Tuesday, May 05, 2009

DAKWAH : ALLAH GHAYATUNA..!!



Kata Mustafa Masyhur di dalam kitab Torequl Dakwah baina Isolah wal inhiraf. : Jalan dakwah adalah jalan yang satu. Kita wajib beriltizam dengannya. Jangan menyeleweng daripadanya kerana sesungguhnya ialah jalan Rasulullah s.a.w. Bagindalah orang yang arif mengenai jalan dakwah ini.

Tarequd- Dakwah : Apa matlamatnya?


Kata ungkapan dari al-Imam Syahid Hasan Al-Banna menyebut : Allahu ghayatuna (Allah matlamat kami).Kata-kata tersebut jelas menunjukkan Allah adalah matlamat dalam kita berdakwah. Jika tersimpang dari matlamatnya itu maka sia-sialah segala bentuk dakwah kita. Berhati-hati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada penyelewengan matlamat tersebut. ..!!

ULAMAK PEWARIS NABI

Usrah saya pada hari ini membincangkan ciri-ciri kepimpinan. Dalam membincangkan sifat pemimpin itu, sahabat bertanyakan kepada naqib ust yussaine yahya menyentuh tentang isu yang telah diketengahkan oleh ust nik abduh dalam blognya itu yang bertajuk 'kerja-kerja bodoh dalam pas'. Bagi saya bahawa mereka tidak walak dan intimak sebenarnya kepada jemaah. Ada tujuan lain yang dirasakan menjadi satu agenda untuk merubah kepimpinan PAS yang sedia ada sekarang. Jangan hairan jika saya katakan ada golongan munafik yang berada di ruang legar kepimpinan. Mereka tampak mendokong kepimpinan tetapi jadi batu api kepada kepimpinan yang lain seterusnya menjadi barah dalam jemaah!

Tanda-tanda seseorang ikhlas berjuang iaitulah dia menampakkan kesungguhan sifat THABAT dalam perjuangannya. Ini beerti thabat dengan kepimpinan yang sedia ada dan tidak bersikap menentang kepimpinan yang lebih-lebih lagi kepimpinan dikalangan ulamak. Jika mereka ikhlas dalam berjuang, tidak timbul soal merebut jawatan yang sepatutnya dipegang oleh ulamak. Bagi saya bahawa dalam kes ini harus dipandang serius oleh semua ahli jemaah supaya tidak berlaku percambahan fikrah yang jelas menentang kepimpinan ulamak.

Jemaah telahpun memutuskan bahawa ulamak adalah sebagai tunjang kepimpinan dalam jemaah, walaupun setakat ini tiada undang-undang tubuh yang menyatakan Presiden dan timbalan presiden seharusnya dari kalangan ulamak tetapi ijmak ulamak khususnya dalam syura jamaah telahpun bermuafakat membuat keputusan sebegitu. Sebab itu saya lihat jika ada orang lain yang hendak bertanding dalam merebut jawatan orang no 1 dan dua dalam parti ini bukan dari kalangan ulamak, maka saya membangkang sekeras-kerasnya. Mereka bukan ulamak, dan mereka tidak tahu selok belok agama. Ya, mereka boleh memetik aya-ayat alquran sebagaimana ulamak dalam ucapan-ucapan mereka tetapi dari sudut penghuraiannya sama-sekali tidak sama dengan golongan ulamak. Jadi disini bagi mereka yang tidak menyukai kepimpinan ulamak maka saya memacak jari menyatakan dengan tegas, jika anda tidak mahu ulamak yang menerajui PAS, sila masuk DAP, UMNO dan lain-lain parti! Tak perlu masuk PAS!! Anda barah dalam jemaah!!



HATI TEMPAT TERGELINCIRNYA MATLAMAT


Riak, takabbur, meninggi diri, gila pangkat, suka menunjuk-nunjuk, suka mempamerkan kebendaan, dan sebagainya merupakan kepentingan-kepentingan keduniaan yang sebenarnya palsu!! Semua itu adalah penyakit-penyakit hati yang boleh memesongkan seseorang itu dari matlamat sebenar. Ketahuilah, ia lebih bahaya dari penyakit-penyakit fizikal. Rasa dengki dan sikap tidak puas hati juga membuatkan seseorang akan jatuh tersingkir dari matlamat dakwah ini. Ingatlah Allah dalam setiap perkara. Sesungguhnya hati yang rosak itu adalah penyebab kepada rosaknya agama.


HATI YANG KOTOR WAJIB DI’BASUH’

Untuk membersihkan hati yang kotor tidak perlu febrez atau mana-mana sabun pencuci untuk dibasuh. Kesesuainya perlulah dinilai. Jika kereta yang kotor sesuai dengan pencuci kereta berjenama Kit, bersesuaianlah dengan sifatnya yang licin agar tidak merosakkan dan mencalarkan kereta. Begitu juga jika kotornya itu adalah baju, maka sesuailah sabun berjenama Freez untuk mengekalkan kaler daripada pudar. Maka hati juga menilai dari sudut kesesuaian ‘sabun pencuci’anya. Pembersihnya iaitulah zikir. Zikir pada Allah!!


Apabila selalu zikir mengingati Allah, hati tersebut akan mengatur pergerakkan dakwah. Dialah raja kepada segala alat komponen dakwah. Kaki, tangan, lidah, dan lain-lain dipandu oleh hati yang selalu mengingati Allah memudahkan perjalan dakwah. Sungguhpun pertengahan dakwah berlaku ujian dan kepayahan, hati itu tetap merasa tenang dengan sapaan ujian tersebut. Keyakinan dipasakkan bahawa itulah sentuhan manja dari al-Khalik tuhan yang memiliki ‘arasy iaitu Allah. Allahh,subhanallah. Allah sedang membalas cintaku!! Fazdkuruuni adz-kurkum, Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya aku akan mengingatimu, bersyukurlah kepada-Ku dan jangan kufur!!


PERMULAAN TAQARRUB PERLU DUA PERKARA


Said Hawwa dalam sebuah kitab yang disyarahkan oleh beliau iaitu syarhu hikam li Ibni ‘Athoillah as-Sakandari menyebut : Permulaan seseorang untuk sampai kepada Allah itu ada dua perkara : Pertama adalah zikir dan yang kedua adalah Guru. Guru yang mursyid.

Siapa tidak kenal dengan peribadi seseorang yang dipanggil Ustaz Sidek Noor? Seorang pendakwah yang cekal. Mempunyai tempat pengajian untuk para mujahid Allah berilmu dan beramal soleh. Pernah menjadi tahanan ISA pada satu ketika dulu. Kini beliau aktif di medan berdakwah menyambung perjuangannya agamanya, membina jiwa-jiwa muslim supaya berani kehadapan dan tampil berjuang menegakkan kebenaran. Pernah satu ketika beliau balik dari mengerjakan umrah dan memberikan kuliah bulanannya di Markaz PAS kawasan kangar. Beliau menyampaikan kuliah berpandukan satu kitab yang diberi nama Kitab Hikam, dalam syarahannya tersebut beliau menyebut ‘kita nak berjuang islam ni masuklah tareqat, akan manis berjuang!!!'


Ini kerana tidak lain dan tidak bukan, tareqat diantara salah satu cara untuk kita mengingati Allah. Dengan bimbingan guru kita diperkenalkan cara-cara mengingati Allah dengan sempurna. Pantauan dari guru membuatkan seorang anak murid itu penuh beradab dengan gurunya. Guru berperanan mendidik akhlak dan adab pada setiap tindakan. Sudah berapa ramai antara kita yang tewas dengan arus yang pelbagai, yang paginya beriman pada Allah tetapi pada petangnya kufur pada Allah. Petangnya taat pada Allah tetapi malamnya derhaka berbuat maksiat pada Allah. Nastaqfirullahh… Nah! Inilah jawapannya. Jalan para nabi dan salafus soleh. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru Allah menunjuk kepada jalan yang betul.

KUKUHKAN MATLAMAT DENGAN BERDAKWAH

Kata Ibn ‘Atho’ lagi : Barangsiapa yang permulaan perjalanannya (menuju kepada Allah) adalah cemerlang, maka akhir perjalanannya juga akan cemerlang.
Kata-kata tersebut telahpun disyarah oleh Said Hawwa dengan syarahan yang panjang.

Untuk menjadikan perjalanan kita cemerlang di peringkat permulaan kata said hawwa ialah kembalinya kita terhadap hukum Allah. Dengan kembalinya kita terhadap hukum Allah maka, tidak dapat tidak kita perlu perjuang menegakkan hukumNya. Itulah yang dikatakan berjuang ke arah agama Allah dengan berdakwah!! Asas syarak adalah sebagai pemandunya. Jika seleweng dari syarak maka penghabisan perjalanannya itu akan menyeleweng dan tersasar dari matlamat menuju kepada Allah yang sebenar. Itulah pengukuhan sebenar dalam mencapai matlamat dakwah!!

Allah itu adalah matlamat..!!


.

No comments: