Wednesday, June 13, 2007

Solat Istikharah- Bukan hanya memilih calon isteri

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar
Sumber :
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.


Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;


Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.



Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1) Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2)Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3)Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4)Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5)Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)



Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

3 comments:

sis said...

salam..camner yerk ..kalau kita always yakin dengan pilihan kita..ana tak pernah istikharah lagi seumur hidup..bukan over confident..tapi..ana just byk bertawakal after decide something..tu jer
hurm :P

5rus_aljanianji said...

Boleh rujuk Surah AlBaqarah :216. Kadang-kadang kita rasakan pilihan kita adalah baik tetapi ianya buruk disisi Allah. Kadang-kadang kita rasakan pilihan kita itu baik tetapi ianya buruk disisi Allah.

Kadang-kadang manusia bersifat ego, malas hendak meminta kepada Allah atas tiap sesuatu pilihan.

Allah sebut dalam Quran Al-Baqarah:186 "Dan Apabila hambaKu meminta kepadaKu, maka aku hampir padanya, aku perkenankan doa bagi orang yang meminta kepadaKU, tetapi perlulah dia mengikut perintahKu, dan beriman kepadaKu"

Cukup cantik prasyarat yang Allah letakkan. Allah akan memakbulkan doa kepada seseorang yang berdoa bersyaratkan perlu taat dan patuh akan petintahNYa, dan beriman KepadaNya. Ini membuktikan Allah terlalu kasih pada hambanya, manakan tidak, sudahlah hamba itu beriman dan juga mengikut perintah, diberikan pula hadiah yang cukup berharga kepada hamba tersebut atas apa yang dia pinta.
Subhanallahhh...

Inilah kekuasaan Allah, yang perlu kita tadabbur dan hayati setiap ketika, "Ala bizikrillahi tatmainna Qulub"

Sebagai membuktikan kita adalah hamba yang berharap kepadaNYA tanpa ego membuatkan kita rugi diahirnya, maka selayaknya kita meminta kepadanya agar dibukakan hati dan dorongan pada ketika kita membuat pilihan.

Apa salahnya jika mengikut jalan istikharoh ini. Malahan dapat pahala sunnah yang berganda lagi. Semua benda yang terjadi keatas kita, kita akn terima dengan sebulat-bulatnya. Tanpa mempertikai apa yang ditaqdirkan kepada kita.Tak percaya? Tak yakin dengan Allah?..Inilah diantara sebabnya:

Kan Allah sebut "Layukallifullahu nafsan Illa wus'aha"
Allah takkan bagi sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Kadang dia rasa tak mampu, tp Allah lebih tahu, dia sebenarnya mampu.

Dan sebab kedua :Doa yang sering kita baca "Allahumma inzilna munzala mubaraka, waanta khairul munzilin"
Kurniakanlah kami sebaik-baik tempat..So, jika kita terpaksa melakukan sesuatu, itulah percaturan Allah yang terbaik:-)

Berbaik sangka dengan Allah dengan apa yang ditetapkan kepada kita. Pasti hidup lebih ceria:-)Kerna sentiasa didalm redho-Nya.

InSyaAllah, buat istikharah dengan harapan untuk dapat Inayah Allah kepada kita. Betul , buat tak rugi. Malh rasa lebih rapat dengan-Nya..

Selamat bermunajat..

Ambillah masa untuk ber'Uzlah seketika:-)

aisyahhumairah said...

syukran...(^-^)