Wednesday, April 29, 2009

MUKMIN WAJIB BERJUANG..!!






BIsmillahirrahmanirrahim...

Firman Allah yang bermaksud :

Adapun orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam RahmatNYa (syurga) Demikian itulah kemenangan yang nyata. …(surah al-Jashiyah:30)


Dan….. satu lagi Ayat Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia.” ….(surah al-Hajj: 50)


Sifat orang beriman semestinya dia berjuang, berbuat kebajikan. Tapi sekarang dah terbalik. Ramai yang mengaku mukmin tapi tidak berjuang. Erti kata’berjuang’ tersebut mestilah sesuai dengan keadaan sekarang. Berjuang dengan turun ke medan arahan pimpinan. Alasan saya mudah, ibaratnya jika hukum berkahwin di Thailand adalah hukumnya sah menurut syarak, tetapi ia menjadi tidak sah kerana perkahwinan tersebut tidak berdaftar dalam kuatkuasa undang2 malaysia. Jelas itu tidak boleh dikatakan mereka sudah berkahwin. Ya, jika anda rasa anda berjuang tetapi tidak melalui jamaah yang sedia ada sebagai platform kepada perjuangan, maka saya katakan anda tidak berjuang!! Perkara ini sudahpun dipersetujui oleh ramai ulamak tanahair kita, berjuang mesti ada ikatan dengan jemaah!! Berjuanglah dalam konsep 3 jenis amal. Amal fardhi, Amal jama'ie dan Amal Ijtimai'e.


HATI ROSAK AGAMA ROSAK


Sabda nabi s.a.w : Ketahuilah bahawa di dalam tubuh badan terdapat seketul daging. Apabila daging itu menjadi baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya daging itu rosak maka rosaklah seluruh badannya. Daging itulah yang dinamakan HATI..!!

Kata al-Imam Haris al-Muhasibi di dalam kitabnya iaitu Risalah Mustarsyidin : Daku dapati bahawa rosaknya agama itu berpunca dari rosaknya hati. Ya, memang benar kata guru kami. Diantara rosaknya agama ialah rosaknya hatinya. Hati seseorang yang dikatakan pembawa risalah Allah ini telah rosak. Meskipun diluar tampak berjuang menegakkan agama, tetapi di dalam juangnya itu rupanya memberi fitnah kepada agamanya. Na’uzubillah.

Manamungkin jika hatinya bersih dan tangannya berbuat maksiat kepada Allah?

Manamungkin jika hatinya bersih pada masa yang sama mata, telinga, lidah berbuat dosa?


Punca utama kerosakkan hati adalah kerana tidak bermuhasabah diri dan tertipu dengan angan-angan yang berpanjangan.Jadi tips kejayaan hati yang baik ialah : Apabila datang angan-angan dan keinginan dihatimu maka tawaqufkanlah ia(berhentikan), lalu kamu ambillah apa yang untuk Allah dan tinggalkan yang selainnya.


Kata-kata Syeikh Ibnu Ruslan dalam Matan Zubad :

Timbanglah setiap lintasan hatimu dengan timbangan syarak. Andai ia termasuk perkara yang disuruh maka segerakanlah kamu tunaikan. Dan andai ianya termasuk perkara yang dilarang, maka ia adalah dari syaitan, hendaklah kamu menjauhinya.


Imam Juniad Rahimahullah pun pernah berkata
: ‘Apabila datang sebarang lintasan dalam hatiku, maka aku tidak akan menerimanya melainkan dengan sokongan dua saksi yang adil iaitu Quran dan Sunnah’

Astaqfirullahhh….


PERIHAL MUKMIN ADALAH PELIK


Sifat manusia apabila seronok dia lupa pada Allah, dan apabila susah dia ingat pada Allah, dan kadang-kadang dia menyalahi taqdirnya. Tapi berlainan dengan perihal mukmin, sungguh pelik perihal orang mukmin itu. Mafhum kata Nabi : Orang mukmin apa yang dia terima semuanya baik, hatta mendapat bala pun perkara tersebut adalah baik untuknya. Subhanallah. Ketahuilah kalian, sebenarnya orang itu ada dua keadaannya. Satu bilamana dia mendapat sesuatu yang menyeronokkan maka dia terus bertindak untuk bersyukur kapada Allah. Dua apabila dia mendapati bala atau ujian atau tidak mnyeronokkannya lalu dia terus bersabar atas perkara tersebut. Maka orang tersebut pelik pada mata manusia umumnya. Namun orang itulah digelar mukmin disisi Allah..!!!
Adakah kita menepati cirri-ciri orang beriman itu? Tepuk dada Tanya iman..


SABAR ITU TAQWA

Sememangnya Ujian itu amatlah sukar, dan sabar itu adalah penyelesaiannya. Namun, sifat sabar yang mudah dilantunkan itu sungguh sukar bila dimedan praktikalnya. Sabar tatkala mula-mula diiuji itu sungguh payah untuk menerima. Sabar yang hebat ialah bersabar diatas ujian yang berlaku serta merta. Sabar dibahagikan oleh ulamak kepada 3 jenis. Sabar daripada melakukan maksiat, sabar untuk membuat ibadat dan sabar menerima ujian atau musibah.


Kata ulamak juga natijah kepada orang yang bersabar ada dua macam. Satu jika dia bersabar atas perkara sesuatu dia dikurniakan maghfirah dari Allah atas dosa-dosanya. Masakan tidak? Ujian tersebut adalah aturan dari Allah. Allah memberikan kepayahan kepadanya supaya kejahatan yang dilakukan olehnya terhapus. Sabar atas ‘pemberian ujian’ Allah ini adalah satu pahala. Assowaab ‘ala qadri masyaqqah (Pahala diukur dari kepayahan yang diterima). Jika ujian kepyahan itu besar maka besarlah pahalanya, jika sedikit kepayahannya sedikitlah pahalanya.
Dan yang kedua, dia akan dikurniakan Taqwa. Sesungguhnya Ujian tersebut kurniaan Allah. Setiap ujian yang diberi itu ada hikmahnya. Jika seseorang bersabar, seolah dia taat dan redho atas ujian tersebut keatasnya. Taat adalah ciri-ciri Taqwa pada Allah. Itulah makna tersirat Allah datangkan ujian pada manusia, dan juga dengan ayat-ayat Allah yang sekian banyak, menganjurkan manusia untuk bertaqwa kepadanya, itulah kesudahannya berupa TAQWA. Syabas kepada manusia yang bersabar. Sesungguhnya ujian tersebut adalah sebagai ‘jambatan’ untuk memperoleh Taqwa!!

Sekarang!!! Jika benar-benar kita beriman, berjuanglah!!


Berjuanglah wahai ansarullah, dengan matlamat daulah islamiah, berkorbanlah wahai yang beriman dengan harta dan segenap kepunyaan!!! (Lirik lagu tema PAS)


BERIMAN ~ Plus~ BERJUANG..!!!



.

No comments: