Friday, October 03, 2008
WIDA’AN YA RAMADHAN..!
Ada permulaan ada pengakhirannya, ada pertemuan ada perpisahannya, semalam ditinggalkan hari ini, hari ini bakal ditinggalkan oleh esok itulah dia yang dikatakan sunnah kehidupan. Hari ni tanggal 3 Syawal, bermakna kita telahpun meninggalkan satu medan pentarbiyahan, tapi curi-curi juga masa untuk tatapan diruangan ini.
Selamat tinggal ya Ramdahan, itulah maksud entri saya kali ini. Ramadhan sudah berlalu, pastinya Qadar juga sudah berlalu, ia telah meninggalkan kita bersama tangisan hamba yang menantinya, tetapi siapakah diantara kita yang memiliki dan merasai kehadirannya? Sesungguhnya Qadar telahpun pergi, maka terbitlah air mata keinsafan dan maghfirah makhluk kepada sang Khalik, biarpun menangisi sehari semalam akan pemergiannya, mungkin tidak akan kembali lagi. Peluang hanya sekali. Belum tahu, esok atau lusa kita akan mati, mungkin tak sempat bertemu di tahun hadapan, pabila ditanya adakah masih bernyawa jasad kita ini nanti? bayarlah sejuta ringgit sekalipun pada mana-mana syarikat insuran nyawa, wallahu a’lam, Allah sahaja dan Dialah maha yang mengetahui ketetapannya. Allahumma tuuli umrina wazdid ilmina waa’maalina..ameen.
Lailahaillahh, sebetulnya perpisahan ini satu kesedihan, sehingga menyerap kedalam tusukan jiwa, payah seolah-olah pemergiannya telah membakar hati. Rasa pedih dalam dada. Tetapi inilah dia ketetapan REDHO yang datang dari Allah s.w.t . Sesungguhnya ‘Hati’ itu sifatnya sedih, dan ‘mata’ itu kekadang menangis, sedarlah wahai kawan-kawan sesungguhnya kita dalam perpisahan degan Ramadahan!!! Ramadhan yang perlu dikecapi, inna lillahi wainna ilaihi rajiiunn..
WAHAI ORANG YANG BERAGAMA AD-DEEN
Sesungguhnya Salafussoleh R.alaihim membuat persiapan menyambut Ramadhan selama enam bulan. Dan apabila berpisahnya Ramdhan dengan mereka selama enam bulan juga mereka bersedih. Mereka bersungguh-sungguh dan itqan dalam beramal, sedaya upaya menyempurnakan amal dalam bulan ramadhan, maka tidak hairanlah bagi kita mereka bersungguh-sungguh apabila tiba waktu Ramadhan dan rasa sedih apabila meninggalkannya. Berkata Amirul mukminin saidina Ali bin Abi Talib Karamallahu wajhah : Jadilah kamu semua seorang yang mengambil berat tentang kehadiran Ramadhan dan amat bersungguh-sungguh dalam melakukan amal, tidakkah kamu mendengar firman Allah s.w.t yang berbunyi “Innama yataqabbalullahu minal muttaqin” ("Sesungguhnya Allah Hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa")
NATIJAH RAMADHAN
Adakah ramadahan meninggalkan kesan akhlak kepada kita supaya lebih baik? Bagaimana dengan tujuan amal adakah sampai? Dan lihat juga kesungguhan dalam beribadat kita adakah tetap kukuh pengamalannya sehingga sekarang? Ini semua perlu kita tepuk dada Tanya iman kita.
Siapa diantara kita yang menumpahkan air matanya pada waktu sahur? Tahu tak di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sesungguhnya Allah turun ke langit bumi pada waktu sahur untuk mendengar permintaan hamba-hambanya? Lalu Firman Allah ‘akan ku tunaikan segala permintaan mereka’ ? Saya ulangi soalannya, siapa, siapa? Tanyalah diri sendiri…
Sesungguhnya kita menyaksikan anak-anak islam yang tulen keislamannya apabila tiba Ramadhan mereka menyambutnya dengan melakukan taat dan ibadah fillah, mereka melazimi duduk di masjid dan solat berjemaah, tetapi apabila berlalunya Ramadhan mereka kembali kepada perkara yang dilarang oleh Allah, menyambung kembali kerja-kerja syahwat mereka lantas meninggalkan apa yang dilaziminya di bulan Ramadhan. Astaqfirullah, iitaqillah ya syeikh!! Dr. Yusof Al-Qardhawi menyebut di dalam makalahnya ‘kun Rabbaniyyan wala takun Ramadhaniyyan’, jadilah kamu seorang yang beribadat menghambakan diri kepada Allah sema-mata bukan pengamalan ibadah sempena Ramadhan sahaja.
WAHAI HATI PENUNTUT ISTIQAMAH
Berdoalah dengan doa, “Ya muqallibal qulub,thabbit qulubana ‘ala dinik wa tho’atik ” Wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami sentiasa beri ketaatan kepadaMU dan tetapkanlah kami di dalam agamaMU. Dan berdoalah bersungguh-sungguh agar amalan-amalan kamu itu diterima oleh Allah.
Pernah diceritakan oleh Saidatina Aisyah R.ha, dia berkata : Aku pernah bertanyakan Rasulullah s.a.w tentang satu ayat dari surah Al-mukminun ayat 60 (sila rujuk), aku bertanya kepada Rasulullah adakah ayat ini dimaksudkan kepada orang2 yang meminum arak dan mencuri? Maka jawab Baginda Rasul s.a.w : Tidak ya Aisyah, mereka ialah orang2 yang berpuasa, bersembahyang dan sentiasa bersedekah, akan tetapi mereka risau dan takut adakah diterima segala amalan mereka itu, merekalah yang sentiasa segera dalam melakukan kebajikan. Riwayat oleh Imam at-Tirmizi ataupun boleh dibaca dengan menyebut Imam at-Turmuzi.
AKHIRNYA
Mari kita renungi ayat Allah ini, “Qul ya ‘ibaadi…….. ar-rahiim” ayat 53, surah az-Zumar(sila rujuk). Yang bermaksud ‘Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap dirinnya mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa-dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’
Maka, wahai orang yang membuat dosa – sebagaimana kita juga - janganlah memisahkan dirimu Rahmat Allah atas perbuatan kejimu itu, berapa banyak orang yang memperhambakan kepada api neraka jahannam pada hari-hari ini sebagaimana kamu, maka pandangbaiklah kamu kepada ‘orang’ yang menciptamu, bertaubatlah kepadanya, sesungguhnya Allah tidak membinasakan kamu kecuali kebinasaanmu membinasakan kamu sendiri.
Kamu wahai orang yang menzalimi diri sendiri, angkatlah tanganmu sekarang memohon petunjuk hidayah tuhanmu, pastikan hati penuh gerun, rendahkan diri rasa penuh bertuhan, dan sebutlah “Wa inlam taqfir………minal Khasiriin” ayat 23 surah al-A'raf(sila rujuk). Dan katakanlah “La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu mina az-zolimiin” ayat 87 surah al-Anbiyak(sila rujuk).
Terpisahlah sudah Kita wahai Ramadhan…!!! Wahai hati, padan muka engkau..!!
p/s : Terjemahan bebas dr sebuah buku dan tambahan dari penulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment