Monday, April 26, 2010

Kenyataan KJ : PMRAM dituduh menyusahkan pelajar!!







Assalamualaikom.









Kepada seluruh pembaca sekalian.

1. Saya secara peribadi selaku ahli PMRAM dan juga rakyat malaysia rasa kesal atas tuduhan yang TIDAK BERASAS ini. Manamungkin PMRAM sebuah pertubuhan kebajikan pelajar menyusahkan pelajar. Pelajar mana yang dimaksudkan? Adakah kepada pengerusi Tanta yang dikatakan 'membuat kerja-kerja polis' yang hanya menjalankan tugas sebagai seorang ketua kepada seluruh mahasiswa malaysia di Tanta? Jika dakwaan tersebut seolah-oleh mengganggu pelajar terbabit, soalnya kenapa pula urusan di pejabat kedutaan (JPMK) hanya boleh dibuat pada hari isnin, rabu dan khamis, tiga hari seminggu sedangkan pada hari itu waktu pelajar harus masuk ke kuliah? Macammana pula pelajar yang telahpun mengorbankan masa mereka kesana tetapi pegawai yang bertugas datang lambat? Kerap juga pegawai tidak ada sewaktu pelajar ramai diluar menanti memerlukan cop pengesahan dari pegawai sedangkan pintu tertutup rapat? Soal pegawai sedang meeting,tetamu datang dari malaysia, bercuti ke laur negara sampai 2minggu? Tiada kah pegawai yang boleh sepenuh masa bersama dengan pelajar untuk menguruskan hak-hak pelajar? Bagi saya itulah yang disifatkan sebagai gangguan yang sebenar. Pengerusi Tanta telah menjalankan tugasnya sebagai ketua pelajar memberi kerjasama kepada pihak polis tetapi seorang pegawai JPMK yang diberi tugas agar berfungsi untuk mencapai dalam misinya "memberi khidmat, membimbing, menjaga serta mengadakan kemudahan kepada pelajar agar MEREKA DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA DAN MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG" ????????? Saya ternanti juga kursus peningkatan akademik yang sudahpun tertulis dalam bidang tugas Unit Akademik yang jelas terpapar didalam web JPMK dapat dihidangkan kepada pelajar sebagai salah satu usaha meningkatkan akademik dikalangan pelajar. Saya harap selepas ini pegawai JPMK tidak pula dituduh menyusahkan pelajar.

2. Seorang ketua pelajar semestinya berperanan penting dalam menjaga kemaslahatan umum. Tidak timbul isu pengerusi menjalankan tugas-tugas polis. Jika begitu, semestinya pengerusi dibekalkan sepucuk pistol dan gari (macam polis mesia) bertindak sebagai polis dan setiap bulan mendapat gaji dari kerjaan Mesir. PMRAM cawangan Tanta berdaftar dibawah syuun Ijtimaie yang mana turut dipantau oleh pihak keamanan Mesir. Bukan itu sahaja, syuun masakin (Jabatan Perumahan Mesir) dan syuun Thullab(Jabatan Pelajar di Universiti) juga memantau penempatan pelajar dan pengurusan pelajar di dalam universiti. Jika mereka menghendaki sesuatu perkara dalam membuat pengurusan dan membuat membuat sesuatu etika pengurusan, mengapa tidak ketua pelajar tidak memberi kerjasama kepada mereka? Hatta pihak safaroh pun jika datang ke Tanta, pengerusi akan bekerjasama dengan pegawai safaroh( spt berjumpa dengan pelajar dll). Adakah itu juga dikatakan ketua pelajar tersebut menjalankan tugas 'pegawai safaroh'?

3. Saya cukup bersetuju dengan kaedah Fiqh yang disebut oleh En Khairi tersebut. Maka, dengan ini saya memohon untuk dirujuk kepada Puan Salwa dan Ust Zulhimi Roslan selaku ketua pelajar Tanta untuk mendapatkan keterangan. Apa yang berlaku selepas kejadian tempoh hari, tiada penerimaan penerangan tersebut dan ust zul diugut pula. Jernihkan semula apa yang berlaku ini. Jangan sampai pelajar nampak pegawai tidak berhemah dan profesional dalam isu ini. Bagi kami En khairi adalah penyebab isu ini berlaku, bermula dari sindiran sinis dakwaan seorang pelajar (Pengerusi Tanta) yang di'katakan' wakil safaroh didalam facebooknya. Minta untuk menjernihkan keadaan. Saya yakin us Zulhilmi bersedia memberi keterangan jelas dan beberapa orang yang lain yang turut sama-sama us zul. Inilah yang dihendaki oleh kami warga Tanta. Harap boleh menjernihkan keadaan.

4. Soal polisi yang disebut oleh Presiden PMRAM cuba perhatikan pada ayat-ayat tersebut "Mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Pihak Keselamatan Mesir, mana-mana pegawai kerajaan yang ingin membuat kunjungan atau kerja rasmi di setiap cawangan, maka mereka perlu memberitahu kepada Presiden PMRAM dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) untuk memudahkan sebarang urusan gerak kerja.". Jelas terang lagi tersuluh bukan polisi tersebut dicipta oleh PMRAM, tetapi polisi tersebut ditetapkan oleh PIHAK KESELAMATAN MESIR..!!!!!!!!!! link .

5. Akhirnya dari saya, hak seseorang semestinya akan dibela oleh Islam. Islam datang dengan keadilan dan menjaga seluruh maqasid syariyyah maslahah kepada manusia. Namun, jika hak seseorang dirampas, maka Islam datang dengan penyelesaiannya. Manusia terkadang ada melakukan kesilapan. Mungkin sebab lupa dan mungkin tak tahu menahu akan sesuatu hal. Islam mengajar untuk kita bertaubat atau berminta maaf jika kita melakukan kesilapan. Dan jika kita tidak tahu menahu harus bertanya kepada orang yang tahu menahu akan hal tersebut.

Kenyataan KJ tersebut bole rujuk disini link .

Antara Artikel dan kenyataan Rasmi Badan-badan persatuan di Mesir dan liputan Malaysia.
Tuduhan melulu EN Khairi :Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM 2010.
Isu Tanta : Kenyataan Rasmi BKSAM.
Shibin turut sama menyelar Tindakan Khairi JPMK

Tangan kotor Khairi JPMK : Kenyataan Rasmi Pengerusi DPM Mansurah.

.

Thursday, April 22, 2010

INI SATU FITNAH..!!

Sila rujuk di sini :

Fitnah Khairi Jalaluddin (pegawai JPMK) kepada pengerusi Tanta.



Antara kesalahan yang tidak patut terjadi :

1) Tiada makluman kepada pengerusi Tanta akan kehadiran pihak safaroh ke Tanta, menyebabkan pihak amnu daulah marah. Mengikut prosedurnya, jika pihak safaroh ingin datang ke Tanta, Amnu daulah di Tanta telah mengeluarkan arahan kepada Pengerusi Tanta sebagai 'Mandub' iaitu (wakil PMRAM yang berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie) untuk memaklumkan kepadanya (amnu daulah) akan kehadiran mereka di Tanta. Tetapi perkara ini tidak terjadi, malah pengerusi dituduh menggunakan nama safaroh dalam kes ini.



2) Pihak safaroh (yang terlibat) telahpun 'mendakwa' kepada amnu daulah bahawasanya mandub di tanta itu dibawah mereka juga(kononnya dibawah safaroh, jadi xperlu nak bagitahu mandub). Errr, sejak bila DPMT n PMRAM bawah safaroh ye? Sejak bile plak daftar bawah safaroh, bape no pendaftarannya? Nak bagitahu kat sini PMRAM berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie Mesir. No pendaftaran 803



3) Pihak amnu daulah pening sebab sebelum ini mandub (pengerusi tanta) bertindak dibawah Jamiyyah (PMRAM yang bertindak dipusatnya kaherah) yang telah didaftarkan dibawah syuun ijtimaie,tapi sekarang dikatakan pula dari puan salwa(salah seorangpegawai JPMK) pengerusi tersebut dibawah mereka, ai tak ke pening tu? Timbul kemarahan dari pihak amnu daulah. (hm,kalau aku pon marah, ko tipu aku ke sebelum ni, hish xbleh jadi nih!!).

Fitnah sebegini tidak patut berlaku. Pegawai safaroh semestinya perlu bertindak lebih efisyen dan matang dalam setiap tindakan. Dalam kes ini kita terikat dengan prsedur polis (amnu daulah) di Tanta, dan tidak timbul soal Pengerusi membuat kerja-kerja polis sebagaimana yang didalihkan oleh KJ dalam facebooknya tempoh hari. Terikat undang-undang bukan membuat kerja2 polis!

Saya malu dan rasa kecewa dengan kes-kes yang camni. Nak diikutkan kes ini hanya perlu penjelasan semula sahaja, dan dahpun diperjelaskan semula kepada amnu daulah akan hal berkenaan, tetapi pihak yang 'berkenaan' tidak merasa bersalah akan dakwaan mereka dan menyebar fitnah pula kepada orang lain, yang ni aku tak puas ati!

Berita ini telah masuk dalam tranngkite : Rujuk

.
.

Thursday, April 15, 2010

Berjihad dan berperang pada jalan ALLAH...!!!




Wahai penyeru dan pendokong agama Allahhh...!!!

Antom berjuang fi sabilillah untuk apa?
Antom berjuang fi sabillah tujuannya apa???





Satu Hadis yang ana nak kongsikan bersama.

Abu Musa Al-Asya'ri R.A menceritakan : Ada seorang arab badawi datang berjumpa Nabi S.A.W, lalu bertanya : "(Diantara) Orang yang berperang kerana mahukan Ghanimah(harta rampasan),yang berperang supaya disebut orang (menjadi masyhur), berperang kerana riya' (menunjuk-nunjuk pada orang lain), maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? " Sabda Nabi S.A.W "Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah sahaja yang berperang pada jalan Allah!"


''''''''''''''''''''''''''''''''''''\\

Al-Islam Ya'lu wala yu'la Alaihhh...!!!
ISLAM itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya..!!

Mari para rakan dan taulan, setelah mengetahui perjuangan kita ini untuk apa,ayuh bersama kualitikan diri. Jadilah matahari yang boleh menyinari dan memberi manfaat pada orang lain. Golongan agamawan sayugianya menjadi orang yang 'luar biasa'. Luar biasa dari orang yang ingin menjadikan dirinya biasa-biasa sahaja. Kualitikan diri kaliannnnnnnn....!!!


Blog Ust Din Tantawi
Mengkualitikan anggota PAS.