Monday, May 31, 2010

MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KEATAS BANTUAN GAZZAH!!




Serangan di perairan antarabangsa pencabulan undang-undang serius: Anifah


2010/05/31


KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki ‘Mavi Marmara’ yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk dua rakyat negara ini.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata serangan yang dilakukan rejim itu di perairan antarabangsa menggambarkan bahawa Israel tidak menghormati peruntukan undang-undang antarabangsa.








“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.



“Serangan di perairan antarabangsa adalah satu pencabulan undang-undang perairan antarabangsa yang serius. Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara ini supaya Israel tidak menyekat aktivis memasuki Gaza,” katanya.

Kapal Turki Mavi Marmara itu yang membawa aktivis misi bantuan kemanusiaan di Gaza serta dua kakitangan stesen televisyen Astro Awani diserang tentera Israel pagi semalam dalam pelayaran bagi melaksanakan misi berkenaan.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Wahai penduduk langit dan bumi, berdoalah untuk kesejahteraan dan perlindungan dari Allah pada mereka yang dizalimi. Solat Hajat dan Qunut Nazilah!!

.

No comments: