Monday, April 26, 2010

Kenyataan KJ : PMRAM dituduh menyusahkan pelajar!!







Assalamualaikom.









Kepada seluruh pembaca sekalian.

1. Saya secara peribadi selaku ahli PMRAM dan juga rakyat malaysia rasa kesal atas tuduhan yang TIDAK BERASAS ini. Manamungkin PMRAM sebuah pertubuhan kebajikan pelajar menyusahkan pelajar. Pelajar mana yang dimaksudkan? Adakah kepada pengerusi Tanta yang dikatakan 'membuat kerja-kerja polis' yang hanya menjalankan tugas sebagai seorang ketua kepada seluruh mahasiswa malaysia di Tanta? Jika dakwaan tersebut seolah-oleh mengganggu pelajar terbabit, soalnya kenapa pula urusan di pejabat kedutaan (JPMK) hanya boleh dibuat pada hari isnin, rabu dan khamis, tiga hari seminggu sedangkan pada hari itu waktu pelajar harus masuk ke kuliah? Macammana pula pelajar yang telahpun mengorbankan masa mereka kesana tetapi pegawai yang bertugas datang lambat? Kerap juga pegawai tidak ada sewaktu pelajar ramai diluar menanti memerlukan cop pengesahan dari pegawai sedangkan pintu tertutup rapat? Soal pegawai sedang meeting,tetamu datang dari malaysia, bercuti ke laur negara sampai 2minggu? Tiada kah pegawai yang boleh sepenuh masa bersama dengan pelajar untuk menguruskan hak-hak pelajar? Bagi saya itulah yang disifatkan sebagai gangguan yang sebenar. Pengerusi Tanta telah menjalankan tugasnya sebagai ketua pelajar memberi kerjasama kepada pihak polis tetapi seorang pegawai JPMK yang diberi tugas agar berfungsi untuk mencapai dalam misinya "memberi khidmat, membimbing, menjaga serta mengadakan kemudahan kepada pelajar agar MEREKA DAPAT BELAJAR DENGAN SELESA DAN MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG" ????????? Saya ternanti juga kursus peningkatan akademik yang sudahpun tertulis dalam bidang tugas Unit Akademik yang jelas terpapar didalam web JPMK dapat dihidangkan kepada pelajar sebagai salah satu usaha meningkatkan akademik dikalangan pelajar. Saya harap selepas ini pegawai JPMK tidak pula dituduh menyusahkan pelajar.

2. Seorang ketua pelajar semestinya berperanan penting dalam menjaga kemaslahatan umum. Tidak timbul isu pengerusi menjalankan tugas-tugas polis. Jika begitu, semestinya pengerusi dibekalkan sepucuk pistol dan gari (macam polis mesia) bertindak sebagai polis dan setiap bulan mendapat gaji dari kerjaan Mesir. PMRAM cawangan Tanta berdaftar dibawah syuun Ijtimaie yang mana turut dipantau oleh pihak keamanan Mesir. Bukan itu sahaja, syuun masakin (Jabatan Perumahan Mesir) dan syuun Thullab(Jabatan Pelajar di Universiti) juga memantau penempatan pelajar dan pengurusan pelajar di dalam universiti. Jika mereka menghendaki sesuatu perkara dalam membuat pengurusan dan membuat membuat sesuatu etika pengurusan, mengapa tidak ketua pelajar tidak memberi kerjasama kepada mereka? Hatta pihak safaroh pun jika datang ke Tanta, pengerusi akan bekerjasama dengan pegawai safaroh( spt berjumpa dengan pelajar dll). Adakah itu juga dikatakan ketua pelajar tersebut menjalankan tugas 'pegawai safaroh'?

3. Saya cukup bersetuju dengan kaedah Fiqh yang disebut oleh En Khairi tersebut. Maka, dengan ini saya memohon untuk dirujuk kepada Puan Salwa dan Ust Zulhimi Roslan selaku ketua pelajar Tanta untuk mendapatkan keterangan. Apa yang berlaku selepas kejadian tempoh hari, tiada penerimaan penerangan tersebut dan ust zul diugut pula. Jernihkan semula apa yang berlaku ini. Jangan sampai pelajar nampak pegawai tidak berhemah dan profesional dalam isu ini. Bagi kami En khairi adalah penyebab isu ini berlaku, bermula dari sindiran sinis dakwaan seorang pelajar (Pengerusi Tanta) yang di'katakan' wakil safaroh didalam facebooknya. Minta untuk menjernihkan keadaan. Saya yakin us Zulhilmi bersedia memberi keterangan jelas dan beberapa orang yang lain yang turut sama-sama us zul. Inilah yang dihendaki oleh kami warga Tanta. Harap boleh menjernihkan keadaan.

4. Soal polisi yang disebut oleh Presiden PMRAM cuba perhatikan pada ayat-ayat tersebut "Mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Pihak Keselamatan Mesir, mana-mana pegawai kerajaan yang ingin membuat kunjungan atau kerja rasmi di setiap cawangan, maka mereka perlu memberitahu kepada Presiden PMRAM dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) untuk memudahkan sebarang urusan gerak kerja.". Jelas terang lagi tersuluh bukan polisi tersebut dicipta oleh PMRAM, tetapi polisi tersebut ditetapkan oleh PIHAK KESELAMATAN MESIR..!!!!!!!!!! link .

5. Akhirnya dari saya, hak seseorang semestinya akan dibela oleh Islam. Islam datang dengan keadilan dan menjaga seluruh maqasid syariyyah maslahah kepada manusia. Namun, jika hak seseorang dirampas, maka Islam datang dengan penyelesaiannya. Manusia terkadang ada melakukan kesilapan. Mungkin sebab lupa dan mungkin tak tahu menahu akan sesuatu hal. Islam mengajar untuk kita bertaubat atau berminta maaf jika kita melakukan kesilapan. Dan jika kita tidak tahu menahu harus bertanya kepada orang yang tahu menahu akan hal tersebut.

Kenyataan KJ tersebut bole rujuk disini link .

Antara Artikel dan kenyataan Rasmi Badan-badan persatuan di Mesir dan liputan Malaysia.
Tuduhan melulu EN Khairi :Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM 2010.
Isu Tanta : Kenyataan Rasmi BKSAM.
Shibin turut sama menyelar Tindakan Khairi JPMK

Tangan kotor Khairi JPMK : Kenyataan Rasmi Pengerusi DPM Mansurah.

.

No comments: