Saturday, October 25, 2008

MUSLIM ARTINYA AMILIN









Salam dari bumi barakah Badawi.

Siapa yang bergelar muslim wajib beramal, mempertahankan agamanya seterusnya berdakwah kepada orang lain. Itulah yang dinamakan ' Amal Islami ' . Islam mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri, begitulah juga Amal islami. Diantara rukun-rukun Amal Islami yang telah disebut oleh ulamak ialah :

1) Amal Fardi (Bekerja untuk islam secara solo)
2) Amal Jama’ie (Bekerja untuk Islam secara berjemaah)
3) Amal Ijtima’ie (Bekerja untuk Islam melalui pentas yang lebih luas)

Untuk melaksanakan Amal Islami disana ada pesanan dari ulamak gerakkan. Mari kita lihat pesanannya.Berkata Iman Hassan Al-Banna

'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'



10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.







1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

• Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

• Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.



4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
• Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
• Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”




7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
• Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”



9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


--------------------------------------------------------------


--------------------------------------


--------------------------------------------------------------


Beruntunglah bagi sesiapa yang boleh mendisiplinkan dirinya dalam memastikan 10 sifat2 yang disebutkan tadi diamalkan dengan sebaiknya. Dialah bergelar pekerja (amilin). Pekerja yang bekerja untuk Islam. Amilin yang berjiwa Muttaqin. Berikut antara saranan al-Jamaah buat Amilin, membentuk syaksiyyah (peribadi) yang Muttaqin.


Top Up 15 Nilai Tambah Syakhsiyyah Amilin Muttaqin


1) Tidak takut celaan orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan )

2) Tidak gentar menghadapi risiko ( tahu bagaimana mengurus risiko )

3) Berani mencuba ( tidak prejudis )

4) Semangat mahukan perubahan ( tidak statik atau kaku )

5) Tidak memusuhi idea-idea baru atau pendekatan-pendekatan baru.

6) Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja-kerja jamaah.

7) Tidak emosional sebaliknya bertindak rasional.

8) Tegas dan tidak mudah merajuk.

9) Memberi dan menerima.

10) Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri.

11) Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul.

12) Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri.

13) Optimis dengan kemenangan Islam.

14) Memiliki fizikal yang baik, minda yang cerdas, prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik.

15) Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya.


Salam Penutup



Inilah dia saranan yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat
.Moga berjaya membentuk diri sebagai amilin yang mempunyai nilai Syakhsiyyah Muttaqin sebagai jentera Jamaah. Sebagaimana arahan dan peraturan yang telah di‘tampal’ melalui pekeliling Ilahi:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jadilah pembantu Allah ( orang-orang Allah ) sebagaimana telah berkata Nabi Isa ibnu Maryam AS kepada pengikutnya; Siapa yang sedia menjadi pembantuku untuk menegakkan agama Allah, berkatalah pembantunya; Kamilah penolong agama Allah ! Maka beriman sebahagian dari kalangan Bani Israel dan sebahagiannya kufur. Lalu diberi sokongan kemenangan akan orang-orang yang beriman ke atas musuh-musuh mereka dan akhirnya jadilah mereka golongan yang beroleh kemenangan”. (Surah as-Soff : 14)




Ayuh ISLAH...!!!




.

2 comments:

Anonymous said...

Allahummaj'lna minul ulamaul 'Amilin...

Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah kami dari kalangan ulama' yang bekerja untuk agamaMu..amen..

ana_jundullah said...

slm ziarah.. http://wwwsaifqistina.blogspot.com