Salam ISTIQAMAH.
Alhamdulilah syukur pada Allah. Dapat lagi rasa nikmat masa yang Allah kurniakan. Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran. Mengapa Allah gabungkan antara kebenaran dan kesabaran? Sesungguhnya setiap kebenaran itu perlu ada sabar untuk menerima kebenarannya. Perlu ada sabar untuk melakukannya. Beruntunglah bagi mereka yang beramal kebajikan lantas sabar dalam setiap tindakan. Moga daku sabar dalam meniti perjuangan dakwah lillah ini, amenn..
Pesanan dari Murabbi saya beberapa hari yang lalu.
kita bukannya kurang berfikir tetapi kita kurang zikir menjadikan setiap fikiran yang tidak dipandu zikir tidak membuahkan hasil sepatutnya..tujuan kita mesti jelas...tugas kita adalah khalifah dalam memakmur bumi,kita mesti ikut kehendak Allah SWT....yakni zikir kepada Allah mesti memandu fikir yg di kembangkan untuk mengurus tadbir bumi
dalam konteks kita...kita sudah diasah fikir dalam tamrin,mukhaiyyam,daurah dan sebagainya..kita bukannya tak cukup pengisian..tetapi kita tidak amal dan hayati apa yg kita ada....kita bukan kurang ilmu tapi kurang amal..pengisian di fikiran kita lansung tak membuahkan rasa gerun dan takut pd Allah . Jika kita gagal menjalankan amanah sebagai khalifah dan pejuang.. menjadikan kita tak sanggup berkorban,berjihad dan berjuang balik msia ...diam, senyap..beri alasan
...posisikan diri dalam jamaah, itu sgt penting, duduk dimanapun mesti ada posisi dalam jamaah kemudian wala' dan taat mesti diaplikasikan sepenuhnya, jgn ada jamaah dlm jamaah, perancangan dalam perancangan, kita mesti berjuang mengikut keperluan jamaah, mesti jamah putuskan, bukannya kita reka sendiri, lagi satu...amalkan tawadhuk akhii, tawadhuk akan selesaikan banyak masalah, walaupun yg diangkat menjadi pemimpi kita hamba habshi yg berambut seperti tangkai anggur, kita mesti taat, walaupun yg arah kita bukan azhari, hakikatnya susah nak tawadhukkk
Point yang saya boleh keluarkan :
1) Perbanyakkan zikir, iannya mampu membentuk fikir dan idea yang bernas dan baik. Sesuai untuk segala tindakan dan keputusan seharian kita, apatah lagi perbincangan yang memerlukan satu keputusan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang meibatkan maslahah yang besar. Zikirlah.
2) Segala apa yang kita ada hayatilah dan nikmatilah keberadaannya. Tengok balik nota-nota tamrin kita. Fahami semula tuntutannya. Amat rugi jika masa yang dikorbankan itu kita tidak dikecapi sepenuhnya pada waktu sekarang.
3) Ilmu tanpa Amal ibarat pohon tidak berbuah. Oleh itu beramallah segala ilmu yang pernah kita ada. Biar rasa gerun pada Allah dengan ilmu yang kita ada. Jika tidak ada rasa gerun pada Allah, mungkin saja kita masih gagal tadabbur apa sahaja yng kita terima. Bukankah segala benda yang ada pada kita, hitung hitung akhirnya kembali jua kepada Allah.
Beramal-beramal amal kerana Allah
Beramal-beramal amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami...
4) Jalankan amanah Allah. Segala anggota badan kita, duit, tenaga, pikiran semuanya datang dari Allah. Tunaikan dari sekarang!! Banyak pentas dan saluran yang sesuai ditatbiqkan. Persatuan, usrah, tamrin, qiamullail, mukhayyam dan lain-lain. Programkan diri supaya benar-benar menjadi khalifah Allah. Taqwa ada pada kita!!
5) Dimana kita berada disitu kita bekerja. Posisikan diri dalam jemaah. Wala' dan taat pada pimpinan. Orientalis telah mengkaji kekuatan ummat islam, ianya diperakui dikalangan mereka sendiri, iaitulah kekuatan ummat islam berpunca daripada sifat dengar dan patuh mereka terhadap pimpinan mereka..!! Takbirrr!!!
6) Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jemaah. Jangan ada jemaah dalam jemaah. Perancangan dalam perancangan. Tawadhu' terhadap pimpinan. Guru saya syeikh saad syafiq Qul Qila berpesan kepada saya, ' hendaklah kamu bersifat tawadhu' dengan guru-guru kamu '. Bukankah pemimpin itu juga boleh kita katakan sebagai guru? Tawadhuk bukan bermaksud tunduk membongkok, tetapi dia patuh terhadap arahan dan tidak melawan.
7) Tabal diri untuk Sum'ah (kemasyhuran, gah nama) Perkara keji hina dan dina. Buat apa hebat pada pandangan manusia, sedangkan hina pada pandangan Allah. Mohon Allah bagi kekuatan tidak kepada sifat sum'ah, samaada tindakan dalam sedar ataupun tidak. Na'uzubillah min zalik.
TAJDID IMAN....!!
Pernah ditanya kepada Nabi S.A.W, bagaimanakah untuk memperbaharui IMAN? maka Nabi S.A.W menjawab , ucaplah kalimah 'Laa Ilaha Illah '..
Berikut bagi menjaga rohani kita agar kita terus bersama Allah. Amalkan setiap hari:
1- Wirid harian (samaada lepas sembahyang, hizib bahar, hizib nawawi dan lain2)
2- Bacaan Al-Quran
3- Ma'thurat setiap masa , bukan hanya pagi ptg shj (Amalan Tn Guru Hj Hadi)
4- Zikir : Subhanallah, walhamdulilah, wallahu akbar, seratus kali (Amalan Tn Guru Hj Hadi)
5- Doa pada setiap masa (amalan Tn guru Nik Aziz)
6- Infaq atau sedekah
Syeikh Muhammad Nazim Haqqani. Madad ya Maulana..
ALLAHU HAQ..!!!
.
No comments:
Post a Comment