Semalam secara kebetulan saya turun ke surau/dewan utama rumah kl kira-kira jam 9malam, ada program penerangan oleh pensyarah USIM, pensyarah bahagian Undang-undang di USIM. Datang ke mesir mengikuti kursus 3bulan di Darul ifta', Mesir. Seluruh Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghantar wakil-wakil mereka untuk mengikuti kursus 3bulan ini.
Apabila saya masuk ke dalam dewan, slot penerangan sudah hampir tamat, peserta dibekalkan satu kertas pengisian yang tertulis disitu "KEMAHIRAN INSANIAH : CABARAN DAN KEPERLUANNYA KEPADA MAHASISWA AL-AZHAR" . Satu pengisian yang saya rasa tak pernah saya dapati melainkan sebelum-sebelum ini di dalam program PMRAM khususnya program-program perkaderan.
Saya amat tertarik dengan tajuk pengisian tersebut, selepas itu berjumpa dengan pembentang berbual sedikit sebanyak tentang peribadi dan USIM di Malaysia. Secara peribadinya, inilah yang saya harapkan. Orang yang berpengalaman datang ke Mesir berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mahasiswa. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada beliau, sanggup turun padang bersama pelajar walaupon baharu saja 20hari di Mesir sudah ingin rasa berkongsi ilmu dengan mahasiswa.
Saya berpandangan dan berharap, begitulah juga sifat pegawai-pegawai yang dihantar dari Malaysia duduk bersama pelajar. Ada kelulusan dan pengalaman yang banyak untuk dikongsi dan bersama meningkatkan prestasi cemerlang mahasiswa, bukan menyusahkan pelajar, menyekat pelajar dan lain-lain.
Kemahiran insaniah tersebut adalah penting bagi mahasiswa yang cemerlang. Kata beliau memang ramai yang belajar kemudian berjaya mendapat mumtaz dan sebagainya tetapi dari sudut aspek ini dia agak tidak cemerlang. Tambah beliau lagi, segala kemahiran ini penting dan atas kesedaran tersebut telahpun ditetapkan sulibusnya dalam pembelajaran di USIM. Sebab itu bagi beliau perlu diketengahkan juga semua kemahiran ini kepada mahasiswa Al-Azhar bagi meningkatkan lagi kecemerlangan.
Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang menjadi keperluan kepada seluruh diri kita yang bergelar mahasiswa.
KEMAHIRAN KEMANUSIAAN :
CABARAN DAN KEPERLUANNYA KEPADA MAHASISWA MESIR
TUJUH KEMAHIRAN INSANIAH YANG UTAMA :
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran Kerja Berpasukan
Kemahiran Keusahawanan
Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
Etika Dan Moral Profesional
Kemahiran Kepimpinan
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan member maklumbalas.
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan .
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan .
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH
Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.
Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif .
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latarbelakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
Kebolehan member sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.
Kebolehan mengenalpasti peluang perniagaan
Kebolehan merangka perancangan perniagaan.
Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan.
Kebolehan untuk bekerja sendiri.
KEMAHIRAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pembelajaran berterusan melibatkan usaha pelajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru.
Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.
Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi.
Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu.
KEMAHIRAN ETIKA DAN MORAL PROFESSIONAL
Etika dan moral professional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.
Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional.
Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah berkaitan etika.
Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.
KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
Berpengetahuan tentang teori asas kepimpinan.
Kebolehan untuk memimpin projek.
Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan.
Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan.
No comments:
Post a Comment