Saturday, May 23, 2009

KETERANGAN ENTRY YG LEPAS : Jawapan kepada 'shbt'..

Jawapan kpd ‘shbt’

Merujuk kepada persoalan seseorang yang menjengah blog saya tempoh hari memegang id ‘’shbt” di ruangan shout-box pada tarikh 12/5/2009, jam 12.28 PM. Beliau bertanyakan tentang sumber rujukan beberapa keratan entry saya yang lepas. Sila rujuk disini.


Pertanyaan 'shbt' adalah seperti berikut :


1) sahabat : mnta ust perincikn smula prktaan S.Ali myiftkn org yg mmprtikaikn S.A.Bakar adlh musuh islam,klu sbtkn marajik

2) sbb setahu ana yg brda d saqifah b.saadah ketika itu semuanya adlh sahabt2 Rasul S.A.W dr muhajirn & Ansar....Details..2009-05-12 12:28 PM

3) dlm sirh mncttkn dialog pd wktu trsbt hyalh diantara S.Umar&S.A.Bakar.Ali x disebtkn ...Details ..2009-05-12 12:39 PM

4) harap ust sbtkn marajeknya, untk ana rujuk, sbb ana tkt kita brmdh2 mengtakan shbt2 nabi S.A.W musuh islam...Details ..2009-05-15 1:47 PM

5)maaf,klu bleh ana nk tahu kitab marajek ust,ana krg sng dgn jwpn anta,akhi anta msti betul2 benar dlm menakaL fakta dr mn2 rujukn...Details ..2009-05-16 5:09 PM



Sebelum saya menjawab, saya ada beberapa perkara yang ingin diketengahkan :


1) Adab pengkaji ilmu dalam menaqalkan pandangan atau fakta-fakta dari alquran, perjalanan sirah mahupun hadis seharusnya menyebut sumbernya dari mana. Meskipun kita mengetahui dan menyedari kitab tersebut diyakini oleh orang ramai. Ini memudahkan dari sudut semakkan semula dan memastikan fakta-fakta tersebut mestilah benar dan tepat dan bukan rekaan.

2) Saya meyakini saudara/i ‘shbt’ punyai niat baik untuk menegur saya. Beliau kuatir saya mengambil mudah fakta-fakta tanpa ketengahkan sumbernya. Saya amat hargai teguran beliau.

3) Saya sebenarnya khuatir juga dengan persoalan yang ditimbulkan ‘shbt’ bertanyakan kitab itu, semestinya orang lain yang membaca shout-box saya itu juga terkesan dengan pertanyaan tersebut. Adakah benar saya bermudah-mudah menyeleweng fakta? Adakah benar saya menuduh sahabat nabi adalah musuh islam? Mudah-mudahan semuanya itu terjawab dengan seberapa segera. Dan alhamdulilah semalam baharu saja saya sampai di kl ini lantas saya segera mengarang perinciannya.

4) Bagaimana pula dengan satu-satu karangan yang ada menaqalkan fakta tetapi tidak menyatakan sumbernya? Apakah sikap kita terhadap artikel tersebut? Abaikan? Pedulikan? Sebarkan atau bagaimana? Saya rasa sifat berlapag dada disini perlu diadaptasikan. Dengan melihat dan meneliti penulisan yang pernah beliau menulis sebelumnya dan diyakini. Tetapi jika berlaku sangsi juga disana ada adab untuk bertanya bukan mengertak dan menunjukkan diri serba tahu.

5) Dan saya berterima kasih kepada ‘shbt’ kerana timbul rasa minat beliau untuk mengetahui sumbernya. Inilah tanda seseorang yang serius dalam ilmu. Sentiasa prihatin dalam menaqalkan satu-satu fakta bagi memastikan fakta tersebut tepat dan tidak terseleweng. Moga sahabat tersebut dibalas dengan ganjaran sepadan niat ikhlas sahabat itu.



Dengan ini saya menyatakan sumber yang saya perolehi :

Kitab : Mukhtasar Hayatus Sahabah.
Karangan :Syeikh Muhammad Yusof Al-Kandahlawi.
Penterjemah : Ahmad Zulfahmi M. AG
Cetakkan : Kedua 2007.
Terbitan : Perniagaan Jahabersa.



Saya merujuk kepada satu bab iaitu pada muka surat 214, Bab 7 (PARA SAHABAT MENJAGA PERSATUAN DAN MENGHINDARI PERTIKAIAN DALAM DAKWAH DAN JIHAD). Dalam subtopic yang kedua ‘Para Sahabat Menyokong Abu Bakar Sebagai Khalifah Dan Menolak Orang Yang Hendak Memecah belahkan Persatuan’. Keratan itu seperti di bawah :

Abdurrazzaq meriwayatkan daripada Ibnul Jabar, dia berkata, “Ketika dilangsungkan bai’ah terhadap Abu Bakar, maka Abu Sufyan menemui Ali berkata, “”Bagaimana mungkin suku Quraisy yang lebih sedikit mengalahkan kalian dalam urusan khalifah ini? Demi Allah, aku akan menghulurkan bantuan dengan jumlah personal dan kuda untuk mendokongmu.”

Ali berkata, “Rupanya engkau tetap menjadi musuh islam dan para pemeluknya. Apa pun yang engkau katakan ini tidak akan membahayakan Islam dan para pemeluknya sedikit pun. Kami melihat memang Abu Bakar lebih pantas menjadi khalifah”

Begitulah yang disebut di dalam al-Isti’ab, 4/87 dan al-Hakim, 3/78, dan Ibnu Asakir yang semakna dengan ini. Begitu pula yang disebutlan di dalam al-Kanzu, 3/140.


PENJELASAN PERINCIAN


1) Menurut sejarah ini, Abu Sufyan tidak berpuas hati dengan pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah. Menurut sumber yang saya dapati, Abu Sufyan ini diantara orang yang inginkan jawatan menjadi khalifah tersebut. Dia juga berpandangan Abu Bakar dari golongan yang kecil berbanding suku quraisy yang ramai pada ketika itu, mana mungkin suku yang sedikit layak menjadi pemimpin. Maka oleh sebab itulah maka dia datang kepada Saidina Ali cuba menghasut Ali pula yang layak. Dikisahkan Abu Sufyan ini akhirnya dia menjadi perompak.

2) Timbul persoalan disini siapakah Abu Sufyan yang dimaksudkan? Abu Sufyan yang dimaksudkan itu ialah bukanlah Abu sufyan yang menjadi ketua selepas Abu Jahal menjadi ketua mekah pada ketika itu, tapi Abu sufyan yang dimaksudkan ialah Abu Sufyan al-Huzaily. Manakala ketua mekah yang sering memusuhi nabi itu adalah Abu Sufyan bin Harb. Beliau asalnya orang mekah dan merasakan dirinya orang yang kuat dalam Qiraisy. Bagi menjelaskan lagi peribadi Abu Sufyan ini maka saya merujuk ust yussaine dan beliau merujuk pula kepada pakar sirah dan sejarah iaitu Maulana Asy’ari, Pasir Pekan Kelantan(Anak saudara Tn Guru Nik Aziz). Demikianlah yang telah disampaikan kepada saya.

3) Melihat kepada teks asal didalam kitab tersebut, maka pemahaman saya Saidina Ali ada sekali semasa pemilihan di majlis tersebut. Merujuk kepada “Ketika dilangsungkan bai’ah terhadap Abu Bakar, maka Abu Sufyan menemui Ali berkata….” Apapun Allah yang lebih mengetahui ketepatannya. Saya hanya menaqalkan dari kitab ini.


Akhirnya, saya dimaklumkan oleh ‘shbt’ bahawa beliau ingin merujuk semula kitab ini. Jadi, dengan saya mengemukakan sumbernya ini saya berharap ada maklum balas dari beliau untuk mentakkid semula perincian saya ini. Mungkin saja pemahaman saya kurang tepat dan mungkin ada pencerahan dan penambahan isi dari beliau saya alu-alukan. Dan saya amat berharap respon dari beliau selepas ini. Hanya sekadar itu sahaja yang saya boleh ketengahkan buat kali ini. Saya menyusun jari ampun dan maaf kepada Allah dan Rasulnya dan semua hamba-hamba yang beriman jika segala maksud yang saya paparkan ini menyeleweng dari makna sebenar. Allahlah yang maha mengetahui pada setiap sesuatu. Pada kitab-kitab dan ulamak2lah menjadi tempat rujukan kita. Moga-moga usaha jihad yang kita lakukan ini mendapat Redho Allah s.w.t. Wallahu a’lam.


.

No comments: