Sunday, June 20, 2010

Isu Militan : Moga tidak disalahertikan.


Izinkan saya "pandang sisi" terhadap isu ini.



Kenyataan KDN (Kementerian Dalam Negeri) Boleh dirujuk



Apa yang membimbangkan ialah istilah MILITAN disalahertikan :



Asal nak tegakkan ISLAM, dituduh MIlitan!?



Asal merekrut seakan ketenteraan dianggap MILITAN!?



Mungkin dibaca seakan begitu pemahamannya dalam membanteras MILITAN yang dikatakan anggota MILITAN cuba merekrut pelajar-pelajar Malaysia diluar negara mahupun di dalam negara. JIka benar sebegitu pemahamannya, itu jelas istilah MILITAN disalahertikan, lalu terpalit kepada orang yang mahu menegakkan ISLAM dengan cara yang benar yang didasari dengan JIHAD yang sebenar!



Apakah definasi MILITAN? Bagi saya ianya bermaksud 'Golongan pelampau menggunakan nama islam, punyai kekuatan tersendiri untuk melawan pemerintah' yang mungkin saya klasifikasikan sebagai "Qat'u Thorik" dalam Istilah feqah yang bermaksud pemberontak.



Definisi MILITAN mengikut WIkiPedia iaitu merujuk kepada Kumpulan MIlitan Malaysia. Untuk mengetahui ciri-cirinya, tekan sini.



Jika betul-betul MILITAN dalam ertikata yang sebenar, memberontak kepada kerajaan, boleh mengancam keamanan negara maka saya seratus pratus menyokong tindakan kerajaan untuk membanteras, tetapi saya kuatir adakah nanti latihan-latihan bercorak ketenteraan bagi membangunkan semangat islam dan cintakan tanahair yang dibuat di sekolah-sekolah atau di Univ, pun dituduh militan!??



Jika betul ciri-cirinya, betul apa yang dilakukannya, terbukti keterlibatannya maka bertindaklah dengan waras.



KIta masih ingat, dibangku sekolah kita diajar oleh guru satu subjek bab jihad. JIhad dalam erti kata "Orang islam wajib berjihad untuk mengamalkan islam dan melaksanakan syariat Islam". Diajar dengan penuh tatatertib dan timbul semangat untuk terus mendalami ilmu dalam bidang agama seterusnya mengamal dan mengembangkan kepada orang lain.



Kuatir, mungkin selepas daripada ini orang yang selalu sebut kalimah "jihad, jihad, jihad" adalah salah seorang anggota MILITAN!



Moga Allah memelihara negara kita dengan aman daripada ancaman MILITAN yang ingin merosakkan negara dan ummat islam.



Moga Allah memelihara agama ini dengan menghancurkan 'tangan-tangan' yang ber'hati'kan toghut yang berniat jahat keatas ISLAM!!


amen..



Ya Allah, bantulah orang yang benar dan ikhlas di jalanMu...



Hubbu Watan minal imann...



.

No comments: