Sunday, December 16, 2007

PERISTIWA 10 NOVEMBER 2007


Kelihatan TN. Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)memberi penerangan penting kepada peserta perhimpunan BERSIH baru-baru ini.


9 Nov, jam 10 pagi.


Tepat jam 11 pagi ramai pimpinan PAS dari perlis telahpun bertolak awal pergi ke kuala lumpur bagi mengikuti perhimpunan BERSIH pada keesokkan harinya. Kebetulan Tok guru Tuan Ibrahim Tuan Man baru saja balik dari Langkawi, mengikuti program masyarakat disana. Sempat juga bersalam dengan beliau semasa beliau berhenti rehat di perlis dan beliau terus pergi ke kuala lumpur bersama ust yussainie (Lajnah Tarbiah N.Perlis) dan beberapa lagi rakan dan pengikut tok guru.

Pada masa itu, ana cuma mendoakan agar mereka sampai dengan selamat. Tambah pula sebelum hari tersebut ust yus telah berpesan kepada kami (anak buah dia) agar jaga diri elok-elok bila bila dah sampai kl esok. Sempat lagi beliau bergurau dengan kami ‘kalau mati hampa semua esok takdak sapa dah la nak tolong ustaz lepas ni’. Ada salah seorang daripada kami menjawab ‘iAllah kita jumpa di syurga nanti’ sambil senyum memandang ust. Kami selalu bergurau dengan ustaz. Ustaz pon turut tersenyum. Ust pesan kepada kami untuk kesana bas telahpun disediakan oleh Dewan pemuda Negeri pada malam nanti. ‘Insya-Allah kita jumpa di masjid Negara esok pagi’ tambah beliau.
Selepas rombongan ust dan tok guru bertolak ke kolumpo. Ana tersentak memikirkan akan bagaimana kami pergi kesana pada malam ini. Sedangkan semua dah tahu akan perhimpunan tersebut hatta polis dah pon merancang untuk berusaha menyekat orang ramai yang akan pergi ke kolumpo esok. Selepas itu timbul rasa tidak yakin untuk sampai ke kolumpo esok.

Bila memikirkan perkara tersebut ana nekad untuk membuat keputusan untuk tidak mahu mengikut bas yang disediakan sebaliknya ingin mencari tiket bas perjalanan biasa ke kolumpo petang itu juga. Setelah berbincang dengan kawan-kawan, ada diantara mereka tidak setuju dengan cadangan tersebut. Ana mendapatkan cadangan dari ust yus setelah menelifonnya semasa perjalanannya ke kolumpo, dia menegaskan agar pergi dengan bas yang telahpun disediakan. Ustaz menjelaskan pihak pimpinan telahpun memikirkan lebih awal bagi menghadapi perkara yang tak diingini berlaku. Disana ada plan A, plan B, plan C malahan sudah diatur plan D sekiranya mengalami masalah dengan pihak polis dengan pelbagai keadaan. Penjelasan ust telahpun meyakinkan ana agar terus dengan cadangan beliau untuk pergi dengan bas pada malam itu.

Jam 11.00 malam.
Rombongan dari perlis kira-kira jam 10.30 malam. Segalanya bermula di Sekolah Menengah Agama Darul Islah ( Balai Islam MADI ). Peserta diberikan penerangan penting tentang perhimpunan. Ketua rombongan Al-fadil ustaz Yaacob selaku Ketua Pemuda PAS Perlis. Taklimat berkisar tentang arahan pimpinan pusat dan juga tujuan perhimpunan diadakan. Pelbagai perancangan telahpun dilakukan bagi memastikan rombongan sampai dengan selamat.Sebanyak 10 bas ditempah pada malam tersebut berdasarkan bilangan peserta yang telah mendaftarkan diri untuk kesana. Tujuh bas muslimin dan tiga bas muslimat . Kesemua bas telah diberikan nombor mengikut kumpulan hasil dari pendaftaran peserta dari pelbagai cawangan negeri perlis. Setelah taklimat diberikan maka bas yang telah cukup pesertanya dibenarkan berolak lebih awal. Ana dan rakan-rakan sekerja dan ahli bait mengikuti bas bernombor 3. Walaupun bas bernombor 3, tetapi kami adalah bas yang terawal yang dibenarkan bertolak ke sana.

Tragedi pertama

Jam 12.00 malam


Semasa perjalanan ke kolumpo, seorang rakan ana memaklumkan melalui ‘msg’ supaya sembunyikan baju Kuning BERSIH. Antara isi kandungannya lagi menjelaskan bahawa bas mereka telahpun ditahan di sempadan perlis-kedah dan beberapa anggota polis membuat pemeriksaan khas menyelongkar beg-beg perserta. Ada diantara mereka yang membawa baju kuning BERSIH, tidak sempat untuk sembunyikan baju tersebut pihak polis merampas baju tersebut dan membuat keterangan bertulis sebagai rekod jenayah kepada pemilik baju tersebut. Sebaik sahaja menerima pesanan ringkas tersebut, ana bertindak memberitahu ketua rombongan bas kami supaya mengarahkan semua peserta yang memiliki baju BERSIH tersebut disembunyikan di tempat yang selamat. Ada yang simpan dibawah kerusi, ada yang sembunyi dicelah tirai tingkap, dalam baju, dalam kerusi dan sebagainya. Beberapa minit kemudian kami sampai ditempat dimana sahabat ana yang ditahn tadi, didapati bas mereka masih ditahan oleh pihak polis. Mereka dilepaskan lebih awal kerana mereka berperanan untuk membantu perhimpunan esok hari. Kesemua mereka adalah anggota Unit Amal yang kebanyakkannya dari pelajar sekolah MADI dan beberapa guru terlatih mereka.



Setelah bas kami ditahan, kami diperiksa oleh dua anggota polis dan Alhamdulillah mereka tidak menjumpai ‘sebarang bahan’ untuk menyertai perhimpunan tersebut. Alhamdulilah baju yang disembunyikan tidak dapat dijumpai oleh mereka.
Kami ditahan lebih kurang 45 minit di sempadan tersebut dengan menunggu keterangan. Setiap seorang dari kami diambil kad pengenalan masing-masing dijadikan rekod simpanan polis. Entah untuk apa mereka mengambil keterangan kad pengenalan kami, namun kami tetap pasrah dan yakin moga polis melepaskan kami agar dapat meneruskan perjalanan ke perhimpunan esok.
Tragedi kedua

Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat di mesir dan semua kawan-kawan di mesia, kami dilepaskan selepas keterangan kami diambil.Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan selepas itu tanpa sebarang sekatan jalan oleh polis sehinggalah berjaya sampai di masjid Negara dengan selamat pada jam 8.30 pagi. Ana berfikir kembali sekiranya ana pergi ke kolumpo dengan bas pada petang tadi berkemungkinan entah sampai atau tidak. Sekali lagi ana ucap syukur berjay sampai dengan selamat. Itulah hikmahnya mendengar arahan dari pimpinan.

10 NOVEMBER 2007
9.30pagi


Keadaan di masjid Negara pada jam seawal 9.00 pagi agak tenang. Kelihatan orang ramai sedikit demi sedikit sampai di perkarangan masjid. Pada ketika itu rombongan dari utara iaitu kedah dan perlis sampai lebih awal membanjiri perkarangan masjid. Namun setengah jam selepas itu terdapat beberapa anggota polis masuk ke dalam masjid seolah-olah menyiasat orang ramai yang mula membanjiri masjid. Pada masa yang sama juga kelihatan 2buah helikopter sedang memerhati dari ruang udara membuat pusingan sekitar masjid Negara. Tiba-tiba keadaaan mencemaskan apabila beberapa trak FRU dengan berpakaian serba hitam dan bertopi merah telah tiba di masjid Negara dan berjaya masuk ke kawasan masjid seolah-olah mengepung masjid dengan setiap posisi masjid adanya FRU ‘berkepala merah’.



Pintu besar masjid telahpun dikuasai oleh FRU. Beruntung kepada orang ramai yang datang awal telah berpeluang masuk ke dalam masjid. Tetapi masih ramai yang datang tetapi ditahan oleh FRU daripada masuk ke dalam masjid. Apa salah mereka untuk masuk ke dalam masjid. Tetapi dihalang oleh FRU yang telah menguasai pintu masuk masjid. Ketika itulah hujan turun dengan lebat, membasahi pejuang-pejuang kita yang berada diluar kawan masjid. Ana dapat melihat mereka dari dalam masjid, ada diantara mereka pimpinan PAS juga dihalang dari memasuki masjid.

Ketika itulah orang ramai berteriak melaungkan kalimah Takbiiirr Allahu Akbar tanda menentang perlakuan biadap kumpulan ‘kepala merah’ tersebut.


Keadaan di dalam masjid juga menjadi huru-hara apabila ada seseorang (mungkin tok imam masjid) memberi arahan agar kepada orang ramai tidak ‘melepak’ dan tidur di dalam masjid, dan dia menegaskan masjid bukanlah tempat tidur dan sebagainya. Itulah ucapan yang berulangkali diumumkan oleh beliau. Ramai yang beranggapan imam tersebut telahpun mendapat arahan dari polis untuk membuat pengumuman berkenaan. Selepas keadaan begitu, orang ramai beramai-ramai melakukan bacaan yasin secara berjemaah mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Ketika itulah kalam suci Allah bergema dengan suara yang bersemangat. Kalimah Lailaha illah juga terdengar dengan lafaz yang penuh khusyuk. Bergerak badan dan jari tangan mereka tatkala berzikir. Kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyebut nama Allah, mengharap akan nusrah dariNYA.

Selesai sahaja bacaan yasin, dengan izin Allah hujan reda dan terus berhenti. Subhanallah..!!! Itulah pertolongan Allah serta merta dikurniakan kepada pejuang kita yang berhujan diluar sana. Kebanyakkan mereka tidak ada baju hujan dan plastik apapon untuk berlapik kepala agar tidak terkena hujan. Walaupun pakaian mereka basah tetapi tidak berganjak sedikitpun meninggalkan lokasi dengan harapan dapat masuk kedalam masjid. Selepas bacaan yasin dan tahlil diikuti pula solat hajat berjamaah yang dipimpin oleh pak long asri (Ust Zainal Asri- Lajnah Tarbiah Kedah). Orang muda jiwanya kaya dengan ilmu dan sifat tawadhu’. Jika merenung akan makna doa yang dibaca semuanya dengan menzahirkan memuji Rabbul ‘Alamin dan seraya meminta pertolongan moga-moga Allah mempermudahkan perjalanan perhimpunan nanti.

Alhamdulillah Jam 2petang peserta berjaya bermula berarak ke istana negara tanpa sebarang sekatan. Mabruk kepada UNIT AMAL MALAYSIA dalam membantu polis menjaga pergerakkan lalulintas.

Moga kita tidak bermegah dengan tindakan kita ini, sebaliknya jangan lupa doa dan usaha kita yang lain supaya segala tindakan kita mencapai tujuan sebenar.Tidak guna bermegah dengan usaha tetapi hasilnya tiada..

No comments: