Monday, June 15, 2009

TIGA PENYEMPURNAAN IMAN

Kita tentu ingin memiliki keimanan yang sempurna, ada tiga faktor yang harus kita miliki agar iman kita menjadi sempurna.

Nabi s.a.w bersabda :

ثلاثة من كن فيه يستكمل ايمانه

'Tiga perkara, barangsiapa hal itu ada pada dirinya, beerti dia menyempurnakan imannya : '

1) TIDAK TAKUT CELAAN

Sila rujuk surah almaaidah ayat 54. Itulah yang dimaksudkan oleh nabi. Seseorang yang yang tidak pernah takut demi agama Allah pada kecaman dan orang yang mencela. Demi sesungguhnya Allah itu adalah pengutus kuasa. Dialah Pekuasa. Segala kekuatan dan kuasa manusia semuanya datang daripadaNya.

La haula wala quwwata illa billahh...


2) IKHLAS

Maksud nabi ialah seseorang yang tidak riak dengan sesuatu amalnya. Sungguhpun ulamak sukar mentafsirkan bagaimana didefinikan ikhlas itu, tetapi ulamak boleh menketengahkan tanda-tandanya :

3 Perkara dan bentuk hubungan kepada Allah : salah satunya ialah Almahabbah (Cinta)kepada Allah.

seseorang yang melakukan amal ibadahnya itu bukan kerana takutkan neraka, dan bukan juga nakkan syurga, dan bukan juga mengejar fadhilat yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya dalam amalan-amalan tersebut, tetapi dia tekun beribadah dan membongkok itu adalah rasa cinta dan rindunya kepada Allah s.w.t.

Sayyidatina Rabi'atul Adawiyah apabila ditanya kepadanya 'Apakah hakikat iman kamu pad Allah? maka beliau menjawab, 'Aku beribadah kepada Allah bukan kerana takutkan neraka Allah dan bukan pula nakkan syurgaNya, tetapi aku lakukan semua ini adalah atas kerana kasih dan cintanya aku kepada Allah s.w.t'. Maka tidak hairanlah satu masa ada orang yang melamarnya , dia mngatakan kepda orang itu, 'pergilah engkau meminta izin kepada Allah, sesungguhnya hatiku ini tidak ada cinta yang lain selain kepada Allah, dan sesiapa yang nak memperistrikan aku maka dia hendaklah meminta izin pada Allah, sesungguhnya aku telahpun menganggap diriku 'istri' kepada Allah!!'. Itulah bentuk zuhudnya Rabi'atul Adawiyah dalam alHubbnya kepada penciptanya. Itulah dia Ikhlas semata-mata kerana Allah!!

Kata guru kami Syeikh Khairul Anwar As-Syafie, Mudir Pondok Gajah Teriak, Jitra, Seseorang yang beramal jika ada tujuan yang lain contohnya inginkan pangkat dan kedudukan yang tinggi, maqam-maqam, rezki yang banyak, inginkan syurga Allah dan lain-lain maka dia bukan lagi benar-benar Ikhlas buat amalan kepada Allah.

Orang yang berbuat ibadah sebegini ada hukumnya dalam kaedah feqh. Kata beliau ada 3 pandangan melihat kepada ibadat yang tersebut :

Pandangan pertama :
Berkata oleh Syiekh Sultanul 'Ulamak Syeikh Ibnu Abdus salam Abi Izzuddin Rahimahullahu taala : Seseorang melakukan amalan yang disertai tujuan-tujuan lain ialah tidak diterima amalannya. Dan tidak dapat pahala.

Pandangan kedua:Bold
Dari Imam Ghazali :Bagi orang ini maka perlu dilihat diantara tujuan-tujuan itu manakah yang lebih berat. Adakah nak menjunjung perintah Allah atau nak balasan semata-mata. Jika dia membuat amalan itu kerana cinta dan nak tuntu redho Allah sebanyak 70% dan tujuan yang lain nak maqam yang tinggi atau nak balasan-balasan kepadanya 30%, maka pahalanya diukur hanya 70% tadi, dan 30% itu tidak dapat pahala.

Pandangan ketiga :
Akan dikira pahala mengikut kadar niatnya. Ianya berdalilkan dari satu ayat yang bermaksud 'Barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kebaikan maka Allah akan perlihatkan kebaikan (di akhirat kelak), barangsiapa beribadah walau sebesar zarah kejahatan maka Allah akan perlihatkan kejahatan (di akhirat kelak)'

Kita banyak sungguh amalan nakkan sesuatu benda bukan semata-mata kerana Allah, solat dhuha nakkan murah rezki, baca mathurat nakkan hindar dari kejahatan. Tidak mengapa, sebabnya itulah tahap penghambaan kita kepada Allah. Pandangan yang ketiga tadi itulah yang membela kita. Tetapi biarlah ada usaha untuk kearah kesempurnaan ikhlas kita beramal kepada Allah. Sebab itulah Syeikh Ibnu 'Atho' As-sakandari mengajak para ahli ibadah kepada Allah ini beramal daripada kaun(makhluk) kepada almukawwin(Allah). Semestinya ibadah kita yang bertujuan selain dari ALlah itulah dinamakan kaun. Buat ibadat kerana nak murah rezki, nak murah rezki itu dianamakan kaun(mahkluk), beerti buat ibadah dari kaun kepada kaun, bukan kepada almukawwin. Begitulah juga tujuan-tujuan lain.

Mari bersama mengubah cara amalan kita, daripada kaun(makhluk yakni kita) kepada almukawwin (Allah). Bukan kaun kepada kaun.


3) MENGUTAMAKAN AKHIRAT BERBANDING DUNIA

Yang dimaksudkan oleh nabi didalam hadis ini ialah apabila dua perkara dihadapkan kepadanya, salah satu untuk dunia dan yang lain untuk akhirat, maka ia memilih urusan akhirat daripada urusan dunianya.

Lihat surah al-a'la ayat 17 yang bermaksud:
"Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal"

Maka urusan akhiratlah kita kejar semaksiama mungkin. Kata nabi dalam satu hadis yang lain "Dua perkara, jika 2perkara ini ada pada manusia, maka digelar syukur dan sabar kepada Allah, iaitulah Barangsiapa dia melihat dalam agamanya kepada orang yang lebih atas daripadanya yakni kuat agamanya maka dia ambillah sebagai pedoman. Dan barangsiapa dia melihat dalam urusan dunia orang yang lebih malang daripadanya, maka hendaklah dia bersyukur pada Allah"

Jika nak buat urusan akhirat maka kena nilai diri kita dengan orang yang banyak buat ibadat, barulah kita akan banyakkan lagi amalan kita, dijadikan pedoman buat kita. Dan jika urusan dunia kita bekerja, hidup dan lain di dunia ini maka lihatlah orang yang lebih malang daripada kita, mereka lagi miskin berbanding kita, mereka lagi susah daripada kita, maka bersyukurlah pada Allah.

Wallahu a'lam

Hadis tersebut Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dan Abu Hurairah Radhiallahu Anhu

.

No comments: