Selamat Bermuktamar kali ke 56. Saya tujukan buat pimpinan dan rakan-rakan di Malaysia, samaada menghadiri muktamar ataupun mengikuti muktamar melalui alam maya sepanjang muktamar berlangsung hari ini.
Muktamar kali ini tidak diadakan pemilihan pimpinan, namun begitu muktamar kali ini akan membincangkan pelbagai isu dan usul yang akan di utarakan. Diantara isu yang akan dibincangkan ialah ahli Dewan Penyokong PAS, adakah mereka mempunyai hak untuk mengundi dalam pemilihan dalam Parti pimpinan PAS bagi tempat pimpinan tertinggi hingga ke akar umbi PAS? Semoga apa keputusannya nanti, itulah yang terbaik untuk semua.
Antara kelainan muktamar pada kali ini, ketiga-tiga Dewan dirasmikan oleh Tn. Guru Nik Abd Aziz , Mursyidul Am PAS. Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan sihat dan terus punyai kudrat yang kuat dalam menggalasi segala tanggungjawab, dan Allah berikan inayah dan nusrah kepada beliau dalam memimpin dan mentarbiah masyarakat seluruhnya kepada mentauhid dan takutkan Allah khususnya di masyarakat di Malaysia.
Kami dari Perlembahan Nil mendoakan agar muktamar kali ini dapat membina prestasi yang lebih baik untuk Jemaah dan segala masalah yang dibincangkan selesai dengan baik dan seterusnya membentuk ahli yang berkualiti dan cemerlang, sesuai dengan kehendak Risalah mampu bekerja dan berkorban , baik dalam keadaan rajin atau malas, susah atau senang, punyai daya juang yang kuat, memberi komitmen atas dasar akidah bukan individu mahupun emosi, seterusnya bertindak dan berpencak atas kehendak Jemaah.
'Selamat Bermuktamar untuk Semua'...
............................................................
Selamat Bermuktamar Kali Ke 56
Posted by YUSSAINE YAHYA on Tuesday, June 8, 2010
Salam buat semua ikhwah filLah,
Jam 5 pagi besok saya dan beberapa sahabat akan bertolak ke Kota Bharu untuk sesi Muktamar Pemuda PAS Pusat yang Majlis Perasmian serentak Muktamar 3 Dewan sayap perjuangan PAS akan dirasmikan oleh Tuan Guru Mursyidul Am di PUTIK malam esok insya Allah. Muktamar Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat akan berlangsung di Kelantan Trade Centre pada 10 Jun (Khamis). Selagi lagi ukhuwwah antara pendokong jamaah Islam ini akan bertaut kembali dan semoga Allah SWT akan mempermudahkan segalanya serta memberi petunjuk serta redhaNya.
Muktamar tahun ini akan berlangsung di tengah-tengah harapan Ummah agar PAS akan terus memacu segala usaha dan kudratnya yang ada untuk terus mendaulatkan Islam dalam setiap kerja buatnya. Di saat umat diganyang musuh tanpa belas kasihan serta syariatnya yang semakin terpinggir, diabaikan dan dihina bahkan oleh orang Islam sendiri, maka PAS mesti memimpin umat agar bangkit dengan kesyumulan serta hikmahnya dalam bersiyasah dan berdakwah. Kawan-kawan kita dalam PR juga nampaknya mahu melihat kemampuan kita memimpin PR kea rah mencapai kemenangan serta menegakkan keadilan. Sudah barang pasti bahawa tiada keadilan melainkan dengan Islam.
Ahli-ahli dan pendokong perjuangan PAS juga mahu memetik buah dari Muktamar kali ini. Taujih dan pengarahan terbaru dari kepimpinan sudah tentu itulah yang dinantikan. PAS sudah begitu lama dalam persada perjuangan. Harapnya PAS tidak akan melupai perjuangan ikhwah yang telah mendahului kita dengan iman dan kesabaran mereka dalam memperteguhkan dasar dan prinsip perjuangan. Dalam kita meraikan kehendak pembaharuan dalam perjuangan, kita harus juga memelihara dan menghormati mereka yang mendahului kita dalam perjuangan ini. Bahkan, Maulana Abil Hasan An Nadawi menyarakan agar kita menghimpunkan antara semangat baru yang bermanfaat serta pandangan serta pengalaman mereka yang terdahulu yang masih sesuai dengan tuntutan dan keadaan semasa.
Akhir sekali, semoga Muktamar kali ini akan menjernihkan kekeruhan, memperteguhkan tautan hati dan perasaan serta menjitukan semangat perjuangan kita untuk terus beramal dan bekerja demi Islam tercinta.
No comments:
Post a Comment