Sunday, October 05, 2008

MAZA BA’DA RAMADHAN




Maksudnya "Apakah selepas Ramadhan..????"


Sebelum datangnya Ramadhan semua berdoa dengan doa yang ma’thur dari Nabi dengan doa ‘Allahumma balliqhna ramadhan’ . Maka sekarang ramadhan telah meniggalkan kita, syawal pula menjelma dengan bacaan doa ‘Allahumma taqabbal siyamana wa ruku’ana wa sujudana, innaka antal wahhaab’.


ISTIQFAR


Ramadhan telah pergi, kita mohon kepada Allah semoga Allah kembalikan semula Ramadhan buat kita. Inilah yang diidam-idamkan oleh salafussoleh ajma’in, mengharapkan setiap bulan adalah Ramadhan. Bulan yang menyediakan Maghfirah daripada Allah.


Selepas penyempurnaan ibadah , ingatlah Allah taala menyarankan untuk beristiqfar . Sesungguhnya dengan istiqfar itu boleh melenyapkan dosa dari lalai kita dalam ibadah. Ini terbukti dan dijelaskan apabila jemaah haji setelah mana menunaikan haji disarankan untuk beristiqfar. Berpandukan firman Allah yang berbunyi ‘ Thumma Afidhu min….. ghafurun rahim’ surah al-Baqarah ayat 199 yang bermaksud : Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari arafah tempat bertolaknya orang ramai, dan beristiqfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.



Maka, semua taklifan Allah berupa ibadat yang wajib dipersembahkan kepada Allah sepatutnya kita beristiqfar selepas melakukannya. Bagi kita yang telah menunaikan puasa, marilah sama-sama beristiqfar kepada Allah taala. Mungkin sahaja kita hanya berlapar dahaga sahaja tidak menjaga anggota yang lainnya. Mungkin saja tidak ghardu basor, mungkin saja lalai mengingati Allah. Berapa ramai orang yang tahu lapar dan dahaga sampai kemalamnya tetapi banyak melakukan dosa pada siang harinya? Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga tutur katanya, bermaki-makian, sumpah saranah, mengumpat dan sebagainya? Ada juga yang berbuka puasa dengan makanan yang tidak halal baginya. Kosmo baru-baru ini menggemparkan seluruh negara apabila ada segolongan remaja yang berbuka puasa dengan meminum arak!! Astaqfirullah, mereka puasa juga menahan lapar dan dahaga tetapi berbuka dengan ‘kencing syaitan’, nauzubillah, beristiqfarlah pada setiap kelalaian kita. Moga Allah mengampunkan dosa kita atas kelalaian dan keterlupaan kita..amen


HADIS-HADIS FADHILAT ISTIQFAR

1) Sabda Nabi s.a.w : Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat dosa ialah ISTIQFAR.


2) “Setiap sesuatu ada perhiasan dan perhiasan dosa-dosa ialah meminta ampun (ISTIQFAR)


3) “Sesiapa yang meminta ampun (ISTIQFAR), Allah s.w.t akan mengampunkannya sekalipun dia lari dari medan perang”


4) “Sesiapa yang bertekad membetulkan hatinya untuk meminta ampun (ISTIQFAR ), maka ia hendaklah mengulangi ISTIQFAR itu dalam satu hari sebanyak tujuh puluh kali”


5) “Sesiapa meminta ampun (ISTIQFAR) selepas melakukan dosa, Allah s.w.t mengampunkannya dan baginya penebus dosa”


6) “ Apabila kamu banyak meminta ampun (ISTIQFAR) maka akan mengundang rezeki yang banyak”


7) “Perbanyakkan olehmu meminta ampun (ISTIQFAR), kerana sesiapa yang melakukannya, maka Allah s.w.t akan menghilangkan darinya kesedihan dan dukacita, dan Allah juga akan memberi kepadanya rezeki yang tidak disangka-sangka”



AKHIRNYA

Marilah sama-sama kita beristiqfar kepada Allah. Moga Allah ampun segala dosa-dosa kita. Sudah menjadi rutin buat ahli ibadat, mereka beribu-ribu kali beristiqfar kepada Allah, mengharapkan keampunan daripada Allah. Bukan hanya zikir beristiqfar sahaja, akan tetapi melakukan ‘solat taubat’ berpuluh-puluh salam dalam sehari. Allahhh… Tuan guru berpesan, buatlah solat taubat setiap hari. Inilah rahsia-rahsia ahli ibadat beribadat selepas 2rakaat bangun semula, selepas 2rakaat bangun semula, tidak henti-henti, rupanya mereka mengerjakan solat taubat sebanyak-banyaknya dalam sehari, mengharap pengampunan Allah.

“Astaqfirullahal ‘Azim….. Astaqfirullahal ‘Azim…. Astaqfirullahal ‘Azim”


Sabda nabi yang bermaksud “Aku beristiqfar sekurang-kurangnya 70 kali dalam sehari” Au kama qall.

Nampak amalan macam mudah, saya cadangkan setiap hari jangan tinggal Istiqfar paling kurang 100kali sehari, itu paling kurang, ahsan perbanyakkan bilangan, maka istiqamahlah! Fastaqim kama umirt..!! Sesungguhnya ISTIQAMAH itu adalah lebih baik dari seribu karamah..!! Janji kita pada Allah..

Moga Allah ampun semua dosa-dosa…amen,,,amen,,amen…



No comments: