Monday, June 11, 2007

FATWA MESIR - Tidak Boleh Memaksa Wanita Untuk Membuka Niqab


Purdah adalah hak kebebasan berpakaian bagi seorang wanita muslimah

Berikut adalah kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Mesir sebagai jawapan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka. Adakah pihak Kedutaan dibenarkan dari sudut Syarak untuk memaksa para wanita yang memakai purdah agar para wanita tersebut berpegang dengan satu pandangan yang tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama seperti masalah 'purdah'? Apakah tindakan yang mesti diambil oleh para wanita yang memakai purdah apabila berhadapan dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak Kedutaan?"



Jawapan



Sudah dikenali bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Al-Imam Al-Syafie Radiallahu `Anhu. Di dalam mazhab ini, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal `Ala Syarh Al-Manhaj, ada satu petikan yang turut ada di dalam kitab Syarh Al-Mahalli `Ala Minhaj Al-Nawawi yang berbunyi:

Adapun aurat wanita ketika dia bersama dengan wanita muslim yang lain………..Adapun aurat wanita ketika dia bersama golongan lelaki yang bukan mahramnya, maka auratnya adalah seluruh badan.

Di dalam kitab Hawasyi Al-Syarwani `Ala Tuhfat Al-Muhtaj yang dikarang oleh Ibnu Hajar `Ala Minhaj Al-Nawawi, dinyatakan bahawa:

Diketahui daripada ulasan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat:

• Aurat semasa solat iaitu: sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini

• Aurat dari sudut apabila orang lelaki yang bukan mahram melihat kepada si wanita tersebut iaitu: Seluruh badannya sekalipun muka dan dua tapak tangan berdasarkan pandangan yang muktamad

• Aurat apabila si wanita berseorangan diri dan semasa bersama dengan mahram: iaitu seperti aurat seorang lelaki


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala Al-Khatib dinyatakan bahawa:

Adapun aurat wanita (yang baligh dan merdeka) di luar solat dari sudut pandangan lelaki yang bukan mahram terhadapnya, maka aurat wanita tersebut adalah seluruh badannya sekalipun wajah dan dua tapak tangan, sekalipun aman daripada fitnah.

Berdasarkan petikan di atas, maka berdasarkan situasi yang dinyatakan di dalam soalan, pihak yang berkuasa berhak untuk mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan, menyelidik, memerhati dan membuat pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa.

Antara langkah-langkah tersebut adalah 'meminta' wanita yang berpurdah untuk menzahirkan wajahnya ketika wanita tersebut ingin masuk ke dalam bangunan pihak berkuasa tanpa pihak berkuasa memaksa wanita-wanita yang berpurdah untuk menanggalkan niqab mereka setelah mana mereka berada di dalam bangunan Kedutaan. Ini kerana bangunan kedutaan adalah tempat awam yang boleh dimasuki oleh setiap warganegara (Malaysia).

والله سبحانه وتعالى أعلم
Panel Fatwa
30/5/2007.


Pandangan dari saya:

Masalah kita sekarang ialah mahasiswi yang selalu membuat urusan di bangunan kedutaan Besar Mesir dilarang untuk memakai purdah dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan maslahah dari pengganas(terrorist) dan sebagainya.

Kita menerima qarar tersebut,tetapi masalahnya ialah mahasiswi perlu membuka purdah walaupun sudah berada di dalam bangunan kedutaan..!! Tindakan tersebut telah menyalahi apa yang telah difatwakan oleh Majlis fatwa Kerajaan Mesir.

Mengikut logik akalnya bahawa, jika dengan alasan untuk menjaga keselamatan, cukup hanya tindakan pemeriksaan diawal pintu masuk bangunan kedutaan. Setelah pemeriksaan dibuat maka dibenarkan semula memakai purdah. Akan tetapi pihak kedutaan melarang juga dengan memakai semula purdah tersebut sehingga keluar semula diluar bangunan kedutaan. Pernah juga sekali ketikamana berurusan dengan pegawai2 kedutaan ini, sedanag bercakap-cakap dengan pegawai yang lain memuji seorang mahasiswi yang cantik ketika membuat urusan dengan beliau. Saya tidak tahu apa makna disebalik percakapan mereka. Akan tetapi persoalan disini ialah, sedikit sebanyak telahpun menimbulkan fitnah kepada si wanita tersebut. Mungkin inilah makna disebalik tindakan dan larangan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan. Akibatnya mahsiswi di Mesir ini malu untuk datang berurusan dengan pegawai kedutaan. Inilah masalah atau dilema yang dihadapi oleh mahasiswi kita di Mesir. Adakah kita para mahasiswa ingin berdiam tanpa memberi sebarang pandangan dan tindakan? Saya katakan bagi sesiapa yang tidak menghiraukan pencabulan hak ini, maka dia diakatakan tidak amanah dengan ilmu yang ada padanya. 'Al-ilmu bila Amalin, kashsyajaratu bila tsamarin'. Bermaksud Ilmu yang tidak disertai amal ibarat pohon yang tidak berbuah..!!

Amat mudah bagi kita yang berakal melihat akan tindakan ini ialah tindakan ini tidak berakal..!!!

No comments: