dengan menggunakan perkataan2 yang menambahkan minat saya terhadap bahasa kita (Arab) yang indah).

"Dan berkenaan dengan Hadith, kamu telah mengeluarkan dalil menggunakan beberapa kata2 sahabat (Atsar) dan menerangkan sumber2nya bagi sesetengahnya (Atsar), tetapi tidak menerangkannya bagi dalil2 (Atsar) yang lain. Begitu juga,bagaimana kamu mengeluarkan suatu dalil (Atsar) dan merujuknya kepada Abu Dawud, sedangkan ia berada di dalam Bukhari, tidakkah kamu tahu bahawa perkara ini boleh menjatuhkan status seorang pemidato:. (Kemudian beliau terus menerangkan kepada saya tentang cara2 dan keadaan di dalam madrasah Hadith, yang menambahkan minat saya kepada bidang pengajian Hadith.

"Adapun tentang Tafsir, kamu telah mengeluarkan kenyataan daripada beberapa ulama' yang mentafsirkan al-Qur'an mengikut pendapat mereka, jadi berhati2lah ketika memperkatakan tentang Kitab Allah dan jangan sekali2 menjadi seperti burung belatuk (hanya tahu mengambil tafsiran tanpa kajian terlebih dahulu). (Kemudian beliau terus menerangkan kepada saya tentang kaedah2 berbeza yang digunakan oleh Ahli Tafsir (orang2 yang pakar di dalam Tafsir dan perkara2 yang berkaitan dgnnya), yang menambahkan lagi minat saya kepada pengajian Tafsir.

Ketika itu, orang ramai mula bersurai meninggalkan kami.

Ketika mana beliau ingin bangun, saya bersegera bangun dan menyambut tangannya. Kemudian saya bergegas mengambil kasutnya, dan membantunya memakaikan kasut tersebut. Dia sering meminta saya agar tidak melakukan sedemikian. Saya memimpin tangannya untuk membawanya pulangnya ke rumah, tetapi dia berkeras tidak mahu saya berbuat demikian.

Ketika itu, saya mendapati bahawa kami berada di sebalik dinding yang orang ramai tidak dapat melihat kami, jadi saya mengeluarkan sedikit wang dari dalam poket, dan dengan nada lemah lembut saya meminta beliau menerimanya. Beliau mulai marah dan menaikkan suaranya sedikit. Saya memohon maaf kepadanya, dan beliau menerima permohonan maaf tersebut, seraya berkata : "Kamu mesti berasa kasihan terhadap saya disebabkan cara saya berpakaian". Saya berkata :"Ya, dan saya berharap tuan dapat memaafkan saya kerana tidak memandang tinggi terhadap tuan ketika pertama kali saya melihat tuan:. Jadi dia pun memaafkan saya.

Saya memberitahu beliau : "Tolong beritahu saya,bagaimanakah tuan hidup dan bersama siapa?". Beliau berkata : "Saya akan menjawap pertanyaan kamu itu seadanya. Saya mempunyai pendapatan yang kecil, tapi Allah telah merahmati saya, dan dengan rahmatNya saya tidak perlu meminta2 (kepada org lain)". Saya bertanya : "Dengan siapakah tuan tinggal?". Beliau menjawab : "Dgn diri saya, anak2 dan isteri sudah cukup untuk menjadi bekal pada hari Akhirat nanti" dan kemudian beliau berkata : "Saya tiada nilai di dunia ini, dan hubungan saya dengannya (Dunia) tidak terlalu baik. Apa yang saya perlukan hanyalah sehelai baju untuk menutup tubuh saya dan secebis makanan yang boleh menghilangkan lapar, dan selainnya saya tidak memerlukan apa2 pun".

Kemudian saya menyentuh tangannya untuk mengucupnya, dan saya bersalaman dengannya kemudian melangkah beberapa langkah. Kemudian saya menoleh ke belakang melihat arah tujuan beliau. Saya melihat orang ramai tidak mengendahkan kehadirannya ketika memegang tongkatnya, yang digunakan untuk merasai jalan (mengetahui keadaan jalan) di hadapannya.

Dan saya pula, ketika melangkah memikirkan tentang diri saya, dan betapa kecewanya saya ketika jubah putih saya terkena kotoran tadi. Dan ketika melangkah, kenderaan2 mulai bergerak perlahan, agar saya dapat melintas (jalan tersebut), dan orang ramai yang lalu-lalang datang menghampiri saya untuk bersalaman dan memohon doa dari saya.

Mereka semuanya tertarik kerana keadaan dan rupa paras saya.

Saya teringat kepada suatu hadith Nabi Muhammad S.A.W., ketika Baginda bersama sahabat2 Baginda dan ada seorang lelaki yang memiliki rupa paras sebagai seorang yang berharta. Maka Baginda S.A.W. bertanya : "Apakah yang kamu katakan tentang keadaannya (lelaki tersebut)?" Mereka (sahabat2) menjawab : "Wahai Nabi Allah, dia adalah orang yang ketika mana dia bercakap, kami akan mendengarnya, dan jika dia meminang anak gadis kami, kami tidak akan menolaknya, dan jika dia menjadi perantara (bagi menyelesai sesuatu hal) kami akan menerima perantaraan tersebut". Kemudian, seorang lelaki yang kelihatan miskin dan memerlukan (bantuan) melintas, maka Baginda S.A.W. bertanya : "Dan apakah yang kamu perkatakan tentang lelaki tersebut?" Mereka menjawab : "Dia adalah dari golongan yang ketika dia bercakap kami tidak mahu mendengarnya, dan apabila dia meminang anak gadis kami, kami akan menolaknya, dan jika dia menjadi perantara, kami tidak akan menerima perantaraan tersebut". Kemudian Baginda bersabda : "Lelaki (miskin) itu lebih (berharga) dari dunia yang dipenuhi dengan orang yg seorang lagi (kaya)".
أو كما قال صلى الله عليه وسلم

Dipetik dari laman http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=113941

Wednesday, April 16, 2008

Asal usul Uwais al-Qarni

Sambungan dr Entri yg lalu... Dinasihatkan baca dulu Entri yg sebelumnya...
Slmt membaca:-)


Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.


Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.


Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.


Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.


Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).


Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.


Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.


Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.


Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.


Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.


Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.


Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”


Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.


Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.


Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.


Ketika Uwais al-Qarni dijumpai oleh Umar dan Ali, mereka berkata “kami datang ini dari Yaman ke Madinah kerana kami nak tunaikan wasiat nabi kepada kami iaitu supaya kami berdua berjumpa dengan mu. Kami datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Tuesday, April 01, 2008

Siapa? Penduduk bumi tidak mengenalinya, Penduduk Langit mengenalinya?

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah saw (mafhumnya kira-kira) “Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menyintai akan makhluuqNya yang bersifat :
(i) al-asfiyaa` (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allaah swt) lagi bersifat
(ii) al-akhfiyaa`(iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber'uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah swt) lagi bersifat

(iii) al-abriyaa` (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah swt) lagi bersifat

(iv) asy-sya'ithah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut gemusut, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat

(v) al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allaah swt) lagi bersifat

(vi) al-khomsoh butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa dsbnya), dan lagibersifat

(vii) iaitu orang-orang yang bila memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat

(viii) kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (lam yunkahuu, iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat

(ix) kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat

(x) kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat

(xi) kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidakmelawat/ mengunjungi mereka), dan lagi bersifat

(xii) kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi mayat-mayat mereka).

(Setelah mendengar sabdaan Baginda saw itu), maka mereka (ya'nii para sahabat r.a.) telah bertanya : Wahai Rasuulallaah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah swt yang mempunyai sifat-sifat di atas)?
Sabda Baginda saw : Itulah Uwais Al-Qoroniyy. Mereka (iaitu para sahabat r.a.) bertanya lagi : Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qoroniyy itu ?

Sabda Baginda saw : (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (ya'nii bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quraan, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain sarung/izaar yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan ahli bumi, dikenali (ma'ruuf) pada pandangan ahli langit, seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah swt pastilah Allah swt akan memberikan bahagian-bahagiannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais : Berhenti, dan mintalah syafaa'at ! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor.

Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allaah swt) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).

(Perawi) meneruskan cerita (mafhumnya): Maka mereka berdua (iaitu 'Umar dan 'Ali r.huma) terus menanti dan mencari akan Uwais rah.a. selama sepuluh tahun, tetapi mereka berdua tidak mampu (tidak berpeluang) untuk bertemu dengannya. Tetapi pada akhir tahun itu (iaitu tahun kewafatan 'Umar r.a.), maka 'Umar .r.a. terus naik ke Bukit Abu Qubais (iaitu sebuah bukit yang berhampiran dengan Masjidil Haram) lalu menyeru dengan suaranya yang kuat: Wahai ahli-ahli haji (iaitu jemaah-jemaah haji) daripada Yaman ! Adakah Uwais di kalangan kalian ?

Maka lalu berdirilah seorang tua yang berjanggut panjang dan menjawab: Sesungguhnya kami tidak tahu akan siapakah itu Uwais. Akan tetapi, saya ada seorang anak saudara yang dipanggil Uwais, sebutannya/namanya tidaklah gah pada pandangan orang ramai (iaitu dia adalah amat tidak masyhur), lagi pula dialah yang paling tidak memiliki harta, dan segala urusannya sangat mudah, malah jauh lebih mudah daripada apa yang dapat saya terangkan kepada tuan, dan sesungguhnya dia adalah yang menjaga/mengembala unta kami, dan pada pandangan kami dia adalah seorang yang tidak berharga (iaitu dipandang rendah olehorang ramai).

(Daripada penerangan itu), 'Umar r.a. masih merasa samar-samar lagi, seolah2 beliau tidak mahu akan dia (ya'nii tidak menduga akan dia). Lalu 'Umar r.a. pun bertanya lagi: Anak saudara kamu tu, adakah dia berada di Haram kita ini ?

Jawab orang tua yang berjanggut panjang itu : Na'am (Ya).

Tanya 'Umar lagi: Di manakah ianya boleh didapati?

Jawab orang tua itu: Nescaya dia memperlihatkan dirinya kepada tuan di 'Arafah.

(Perawi) melanjutkan ceritanya lagi (mafhumnya): Maka 'Umar dan 'Ali r.huma pun dengan segera menunggang menuju ke 'Arofah, maka disana mereka berdua mendapati seorang yang sedang berdiri solat, ke arah sebatang pokok, dan ada unta di sekelilingnya yang sedang merumput. Maka mereka berdua r.a. pun menambat kedua ekor himar mereka kemudian menghadapi lelaki itu sambil berkatalah mereka berdua: Assalaamu'alaikum wa rahmatullaah!

Uwais rah.a. meringankan (memendekkan) solatnya kemudian menjawab : Assalaamu'alaikumaa warohmatullaah!

Mereka berdua r.a. bertanya: Siapakah lelaki ini (siapa saudara?)

Jawab Uwais rah.a.: (Saya) adalah seorang pengembala atau penjaga unta dan juga seorang pelayan kepada suatu kaum.

Mereka berdua r.huma membalas: Bukanlah kami bertanya tentang penjagaan /pengembalaan itu, dan bukan juga tentang pelayanan. Siapa nama saudara ?

Jawab Uwais rah.a: 'Abdullaah (hamba Allaah).

Balas mereka berdua r.huma. lagi: Sesungguhnya kami sudah mengetahui bahawa semua ahli langit dan ahli bumi adalah 'Abiidullah (hamba-hamba Allah). Siapakah nama saudara yang mana ibu saudara telah menamakan saudara?

Jawab Uwais rah.a: Eh tuan berdua ni ! Sebenarnya apakah yang tuan berdua hendakkan daripada saya ?

Jawab mereka berdua: Telah menjelaskan kepada kami Muhammmad saw akan sifat-sifat Uwais Al-Qoroniyy, maka sesungguhnya kami telah kenal akan kemerah-merahan dan kebiru-biruan (matanya), dan baginda saw telah mengkhabarkan kepada kami bahawa di bawah bahunya yang kiri ada bintik putih maka jelaskanlah/terangkanlah akan perkara itu kepada kami berdua, maka sekiranya tanda-tanda itu ada pada saudara maka saudaralah dia (iaitu Uwais) yang sebenarnya.

Maka Uwais rah.a. pun menjelaskan (menunjukkan) tanda di bawah bahunya, maka memang benarlah terdapat bintik yang tersebut, maka mereka berdua r.huma pun saling berebut-rebut untuk mengucup akan dia. Dan mereka berdua r.huma berkata: Kami naik saksi bahawa saudaralah Uwais Al-Qoroniyy! Maka beristighfarlah (ya'nii mohonlah maghfiroh/keampunan kepada Allah) untuk kami berdua, semoga Allah swt memberikan maghfiroh untuk saudara!

Jawab Uwais rah.a.: Tidak aku khususkan dengan istighfarku itu akan diriku seorang saja dan tidak juga mana-mana anak Adam, akan tetapi ianya merangkumi semua mu`minin dan mu`minat, dan muslimin dan muslimat, di daratan dan di lautan. Eh tuan berdua ni, di mana Allah swt telah menyingkapkan hal saya kepada tuan berdua, dan Allah swt telah memperkenalkan urusan saya kepada tuan berdua ! Maka sebenarnya siapakah tuan berdua ni?

Lalu 'Ali r.a. menjawab: Maka ada pun yang ini adalah 'Umar, Amiirul Mu`miniin, dan ada pun saya ini adalah 'Ali bin Abi Tholib.

(Setelah mendengar penerangan 'Ali r.a.) maka berdirilah Uwais rah.a. sambil berkata: Assalaamu'alaika Yaa Amiirol Mu`miniin, Warohmatullaahi Wa Barokaatuh! Dan tuan, Ya 'Ali bin Abi Tholib, semoga Allah membalas tuan berdua (kerana berkhidmat) kepada ummat ini dengan penuh kebaikan!

Lalu membalaslah mereka berdua r.huma: Dan saudara, semoga Allah swt membalas terhadap diri saudara dengan penuh kebaikan juga!

Maka berkatalah 'Umar r.a. kepada Uwais rah.a.: Tempat saudara, semoga Allah swt merahmati saudara, sampai saya memasuki Makkah nanti, maka saya akan datangkan buat saudara nafkah daripada pemberian saya dan kelebihan kain pakaian daripada pakaian saya, tempat ini hanyalah sekadar mii'aad (waktu yang telah ditentukan) saja di antara saya dan saudara.

Terus Uwais rah.a. membalas: Mii'aad (waktu yang telah ditentukan) diantara saya dan tuan, saya (mungkin) tidak (akan) melihat atau bertemu tuan lagi selepas hari ini, maka perkenalkan kepada saya (ya'nii beritahulah saya) apa yang saya nak buat dengan nafaqoh itu dan dengan kain pakaian itu? Tidakkah tuan melihat bahawa saya masih sedang memakai kain sarung daripada suuf dan juga kain selendang daripada suuf? Bilakah tuan melihat saya merobekkan kedua-duanya itu (iaitu kain sarung dan selendang itu)? Tidakkah tuan melihat bahawa saya masih sedang memakai kedua sandal saya yang bertambal ini? Bilakah tuan telah melihat saya melusuhkan keduanya? Sesungguhnya saya telah mengambil empat dirham sebagai upah penggembalaan, maka bilakah tuan melihat saya makan (akan makanan yang telah dibelikan dengan wang itu)? Wahai Amiirol Mu`miniin, sesungguhnya di hadapan saya dan di hadapan tuan ada suatu rintangan yang tersangat sulit untuk diatasi, di mana seorang pun tidak akan dapat melepasi rintangan sulit itu kecuali seorang yang sangat kurus kering badannya lagi ringan (ya'nii sedikit sekali hartanya / miskin), maka ringanlah, semoga Allaah swt merahmati tuan!

Tatkala telah mendengar 'Umar r.a. akan nasihat Uwais rah.a. itu maka terdiam ia dan tidak bergerak seketika, kemudian beliau r.a. melaung dengan suara terkuat yang beliau mampu: Alangkah bagusnya sekiranya ibu 'Umar tidak melahirkan 'Umar! Alangkah bagusnya sekiranya ibu 'Umar seorang perempuan yang mandul yang tidak mengobati/merawat akan kandungannya! Mahukah sesiapa mengikuti jejak langkahnya , dengan apa yang ada padanya dan baginya ?!?!

Kemudian Uwais rah.a. berkata: Wahai Amiirol Mu`miniin, ambillah/mulailah tuan (untuk bertindak sewajarnya) di sini! Dan saya pun mengambil/memulakan (untuk bertindak sewajarnya) di sini juga!

Maka (dengan penuh sayu dan hiba) 'Umar r.a. pun bergerak meninggalkan tempat itu menuju ke arah Makkah dan Uwais Al-Qoroniyy rah.a. pula terus menggiringkan untanya. Dan dengan tiba-tiba kaumnya (iaitu kaum Uwais) telah datang dengan unta-unta mereka. Dan (dengan persetujuan bersama) akhirnya Uwais Al-Qoroniyy rah.a. telah berhenti daripada kerja-kerja penggembalaan dan beliau rah.a. pun menghadapi sepenuhnya (memberikan penumpuan) untuk 'ibadah sehinggalah beliau rah.a. menemui Allaah 'Azza wa Jalla.

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp kitab Sifah As-Sofwah, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a, jilid 3, halaman 45, 46, 47 dan 48. Daarul Ma'rifah, Beiruut, Lubnaan.

Monday, February 11, 2008

SUFI HARAKI….SATU IMPIAN


SHEIKHUL AULIYAK MUHAMMAD NAZIM HAQQANI
MURSYID TAREQAT NAQSYBANDI 'ALIAH HAQQANI


Ada yang berpendapat jika kita menyertai tareqat sufi ianya tidak sesuai kepada orang yang bergiat aktif dalam berdakwah. Ini kerana mereka menganggap apabila menyertai tareqat sufi maka akan meninggalkan dunia dan tidak mengendahkan masyarakat dan sebagaimana.

Entry kali ini, ingin ana fokuskan bagaimana pandangan-pandangan tersebut amatlah sempit jika dinilai dengan dunia kesufian.

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi jahil dari sudut agama..?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi tercicir soal akhlaknya...?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah tetapi makin jauh dari Allah..?

Berapa ramai bersemangat dengan kegiatan dakwah hanya disemai semangatnya bersama pemimpin yang disukainya sahaja..?

Maka,semua persoalan tersebut kembali kepada lemahnya tarbiah ruhani mereka dalam membawa risalah agama.

Sebagai perkongsian ilmu kita bersama, disini ana sertakan satu kertas kerja yang dipetik dr Persatuan Pelajar Malaysia Syria. Ana kira amatlah sesuai ditatbiqkan oleh kita sesuai dengan suasana di malaysia berhadapan dengan pelbagai konflik agama dan membangunkan manusia ke arah mentauhidkan pada Allah.

Moga ianya memberi manfaat buat semua. Khususnya kepada jiwa-jiwa yang sentiasa berusaha mentarbiah jiwanya tetap kepada Allah dan pada masa yang sama keluar berjihad mengembangkan dakwah kepada masyarakat sekelilingnya.

Allahu Akbar!!!!!!
Allahu Akbar!!!!!!
Allahu Akbar!!!!!!.. Ke arah mardhatillah...

------------------------------------------------------------------
Dipetik dari :Persatuan Pelajar Malaysia Syria

Pada tarikh: 1/1/2007


Kekusutan ummah yang melanda sekarang ini amat membimbangkan kita. Daripada gejala sosial, dadah, masalah ekonomi, tipu daya politik hinggalah kepada gejala murtad yang hangat diperkatakan sekarang. Menambah remuk dan luka kepada kekusutan ini adalah fenomena hiburan yang melampau di kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini. Semua iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ringtone handpone juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama pun mesti ada unsur unsur hiburan. Kehidupan kita sudah menjadi “entertainment oriented”. Apa yang pasti, kekusutan ini menyebabkan ummah sedar dan ingin kembali kepada ketenangan beragama. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang menghadiri majlis-majlis zikir, ceramah, seminar dan tak kurang juga yang aktif dalam persatuan-persatuan untuk membuat kerja kerja dakwah. Malah ada juga yang bertindak lari dari kehidupan masyarakat yang dianggap sudah rosak.

MAKNA RINGKAS SUFI

Firman Allah s.w.t

هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلوا عليهم ءايته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة (الجمعة : 2)

Sesetengah orang mengatakan: Para sufi dinamakan demikian kerana kemurnian hati (shafa) dan kebersihan tindakan mereka (athar). Ada pula yang mengatakan: mereka dinamakan sufi kerana berada pada baris pertama shaf di depan Tuhan dan ada juga kerana besarnya keinginan mereka berada di hadapan-Nya.Pengertian dan relevansi sufi pada hari ini dilihat dari persepsi dan pandangan yang keliru oleh masyarakat sama ada yang bergiat dalam terekat-tarekat (bukan semua) atau yang tidak terlibat. Kini apabila istilah sufi diketengahkan, ramai yang memahami bahawa sufi merupakan cara hidup golongan tertentu yang mengamalkan zikir-zikir tertentu, tidak keluar bergaul bersama masyarakat, berperilaku pelik, memencillkan diri dan seumpamanya. Sufi, tasawuf atau tarekat dianggap anti sains, anti kerajaan dan anti kemodenan.

SUFI HARAKI

Bagi mengubah persepsi tersebut, ada wajarnya untuk kita melahirkan istilah yang muktadil (pertengahan) yang dapat diterima oleh orang yang bergiat dalam sufi dan yang tidak bergiat iaitu Sufi Haraki.

Kita tidak mahu sufi, tasawuf atau tarekat dilihat dari bentuk yang terbatas, sebaliknya kita mahu sufi dilihat bergerak dan berada di mana-mana bidang termasuk ekonomi, pelancongan mahupun politik. Amat menakjubkan kalau kita melihat nama nama besar dalam dunia sufi, mereka merupakan cermin ketokohan. Al Hallaj, al Qawariri dan sebagainya adalah pemuka masyarakat dalam pemerintahan dan keagamaan. Jalaluddin ar Rumi pernah manjadi menteri. Malik bin Dinar adalah seorang sultan. Sultan Akbar yang berjaya menyatukan India dalam kedamaian dan kemakmuran adalah seorang raja yang sufi. Tarekat Sanusiyyah di Tunisia berjaya menghalau penjajah dan membentuk Libya. Malah berkat aliran sufi, bangsa Chechen yang memelihara Islam dalam cengkaman komunisme bangkit menentang Rusia bersendirian.

KESUFIAN BUMI SYAM

Memang tidak dinafikan bumi Syam amat terkenal dengan gerakan sufi serta tokoh tokohnya. Banyak juga aliran aliran tarekat yang ada sekarang berasal dari bumi berkat ini. Malah kita juga kagum melihat tokoh-tokoh yang aktif di dalam dakwah “alamiyyah” merupakan seorang sufi.

Kita boleh mengambil contoh, Syeikh Hasan Habannakah rahimahullah yang merupakan seorang a’lim, faqih dan sufi. Beliaulah antara orang yang bingkas bangun dan kuat menentang di kala Perancis menjejakkan kaki di bumi Syria.

Di belakangnya juga terdapat ramai tokoh dan ulama yang menyokong beliau. Antaranya ialah Syeikh Mulla Ramadhan (Syeikh Mulla yang terkenal dengan amalan-amalan dan wirid pun pernah menyertai gerakan jihad ketika tinggal di Turki). Syeikh Hasan Habannakah juga bergerak dalam membina pejuang-pejuang agama khususnya dalam bidang dakwah dengan membina Maa’had Taujih al Islami yang berpusat di Jami’e Manjak.

Sememangnya tarbiyah yang berciri sufi dan haraki itu memberi impak yang besar dan ia dapat kita lihat pada hari ini.

Almarhum Syeikh Husain Khitab (bekas Syeikh Qurra’), Syeikh Sodiq Habannakah, Syeikh Muhammad Said Ramadhan, Syeikh Kuraim Rajih, Syeikh Mustafa al Bugha, Syeikh Mustafa al Khin dan Syeikh Mustafa al Turkmani (meninggal baru-baru ini) merupakan antara “figure figure” masyarakat hasil didikan Maa’had Taujih al Islami. Contoh-contoh ini memberi signal kepada kita bahawa sufi dan haraki jika disatukan akan memberi anjakan paradigma dalam dunia Islam.

CIRI CIRI SUFI HARAKI

1. Menjaga hablun min Allah wa hablun min Nas.(Hubungannya dengan Pencipta dan hubungannya dengan sesama manusia)

Tidak dapat tidak, sufi haraki mesti menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan amalannya serta menjaga hubungan dengan manusia dengan menjalankan aktiviti dakwah dan ijtimai’e. Amat menyedihkan ada golongan yang mendakwa mereka pejuang Islam tetapi tidak menjaga solat jemaah di masjid, lebih suka mengambil rukhsah dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, solat subuh berjemaah di masjid juga boleh dibilang dengan jari lantaran selalu sahaja “terlajak”. Itu belum lagi berbicara mengenai amalan sunat. Seorang sufi dan haraki amat menjaga hubungan dengan Allah Taala dengan menjaga ibadah fardhu dan mempunyai amalan sunat yang khusus. Selain itu, mereka amat aktif dalam masyarakat serta giat dalam aktiviti amar makruf nahi mungkar. Mereka amat sensitif dengan kebejatan izzah Islam dan muslimin.

2. Ruhban fillail wa fursan fin nahar. (Ahli ibadat di waktu malam, pejuang di waktu siang)
Walaupun berzaman telah berlalu, sejarah telah merakamkan bahawa ramai ulama yang zuhud dan tawadhu’ menjadi pemimpin pejuang kemerdekaan. Hidup mereka dipenuhi dengan ibadat pada malamnya dan memenuhi siangnya dengan perjuangan menentang penjajah.

Mereka sanggup menggadaikan nyawa mereka malah sebahagian mereka mati dibunuh dan sebahagiannya mati dalam pembuangan daerah. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Hasan bin Munas (Tok Janggut), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Tahir Jalaludin, Syeikh Syed Al Hadi dan Tengku Daud Barueh adalah antara pemuka-pemuka nusantara yang mempunyai ciri-ciri ini.

Malah di bumi Syam ini kita biasa mendengar tokoh-tokoh sufi begitu aktif dengan perjuangan seperti Syeikh Hasan Habannakah, Syeikh Abdul Karim ar Rifaie’ dan Syeikh Muhammad an Nabhani. Walaupun mereka sibuk dengan zikir dan hizib mereka, mereka langsung tidak lupa kepada perjuangan mereka. Andai kita mendalami dan menyusuri hidup wali songo, kita pasti akan mengatakan tindakan sesetengah pihak yang hanya berzikir dan tidak keluar kepada masyarakat adalah silap dan tidak tepat.

3. Uzlah nafs (Pengasingan dari penyakit jiwa), bukan jasad (bukan mengasingkan diri dari manusia).

Uzlah secara umumnya bermaksud pengasingan. Sabda Rasulullah s.a.w:

لا يكن احدكم إمعة يقول أنا مع الناس إن أحسن الناس أحسنت وإن أساؤوا أسأت ولكن وطنوا أنفسكم فإن أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساؤوا أن تجتنبوا إساءتهم

Inilah yang dimaksudkan uzlah. Uzlah nafs supaya tidak dikotori dengan kotoran jahiliah. Sufi haraki yang sememangnya menjadikan penyucian jiwa sebagai antara agenda utama tidak rela melihat masayrakat di sekelilingnya rosak dengan gejala jahiliyah. Dalam bidang amal, gerakan, pergaulan dan dakwah uzlah tidak wujud sama sekali. Ini adalah kerana dalam soal soal ini, tiada ruang untuk bersendirian, jika tidak kerja-kerja dakwah akan terhenti.

Sabda Rasulullah SAW :

لصبر أحدكم ساعة من مواطن الجهاد خير من أحدكم ستين عاما 4.

4. Muthaqqaf (Seorang yang berpengetahuan luas).

Seorang yang sufi dan haraki mestilah mempunyai thaqafah yang luas, mantap dalam pengetahuan agama dan tidak hanya taqlid buta. Kerja yang dilakukan bukan atas dasar semangat semata mata, sebaliknya atas dasar ilmu dan keyakinan. Lantaran itu sudah pasti kita tidak akan mendengar lagi salah faham dalam memahami konsep sufi. Selain itu, sufi haraki mestilah up to date dan tidak ketinggalan dalam menerima maklumat maklumat terkini. Ini amat penting dalam proses untuk memahami waqie’. Jika tidak, ia akan menganggu dakwah malah berkemungkinan juga akan dicop sebagai golongan yang jumud, tidak memahami waqi’e dan sebagainya.

5. Zuhud dan Tawadhu’ (Rendah diri)

Apabila membicarakan soal kesufian, memang tidak lengkap jika tidak mengaitkan ia dengan sifat zuhud dan tawadhu’. Menyingkap sirah sendiri, hampir semua kitab yang menulis mengenai Rasulullah s.a.w menceritakan bagaimana keadaan hidupnya. Bukan sahaja tidak terdapat perabot-perabot yang mewah di dalam rumah baginda s.a.w malah tempat tidurnya hanya beralaskan tikar yang apabila tidur di atasnya, kesannya akan terlekat dipipinya.

Di zaman salaf juga kita boleh melihat Umar bin Abdul Aziz yang memerintah Negara amat tawadhu’ dan zuhud lantaran tidak pernah dicatatkan mengenai sifat-sifat yang buruk seperti tamak harta, rasuah, penyelewengan wang rakyat dan sebagainya walaupun zakat yang dikumpulkan amat banyak dan tiada seorang pun rakyatnya layak menerima zakat.

PENUTUP

Perlu difahami disini bahawa sufi sebenarnya berasal dari makna penyucian jiwa. Penyucian jiwa dari penyakit hati, keegoan, ketamakan harta dan pangkat dengan menginsafi bahawa dunia ini hanya sementara. Dunia bukanlah tujuan tetapi adalah jambatan untuk akhirat. Sufi adalah gaya hidup yang meliputi sikap, pandangan dan tingkah laku. Ia bukan mekanisme persembunyian dan pelarian dari dunia. Sufi dan tasawwuf juga tidak akan meninggalkan syariat kerana ianya berpijak pada syariat untuk menjalani tarekat agar mencapai hakikat. Para sufi juga tidak meninggalkan dunia, bahkan mereka ingin menggoncangnya.

Sesungguhnya tulisan ini adalah pandangan daripada penulis. Bukanlah bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak sebaliknya yang dikehendaki hanyalah kebaikan dan perubahan dalam masyarakat. Moga-moga generasi yang akan lahir nanti akan menepati ciri-ciri sufi haraki seterusnya mendirikan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama agar “Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur” menjadi kenyataan.

-----------------