Wednesday, March 04, 2009
MUTARABBI ILA MURABBI
Alhamdulilah pada tahun ini diberi peluang oleh Allah untuk pulang bercuti di Malaysia. Kini genap sudah sebulan berada di Malaysia. ‘Pulang bercuti’ barangkali bukan maksud ‘cuti’ yang sebenar. Ini kali kedua saya balik bercuti dalam tempoh 5tahun berada diperlembahan nil.
Pengalaman balik bercuti pada kali ini agak berlainan. Jika kali pertama dulu saya berpeluang bersama dengan kepimpinan di Perlis sahaja akan tetapi pada kali ini saya berpeluang berjumpa dengan ramai pimpinan jemaah berlainan negeri dan peringkat.
Us Yussainie Yahya seorang murabbi yang disegani. Mempunyai ruh perjuangan yang mampu memukau pendengar dengan baris kata-katanya samaada dalam ceramah mahupun pengisian-pengisian program. Itulah kata-kata yang keluar dari hati yang telah ditarbiah oleh Allah s.w.t, pembawa risalah Allah. Sesuailah dengan jawatan beliau menyandang jawatan sebagai ketua Lajnah Tarbiah, perkaderan dan dakwah PAS Negeri Perlis. Bekerja sepenuh masa sebagai pendakwah. Inilah kali kedua saya ‘melaporkan diri’ bersama beliau dalam membantu urusan dakwah khususnya di negeri indera kayangan ini setelahmana dua kali saya kembali bercuti di tanah air. Ramai mutarabbi yang dikader telah berjaya diperingkat masing-masing. Seorang yang berjiwa besar mampu mendidik dan mengkader para murabitun faham akan tuntutan jemaah. Tidak ketinggalan ramai juga yang berkhidmat sepenuh masa dengan jemaah hasil dari didikan tarbiahnya.. Kata keramatnya pernah diucapkan kepada saya ‘kita ini hanya kuli kepada agama’. Kata-kata inilah yang memahamkan saya atas tuntutan Allah kepada hambanya.Sungguh menyentuh. Manakala usrah yang dibawa oleh beliau ialah terdiri daripada pelbagai latar belakang pengajian dan semuanya itu merupakan bekas-bekas saf kepimpinan jemaah-jemaah kampus iaitulah seramai 26 orang kesemuanya. Laman blog beliau sahabat-sahabat boleh jadikan tajuk ‘Mesti baca’ melalui blog sahabat-sahabat sekalian. http://www.jihadtegakislam.blogspot.com/
Us Zulkiflli Ahmad. Kali pertama saya mendengar namanya ialah pada tahun 2003. Nama beliau disebut-sebut oleh abang2 senior saya diTanta dengan sifat kepimpinan beliau yang teratur. Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi saya diceritakan oleh naqib saya dialah seorang naqib yang sangat hebat satu ketika dulu. Orang lain buat usrah seminggu sekali. Tapi beliau, tidak kurang dari 3kali seminggu. Itulah kekuatan yang dapat dipersembahkan demi menanggung bebanan dakwah ini. Semangat dan kefahaman yang mendalam membuatkan beliau bergerak dengan cara lebih agresif. Itulah dia seorang jiwa pejuang yang memahami erti perjuangan tanpa henti. Sekarang beliau memegang amanah di dalam jemaah sebagai Yang Di Pertua kawasan Pandan, Selangor. Saya berpeluang dipertemukan oleh Allah, ketika saya sampai di KLIA,saya terus dibawa menziarahi beliau semasa perjalanan balik ke rumah us yusainie di kajang. Hilang penat saya berjumpa dengannya setelah 10jam lamanya berada didalam flight. Zaujahnya juga tak kurang hebatnya berperanan sebagai ketua Nisa’ Selangor. Diantara kata keramat beliau ‘" Hidup atas kemuliaan Islam, Mati kerana memuliakan Islam"- Ustaz Zulkifli Ahmad’… http://genggam-islam.blogspot.com/
Murabbi yang seterusnya ialah Ustaz Zainal Asri, yang lebih dikenali sebagai paklong zainal asri. Seorang murabbi agung khusus di kedah. Beliau memegang jawatan sebagai timbalan ketua Lajnah Tarbiah Kedah.Walaupun dia hanya timbalan ketua tetapi gerak kerjanya saling tak tumpah berperanan sebagai ketua tarbiah. Ketua tarbiah ialah tuan guru haji Rahim, beliau sememangnya sebuk dengan pelbagai jawatan yang lain iaitulah memegang jawatan sebagai Ketua ulamak PAS negeri kedah. Dengan kesebokkan itu maka paklong zainal asrilah yang selalu membuatkan kerja-kerja tarbiah negeri menggantikan ketiadaan Tn Guru Hj Rahim. Saya sekali lagi dipertemukan oleh Allah dengan beliau selepas beliau menziarahi mesir beberapa bulan yang lepas yang mana ketika itu saya masih berada disana. Di mesia sekarang ini, saya tidak berpeluang untuk melazimi mengikuti usrah yang dibawa oleh beliau pada setiap minggu, disebabkan sekarang agak banyak tanggungjawab dan komitmen yang sediaada di perlis ini. Walaupun begitu saya bertuah dipelawa oleh beliau bersama-sama kepimpinan tarbiah diperingkat negeri kedah,cuma masa dan suasana tidak mengizinkan. Moga tak lupa pada tanah kelahiran. Seorang mujahid islam pernah berkata 'Aku ibarat anak panah dakwah, lemparkan aku kemana sahaja, disitulah aku berjuang.!!' Ya Allah, aku berlindung dari segala fitnah yang nyatanya tidak menguntungkanMu dan juga agamaMU.
Murabbi yang terakhir yang boleh sebut disini ialah Ustaz Mohd Noor. Berasal dari melaka. Beliau merupakan pakar rujuk tarbiah haraki kepada sahabat-sahabat kita di Melaka,beliaulah murabbi yang disegani. Terasa semangat jihadnya yang begitu membara apabila selesai memberi pengisian seterusnya membaca doa wehdah di dalam satu program lajnah tarbiah yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah pusat di Perlis baru-baru ini. Beliau sangat komited dengan kerja-kerja dakwah. Panggilan sebagai ‘Abi’ oleh anak-anak buahnya menunjukkan beliau menjadi pakar rujuk pada setiap program gerakkan dakwah. Baru sebentar tadi saya dikhabarkan oleh beliau dalam perjalanan balik dari menjadi tenaga pengisi satu program bersama mahasiswa-mahasiswa kampus disebelah selatan sana yang pada waktu itu jam 1pagi!! Bayangkanlah jam satu pagi belum lagi sampai rumah atas kerja dakwah..! Sahabat-sahabat boleh mengambil ilmu dan bimbingannya dengan melayari laman blognya disini http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/
Ramai lagi murabbi-murabbi agung yang saya tak sempat sebut disini. Inilah jiwa-jiwa yang saya secara khusus mendapat pentarbiahan dari mereka. Mari kita doakan kejayan mereka di dunia dan akhirat. Jiwa murabiyun inilah yang dihantar oleh Allah untuk membentuk jiwa2 yang lain bersama berperanan menjunjung amanah Allah. Moga Allah menerima segala amalan mereka dan mengampunkan segala dosa mereka. Ana mohon restu dan halal segala ilmu yang diberi melalui mereka,moga berkat mendapat pimpinan dariNya.
Mari lihat perjuangan mereka :
1) Keyakinan dan keikhlasan yang sepenuhnya kepada Allah. Ini dapat dibuktikan dari setiap baris kata dan tindakan mereka dalam setiap kali misi dakwah.
2) Telah berjaya mengkader seberapa banyak yang boleh sebagai tenaga-tenaga penggerak untuk jamaah. Mengkader jiwa-jiwa baru supaya bersama-sama bangun bersama islam. Nah! Tepuk dada tanya iman kita. Dahla kita banyak beralasan terbatas nak berjuang, tapi seorangpun kita tak boleh lahirkan untuk jemaah. Fikir-fikirkan!!
3) Tidak culas memimpin dan menyertai usrah di setiap peringkat, kawasan dan cawangan. Jadi, kita jangan culas usrah! Usrahlah sebesar-besar penyumbang kepada pembinaan insan yang murabitun di jalan dakwah melalui pentas tarbiah. Sangat mendukacitakan jika ada yang mengatakan bahawa tarbiah tak semestinya dengan usrah. Ketahuilah, seolah2 ada jasad tanpa roh!!!
4) Bekerja sepenuh masa dengan jemaah. Yakin dengan rezeki Allah tanpa rasa syak.
5) Meluangkan masa dengan jemaah lebih banyak dari masa bersama keluarga. Berkorban untuk agama. Bekerja untuk Allah.
6) Segala tindak tanduk mereka selari dengan keputusan, arahan dan kehendak jemaah. Mereka begitu tawadhuk dengan barisan kepimpinan jamaah. Sifat as-sam’u wa tho’ah mereka kepada jemaah harus kita contohi. Ikat diri dengan jemaah. Bertindak atas kehendak jemaah!!!
Saya apabila merenung kembali siapa saya jika hendak dibandingkan dengan mereka,saya seraya lemah dan tanpa mampu meneruskan kata-kata, saya hanya meminjam kata-kata ust Zulkifli Ahmad yang berbunyi ‘Aku lemah ya Allah, tapi aku nak bejuang, …’ . Mungkinkah hanya layak memegang title mutarabbi ini sepanjang hayat kepada mereka yang murabbi kepada kita, ataupun satu masa nanti kita ditaklifkan menjadi murabbi kepada mutarabbi yang lain. Ayuh berjiwa da’ie..!! Bergerak mengikut kehendak dan ketetapan jemaah!!
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment