Friday, August 10, 2007

Teruji dan Diuji

Semingggu sudah saya berada dikampung. Diberi peluang menghabiskan masa 'cuti' bersama mak dan kluarga. Dan kini tidak lagi berada disisi keluarga. Keluar dengan niat demi mencari keredhaan Allah dan juga ingin memastikan perjuangan ini tetap disambung walaupun orang yang menyambungnya tidaklah hebat sehebat pejuang Allah yang lain.

Taklifan

Amat terharu, hari pertama bekerja dapat berkenalan dengan sebilangan besar pimpinan. Sebelum ini hanya dilihat dari dada2 akhbar dan ruangan server internet. Kini wajah mereka berada dihadapan saya. Siapa sangka, dalam masa taaruf memperkenalkan diri, diminta untuk menjadi tenaga pengisi sebagai pengganti kepada kuliah mereka. Lebih memeranjatkan lagi, mereka adalah sheikh-sheikh yang terkenal dan amat disegani oleh rakyat utara ini. Dan saya pula hanya pelajar yang belum lagi tamat belajar, dengan ilmu yang amat sedikit, menggantikan tempat mereka para syuyukh. Allahh, kini saya benar-benar teruji dan diuji. Mungkin ini taklifan untuk menguji sejauhmana pencapaian dan kesanggupan seorang. Astaqfirullah, minta ampun pada Allah. Hanya padaNYA kita berserah. Memohon agar diberi kekuatan dan inayah dalam meneruskan perjuangan ini. Lahaula wala quwwata illa BILLAH..

Inilah kali pertama untuk berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam berkuliah. Kalau sebelum ini kuliah mingguan nampak ustaz2 sahaja yang membentang. Tapi kali ini saya benar-benar diuji, kita pula menjadi pembentang.


Perkara diuji


Semasa dibangku sekolah dan pembelajaran di Mesir, banyak pengalaman melalui persatuan yang saya dapat. Tetapi diantara perkara yang sussah untuk saya lakukan ialah apabila dilantik menjadi setiausaha ataupun bendahari. Tak kira perlantikan tersebut berbentuk persatuan mahupun berbentuk program, inilah port-folio yang paling saya risau. Takut tak dapat buat yang terbaik. Bukan apa, bab kesetiausahaan inilah yang saya agak tak pandai dan juga kurang berpengalaman. Bab kira-mengira tentang keluar-masuk duit pon saya takut nak pegang. Takut keliru. Last2 duit short!! Ah tidak, kene gantila alamatnya.

Kali ini skali lagi saya diuji apabila dilantik menjadi Setiausaha Kerja. Subhanallah, saya tidak tahu apakah maknanya semua ini. Apa yang kita takutkan itulah yang terjadi. Dan sedar atau tidak sememangnya itulah dugaan yang Allah berikan kepada Kekasihnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Hadis bermaksud, Rasulullah amat takut akan adanya dikalangan ummatnya nanti tidak mempertahankan agamanya. Nah ini telahpon berlaku pada zaman sekarang. Moga Allah memberi pertolongan kepada orang yang memperjuangkan ISLAM.

Teringat juga pada peristiwa semasa tahun pertama di Mesir dahulu. Saya tidak mahu memegang apa-apa jawatan di mesir, cukuplah pengalaman yang sedikit semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Tetapi, perancangan Allah mengatasi perancangan makhluknya. Benda yang kita takut itulah kita sering diuji.


Ilmu perkomputeran

'kalau saya sempat beli satu komputer pada tahun lepas, pasti saya tak teragak-agak untuk membaiki yang rosak ni'

Itulah keluhan yang saya rasakan datangnya dari diri saya sendiri setelah melihat satu komputer 'desk Top' CPUnya rosak. Semasa di mesir, ramai kawan-kawan telah berjaya 'merosakkan' komputer masing-masing.Sehingga berjaya membaikinya semula. Saya rasakan amat rugi bagi seseorang yang tidak mempunyai kopmputer sendri. Kemungkinan dia tidak mungkin dapat belajar mengenai komputer ini secara "detail" menggodam komputer. Sekarang dah canggih manggih. Tak kira ilmuan agama atau tidak perlu menguasai bidang ilmu komputer ini.

Namun begitu, bukanlah keluhan saya itu mempertikai perancangan dan Taqdir Allah. Ini hanya torik bermuhasabah kembali dan mencari hikmah apakah yang tersirat disebalik yang tersurat oleh Allah.

Muhasabah

Semua cerita yang saya tuliskan ini bukanlah niat untuk 'masuk bakul angkat sendiri'. Tetapi realiti hari ini mengharap sebegitu kepada masyrakat yang bergelar azhari. Inilah diantara perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh sekelian azhari apabila mereka akan berhadapan dengan masyarakat. Harapan yang cukup tinggi kepada pelajar agama, apatah lagi dikenali sebagai penuntut Univ. AL-Azhar.

Ambillah waktu untuk muhasabah kembali. Ilmu yang kita belajar dahulu sangat sedikit terlekat dikepala. 'Al-ilmu fi sudur wala fi sutur'. Kembali menelaah segala buku yang telah kita khatam untuk dipasakkan dalam fikiran dan jiwa kita "kembali".

Ilmu komputer dan ilmu kepejabatan juga perlu dilihat secara serius sebagai satu 'nilai tambah' bagi golongan agamawan.

"Doa Rabithah megharap pengampunan Allah"

1 comment:

aisyahhumairah said...

;) salam..naam..Perancangan manusia tidakkan dapat melawan perancangan Allah..umatNya diuji kerana dia mampu untuk melakukannya...diuji pula di jalan perjuangan ISLAM..terimalah dengan hati terbuka..kerana ia mampu dilaksanakan..insyaAllah..moga dipermudahkan segala urusan.amin..ws