Assalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillahirrahmanirrahim. Was solatu wassalamu ala sayyidil anbiyak wal mursalin. Wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Amma ba'du...
Satu kitab yang saya nak kongsikan bersama para sahabat sekalian. Kitab hadiah dari sahabat sempena majlis perkahwinan saya tempoh hari. Kitab arab yang bertajuk "Buyutuna kama yajibu an takun ", karangan Ustaz Muhammad Abduh, kitab yang diikritaf oleh Dr. Majdi Alhilali (tokoh gerakkan terkenal). Terima kaseh kepada sahabat yang menghadiahkan buku ini.
Alhamdulillahirrahmanirrahim. Was solatu wassalamu ala sayyidil anbiyak wal mursalin. Wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Amma ba'du...
Satu kitab yang saya nak kongsikan bersama para sahabat sekalian. Kitab hadiah dari sahabat sempena majlis perkahwinan saya tempoh hari. Kitab arab yang bertajuk "Buyutuna kama yajibu an takun ", karangan Ustaz Muhammad Abduh, kitab yang diikritaf oleh Dr. Majdi Alhilali (tokoh gerakkan terkenal). Terima kaseh kepada sahabat yang menghadiahkan buku ini.
........................
Rumah merupakan tempat tarbiah yang boleh membentuk jiwa-jiwa askar Allah yang hebat,yang mana di dalamnya tidak terhenti sistem pentarbiahan, pembelajaran dan pengurusan. Rumah sebagai tempat muaskar yang dilatih bagi membentuk rekrut-rekrut dan prajurit sejati yang sentiasa ingat pada Allah dan memperjuangkan kalimahNya. Maka terbentuklah suami yang berjihad di jalan Allah, isteri yang terdidik seterusnya membina anak-anak dan ahli keluarga ke arah cintakan Islam dan sanggup membawa risalah Islam ke neraca yang tertinggi. Itulah ertikata sebenar 'berjuang' dari sabda Sang Nabi dari satu hadis iaitu berjuang untuk meninggikan kalimah Allah dimuka bumi!
Cara-cara pembinaan iman di dalam rumah seterusnya membentuk rumah yang Rabbani, ada 4 cara.
1) Bina rasa takut pada Allah.
2) Bina hubungrapat kita dengan Al-quran.
3) Qiamullail.
4) Infaq atau bersedekah.
TAKUT PADA ALLAH
Sifat takut pada Allah asas keberjayaan para Nabi dan pembawa risalah ummah terhadap mad’u mereka. Para nabi dan pembawa risalah nabi mengingatkan manusia agar takut pada Allah dan mengingatkan dasyatnya azab Allah. Begitulah juga dakwah nabi kepada kaum keluarganya yang terdekat tatkala menerima wahyu dari Allah yang telah dirakamkan dari surah as-syu’ra’ ayat 214. Begitulah juga yang dilakukan oleh Imam Hassan Albanna,pengasas Ikhwan muslimin di Mesir, bilamana memulakan dakwahnya di Ismailiah mengingatkan masyarakat akan takutkan Allah. Berdiri beliau mengingatkan manusia disekelilingnya akan takutkan Allah tanpa rasa takut dan gentar akan cercaan. Dakwah menyedarkan ummat agar takutkan Allah ialah satu asas yang terbaik!! Jika hati anda ingin takut pada Allah, PASTI ingin ditarbiah lebih mendalam dan akan membuka link ini.!!!
HUBUNGAN DENGAN AL-QURAN
Hubungan ini merupakan ikatan yang kekal utuh. Ikatan perantara langit dan bumi ialah Al-Quran. AlQuran adalah sebaik-baik wasilah untuk kembali sedar dan menambah iman di dada. Rujuk surah al-Anfal:2. Ia merupakan pengubat sebenar penyakit batin di dalam hati. Rujuk surah Yunus:57. Berkata Syed Qutub dalam kalamnya yang bermaksud “Kehidupan yang dibayangi oleh Al-Quran ialah satu nikmat. Nikmat yang tidak mungkin dapat dirasai oleh sesiapapun melainkan orang yang merasainya,merasai penghayatannya. Satu nikmat yang boleh mengangkat seseorang bertambah umurnya , memberi barakah kepada yang membacanya dan memberi peringatan ajaran Khaliknya”. Sebab itulah kalimah ‘hidup dibayangi Al-Quran’ merupakan nama kitab tafsir yang ditulis oleh beliau, Fi Zilalil Quran. Syed Qutub sendiri merasakannya. Ingin tahu atas tujuan apa al-Quran diturunkan? Ulamak telah membuat kajiannya. Rujuk disini.
QIAMULLAIL
Qiamullail diantaranya bertujuan menghidupkan hati yang telah mati dan sentiasa merasai hati itu hidup mengingati Allah, meningkatkan rasa kehambaan pada Allah. Ini kerana waktu yang paling dekat antara Allah dan hambanya itu ialah di waktu akhir malam. Sabda nabi sesiapa yang mampu mengingati Allah pada waktu itu maka lakukanlah!. Sesungguhnya Qiamullail itu sentiasa diamalkan oleh Nabi dan para pembawa risalah yang ternyata mereka dalam membawa agama Allah kepada manusia dan menyedarkan manusia.
INFAQ DAN SEDEKAH
Apakah kepentingan Infaq? Mari kita fikirkan satu kalam Allah yang dipetik dari surah al-Munafiqun:10. Yang bermaksud ‘Dan infaqkanlah sebahagian yang Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu,lalu dia berkata (menyesali), Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh'. Infaq satu suruhan Allah. Penyesalan tersebut adalah hasil dari kesedaran hebatnya fadhilat Infaq selepas mati. Maka ringankanlah tangan-tanganmu untuk bersedekah!. Banyaknya infaq dan bersedekah diantara salah satu jalan bagi menambah iman dalam hati. Juga sebagai tautan mahabbah menghidupkan hati, menyucikan jiwa. Rujuk at-Taubah:103. Ibadah infaq fadhilatnya memudahkan pelbagai urusan manusia. Rujuk al-Lail:5-7. Orang yang bakhil dengan hartanya,tidak akan mampu sampai pada sifat Taqwa yang sebenar, taqarrub ilallah, dan kebajikan yang sebenar. Rujuk Ali-Imran:92.
Siiru ‘ala barakatillah..
Aljanianji, H7 Cairo, Egypt.
.
3 comments:
wah, menarik..masalahnya 'rumah' tu takde lagi...:)
Buat shbt falah, arikato high!!
Tidak semestinya rumah tersebut bermakna yang sudah berkahwin. ISLAH juga perlu ciri-ciri tersebut.
Kim slam kawan2 kita di ISLAH.
Tp tak bermakna enta terlepas dr pantauan ana. Kawen cepat, donia nak kiamat!!!
:-D
salam 'alaik..syukron akhi..
sy tgah wt tesis..dpt jmpe blog ni sdkit sbnyk bntu saya mmbaca..
tesis sy berkaitan konsep kluarga rabbani...tme ksih ye..
_izah, k.tganu..
Post a Comment