Sunday, October 17, 2010

Agen Medic Mesir perlu beri kerjasama.

1. Isu agen Medicmesir ingin menubuhkan 'Akademic Centre' di Makrod Tanta, tetapi mendapat tentangan dari Amnu Daulah (pihak keselamatan Mesir) yang merupakan qarar atau peraturan yang wajib diikut oleh semua pelajar di Tanta.

2. Mandub Jam'iayyah Al-Malayuwiyah fi Misr al-Arabiah (PMRAM) di Tanta iaitu Ustaz Sulaiman telahpun mengeluarkan kenyataannya di dalam laman web DPMT melahirkan rasa kesal kepada pihak Medicmesir kerana tidak memberi kerjasama untuk berjumpa dengan pihak polis (amnu daulah), yang secara langsung membuat pertemuan dengan pihak polis berkenaan. Ikuti link ini. Bagi saya secara peribadi, pihak Medic mesir sepatutnya perlu hadir untuk berjumpa dengan pihak polis. Bagi saya polis di Mesir luar biasa bukan seperti polis di Malaysia ikut prosuder sana sini. Kalau itu katanya, maka itulah yang akan dibuatnya. Itulah sedikit pengalaman saya semasa saya memegang tampuk kepimpinan DPMT satu ketika dahulu.

3. Medicmesir perlu berhati-hati dalam memberi penjelasan berkenaan isu ini. Isu ini harus diselesaikan dengan cara bijak dan tidak perlu menjawab seolah2 tidak menghiraukan arahan pihak amnu daulah, sedangkan kita berada dibawah pengawalan dan undang-undang mesir. Harus mengikut ketetapan dan undang-undang polis Mesir. Apabila ingin menubuhkan markaz baru, ianya perlu mendapat keizinan dari pihak polis. Ini kerana pengumpulan pelajar-pelajar harus diketahui lokasinya oleh pihak keamanan Mesir, takut-takut dihidu berbaur pengisian pembangkang mesir yang mencari pengaruh-pengaruh politik di Mesir sekarang.

4. Surat yang dipaparkan di dalam laman web tantamedicmesir bagi saya seolah-olah ingin menubuhkan juga 'Akademic Centre' tersebut, seterusnya ia menjadi hujjah yang kuat dan dapat menutup mulut mereka-mereka yang tidak berpuas hati dan seboleh-bolehnya qarar amnu daulah tersebut dapat dipatahkan dengan kehadiran surat-surat tersebut. Saya agak risau jika perkara ini diketahui oleh pihak keamanan Mesir di Tanta. Kalaulah benar-benar berlaku diharap pelajar-pelajar MM tidak terlibat sekali dalam isu ini, dan dapat diselesaikan dengan baik.

5. Jika diteliti surat-surat tersebut banyak menimbulkan kecelaruan yang pelbagai. Surat dari Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tersebut bukanlah selaku pihak yang beraotoriti yang boleh mengeluarkan surat tersebut berkaitan isu keselamatan pelajar. Sebaliknya soal isu keselamatan di Mesir ini bidang tugasnya dari KBMK iaitu surat yang perlu dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. JPMK hanyalah satu agensi di bawah KBMK yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar iaitu dengan nama lain Malaysian Student Department (MSD). Selain dari JPMK ada 15 lagi agensi dibawah KBMK yang menjaga kepentingan dan bidang masing-masing termasuk agensi JAKIM, PETRONAS, JPA dan lain-lain lagi. Apa yang boleh dipersoalkan sekarang, sungguhpun soal pembelajaran perlu disokong oleh JPMK kepada pelajar tetapi kenapa pelajar-pelajar di bawah persatuan DPMT yang telah bertapak Di Tanta sekian lama seterusnya PMRAM hari ini dianaktirikan? Berikutan pula JPMK sejak kebelakangan ini banyak isu yang berkaitan pelajar-pelajar pengajian islam di sini tidak diuruskan dengan baik, mengakibatkan pelbagai masalah yang berlaku sehinggakan pelajar tidak layak menduduki peperiksaan yang sepatutnya pelajar duduki pada tarikh itu. Terbaru, pegawai JPMK mengedarkan borang UMNO untuk diisi oleh pelajar dengan memancing pelajar mendapatkan Biasiswa? Adakah ini menjadi perhatian sebenar oleh beberapa pegawai JPMK berbanding permasalahan yang berlaku dikalangan mahasiswa?

6. Berkenaan dengan penubuhan markaz yang kurang selesa bukanlah menjadi isu baru. Perkara ini setiap tahun menjadi perhatian serius oleh kepimpinan dan pelajar2 di Tanta bagi mencari dan memperolehi satu markaz yang besar dan selesa. Tetapi keupayaan agak terhad untuk menyelaras dan membayar duit bulanan sewaan memandangkan persatuan hanya memperoleh dari duit yuran dan tiada sebarang peruntukan khas dari JPMK kepada persatuan ini. Sepatutnya JPMK yang dikatakan sentiasa memahami kehendak pelajar ini tampil memberi khidmat dan mendapatkan satu markaz atau tempat yang besar untuk keselesaan semua pelajar di Tanta, tanpa memilih 'bulu' pihak tertentu sahaja diberi perhatian. Akhirnya isu "Akademic Centre" ini tidak akan berlaku dan mendapat keizinan dari pihak keamanan Mesir.

7. Isu keselamatan pelajar-pelajar perempuan dibangunan tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lain dan bukanlah atas sebab utama markaz ini dibina. Hakikatnya, tidak timbul perkara ini jika floor pertama dan kedua bangunan itu dimiliki oleh syarikat Arab. Ini kerana bangunan tersebut sebenarnya ingin didirikan Mustashfa (Hospital) bagi tingkat satu dan dua, dan mempunyai dua tangga yang berlainan. Selalunya pelajar-pelajar perempuan menggunakan tangga khas untuk naik ke aras mereka dan satu tangga lagi yang lokasinya berlainan pintu khusus untuk tingkat satu dan dua. Bagi saya hujjah ini didedahkan hanyalah sekadar ingin menguatkan hujjah dan tidak sepatutnya pihak MM sentiasa mencari jalan untuk membolehkan juga penubuhan 'akademic centre' ini.

8. Saya secara peribadi ingin menasihati pihak MM supaya memberi kerjasama kepada DPMT. Semuanya akan berlaku dengan aman jika tiada apa-apa pertelingkahan. Sedih juga, sekarang ini abang-abang dan kakak-kakak lama telahpun dilarang memasuki bangunan tersebut menjenguk adik-adik. Kenapa begitu? Sedangkan pada tahun 2009, kakak-kakak dan abang-abang lamalah yang membantu adik-adik ketika baru bertandang ke bumi Tanta ni melalui persatuan kebajikan DPMT dan PCT. Dan Ummi MM juga telahpun memberi kenyataan semasa berucap pada Majlis keraian Mahasiswa Baru pada ketika itu agar bersama-sama PCT dan DPMT, dapatkan pengalaman, tunjukajar dan lain2. Malah DPMT dan PCT memberi keutamaan dan meraikan kepada MM untuk menggunakan markaz bagi kemudahan kedatangan pelajar-pelajar baru ketika itu.

9. Bertindaklah dengan bijak untuk kesejahteraan dan keharmonian pelajar disini. Ramai pelajar yang tidak setuju dengan adanya penubuhan 'akademic centre' ini. Banyak keburukan dari sedikit baiknya. Diharap para ibubapa pelajar memahami isu sebenar dan dapat menilai dengan neraca akal yang cerdas.

10. Marilah kembali bersatu bersama dengan persatuan yang sedia ada. Apa yang kurang kita perhebatkan, dan apa yang hebat kita kekalkan. Itulah guna kita kebersamaan. Kekalkan persaudaraan yang telahpun kita bina. Semua mahasiswa di Tanta menginginkan kesatuan. Sejak bertahun kami abang-abang lama mengekalkan kesatuan ini dengan tiada perpecahan pelajar. Tidak ada pelajar berkelompok dari sekolah itu dan ini. Tidak ada pelajar yang datang dari kolej itu dan ini. Hakikatnya semua boleh dijadikan satu dibawah kesatuan ini. Janganlah menjadi penyebab unsur perpecahan berlaku dari kita. Khuatir dosa akan terpalit sampai bila-bila. Minta maaf jika terlanjur kata. Semuanya ini atas kesedaran memperjuangkan hak mahasiswa yang sekian lama terbina dan ingin melihat masa depan adik-adik cemerlang dari kesatuan dan mahabbah sesama kita.

Salam ukhwah buat semua / warga MM.

Mohd Fairus Shuaib,
Bekas Pembantu Medic Mesir 2009.
.

2 comments:

Anonymous said...

TAKSUB BERPERSATUAN LAH KORANG NI.. BUANG SIFAT HASAD DENGKI KORG KT MEDICMESIR..

Anonymous said...

MM yang silap. Pihak persatuan pula kena marah. Ape ni? Tak tahu rule ke? Tak tahu jgn cakapla..