Sila rujuk di sini :
Fitnah Khairi Jalaluddin (pegawai JPMK) kepada pengerusi Tanta.
Antara kesalahan yang tidak patut terjadi :
1) Tiada makluman kepada pengerusi Tanta akan kehadiran pihak safaroh ke Tanta, menyebabkan pihak amnu daulah marah. Mengikut prosedurnya, jika pihak safaroh ingin datang ke Tanta, Amnu daulah di Tanta telah mengeluarkan arahan kepada Pengerusi Tanta sebagai 'Mandub' iaitu (wakil PMRAM yang berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie) untuk memaklumkan kepadanya (amnu daulah) akan kehadiran mereka di Tanta. Tetapi perkara ini tidak terjadi, malah pengerusi dituduh menggunakan nama safaroh dalam kes ini.
2) Pihak safaroh (yang terlibat) telahpun 'mendakwa' kepada amnu daulah bahawasanya mandub di tanta itu dibawah mereka juga(kononnya dibawah safaroh, jadi xperlu nak bagitahu mandub). Errr, sejak bila DPMT n PMRAM bawah safaroh ye? Sejak bile plak daftar bawah safaroh, bape no pendaftarannya? Nak bagitahu kat sini PMRAM berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie Mesir. No pendaftaran 803
3) Pihak amnu daulah pening sebab sebelum ini mandub (pengerusi tanta) bertindak dibawah Jamiyyah (PMRAM yang bertindak dipusatnya kaherah) yang telah didaftarkan dibawah syuun ijtimaie,tapi sekarang dikatakan pula dari puan salwa(salah seorangpegawai JPMK) pengerusi tersebut dibawah mereka, ai tak ke pening tu? Timbul kemarahan dari pihak amnu daulah. (hm,kalau aku pon marah, ko tipu aku ke sebelum ni, hish xbleh jadi nih!!).
Fitnah sebegini tidak patut berlaku. Pegawai safaroh semestinya perlu bertindak lebih efisyen dan matang dalam setiap tindakan. Dalam kes ini kita terikat dengan prsedur polis (amnu daulah) di Tanta, dan tidak timbul soal Pengerusi membuat kerja-kerja polis sebagaimana yang didalihkan oleh KJ dalam facebooknya tempoh hari. Terikat undang-undang bukan membuat kerja2 polis!
Saya malu dan rasa kecewa dengan kes-kes yang camni. Nak diikutkan kes ini hanya perlu penjelasan semula sahaja, dan dahpun diperjelaskan semula kepada amnu daulah akan hal berkenaan, tetapi pihak yang 'berkenaan' tidak merasa bersalah akan dakwaan mereka dan menyebar fitnah pula kepada orang lain, yang ni aku tak puas ati!
Berita ini telah masuk dalam tranngkite : Rujuk
.
.
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment