Sengaja saya besarkan gambar ini, wajah seorang ulamak, wajah yang gigih berjuang memenangkan ISLAM. Tatapilah wajah ini dengan pandangan ilmu dan amal.
Ucapan Penangguhan Muktamar PAS kali ke 56 oleh Presiden PAS, Tn Guru Hj. Abdul Hadi Awang(TGHH) memberi kesan yang besar buat diri saya, malah akan tertanggung dan terbahu diatas peranan kita semua.
Tajuk ucapan itu ialah "Ke Putrajaya InsyaAllah, Mendukung Kemenangan".
Cukup gerun mendengar ucapan tersebut. Bagaimana Tn Guru amat yakin dengan ucapan sebegitu? Pertanyaan tersebut terkeluar dari sudut hati saya. Ucapan dari seorang ulamak yang telah beberapa kali bermimpi dengan Nabi S.A.W menyatakan perkara tersebut. Bagi saya, ianya tidak mustahil, ditambah pula adanya qarinah-qarinah yang tertentu menghala kearah itu.
FIRASAT MUKMIN
Saya amat yakin, itulah firasat orang mukmin. Di dalam islam, bukan setakat kita disuruh untuk bermusyawarah dan beristikharah sahaja, akan tetapi disana juga ada firasat orang mukmin dalam membuat sesuatu keputusan. Orang yang dekat dengan Allah, orang yang menghayati perjalanan dakwah Rasulullah, buktinya TGHH pernah bermimpi bertemu dengan Nabi di dalam mimpi beberapa kali yang mana disebut dan diakui sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz (TGNA).
Dalam ucapan tersebut TGHH menyebut :
"..orang kata kita bermimpi, (maka) kita jawab mimpi kita mimpi yang soleh.
(Sebabnya) Islam mengajar kita, ada mimpi syaitan (dan) ada mimpi yang soleh.
Kita harap mimpi yang soleh. Mimpi yang diajar oleh al-Quran, yang diajar oleh
Nabi Muhammad S.A.W, quran mengajar..
Kemudian, TGHH menceritakan satu sirah Nabi S.A.W, Nabi pernah berdakwah kepada Ali Al-abtoli, iaitu seorang paderi kristian,
Nabi bersabda "...Wahai Ali, masuklah kamu ISLAM, (maka) kamu akan selamat. Ungkapan ini Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. Lalu dijawab oleh paderi tersebut "..Ana 'ala Din (aku telahpun masuk dalam agama ini).
Nabi menjawab dengan tegas"..Aku lebih tahu tentang agama kamu(kristian) daripada kamu.!
"Tidakkah engkau seorang Paderi yang mencampurkan agama Kristian dengan agama Nasrani?"
Paderi itu menjawab : "Ya."
Nabi Bersabda lagi : "..Tidakkah diantara kerjamu memungut cukai-cukai secara haram, cukai-cukai yang boleh mengampunkan dosa daripada pengikut-pengikut? Tidakkah itu adalah diharamkan oleh agamamu sendiri?!
Paderi tersebut terkejut dan mengakui orang yang berada dihadapannya itu ialah sememangnya benar-benar seorang Rasul.
Lalu Nabi bersabda lagi
"Wahai Ali, (aku tahu) engkau tidak mahu masuk agama Islam ini atas kerana kami ini miskin-miskin"
"..Wahai Ali, Demi ALlah , akan tiba masanya ISLAM akan menang, harta melimpah ruah. hingga tak cukup orang menerima hartanya" dan
"engkau tak mahu masuk dalam agama ini, kerana jumlah kami sedikit" dan "wahai
Ali, sebab engkau tak mahu masuk dalam agama ini, kerana kami bukan kerajaan,
bukan pemerintah".
Maka Nabi bertanya "Pernahkah kamu melihat HIRAH??"
lalu dijawab "aku tidak pernah melihatnya, tetapi aku pernah dikhabarkan tentangnya, (besar dan cantiknya pusat pemerintahan HIRAH
oleh kerajaan Parsi)"
Maka nabi bersabda dengan yakin! : "Wahai Ali, jika kamu umur panjang, kamu akan melihat ISLAM akan menawan HIRAH! Wanita-wanita yang datang ke Mekah, akan lebih aman, tidak akan ada pengganggu lagi!.."
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Lalu TGHH menyebut dengan yakin kepada seluruh muktamirin yang hadir !;
"..Kenal PUTRAJAYA? pernah melawat PUTRAJAYA? akan tiba masanya kita akan
menawan PUTRAJAYA..!Negara (akan) aman, negara (akan) selamat, maksiat,
kemungkaran, pembunuhan buang anak dan lain-lain, bila syariat ALlah
dilaksanakan akan dapat diatasi dan dihapuskan. Akan tiba masanya Islam menang,
bukan satu perkara yang Mustahil!!
Seluruh perwakilan bertakbir kuat, Allahu akbar!!!
Firasat bukan hujjah, tetapi jangan pula diketepikan mentah-mentah,
apatah lagi jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
at-Tirmidzi dan Imam ath-Thobarani : "Ittaquu
firasatal mu'min, fa innahu yandzuru bi nurIllah"(Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah).
No comments:
Post a Comment