Salam ISTIQAMAH
Tanggal 5 November 2008 seorang Murabbi menziarahi tempat pusara Syeikh Sidi Ahmad Badawi, Masjid Ahmad Badawi, Gharbiah , Tanta. Beliau ialah Pak Long Zainal Asri. Seorang Murabbi kepada para mujahid dan serikandi di tanahair, khususnya di negeri Kedah. Tergerak hati, bila ku pandang dia ingat Allah.
" enta nak balik bila? "
" InsyaAllah ana balik tahun depan ".
" Hm, takpalah tu berjaya insyaAllah. "
Harapan saya perkataan 'insyaAllah' yang dilafazkan itu merupakan satu doa dipilih oleh Allah. Walaupun kalimah bermaksud 'jika mendapat perkenan Allah' itu satu kalimah yang singkat, sekejap sangat untuk didengar, ketahuilah maknanya begitu panjang dan begitu banyak perlu dibahaskan, seolah tidak mampu dihurai dengan kata-kata. Teringat satu hadis Nabi s.a.w bersabda : 'Man yuridillahu bihi khairan Yufaqqihhu fiddin', barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, maka Alah akan faqihkan dia dalam agamanya. Demikianlah pernah saya mendengar satu kalimah yang terpancul keluar dari murabbi ini 'ini pilihan Allah'....
Moga aku dan kita semua dipilih olehNya..
SEDAPNYA IMAN
Sabda Nabi s.a.w : Thalathun man kunna fihi, wajada Halawatul iman.
1) An yakunallaha wa Rasulahu Ahabba ilaihi mimma siwa huma.
Hendaklah Kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi atau mengatasi cinta dan kasihnya kepada semua benda lain.
Cakap suami pada isteri 'Jangan sayang saya seratus pratus dan saya tidak sayang kamu sratus pratus!!'
Pernah berlaku kisah di Baghdad, seorang ulamak istrinya mati, lantas membatalkan semua ceramah-ceramahnya, menangis seumur hidupnya, kehidupannya hanya di rumah dan di masjid, balik ke rumah hanya menangis, makan dan minum tidak dipeduli, sehinggakan datang seorang perempuan datang padanya untuk bertanya soalan hukum agama. Dia menolak kerana dia menyatakan dia dalam keadaan sedih. Oleh kerana perempuan itu mendesaknya untuk bertanyakan sesuatu hukum maka dia pun memberi laluan untuk bertanya. 'Aku pernah memberi pinjam rantai aku kepada seseorang, tetapi apabila diminta, dia tidak mahu pulangkan krmbsli, sampailah satu hari aku merentap rantai itu dari tengkoknya untuk mengambilnya semula. Aku ingin bertanya adakah betul tindakan aku itu, kerana aku fahami itu adalah hak aku. Maka si ulamak ini menjawab, ya betul tindakan kamu itu, sebabnya itu adalah hak kamu. Maka perempuan itu bertanya kenapa engkau sebegini. bukankah segala jiwa dan nyawa manusia ini kepunyaan Allah?
Saidina Othman setika sembahyang tiba-tiba dia teringat akan kebun tamar kepunyaannya yang baru dibeli sehinggakan dia lalai dalam solat. maka selepas dia selesai solat berjumpa rasulullah, Ya rasullullah aku sedekahkan kebun tamar aku ni untuk jihad fi sabilillah kerana ia telahpun melalaikan sembahyangku.
Itu harga dan nilainya cinta dan kasih pada Allah dan Rasul.
2)Wa yuhibba mar'a la yuhibbuhu illa lillah
Cinta dan kasih kepada seseorang manusia, melainkan kerana Allah.
3)An Ya'uda fil kufri ba'da an qazahullah kama yakraha an yuhzafa fin naar.
Dia benci Allah balikkan dia kelembah kufur, begitu juga dia benci Allah humbankan dia dalam neraka.
Ya Allah Kurniakan kami kelazatan iman..
Ku nampak dia ingat Allah..
.
3 comments:
httpsalam. kita ingin mencintai Rasulullah SAW lebih drpd segala2nya. tp tiba2 pula ada 'org' kata, kita ni 'ghuluw'. komentar?
salam perjuangan dari tanah airmu yang sedang mekar disirami dakwah... allahuakabar...!!! pak long gi Mesir, tp ari tuh waktu program di Muassasah..minggu last kami ditarbiyah menegnai kematian, dan 1malam di tanah perkuburan dia yg urus. Subhanallah, pertama kali ana tengok pak long menangis. inilah murabbi ikutan kita.... moga2 kita juga sepertinya. Tenaga kalian diperlukan untuk menegakkan Islam di Malaysia. sewaktu di Muassasah, ana dipanggil olh Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh... "perjuangan tak meneganl erti muda dan tua..." "SELAMAT BERJUANG PIMPINANKU..."
cinta kadangkala di salah tafsir.itu yang menjadi penghalang kalimah cinta
Post a Comment