Bagi saya, pegawai kerajaan harus ada kelulusan tinggi. Paling kurang lepasan Master atau PHD. Pengalaman mereka dalam pengajian tersebut mampu membentuk dan memandu mahasiswa kearah lebih baik. Cara penyelesaian masalah pun kearah profesional dan punyai daya pemikiran yng terbuka dan rasional. Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah bukan sekadar tidak ada pengalaman tetapi lebih buruk lagi menekan mahasiswa dan tidak profesional dalam menangani masalah mahasiswa. Kalau begitu amat mudah untuk menjadi pegawai kerajaan. Pekerja di kebun belakang umah saya pun boleh jadi pegawai kerajaan! Apapun,jika tiada kelulusan sekalipon biarlah boleh memberi kepentingan dan manfaat kepada mahasiswa keseluruhannya tanpa menganaktirikan sesiapa. Adakah keadaan sekarang sedemikian rupa? Belum lagi dinilai pegawai datang dihantar oleh kerajaan atau dari parti politik???
Cerita ugut mengugut? Bagi saya orang samseng je buat. Takpun dia rasa dia tu 'kemaih' sangat dah sebab tu dia rasa best ugut-ugut nih. Dan mungkin juga warisan tok moyang dia dulu-dulu. Peduli apa!
Pengalaman ana sendiri di Mesir ni pernah juga diugut. Bukan pegawai BKAN tapi pegawai JPMK satu ketika dulu. Pada masa itu saya memegang tampuk kepimpinan di Tanta. Antara ugutan tersebut ialah :1) Diugut kuliah saya akan ditukarkan ke Kaherah dan tak boleh belajar di Tanta. 2) Pasport saya akan diambil lalu dihantar ke Malaysia. Persoalannya ialah sesuai atau tidak ugutan tersebut hanya kerana saya tidak bersetuju atas permintaan memberi segala laporan kesemua apa yang berlaku di Tanta, sedangkan tiada bantuan langsung diberikan kepada kami(persatuan), tapi Nadi UMNO Tanta diberikan peruntukan? Persatuan pada ketika itu perlu berdikari dan mencari kewangan sendiri dalam memberi kebajikan kepada ahli. Jatuh bangun kami pada ketika itu berpandukan pengalaman dan apa yang ditinggalkan oleh abang-abang lama di Tanta. Kebajikan terus dijadikan perjuangan dari sudut moral, pengajian, kewangan, namun semuanya itu tiada peruntukan dari JPMK. Adakah wajar dengan meminta laporan kemudian membuat ugutan sedemikian rupa?
Hak mahasiswa perlu dipertahankan. Jika zakat berhak dari sudut syarak di beri kepada Mahasiswa maka tidak boleh ditarik oleh kerajaan. Ops kerajaan ke? Hm, Kadang-kadang sebut kerajaan ni tak kena jugak. So kena sebut pegawai kerajaan jika individu tersebut menjawat jawatan wakil kerajaan. Yelah kadang kerajaan dah luluskan demikian tapi pegawai tu pulak yang buat onar nak tarik balik. Kepada pegawai yang menjalankan amanah dengan betul, syabas saya ucapkan. Tapi betul ke pegawai kerajaan, ke pegawai UMNO?
Apapon salahlaku pegawai yang mungkin dikatakan pegawai kerajaan itu boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan. Kot mana pun kerajaan milik rakyat, milik mahasiswa bukan hanya milik peribadi dan UMNO! PAS dah memerintah kedah dan kelantan pon sudah menjadi kerajaan. Pembangkang still UMNO dan UMNO di negeri tersebut. Sila jaga nama baik kerajaan kalau nak jadi pegawai kerajaan. Sila lakukan tugas dengan berhemah apabila berdepan dengan mahasiswa bukanlah lagak ala pemerintahan ketua asrama budak sekolah menengah.
Mahasiswa perlu dibantu dari sudut perkembangan ideologi yang sempurna. Mahasiswa perlu dibantu kerajaan dalam meningkatkan taraf kecemerlangan mereka dalam setiap pengajian yang mereka ceburi. Apabila sudah ada persatuan mahasiswa yang bertindak menjaga kebajikan pelajar, maka kerajaan perlu ada peruntukan untuk menolong. Amat susah jika kerajaan nak bina semula organisasi yang lain untuk tujuan yang sama. JIKA semua ini berlaku, saya yakin dan percaya negara kita kearah membentuk jiwa-jiwa yang punyai wawasan dalam memerintah negara satu hari nanti. Takkan nak bagi pada orang gila untuk memerintah? Kita takut apabila diberi kepada orang gila, sekiranya berlaku sesuatu masalah maka diselesaikan dengan cara tersendiri oleh orang gila tersebut? Orang gila dengan cara penyelesaian cara gilanyalah!
Satu ketika orang-orang gila perlu ditempatkan ke tempat yang lain lalu pengangkutan mereka melalui kapal terbang yang ditemani oleh seorang pilot dan dilantik seorang ketua daripada orang gila tersebut. Semasa perjalanan suasana dalam kapal terbang amat bising. Seketika kemudian didapati bunyi bising tersebut tidak lagi kedengaran. Lalu dipanggil ketua daripada orang gila tersebut oleh pemandu kapal terbang. "Tadi bunyi bising sangat tapi sekarang kenapa semua diam, tak bunyi pape pun, kamu buat macammana dorang tak bising?". Lalu dijawab oleh ketua orang gila tadi "saya dah suruh depa main kat luar, bising sangat!!". Demikianlah cara penyelesaian orang gila! Orang gila tersebut merasakan itulah tindakan yang paling dinamis dan praktikal untuk membasmi masalah tersebut! Habis semua mati.
Sayugia yang boleh diambil ialah, mahasiswa teras pembangunan negara, maka harus dipandu dengan sebaiknya. Hak mahasiswa perlu diberi. Kepada yang memerlukan pertolongan harus ditolong dan amat tidak wajar ianya disekat. Kepada pegawai yang diminta untuk berkhidmat disini kami mohon bersama mahasiswa dalam menangani pelbagai masalah mahasiswa. Kes couple tidak syarie, kes merokok yang masih memegang pendapat makruh lagi, gengterisme dan macam-macam lagi. Harap dengan kedatangan pegawai dapat membantu masalah ini dan mahasiswa kearah pembentukan fikrah yang lebih baik justeru menjadi pemimpin negara akan datang.
Pegawai kerajaan berkhidmat untuk negara, pegawai UMNO berkhidmat untuk UMNO!
Selamat menjalani peperiksaan!
.
No comments:
Post a Comment