Sunday, December 16, 2007

Sudden Death…



“Every self will taste Death..”

How will YOU die..? While laughing? Or crying?..
While Sinning or Obeying?..
DEATH IS NEAR ... REPENT TO ALLAH..!!!!

على أي حال أنتَ ستموت
ضاحكاً ؟ اما باكياً ؟
عَاصِياً لله أَمْ مُطِيْعاً ؟
قرب نزولك القبر ، تُبْ إلى الله !!!!

Anda tahu bila anda akan mati..? Kalau tahu, buatlah maksiat dulu, abaikan tanggungjawabmu dulu, lambatkan langsaian hutangmu dulu, zalimilah kepada sesiapa yang engkau hendaki dulu, perangilah “kesatuan” yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dulu, bersukarialah dengan harta dan jawatanmu dulu, bantulah pemimpin yang menolak hukum Islam mu dulu, kemdian bertaubat. Jika tidak tahu, SENTIASALAH berbuat amal kebaikan, SENTIASALAH membantu pemimpin yang adil, SENTIASALAH mendukung amanah yang telah diberikan. JIka anda mati pada masa itu, mati anda dalam kebaikan.

Moga kita mati dalam keadaan baik. Bukankah itu juga diantara persiapan kita untuk bertemu Mati???

Peristiwa benar di kedah :
Seorang bilal sedang melaungkan azan. Selepas sahutan kalimah Hayya ‘ala Solahhh….. Dia rebah tampak perlahan. Innalillah wa inna ilaihi raaji’unn… Dia telah dipanggil oleh Allah.. Dia mati dalam keadaan memanggil orang agar datang ke rumah Allah bersujud dan mengabdikan diri kepada Allah..Perlahan seakan-akan malaikat menyambut rebahan badannya. Dia mati dalam perkara taat kepada Allah… Subhanallah..!!!

Makna kata-kata dari Ayahanda Tn Guru Nik Aziz Nik Mat :
“saya tak berani ambil cuti lama-lama, saya takut saya akan mati pada masa saya bercuti daripada mengalas amanah dan kerja-kerja Islam”


Bagaimanakah keadaan bila kita mati nanti?
Apakah pekerjaan yang sedang kita buat tatkala kematian?
Bagaimana mati dalam sedang kita rehat?
Ulamak, mereka bekerja untuk islam lillah tanpa rehat.
Mereka tanpa mengeluh.

Rehat ulamak hanya diSyurga.

Mati syahid adalah cita tertinggi.
Syahid dunia, syahid akhirat ataupun syahid dunia&akhirat.

May Allah Forgive us and make our ending in this life as Muslims..


الله يغفرلنا ويخرجنا من هذه الدنيا على كامل الإيمان
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا يا الله بسؤالخاتمة

No comments: