Sunday, January 13, 2008

AKHLAK & DISIPLIN DI DALAM HARAKAH ISLAMIAH

Bergerak dalam organisasi Al-Jamaah semestinya mempunyai disiplin tertentu kepada penyokong dan pendukung perjuangan.


Akhlak berjamaah :


Ikhlas
Niat sebenar kerana Allah dan menuntut
keredhoanNya dengan menegakkan agama sehingga didaulatkan. Allah berfirman dengan maksudNya :
“ Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama yang lurus.”
(al-Bayyinah :5)

Istiqamah
Berterusan dengan prinsip perjuangan, beramal dengan segala tuntutan yang tidak berpaling dari perjuangan sebenar perjuangan Islam. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam dizamannya yang bermaksud :
“ Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus: 189)

Taat
Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, dimasa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat Firman Allah bermaksud :
“ Hai orang-orang beriman, taatlah kamu akan Allah, tatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (an-Nisa’ : 59)

4) Wala’

Wala’ dibahagikan kepada 3 aspek :

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan
Wajib beriman kepada Allah dan Rasul secara mutlak.

b) Wala’ kepada Jamaah
Menurut hukum-hakam berjamaah, Haram hukumnya kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samaada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.Ahli sepatutnya memberi wala’ kepada jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan wajib mempertahankan jamaah itu dari menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin
Kepimpinan di semua peringkat adalah salah satu tonggak penting kepada perjalanan jamaah. Wala’ kepada pemimpin bergantung kepada prinsip perjuangan parti atau jamaah.

Makna Disiplin :
- Tatatertib dan kelakuan diri, hukuman atau denda kerana melanggar peraturan dan patuh arahan.

Al-Jamaah menetapkan secara tegas dalam tatatertib berikut:
1) Taat kepada hukum-hakam dan ajaran Islam.
2) Patuh kepada perlembagaan parti dan aturan.
3) Kepatuhan kepada arahan dan perintah jamaah.
4) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh.
5) Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.
6) Beramal dengan akhlak islam.
7) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.


Sabda Nabi S.A.W :
“ Tiga perkara yang tidak diberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyukutukan Allah (syirik), menderhaka kedua ibu-bapa dan lari dari medan perjuangan”

Para Rasul dan sahabat adalah orang yang paling Istiqamah, tetapi mereka diperintahkan juga supaya istiqamah.
Lebih-lebih lagilah kita sebagai hamba biasa, diperintahkan juga kepada istiqamah (berterusan amal perjuangan).

No comments: