Wednesday, June 13, 2007

Solat Istikharah- Bukan hanya memilih calon isteri

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar
Sumber :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.



Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1) Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2)Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3)Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4)Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5)Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)



Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Monday, June 11, 2007

FATWA MESIR - Tidak Boleh Memaksa Wanita Untuk Membuka Niqab


Purdah adalah hak kebebasan berpakaian bagi seorang wanita muslimah

Berikut adalah kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Mesir sebagai jawapan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين



Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka. Adakah pihak Kedutaan dibenarkan dari sudut Syarak untuk memaksa para wanita yang memakai purdah agar para wanita tersebut berpegang dengan satu pandangan yang tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama seperti masalah 'purdah'? Apakah tindakan yang mesti diambil oleh para wanita yang memakai purdah apabila berhadapan dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak Kedutaan?"



Jawapan



Sudah dikenali bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Al-Imam Al-Syafie Radiallahu `Anhu. Di dalam mazhab ini, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal `Ala Syarh Al-Manhaj, ada satu petikan yang turut ada di dalam kitab Syarh Al-Mahalli `Ala Minhaj Al-Nawawi yang berbunyi:

Adapun aurat wanita ketika dia bersama dengan wanita muslim yang lain………..Adapun aurat wanita ketika dia bersama golongan lelaki yang bukan mahramnya, maka auratnya adalah seluruh badan.

Di dalam kitab Hawasyi Al-Syarwani `Ala Tuhfat Al-Muhtaj yang dikarang oleh Ibnu Hajar `Ala Minhaj Al-Nawawi, dinyatakan bahawa:

Diketahui daripada ulasan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat:

• Aurat semasa solat iaitu: sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini

• Aurat dari sudut apabila orang lelaki yang bukan mahram melihat kepada si wanita tersebut iaitu: Seluruh badannya sekalipun muka dan dua tapak tangan berdasarkan pandangan yang muktamad

• Aurat apabila si wanita berseorangan diri dan semasa bersama dengan mahram: iaitu seperti aurat seorang lelaki


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala Al-Khatib dinyatakan bahawa:

Adapun aurat wanita (yang baligh dan merdeka) di luar solat dari sudut pandangan lelaki yang bukan mahram terhadapnya, maka aurat wanita tersebut adalah seluruh badannya sekalipun wajah dan dua tapak tangan, sekalipun aman daripada fitnah.

Berdasarkan petikan di atas, maka berdasarkan situasi yang dinyatakan di dalam soalan, pihak yang berkuasa berhak untuk mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan, menyelidik, memerhati dan membuat pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa.

Antara langkah-langkah tersebut adalah 'meminta' wanita yang berpurdah untuk menzahirkan wajahnya ketika wanita tersebut ingin masuk ke dalam bangunan pihak berkuasa tanpa pihak berkuasa memaksa wanita-wanita yang berpurdah untuk menanggalkan niqab mereka setelah mana mereka berada di dalam bangunan Kedutaan. Ini kerana bangunan kedutaan adalah tempat awam yang boleh dimasuki oleh setiap warganegara (Malaysia).

والله سبحانه وتعالى أعلم
Panel Fatwa
30/5/2007.


Pandangan dari saya:

Masalah kita sekarang ialah mahasiswi yang selalu membuat urusan di bangunan kedutaan Besar Mesir dilarang untuk memakai purdah dengan alasan untuk menjaga keselamatan dan maslahah dari pengganas(terrorist) dan sebagainya.

Kita menerima qarar tersebut,tetapi masalahnya ialah mahasiswi perlu membuka purdah walaupun sudah berada di dalam bangunan kedutaan..!! Tindakan tersebut telah menyalahi apa yang telah difatwakan oleh Majlis fatwa Kerajaan Mesir.

Mengikut logik akalnya bahawa, jika dengan alasan untuk menjaga keselamatan, cukup hanya tindakan pemeriksaan diawal pintu masuk bangunan kedutaan. Setelah pemeriksaan dibuat maka dibenarkan semula memakai purdah. Akan tetapi pihak kedutaan melarang juga dengan memakai semula purdah tersebut sehingga keluar semula diluar bangunan kedutaan. Pernah juga sekali ketikamana berurusan dengan pegawai2 kedutaan ini, sedanag bercakap-cakap dengan pegawai yang lain memuji seorang mahasiswi yang cantik ketika membuat urusan dengan beliau. Saya tidak tahu apa makna disebalik percakapan mereka. Akan tetapi persoalan disini ialah, sedikit sebanyak telahpun menimbulkan fitnah kepada si wanita tersebut. Mungkin inilah makna disebalik tindakan dan larangan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan. Akibatnya mahsiswi di Mesir ini malu untuk datang berurusan dengan pegawai kedutaan. Inilah masalah atau dilema yang dihadapi oleh mahasiswi kita di Mesir. Adakah kita para mahasiswa ingin berdiam tanpa memberi sebarang pandangan dan tindakan? Saya katakan bagi sesiapa yang tidak menghiraukan pencabulan hak ini, maka dia diakatakan tidak amanah dengan ilmu yang ada padanya. 'Al-ilmu bila Amalin, kashsyajaratu bila tsamarin'. Bermaksud Ilmu yang tidak disertai amal ibarat pohon yang tidak berbuah..!!

Amat mudah bagi kita yang berakal melihat akan tindakan ini ialah tindakan ini tidak berakal..!!!

Sunday, June 10, 2007

SAHABAT PENCARIAN SEJATI LAGI HAKIKI

Sahabat -pencarian-

MAAF JIKA DIRIKU TAK SELENGKAP SIFAT2 INI, AKU JUGA MANUSIA BIASA YANG INGINKAN BANTUAN DAN DORONGAN DARI KALIAN SAHABAT2 KU. AKU JUGA MENERIMA SEGALA KEKURANGAN BAIK KELEBIHAN DARI ANTOM.

TIADA MANUSIA TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN, SEDAR MAHUPON TIDAK..
NO BODY PERFECT..!!!

"Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau 'problem' yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.


1. KESABARAN

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG

Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS

Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.

4. SALING MENGHORMATI

Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR

Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percayamempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI

Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN

Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR

Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA

Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI

Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?

11. AMBIL BERAT

Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satupengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yang perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG

Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH

Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.

artikle 'permission' dr miss ayu.

Saturday, June 09, 2007

Benarkah kita beriltizam dengan Islam?

Ahad 10 Jun 2007 | 24 Jamadil Awal 1428 Hijrah

Benarkah kita beriltizam dengan Islam?
Ustaz Zainuddin Hashim

Fri | Jun 08, 07 | 10:20:35 AM

Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.

Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku Muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.

Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.

*Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 Surah Al-An'am yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam."

*Iltizam juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud: "Tidak Aku (Allah) menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku."

*Selain itu, iltizam juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh Allah menerusi ayat 36 Surah Al-Ahzab yang bermaksud: "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka."

Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriltizam dengan Islam, atau hanya berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala ajaran Islam.

Tanda beriltizam kepada Islam

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa, iltizam itu dapat dikenal pasti menerusi penyerahan diri Muslim pada perkara yang zahir dan batin.

Dalam perkara zahir, seseorang Muslim itu melaksanakan segala perintah Allah yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat, memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan sebagainya.

Sementara dalam perkara batin pula, seseorang Muslim itu wajib beriltizam dengan aspek ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya, takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Justeru menurut para ulama, jika seseorang itu menzahirkan kepada manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti kukuh, pakai tudung kepala pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak beriltizam dengan Islam, atau paling tidak dikatakan iltizamnya masih berkurangan.

Kerana iltizam itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT.

Jalan terbaik untuk mengekalkan iltizam kepada Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud:

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, pada waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keredaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas."

Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua-dua ibu bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beriltizam dengan Islam, berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin. - lanh

Petikan dari Harakahdaily.com

TERAPI UNTUK ASMA

Terapi untuk Asma

Assalamualaikum W.W

Bapak pengasuh yang budiman,
Kami mohon penjelasan tentang sakit asthma dan alternatif pengobatannya dengan terapi herba serta langkah yang harus diambil untuk mencegah timbulnya serangan penyakit tersebut. Adapun salah satu pemicu timbulnya sakit ini adalah perubahan cuaca yang sangat ekstrim. Semoga segala kebaikan Bapak akan dibalas dengan berlipat oleh Allah SWT. Amien ya robbal alamin.

Wassalamualaikum WW

Arief Handriono
Jawaban

Waalaikumsalam. Wr.Wb

Saudara Arief Handriono Yth,

Asma adalah suatu penyakit peradangan paru kronis (menahun) di mana terjadi penyempitan pada saluran nafas. Faktor keturunan dari orangtua juga memegang peranan pada anak yang menderita asma.

Saat serangan asma terjadi, saluran nafas menjadi menyempit dan tertutup. Inilah yang menyebabkan udara sulit melaluinya. Dalam keadaan normal, udara yang masuk melalui hidung dan mulut akan melalui trakea dan bronkus untuk masuk ke paru-paru. Di paru-paru terdapat banyak kantong udara, yang disebut alveolus. Di alveolus inilah, terjadinya pertukaran oksigen (02) dengan karbondioksida (C02).

Pada saat itu, masalah yang terjadi pada saluran nafas antara lain: Bertambahnya produksi lendir pada saluran nafas sehingga memperberat sumbatan pada saluran nafas; Reaksi peradangan pada saluran nafas sehingga saluran nafas membengkak. Dan, saluran nafas bronkus mengalami konstriksi (menyempit).

Ketiga reaksi di atas akan terjadi bersamaan saat serangan asma terjadi. Sehingga akan membuat penderita sulit sekali bernafas, terjadi batuk berlendir, wheezing (suara yang keluar saat bernafas), dada terasa tertekan, nafas pendek, berkeringat dan denyut jantung yang meningkat.

Beberapa pemicu yang sering menyebabkan serangan asma antara lain alergi terhadap debu tungau, asap rokok, udara dingin, kelelahan, olahraga dan infeksi virus. termasuk pula, masalah genetika juga dianggap menjadi pemicu terjadinya asma.

Kendati demekian, penyebab utama asma lebih tertuju kepada alergi. Misalnya, anak-anak yang mempunyai kecenderungan alergi sejak lahir, yang diturunkan secara genetika dari kedua orangtuanya. Dalam tubuhnya akan didapati kadar tinggi dari antibodi alergi yaitu Imunoglobulin E (IgE).

Antibodi IgE ini akan mengenali alergen dalam jumlah kecil seperti debu tungau, dan mengadakan reaksi seperti dilepaskannya histamin yang membuat anak menjadi bersin-bersin, pilek, mata berair dan lain sebagainya. Sebenarnya ini merupakan usaha tubuh untuk melawan alergen yang masuk, hanya reaksinya lebih hebat dari orang pada umumnya. Pada anak dengan asma, histamin yang dilepaskan itu dapat juga memicu serangan asma.

Pada dasarnya, ada dua cara mengobati asma, yakni pengobatan saat asma menyerang; dan pengobatan pencegahan. Kedua cara tersebut mempunyai obat yang berbeda-beda. Pada saat asma menyerang, biasanya diberikan obat hirup (nebulizer) atau obat minum. Pengobatan ini pun masih dilihat lagi dari jenis asmanya, ringan atau berat.

Sedangkan pengobatan pencegahan, selain diberi obat minum seperti Morinda, Mengkudu, Madu dan Habbasauda yang berfungsi sebagai anti-alergi untuk menetralkan reaksi alergi, dan bersifat bronkodilator untuk melebarkan jalan nafas. Serta sebagai obat pengencer lendir. Habbasauda sendiri memiliki fungsi sebagai antibiotik dalam pengobatan ini.

Yang perlu diingat, pengobatan asma terkadang memakan waktu lama. Karena itu, keyakinan, kesabaran dan kontinyuitas harus diutamakan. Di samping, terus menjaga kebugaran dengan olahraga perlu dilakukan, atau melakukan latihan pernafasan dan menjemur badan di bawah sinar matahari pagi.

Sebisa mungkin menghindari penyebab asma. Jika asma dikarenakan alergi terhadap debu, tungau, asap rokok, hindari penyebab itu dengan cara menutup hidung dengan sapu tangan atau masker. Rumah atau kamar, diupayakan dibersihkan setiap hari. Bila penyebab asma karena olahraga, maka hendaklah berolahraga yang ringan-ringan, dan jangan memaksakan diri melakukan olahraga yang berat. Renang merupakan salah satu olahraga yang baik untuk penderita asma, karena bisa menguatkan otot paru-paru.

Memang rada sulit untuk mencegah asma yang dikarenakan perubahan cuaca yang sangat ekstrim. Perubahan cuaca yang tiba-tiba bisa menimbulkan serangan asma dengan tiba-tiba pula. Namun, hal ini bisa diminimalisir dengan tetap menjaga daya tahan tubuh, baik dengan olahraga ataupun mengkonsumsi Habbasauda dan Madu secara teratur.

Tuesday, June 05, 2007

"Saya sibuk sekarang ni''.

Oleh : Cikgu Azmi Bahari


"Saya sibuk sekarang ni''. Saya tak ada masa''. Banyak kerja yang perlu saya siapkan".

Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan. ...lebih- lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam.Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?

Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam al Ghazali "rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja". Bagaimana pula dengan kita...apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah 'kerugian' yang sebenarnya".

Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita....ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang...bagaiman a pula yang kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapioleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata...celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka"

Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata. Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka beramal soleh.....tetapi kebanyakan permintaan ini Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka berkata....Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar...kembalikan lah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang yakin"

Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu...setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita.Sekaranglah masanya untuk kita renungkan masa-masa yang kita lalui, setakatmanakah ianya benar-benar bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.

Ibnu Qayyim al Jauziyah memberi beberapa gambaran tentang belitan-belitan syaitan untuk kita sentiasa awasi;

Pertamanya syaitan akan cuba membawa kita kepada syirik dan kekufuran. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara atau keyakinan yang akan merosakkan aqidah kita kepada Allah SWT, mempercayai adanya sesuatu yang boleh menandingi kekuasaan Allah dalam bentuk individu atau sistem. Mungkin dikampung-kampung ada bomoh-bomoh yang boleh melihat nasib kita, bahkan baru-baru ni di sekolah tempat saya mengajar datang seorang MOTIVATOR yang mendakwa dapat bercakap terus dengan Allah swt, boleh berjumpa Rasulullah SAW...boleh melihat masa depan pelajar dan bermacam-macam lagi perkara yang merosakkan Aqidah dan boleh membatalkan amalan kita. Kesannya ramai pelajar-pelajar yang kebingungan. Jadi sekarang ini sudah mula timbul bomoh-bomoh, tukang tenun nasib dan Kahin-kahin zaman moden...dan dalam keadaan masyarakat yang tertekan ini masyarakat akan mudah menerima jalan penyelesaian yang mudah walau terpaksa mengorbankan Aqidah mereka.

Keduanya. Syaitan akan mengajak kita kepada perkara-perkara bid'ah, samada dalam bentuk menambah atau mengurangkan Deen Allah SWT iaitu Islam. Dibisikkan kita untuk menambah apa yang telah Allah putuskan atau mengurang atau menolak sebahagiannya. Kadang-kadang berlakunya kekeliruan dalam persoalan dimana letaknya kesalahan bid'ah. Contohnya ada masyarakat yang meletakkan bid'ahnya membina binaan di atas kuburan kerana memberatkan mayat, jadi dizaman moden ini sudah ada batu bata yang ringan seperti plastik...bahkan kebanyakan bangunan-bangunan di Singapura dan Johor dibina dari bahan seperti ini kerana lebih cepat dan mudah...jadi suatu hari nanti membuat binaan di atas kuburan tidak lagi bid'ah kerana tidak memberatkan mayat. BENARKAH BEGITU ????. Oleh itu perlu kita sedari, beratnya bid'ah itu bukan kerana memberatkan mayat atau sebagainya tetapi adalah natijah dari rosaknya aqidah kita; 1.KITA MERASAKAN BAHAWA ADANYA KEKURANGAN DALAM APA YANG TELAH ALLAH PUTUSKAN, SEOLAH-OLAHNYA ADA PERKARA YANG TIDAK TERMASUK DALAM ILMU ALLAH. 2.ATAUPUN APA YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH SAW TIDAK SEMPURNA, ADA PERKARA-PERKARA YANG RASULULLAH SAW TERLUPA UNTUK SAMPAIKAN KEPADA KITA ATAU SENGAJA TIDAK DISAMPAIKAN KERANA PERKARA-PERKARA TERTENTU...JIKA BEGINI MAKA KITA MERAGUI KERASULAN RASULULLAH SAW, BUKANKAH RASULULLAH ITU SALAH SATU SIFATNYA IALAH TABLIGH (bukan jemaah tabligh, dan memang jemaah tabligh menagmbil kalimah tabligh ini dari sifat Rasulullah SAW) IAITU RASULULLAH SAW SAMPAIKAN SEMUA YANG ALLAH SAMPAIKAN KEPADANYA. Inilah perangkap-perangkap yang kita sering tertewas...bahkan banyak lagi yang tidak dapat kita bincangkan dalam ruangan ini.

Ketiga. Sekiranya masih gagal, syaitan akan mengajak kita untuk melakukan dosa-dosa besar; berzina, berjudi, melibatkan diri dengan riba dan sebagainya. Lebih malangnya... hari ini riba diberi nama-nama yang lain yang lebih menarik dan bunyinya 'macam soleh' ada yang disebut bunga, faedah dan sebagainya. Dan sekarang ini terdapat bermacam-macam bentuk perjudian moden, kalau dulu ada loteri...kemudian loteri 'kebajikan' sekarang ini diganti dengan sijil yang dijual di bank-bank, beli dengan harga tertentu...kalau nombor siri sijil yang kita beli itu 'naik' maka kita akan jadi jutawan segera.

Keempat. Sekiranya masih gagal maka syaitan akan mengajak kita pada dosa-dosa kecil sedangkan api yang besar dimulakan dengan ranting-ranting yang kecil. Mula-mula jumpa saja, tak buat apa-apa pun, salahkah kami sekadar nak berkenalan. Lepas tu duduk dekat-dekat sikit, tempat awam bukan bersunyi-sunyian, kemudian mula pimpin tangan ...lintas jalan 'darurat' kononya..lama kelamaan menjadi kebiasaan. Lepas tu mula jumpa di tempat-tempat tak ada orang dan seterusnya hingga terlahirlah anak-anak luar nikah dan sebagainya.

Kelima, jika masih gagal lagi, maka syaitan akan sibukkan kita dengan perkara-perkara mubah atau harus, banyak tidur, banyak ketawa, banyak gurauan hingga hilang kewibawan dan keseriusan kita, masa kita terabai begitu saja.

Keenam. Jika masih gagal lagi maka syaitan akan sibukkan kita dalam perkara-perkara yang kurang utama. Hari ini kita sering mendengar kegembiraan jemaah haji hingga ada yang berkali-kali mengerjakan haji...mengeluarkan belanja puluhan ribu, kami terdengar panggilan Kaabah dan sebagainya. Hinggakan Yusuf al Qaradawi menyebutkan ramai yang ahli-ahli jemaah haji merupakan orang-orang yang sama seperti tahun sebelumnya, bahkan ada yang mengerjakan haji setiap tahun sedangkan menurut Yusuf Al Qaradawi wajib haji hanya sekali sahaja, yang lainnya adalah sunat sahaja. Kita bergembira dengan amalan sunat sedangkan Ummat Islam dibeli aqidahnya di Indonesia dan diserata dunia. Jadi bagaimana kita melihat keutamaan, berdasarkan nafsu kita atau mengikut nilaian Allah SWT. Jika kita hubungkan dengan realiti di Malaysia...terlalu banyak institusi pendidikan Islam yang memerlukan dana untuk bertahan dan berkembang, banyak kerja-kerja dakwah yang memerlukan sumbangan kita....tetapi kita hanya berikan lebihan saja yang lainnya semuanya kita belanjakan dalam urusan yang kurang utama mengikut nilaian Allah SWT.

Monday, June 04, 2007

Kamus Arab al-Munjid agenda Kristian, Yahudi kelirukan ummah

Berita Harian
5/6/2007
Oleh Ibrahim Abdullah


TAHUKAH anda, kamus Arab tersohor sedunia al-Munjid disusun oleh dua orang pendeta (rahib) Katolik? Kamus itu dianggap paling lengkap dan komperensif, yang dihiasi gambar, yang dijadikan kamus utama di pelbagai kampus Islam dan pondok seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam menggunakan kamus al-Munjid ini tanpa disedari mereka.





Penyusun kamus ini terdiri daripada dua orang pendeta Katolik bernama Fr Louis Ma'luf al-Yassu'i dan Fr Bernard Tottel al-Yassu'i. Kamus berkenaan dicetak, diterbit dan diedarkan oleh sebuah percetakan Katolik sejak tahun 1908.

Penggunaan Kamus al-Munjid yang sudah sekian lama dan masih digunakan sampai sekarang bukanlah tanpa penentangan dan cabaran.

Sebahagian ulama menganggap kamus itu adalah sebahagian daripada gerakan orientalis yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap dunia Islam.

Sekurang-kurangnya ada dua kitab yang ditulis ulama Islam yang menentang terhadap isi dan kandungan yang terdapat dalam Kamus al-Munjid, iaitu: Athrat al-Munjid fi al-adab wal ulum wa a'lam (Prof Ibrahim al-Qhattan, 664 halaman, terbit 1392 hijrah), ini adalah kitab paling utama dalam mengkritik Kamus al-Munjid. Kemudian An-Naz'ah an--Nasraniyah fi Qamus al-Munjid (Dr Ibrahim Awwad, 50 halaman, terbit 1411 hijrah).

Kamus al-Munjid mempunyai beberapa kekurangan sebagai yang disengajakan, iaitu:

l Ketika menyebut kalimah ‘Al-Quran’ tidak pernah menyambungkannya dengan istilah ‘al-Karim’ dan sebagainya, namun ketika menyebut kalimah kitab suci Kristian dan Yahudi, maka kamus ini menambahkan istilah ‘al-Muqaddas’.

l Ketika menyebut atau memuat kalimah ‘Nabi Muhammad’ tidak pernah menyertakan perkataan ‘salallahu Allaihi Wassalam’ dan demikian juga kalimah sahabat tidak pernah ditambahkan dengan ‘Radiyallahu Anhu’.

l Demikian juga tidak ada kalimah ‘Basmallah’ yang sesungguhnya milik umat Islam, sebaliknya dalam keterangannya tertulis ‘Bismil ab-wal ibn wa Ruhil Quds’ yang ertinya ‘Dengan menyebut tuhan bapa, tuhan anak, dan ruh kudus’. Setelah itu baru disebut kalimah ‘Bismillahirahmannirahim’.

l Kamus ini juga tidak membahas akidah Islam, namun banyak membahas hal bersifat penyelewengan akidah.

l Nama tokoh Islam yang utama seperti sahabat, tabiin dan para ulama terkemuka juga tidak dimuatkan, sebaliknya nama tokoh barat Kristian banyak dimuatkan.

l Kamus ini tidak pernah merujuk pada sumber Islam yang sebenar, tetapi sebaliknya merujuk pada sumber Barat dan ini sangat jelas kelihatan dalam menyebut kalimah ‘ibadat’ dan sebutan nama nabi dan rasul yang menggunakan istilah Kristian.

l Banyak terdapat kesalahan penulisan nama tokoh dan kaitannya dengan sejarah, demikian juga mengatakan bahawa daging babi itu sangat lazat.

l Dimasukkannya gambar dan aneka lukisan yang berasal dari Barat, yang sama sekali tidak berdasarkan kebenaran, seperti gambar nabi Isa dan nabi lainnya. Bahkan, ada sebuah gambar sepasang manusia dewasa yang telanjang sedang menangis, gambar itu dikatakan sebagai gambar Adam dan Hawa.

l Nabi Nuh, Lut dan Sulaiman dikatakan bukan sebagai nabi, tetapi Lukman disebut sebagai nabi.

Nuh dikatakan hanya sebagai ‘keluarga Ibrahim’ dan Sulaiman dikatakan sebagai ‘Raja’ bukan nabi.

l Nabi Daud disebut sebagai pembunuh banyak lelaki untuk memperisterikan jandanya, baginda dikatakan mempunyai isteri sebanyak 100 orang.

Masih ada banyak catatan mengenai penyelewengan kamus produk orientalis ini, yang sampai sekarang diguna pakai di lembaga pendidikan Islam, universiti, pondok, madrasah dan lain-lainnya.

Sudah tiba waktunya, umat Islam menyedari hakikat ini dan berhenti menggunakan kamus al-Munjid ini, kerana ia adalah sebagai propaganda Kristian dan Yahudi untuk mengelirukan dan menjahanamkan umat Islam sejagat.

Kepada majlis ulama Islam sedunia, sudah sewajarnya mengambil tindakan dan melarang peredaran kamus ini ke seluruh dunia Islam. Semoga Allah perkenankannya, Amin.