Monday, December 06, 2010

Perutusan MAAL HIJRAH 1432 - TG Presiden PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia(PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Maal Hijrah 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam. Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini. Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas. Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan maal hijrah ini tidak disuruh oleh Nabi SAW, tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi SAW dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1 Muharam 1432 H bersamaan 7 Disember 2010

Wednesday, October 20, 2010

Atas kesedaran utk ISLAM dan ummat Islam : MEMO TAUBAT BUAT ROSMAH



1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .



2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .



3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .



4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31



[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .



Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .



Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]



5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.



6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .



7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .



8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .



9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .



10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .



11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .



12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.



Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .



Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .



Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .



13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .



14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .



15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .



Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 02:56



http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/10/memo-taubat-buat-rosmah.html



.

Tuesday, October 19, 2010

Lagi penjelasan tentang 'Akademic Centre' MM di Tanta. Mg berakhir dgn aman.

Assalamualaikom.

Moga sihat sahabat-sahabat dan adik2 di Tanta sekalian.

Info ini dipetik dari blog :

http://pemerhatitanta.blogspot.com/2010/10/jawapan-isu-ac-di-tanta.html

jawapan isu AC di TANTA

assalamualaikum..

terima
kasih kepada ibu ayah student yang begitu mengambil berat tentang anak2 di
bumi
Tanta ini. Disini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang
isu yang
berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah
pihak.

pertamanya,
bumi mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita malaysia,
boleh
dikatakan ianya seperti dibawah perintah darurat dan penuh dengan
peraturan2
kawalan keselamatan yang amat tinggi. Disini setiap laluan masuk
dan keluar
negeri2 akan dikawal oleh polis. oleh sebab itu setiap perkara
perlu ada dalam
makluman polis. sebagai contoh satu peristiwa yang pernah
berlaku di Tanta,
seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada
makluman oleh pihak polis
Tanta, maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis
perasa kereta diplomat
bernombor plate hijau masuk, lalu polis terus excort
kereta tersebut sehingga
smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan
terhadap wakil rombongan tentang
mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke
sini. Sebab bagi kerajaan mesir .....

Ikuti sambungannya disini .

Sunday, October 17, 2010

Agen Medic Mesir perlu beri kerjasama.

1. Isu agen Medicmesir ingin menubuhkan 'Akademic Centre' di Makrod Tanta, tetapi mendapat tentangan dari Amnu Daulah (pihak keselamatan Mesir) yang merupakan qarar atau peraturan yang wajib diikut oleh semua pelajar di Tanta.

2. Mandub Jam'iayyah Al-Malayuwiyah fi Misr al-Arabiah (PMRAM) di Tanta iaitu Ustaz Sulaiman telahpun mengeluarkan kenyataannya di dalam laman web DPMT melahirkan rasa kesal kepada pihak Medicmesir kerana tidak memberi kerjasama untuk berjumpa dengan pihak polis (amnu daulah), yang secara langsung membuat pertemuan dengan pihak polis berkenaan. Ikuti link ini. Bagi saya secara peribadi, pihak Medic mesir sepatutnya perlu hadir untuk berjumpa dengan pihak polis. Bagi saya polis di Mesir luar biasa bukan seperti polis di Malaysia ikut prosuder sana sini. Kalau itu katanya, maka itulah yang akan dibuatnya. Itulah sedikit pengalaman saya semasa saya memegang tampuk kepimpinan DPMT satu ketika dahulu.

3. Medicmesir perlu berhati-hati dalam memberi penjelasan berkenaan isu ini. Isu ini harus diselesaikan dengan cara bijak dan tidak perlu menjawab seolah2 tidak menghiraukan arahan pihak amnu daulah, sedangkan kita berada dibawah pengawalan dan undang-undang mesir. Harus mengikut ketetapan dan undang-undang polis Mesir. Apabila ingin menubuhkan markaz baru, ianya perlu mendapat keizinan dari pihak polis. Ini kerana pengumpulan pelajar-pelajar harus diketahui lokasinya oleh pihak keamanan Mesir, takut-takut dihidu berbaur pengisian pembangkang mesir yang mencari pengaruh-pengaruh politik di Mesir sekarang.

4. Surat yang dipaparkan di dalam laman web tantamedicmesir bagi saya seolah-olah ingin menubuhkan juga 'Akademic Centre' tersebut, seterusnya ia menjadi hujjah yang kuat dan dapat menutup mulut mereka-mereka yang tidak berpuas hati dan seboleh-bolehnya qarar amnu daulah tersebut dapat dipatahkan dengan kehadiran surat-surat tersebut. Saya agak risau jika perkara ini diketahui oleh pihak keamanan Mesir di Tanta. Kalaulah benar-benar berlaku diharap pelajar-pelajar MM tidak terlibat sekali dalam isu ini, dan dapat diselesaikan dengan baik.

5. Jika diteliti surat-surat tersebut banyak menimbulkan kecelaruan yang pelbagai. Surat dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tersebut bukanlah selaku pihak yang beraotoriti yang boleh mengeluarkan surat tersebut berkaitan isu keselamatan pelajar. Sebaliknya soal isu keselamatan di Mesir ini bidang tugasnya dari KBMK iaitu surat yang perlu dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. JPMK hanyalah satu agensi di bawah KBMK yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar iaitu dengan nama lain Malaysian Student Department (MSD). Selain dari JPMK ada 15 lagi agensi dibawah KBMK yang menjaga kepentingan dan bidang masing-masing termasuk agensi JAKIM, PETRONAS, JPA dan lain-lain lagi. Apa yang boleh dipersoalkan sekarang, sungguhpun soal pembelajaran perlu disokong oleh JPMK kepada pelajar tetapi kenapa pelajar-pelajar di bawah persatuan DPMT yang telah bertapak Di Tanta sekian lama seterusnya PMRAM hari ini dianaktirikan? Berikutan pula JPMK sejak kebelakangan ini banyak isu yang berkaitan pelajar-pelajar pengajian islam di sini tidak diuruskan dengan baik, mengakibatkan pelbagai masalah yang berlaku sehinggakan pelajar tidak layak menduduki peperiksaan yang sepatutnya pelajar duduki pada tarikh itu. Terbaru, pegawai JPMK mengedarkan borang UMNO untuk diisi oleh pelajar dengan memancing pelajar mendapatkan Biasiswa? Adakah ini menjadi perhatian sebenar oleh beberapa pegawai JPMK berbanding permasalahan yang berlaku dikalangan mahasiswa?

6. Berkenaan dengan penubuhan markaz yang kurang selesa bukanlah menjadi isu baru. Perkara ini setiap tahun menjadi perhatian serius oleh kepimpinan dan pelajar2 di Tanta bagi mencari dan memperolehi satu markaz yang besar dan selesa. Tetapi keupayaan agak terhad untuk menyelaras dan membayar duit bulanan sewaan memandangkan persatuan hanya memperoleh dari duit yuran dan tiada sebarang peruntukan khas dari JPMK kepada persatuan ini. Sepatutnya JPMK yang dikatakan sentiasa memahami kehendak pelajar ini tampil memberi khidmat dan mendapatkan satu markaz atau tempat yang besar untuk keselesaan semua pelajar di Tanta, tanpa memilih 'bulu' pihak tertentu sahaja diberi perhatian. Akhirnya isu "Akademic Centre" ini tidak akan berlaku dan mendapat keizinan dari pihak keamanan Mesir.

7. Isu keselamatan pelajar-pelajar perempuan dibangunan tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain dan bukanlah atas sebab utama markaz ini dibina. Hakikatnya, tidak timbul perkara ini jika floor pertama dan kedua bangunan itu dimiliki oleh syarikat Arab. Ini kerana bangunan tersebut sebenarnya ingin didirikan Mustashfa (Hospital) bagi tingkat satu dan dua, dan mempunyai dua tangga yang berlainan. Selalunya pelajar-pelajar perempuan menggunakan tangga khas untuk naik ke aras mereka dan satu tangga lagi yang lokasinya berlainan pintu khusus untuk tingkat satu dan dua. Bagi saya hujjah ini didedahkan hanyalah sekadar ingin menguatkan hujjah dan tidak sepatutnya pihak MM sentiasa mencari jalan untuk membolehkan juga penubuhan 'akademic centre' ini.

8. Saya secara peribadi ingin menasihati pihak MM supaya memberi kerjasama kepada DPMT. Semuanya akan berlaku dengan aman jika tiada apa-apa pertelingkahan. Sedih juga, sekarang ini abang-abang dan kakak-kakak lama telahpun dilarang memasuki bangunan tersebut menjenguk adik-adik. Kenapa begitu? Sedangkan pada tahun 2009, kakak-kakak dan abang-abang lamalah yang membantu adik-adik ketika baru bertandang ke bumi Tanta ni melalui persatuan kebajikan DPMT dan PCT. Dan Ummi MM juga telahpun memberi kenyataan semasa berucap pada Majlis keraian Mahasiswa Baru pada ketika itu agar bersama-sama PCT dan DPMT, dapatkan pengalaman, tunjukajar dan lain2. Malah DPMT dan PCT memberi keutamaan dan meraikan kepada MM untuk menggunakan markaz bagi kemudahan kedatangan pelajar-pelajar baru ketika itu.

9. Bertindaklah dengan bijak untuk kesejahteraan dan keharmonian pelajar disini. Ramai pelajar yang tidak setuju dengan adanya penubuhan 'akademic centre' ini. Banyak keburukan dari sedikit baiknya. Diharap para ibubapa pelajar memahami isu sebenar dan dapat menilai dengan neraca akal yang cerdas.

10. Marilah kembali bersatu bersama dengan persatuan yang sedia ada. Apa yang kurang kita perhebatkan, dan apa yang hebat kita kekalkan. Itulah guna kita kebersamaan. Kekalkan persaudaraan yang telahpun kita bina. Semua mahasiswa di Tanta menginginkan kesatuan. Sejak bertahun kami abang-abang lama mengekalkan kesatuan ini dengan tiada perpecahan pelajar. Tidak ada pelajar berkelompok dari sekolah itu dan ini. Tidak ada pelajar yang datang dari kolej itu dan ini. Hakikatnya semua boleh dijadikan satu dibawah kesatuan ini. Janganlah menjadi penyebab unsur perpecahan berlaku dari kita. Khuatir dosa akan terpalit sampai bila-bila. Minta maaf jika terlanjur kata. Semuanya ini atas kesedaran memperjuangkan hak mahasiswa yang sekian lama terbina dan ingin melihat masa depan adik-adik cemerlang dari kesatuan dan mahabbah sesama kita.

Salam ukhwah buat semua / warga MM.

Mohd Fairus Shuaib,
Bekas Pembantu Medic Mesir 2009.
.

Sunday, October 03, 2010

Perjuangan pada Tarbiah, bukan semangat!!

MARANG, 2 Okt: Lebih 5,000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan,tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.


Sunday, September 12, 2010

Hari Ketujuh Kelahiran


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Tinggi dan Terpuji.

Bagi mengambil keberkatan hari ketujuh kelahiran anak sulong kami, maka pada hari ini telahpun menjalankan beberapa amalan sunnah iaitu mencukur rambut, mentahnik dan berikutnya memberikan namanya.


~~ Mencukur kepala~~



Sukacita dimaklumkan Puteri sulong kami diberi nama

HALIMATUN SAWIRAH
Binti
MOHD FAIRUS




~~Us Faisol mentahnik dengan buah Kurma Ajwah dan air Zam zam~~






Moga mendapat Barakah dan perlindungan dari Allah.


Wednesday, September 08, 2010

SYUKUR : ANAK PERTAMA



Maha suci Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi kedudukanNya.

Malam bersejarah 27 Ramadhan 1431
bersamaan
6 September 2010
anak saya yang pertama selamat dilahirkan.
Selayaknya WAJIB rasa syukur pada Allah yang tidak terhingga, mengatur dan menatijahkan segalanya baik dan selamat.
Tima kaseh kepada keluarga, sahabat2, rakan2, tuan-tuan guru yang telah mendoakan keselamatan anak ini. Sesungguhnya Maha suci Allah senantiasa mendengar doa hamba-hamba-Nya yang soleh meminta kepadaNya.
Puteri sulung saya ini sudahpun dipilih namanya hasil dari pandangan dan cadangan Tuan Guru saya di Malaysia. InsyaAllah akan diisytiharkan kemudian.

Moga menjadi hamba Allah yang Bertaqwa dan sentiasa dalam pemeliharaan-Nya.
Amen..

Thursday, September 02, 2010

Menuju ketinggian Rohani : Penyelesaian melalui TAQWA



l-Quranul Karim dengan pandangannya yang menyeluruh tentang alam kehidupan dan manusia telah memberi gambaran yang jelas kepada kita tentang kaedah praktikal dalam mempersiapkan rohani manusia, membentuk keimanan dan mentarbiyah (mendidik) jiwanya.



Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman di dalam surah al-Anfal;


“Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu ‘furqan’* dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (al-Anfal:29)



Dan dalam surah al-Hadid;


“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya kepadamu, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Hadid:28)



Di dalam surah ath-Talaq;


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (ath-Talaq:2-3)



Marilah kita renungkan ayat-ayat di atas. Apakah yang dapat kita simpulkan? Kita berkesimpulan bahawa taqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah modal kekayaan inspirasi, sumber cahaya dan karunia yang melimpah… Dengan taqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, seorang Mukmin akan dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Allah Taala memberikan karunia kepada orang yang bertaqwa berupa cahaya yang akan menerangi kehidupannya.



Orang yang bertaqwa akan selalu mendapatkan jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya masalah yang sedang dihadapi.



Ketika menafsirkan firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala ini, Sayyid Qutb Rahimahumullah berkata;


“Inilah bekal tersebut dan persiapan perjalanan… bekal ketaqwaan yang sentiasa menggugah hati dan membuatnya selalu peka, waspada, hati-hati serta selalu di dalam konsentrasi penuh... bekal cahaya yang menerangi liku-liku perjalanan sepanjang mata memandang. Orang bertaqwa tidak akan tertipu oleh bayangan yang menghalangi pandangannya yang jelas dan benar… itulah bekal penghapus segala kesalahan, bekal yang menjanjikan kedamaian dan ketenteraman, bekal yang membawa harapan atas karunia Allah Subha Nahu Wa Ta’ala; di saat bekal-bekal lain sudah sirna dan semua amal tidak lagi berguna…



Itulah hakikat kebenaran, taqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala menumbuhkan furqan di dalam hati. Furqan yang bisa menyingkap jalan kehidupan. Namun hakikat ini – sebagaimana hakikat-hakikat aqidah lainnya – hanya dapat difahami oleh mereka yang benar-benar sudah merasakannya. Bagaimanapun indahnya kata-kata yang digunakan untuk melukiskan hakikat ini, tidak akan dapat memberikan gambaran yang sebenarnya kepada yang belum merasakannya.”



Semua permasalahan tetap rumit difikirkan, perjalanan semakin sulit dilalui, kebatilan berbaur dengan al-haq di persimpangan jalan, dalil-dalil dan hujah terus diserukan, namun masih tidak dapat mendatangkan kepuasan. Akal dan hati nurani tidak menyahut seruan, perdebatan tetap sia-sia, diskusi-diskusi hanya menghabiskan waktu dan tenaga… itu semua terjadi kerana tidak adanya taqwa.



Sebaliknya dengan taqwa, fikiran menjadi terang, al-haq tampak jelas, jalan akan jadi lurus dan terbentang lebar, hati rasa tenteram, batin begitu damai dan kaki terpancang teguh dalam menyusuri perjalanan hidup.



Sesungguhnya fitrah manusia tidak mengengkari al-haq. Namun hawa nafsu menjadi penghalang di antara keduanya. Hawa nafsulah yang menebar kesuraman, menghalang penglihatan, dan mengaburkan arah tujuan... hawa nafsu tidak dapat disingkirkan dengan dalil-dalil. Ia hanya dapat ditewaskan oleh taqwa. Ia hanya dapat dinyahkan dengan rasa takut kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan terus-menerus muraqabah terhadap-Nya, baik dalam keadaan sunyi atau terang-terangan… di sinilah letak furqan yang akan menerangi wawasan, menghilangkan keraguan, dan menyingkap jalan kehidupan.




Hakikat taqwa



Taqwa merupakan natijah (hasil) tabie daripada keimanan yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan muraqabatullah; merasa takut terhadap murka dan azab-Nya, dan selalu berharap limpahan kurnia dan maghrifah-Nya.


Atau sebagaimana yang ditakrifkan oleh ulama.; taqwa juga bermaksud Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak melihat kamu berada di dalam larangan-laranganNya dan tidak kehilangan kamu dalam perintah-perintah-Nya.



Sebahagian ulama lain mendefinisikan taqwa dengan mencegah diri daripada azab Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan membuat amal soleh dan takut kepada-Nya dikala bersendirian atau dikhalayak ramai.



Perhatian Al-Quran terhadap sifat taqwa begitu besar. Perintah dan sokongan untuk melaksanakannya pun banyak kita temukan dalam ayat-ayatnya, bahkan pada hampir setiap halaman Al-Quran pasti kita temukan kalimah taqwa.



Dalam satu riwayat yang sahih disebutkan bahawa Umar bin Al-Khattab ra. bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang taqwa. Ubai ra. menjawab, “Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”


“Ya,” jawab Umar.


“Apa yang anda lakukan di saat itu?”


“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.”


“Itulah taqwa!”



Berdasarkan jawapan Ubai bin Ka’ab atas pertanyaan Umar bin Khattab tersebut, Sayyid Qutb berkata dalam tafsir “Fi Zilalil Quran”;



“Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus, selalu waspada dan hati-hati agar tidak sampai kena duri jalanan… Jalan kehidupan yang bertaburan duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan, harapan atas segala sesuatu yang tidak bisa diperolehi. Ketakutan palsu daripada sesuatu yang tidak layak ditakuti.. dan banyak duri-duri lainnya.”



Cukuplah kiranya, keutamaan dan pengaruh taqwa sebagai sumber segala kebaikan dalam masyarakat; sebagai satu-satunya cara untuk mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan dosa... bahkan taqwa merupakan asas utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak seseorang dalam rangka berhadapan dengan fenomena kehidupan; yang mana dengannya ia dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk; serta bersabar di atas segala ujian dan cubaan. Itulah hakikat taqwa.




Rujukan: Tarbiyah Ruhiyah, Dr Abdullah Nasih Ulwan

Monday, August 30, 2010

Ibrah Peristiwa Perang Badar Al-Kubra - Oleh Ustaz Hj Anhar





Program kuliah suboh pada pagi Sabtu, 8 Ramadhan telah diisi oleh Ustaz Anhar. Tajuk yang dipilih adalah berkenaan pengajaran dari peristiwa Perang Badar al-Kubra. Penceramah yang mempunyai latarbelakang dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang hadith telah membuat kupasan yang mendalam tentang peristiwa tersebut.


Di antara peristiwa yang dipetik untuk diulas boleh di huraikan seperti di bawah:



  1. Allah swt mahukan berlakunya peperangan.

Rasulullah SAW pada mulanya mendapat berita melalui Jibril a.s. tentang rombongan perdagangan Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufian yang pulang dari Syam menuju Mekah. Lantas Baginda SAW mengumumkan kepada kaum Muslimin di Madinah tentang misi menahan dan merampas barang dagangan mereka. Apabila Abu Sufian mengetahui tentang rancangan tersebut, beliau telah mendapatkan bantuan ketenteraan dari Mekah. Kumpulan Muslimin Madinah yang asalnya hanya datang untuk menahan misi dagangan akhirnya telah ditentukan oleh Allah swt untuk bertemu dengan tentera Musyrikin. Bagi memastikan peperangan tersebut meletus, pihak Muslimin nampak kecil di pihak kaum Musyrikin dan begitulah juga sebaliknya, bala tentera Musyrikin kelihatan kecil pada pandangan kaum Muslimin sehingga menjadikan mereka tindak gentar. Maka akhirnya berlakulah pertembungan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.


Ibrah: Apa yang kita kehendaki mungkin tak sama dengan apa yang Allah swt kehendaki. Manusia hanya mampu merancang tetapi tidak semestinya apa yang dirancang tersebut akan menjadi kenyataan kerana mereka tidak mampu mengubah apa yang telah ditentukan oleh Allah swt.



  1. Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah SAW yang mementingkan mesyuarat. Apabila Baginda SAW mendapat berita tentang pertembungan yang bakal berlaku dengan tentera Musyrikin Mekah, sebagai pemimpin yang mementingkan keputusan melalui mesyuarat, Baginda SAW lantas bertanya kepada para Sahabat r.anhum tentang pendapat mereka mengenai pertembungan yang bakal berlaku. Ini penting kerana keputusan yang akan ditentukan nanti mendapat sokongan padu dari segenap golongan yang terlibat. Puak Muhajirin telah diwakili oleh beberapa sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab r.anhum memberikan sokongan. Tetapi Baginda SAW juga mahukan kepastian dari pihak Ansar juga. Akhirnya Saad r.a. telah bersuara bagi pihak Ansar dengan kata-kata yang sungguh bersemangat sebagai menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Islam. Selepas itu, barulah Baginda SAW merasa lega apabila golongan Ansar yang baru menyertai Islam juga telah bersiap sedia untuk bersama dalam pertempuran.

Ibrah: Pemimpin Islam perlu memberikan perhatian yang serius terhadap perlaksanaan mesyuarat sebagai kaedah membuat keputusan yang penting. Sekiranya sesuatu keputusan mesyuarat perlu dinilai semula, mesyuarat perlu dipanggil semula untuk membincangkan perkara tersebut. Menukar keputusan mesyuarat di luar mesyuarat tidak seharusnya berlaku tanpa perbincangan semula.



  1. Adab memberi pandangan kepada Nabi SAW

Apabila Nabi SAW memilih sebuah lokasi sebagai tapak untuk para tentera Muslimin berkhemah, seorang Sahabat telah bertemu dengan Baginda SAW untuk berkongsi pandangannya tentang strategi peperangan. Tetapi sebelum mengeluarkan pandangannya, beliau terlebih dahulu bertanya untuk mendapatkan kepastian samada keputusan memilih lokasi tersebut adakah kerana wahyu dari Allah swt atau semata-mata pendapat Baginda SAW. Apabila telah pasti bahawa pilihan tersebut bukan hasil dari wahyu, beliau pun telah mengunjurkan supaya lokasi yang berdekatan dengan sumber air di lembah Badar dipilih sebagai lokasi strategic untuk berkhemah. Baginda SAW telah menerima pandangan tersebut lantas mengarahkan tentera Muslimin untuk berpindah ke tapak baru.


Ibrah: Adab memberi pandangan dalam agama perlu memastikan sesuatu pandangan tidak membelakangkan wahyu dari Allah SWT. Sebahagian masyarakat hari ini suka memberi pandangan tanpa ilmu yang bersandarkan wahyu ataupun menolak sesuatu hukum tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai nas-nas agama.



  1. Memahami kekuatan musuh sebelum berdepan dengan mereka.

Sebelum berlakunya pertempuran, tentera Islam telah Berjaya menculik tukang masak yang ditugaskan untuk menyediakan makanan kepada tentera Musyrikin. Proses mencungkil informasi tentang kekuatan tentera musuh telah dilakukan dengan bijak iaitu dengan mengambil kira tahap pengetahuan mereka dan melakukannya tanpa menimbulkan rasa curiga. Mereka ditanya mengenai jenis dan jumlah ternakan yang disembelih pada setiap kali mereka menyediakan makanan untuk tentera Musyrikin. Jumlah unta yang disembelih setiap hari berjumlah 9 atau 10 ekor membayangkan jumlah tentera lebih kurang 1000 orang.


Ibrah: Umat Islam perlu mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan musuh sebelum berdepan dengan mereka supaya persediaan yang mantap boleh dibuat. Dalam mencungkil maklumat sulit mengenai musuh, perlu ada kebijaksanaan bagi memastikan hasil maklumat adalah tepat. Juga dalam berurusan denagn seseorang, perlu diambilkira tahap intelektual mereka.



  1. Munajat kepada Allah SWT selepas melakukan perancangan rapi.

Sehingga detik-detik akhir sebelum berlakunya pertempuran, Rasulullah SAW berterusan bersungguh-sungguh bermunajat kepada Allah SWT memohon pertolongan dan supaya kemenangan diberikan kepada tentera Islam. Diriwayatkan kesungguhan Baginda SAW sehingga mengangkat tinggi kedua tangannya sehingga selendang di bahunya terjatuh lalu disambut oleh Abu Bakar as-Siddiq r.a. Dalam doa Baginda SAW yang mahsyur, Baginda SAW membayangkan terdesaknya umat Islam jika tewas dalam peperangan tersebut, maka tiadalah lagi manusia yang akan menyembah Allah swt selepas itu.


Ibrah: Manusia perlu sentiasa bermunajat kepada Allah secara bersungguh –sungguh selepas melakukan perancangan bagi memohon bantuan dari Allah. Munajat perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, bukannya secara sambil lewa.



  1. Bantuan Allah kepada pejuang Islam.

Sepanjang tempoh peperangan, telah turun bantuan dari Allah swt kepada tentera Islam. Di antaranya, di turunkan ketenangan kepada mereka sehingga mereka dapat tidur lena pada malam sebelum berlakunya pertempuran. Diberitakan juga, sebahagian dari mereka telah bermimpi sehingga mewajibkan mereka mandi. Bagi memudahkan mereka mandi janabah, Allah telah menurunkan hujan. Hujan yang turun juga menjadikan tanah lebih padat bagi memantapkan kaki-kaki mereka. Sewaktu pertempuran tercetus, telah turun bala tentera dari kalangan malaikat bagi meniupkan semangat juang tentera Muslim.


Ibrah: Pejuang Islam mutakhir ini sering di dalam kekurangan berbanding kekuatan tentera musuh. Jangan diperlecehkan kesungguhan mereka dalam menghadapi kekuatan musuh yang hebat kerana keikhlasan dan kesungguhan mereka mungkin melayakkan mereka mendapat bantuan dari Allah swt dan tidak mustahil kemenangan mampu dicapai.



  1. Janji Allah kepada umat Islam pasti tertunai.

Sejurus selepas tamatnya pertempuran, Nabi SAW telah berjalan meninjau mayat-mayat tentera musuh yang bergelimpangan. Baginda SAW telah menempelak mayat-mayat kaum kafir musyrik dengan bertanya samada mereka sudah dapat apa yang dijanjikan oleh “Tuhan-Tuhan” mereka. Sedangkan sesungguhnya umat Islam telah mendapatkan apa yang Allah swt janjikan kepada mereka. Apabila ditanya oleh Sahabat r.a. samada mereka mendengar apa yang Nabi SAW lafazkan, Baginda mengiyakannya.


Ibrah: Alam barzakh itu wujud dan peristiwa ini adalah sebahagian dari dalil kewujudannya. Maka tertolaklah pandangan mereka yang mengatakan alam barzakh dan siksa kubur tidak wujud.


Peristiwa perang Badar mengandungi sangat banyak pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam terutamanya di zaman kemerosotan Islam kini. Mereka perlu meneliti Sirah Nabi SAW melalui kitab-kitab sirah yang muktabar terutamanya yang bersandarkan kepada sumber-sumber yang sahih bagi mencungkil ibrah atau pengajaran yang boleh diteladani dan dijadikan landasan dalam memahami Islam dan perjuangan Islam. Whlm.

Ihsan dr : AlFurqanonline.dot.net

Friday, August 06, 2010

Adik Sofiyyatul 'Ulyaa binti Mohd Faizol

~ Anak ini menangis menanggung sakit, bagaimana perasaan ibu dan ayahnya..




~ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
Sabarlah si ibu dan ayah, pastinya dugaan ini tanda kasih sayang Allah pada keluarga yang selalu menginfakkan harta mereka di Jalan Allah ini.



Si Ayah punyai jiwa yang kental begitu juga si ibu. Allah telah memilih mereka dalam 'kejayaan' ini. Pandangan Allah tepat pada mereka, beruntunglah mereka.

Pada jam 8.00malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan Kadar
yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh Doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya.
Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:


1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum.

2. Tidak ada Saluran najis

Oleh kerana masalah di atas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan
Perwakilan Mahasiswa Tanta, saya telah bergegas kehospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.



KORBANKAN SEDIKIT HARTA KITA KEPADA MEREKA...
KORBANKANLAH...
APALAH SANGAT SEDIKIT YANG KITA SEDEKAHKAN, TAKKAN TERJEJAS HARTA KITA...
Andainya, anak ini anak keluarga "KITA", mungkin juga kita berdiam diri "SEGAN" meminta bantuan. Namun hati siapa yang tahu, dalam diam mereka ada "TANGISAN", dalam diam mereka ada "KESEDIHAN", dalam diam mereka ada "SERIBU HARAPAN" yang tidak mampu diungkap melalui kata-kata, "MENGERTILAH WAHAI DIRI KITA" mereka mahukan perhatian dan dorongan semangat dari kita.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Aku bersumpah sesiapa yang mengeluarkan harta fi Sabilillah, Harta dia takkan berkurang"
Pastinya Allah akan menambah dan melipatgandakan harta kita.
Sabda Rasulullah lagi :
"Tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri sendiri"
INFAQ = HARTA BERTAMBAH
MENGASIHI = AKAN DIKASIHI