Monday, June 15, 2009

Semoga Allah merahmati kalian..

Dr. Fathi Yakan. Seorang mujahid dakwah dan ulamak dunia. Tersohor diseluruh pelusuk negara. Karangan-karangan beliau menjadi manhaj dan santapan penyemaian fikrah islam yang sebenar bagi orang-orang yang sentiasa mengkaji dan mendalami agama.
Allah yarhamuhu..amenn




Ammar Zulkifli seorang pelajar Medic, salah satu universiti perubatan di Mesir. Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika menguruskan perjalanan program persatuan. Moga dikurniakan syahid kepadanya. Untung dia kawan-kawan ye, seorang yang baik dan berjaya mengahafaz 30juzuk dimasa hidupnya semasa di Darul Quran. Sabda Nabi yang lebih kurang mafhumnya Al-quran boleh memberi syafaat kepada orang yang mengahafaznya dan boleh mensyafaatkan sepuluh lagi orang lain dikalangan keluarga terdekatnya. Sudahlah di dunia banyak membantu agama, di akhirat juga mampu membantu orang lain.
Moga Allah berikannya syahid. Ana terkesan dengan ungkapan yang sering beliau ungkapkan dalam sulaman tazkirah-tazkirahnya iaitu;

"Jiwa mereka yang sangat cinta mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat.
Melihat dunia dari jendela akhirat."

Tribute untuk Allahyarham Ammar Zulkifli. Klik disini. Dan berita pemergiannya disini.

Pemergian mereka sebenarnya sebagai tanda amaran kepada kita. Mereka orang-orang soleh mampu kembali kedunia.sila rujuk sini Ruh orang soleh kembali kedunia. Mana mungkin ulamak-ulamak kita dahulu menipu dalam karangan-karangan mereka. Mereka dekat dengan Allah, tidak mustahil mereka diperlihatkan oleh Allah tentang itu supaya boleh memberi pengajaran kepada seluruh manusia.


Allahu Yarhamu huma...(Ammar & Dr Fathi Yakan)....Sesungguhnya orang2 soleh ruh mereka kembali kedunia seolah2 berpesan berbuat amallah sebanyak2nya wahai manusia..

Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan sentiasa mentaati perintahMu. Dan juga sentiasa mengikuti sunnah NabiMu Ya Allah, Ya Arhamar Rahimiin..amenn3

.

2 comments:

SNA said...

salam,
ust...sy xtau la knp...
sy bknnye kenal scr mendalam dgn arwah Ammar...
tp bila dgr berita tu, sebaknya semacam...
smpai skrg, ttiap ari, nk tdo, bgun pagi msti sy tringat ttg mati..
sy prnh terbaca satu kata2,
kawan/sahabat yg baik ialah yg bila kita memandangnya, dia mengingatkan kita tentang mati, yang apabila kita teringat dia pun, kita akan teringat mati..
alhamdulillah, saya rasa arwah Ammar dah pun menjadi sahabat di hati saya..

sedihnyaa...!! moga semua rakan2 arwah trus kuat n tabah menerima pemergian mereka..

MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI said...

ws, ana juga tidak mengenali beliau. Tetapi kita rasa bangga, beliau dah dapat status syahid, dan mampu memberi syafaat kepada kaum keluarganya, tp bagaimana kita? hm....

Ulamak pernah menyebut Malaikat datang pada orang yang dia nak mencabut nyawa sebanyak 70 kali dalam sehari, sehingga malaikat izrail hairan apabila dia menjenguk orang tu masih lagi bergelak ketawa sedangkan beliau ditugaskan untuk mencabut nyawa orang tersebut.

Fikir-fikirkan...