Tuesday, July 17, 2007

Musyafahah Al-Quran

Entri kali ni sebenarnya satu komentar untuk dimasukkan diruangan entri seorang sahabat. Tapi malangnya ana tidak boleh publish untuk komen artikel tersebut hinggakan ana masukkan disini untuk manfaat kita bersama.

Mempelajari al-Quran adalah satu-satunya ilmu yang semestinya kita pelajarinya dengan Musyafahah (bertalaqi dengan guru). Alhamdulillah ramai pelajar kita sedar akan hakikat ini, ttp tidak ramai yang berusaha kearah itu.

Nabi S.A.W sebut dalam hadis, bacalah al-Quran dengan lahjah orang arab. Bagi kita orang 'Ajam (bukan bangsa arab) semestinya bagi kita perlu bertalaqqi dengan sheikh untuk mendapatkan bacaan yang betul.


Kitab

Disini juga ana nak berkongsi dengan sahabat2, selain bertalaqqi dan bermusyafahah dengan sheikh, ada satu Kitab masyhur untuk memperelokkan bacaan kita dan mengetahui Makharijul Huruf ,agar apabila kita baca quran sifat2 huruf tersebut dapat diberi dengan betul dan sempurna. Kitabnya Alburhan fi Tajwid Al-Quran Wailiah risalah fi fadhail Al-Quran. Pengarang Mohd Assodiq Qamhari. Kitabnya bersaiz kecil dan nipis tetapi berjuta manfaat didalamnya. Pengalaman ana, ana penah bertalaqqi kitab ni pada tahun 2003, pada masa itu pengajian tahun pertama didalam bidang Syariah Islamiah. Diadakan satu program anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT). Alhamdulillah sempat khatam kitab tersebut dengan ust Ikmal, merupakan pelajar kuliah Qiraat tahun akhir Tanta pada ketika itu, sekarang sudahpon tamat pengajian dengan taqdir JAYYID.

Alhamdulilah dengan pengalaman beliau bertalaqqi dengan ramai sheikh Quran, sudah tentu banyak 'turuq' yang pelbagai dalam bacaan al-Quran. Bagi orang yang mubtadi' atau baru 'taktih' dalam mempelajari bahasa arab pada tahun pertama pengajian disini dirasakan lebih mudah mengaji dengan ust2 kita berbanding bertalaqqi dengan sheikh. Namun bagi ana itu hanyalah for beginner. Yang sebaiknya for us as sudah lama bertapak dimesir ni, perlu bagi kita bertalaqqi terus dengan sheikh bagi memperolehi bahasa dan juga pengalaman yang berbeza dengan sahabat2 yang lain.

Kalam semangat bertalaqqi

Sabda Nabi S.A.W : Barangsiapa melihat wajah orang 'Alim dengan satu pandangan dengan dia suka akan pandangan tersebut maka Allah jadikan seorang Malaikat ditugaskan beristiqfar untuknya sehinggalah hari Kiamat.

Subhanallah..!!
Melihat sahaja sudahpon diberi kurniaan seperti itu, apatah lagi kita mengambil ilmu daripadanya dan juga mengamalkan ilmu yang diambil.

Nabi S.A.W sebut lagi : Dudukmu sesaat di dalam majlis ilmu walaupun tidak memegang Qalam (pen) dan tidak menulis sesuatu walaupon sehuruf adalah lebih baik bagimu daripada memerdekakan seribu Hamba sehaya. Dan pandangnmu kearah wajah Orang 'Alim itu adalah lebih baik daripada mensedekahkan seribu kuda untuk ke jalan JIHAD, dan ucapan salammu kepada orang 'Alim tersebut adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun.

Alhamdulillah, selain masyayikh dikaherah dan dimansurah (setakat yang ana tahu) di Tanta juga ramai sheikh yang hebat-hebat dalam bidang al-Quran ini. Antaranya Dr. Judah iaitu salah seorang tenaga pengajar di kuliah Qiraat Tanta. Baru-baru ini dilantik sebagai Timb. Rektor Univ Al-Azhar iaitu timbalan kepada Dr. Ahmad Toyyib selaku Rektor Univ Al-Azhar sekarang. Dan ramai lagi sheikh yang terkenal disini antaranya sheikh Kamal membuka pengajian di Masjid Ibnu farid pada setiap isnin dan rabu.

Bagi kita tidak kira orang agama atau tidak, jika bergelar muslim yang tidak menyukutukan Allah dengan sesuatu maka wajib bagi kita mempelajari Al-Quran ini agar sempurna ibadah kita seharian. Bagaimana kita solat, bagaimana kita membaca al-quran dan bagaimana kita berzikir perlu kepada ilmu al-Quran supaya betul dalam bacaan dan lahjah yang fasih. Carilah guru yang boleh membimbing dalam kemahiran membaca Al-Quran ini. Semoga susah kita pada masa sekarang akan membuahkan hasil kesenangan untuk diturunkan kepada anak cucu kita nanti.

Teringat 'salah satu' azam ketikamana kali pertama menapak dimesir. Berkali-kali dibaca azam tersebut semasa dalam penerbangan malaysia-mesir, Berazam agar dikurniakan kesempatan menghafal 30juzuk diMesir. Namun ana rasakan natijah dari azam tersebut belum sampai. Ianya memerlukan azam yang kuat dan kerajinan yang bersungguh. Jika anda juga berazam sedemikian, mari kita sama-sama berdoa moga Allah memberikan kesempatan kepada kita menghafal al-Quran seterusnya menjaganya dengan betul.

Salam juang untuk hebat:-)

2 comments:

sis said...

Ana nak berkongsi cerita ttg seorang kakak medic thn 6 di ARMA yang kini sudah pun berjaya menghafaz 30juzuk alquran,sedangkan pada awal kdtgnnya utk mengaji medic..Dia telah berguru alquran dgn seorg ustazah(org Mesir) sejak tahun 1 dan berjaya menghafaz keseluruhan alquran di tahun 3 pengajian.kini dia menjadi tenaga pengajar alquran kepada adik2 medic di ARMA n sayidah zainab..
Insaf rasanya....nak banding dgn kita budak dirasat...
Ramai adik2 cuba nak jadi cam dia, cuma problemnya..ustazah tu caj terlalu mahal.masalah duit la pulak..hmm..ni kena bcg bab lain.
bab mengajar bergaji...!
Fikirkan..!

5rus_aljanianji said...

Trima kaseh atas perkongsian tersebut.

Tercabar rasanya. Lepas ni kene struggle lagilah utk menghafal ini. Kali ni kita buat cara komando plak. Kalau malas2, pamping 100kali.

Tarbiah ruhiyah n Jasmaniah..!!