Monday, July 21, 2008

Perang Tabuk , Tepuk dada tanya iman.(Siri II)



Ramai yang bertanya, artikel yang lepas saya ambil dari mana, diorang cakap sebab bersiri, mestilah dicopy-paste kan dari mana-mana artikel. Apapun, pertama skali jawapan saya dengan senyum. Permulaannya saya amat berminat untuk mengetahui peristiwa perang tabuk ini dengan lebih mendalam. Timbul rasa hati, bagaimana untuk mencontohi peristiwa perang tabuk ini pada zaman sekarang. Sememangnya sejarah dan peristiwa yang terjadi pada ummat terdahulu amatlah baik untuk dijadikan pengajaran dan pedoman pada ummat sekarang. Oleh kerana banyak sangat idea semasa mengarang tentang peristiwa perang tabuk ini, jadi saya berfikir untuk jadikan tajuknya bersiri. Moga ianya dapat dimanfaatkan oleh pembaca sekalian yang budiman.

DENGAR DAN PATUH PADA PIMPINAN

Satu lagi ujian yang perit ditempuhi oleh sahabat-sahabat baginda ialah perjalanan yang amat jauh menuju tempat yang bernama ‘tabuk’. Semestinya ianya memerlukan ketabahan yang jitu dan kesabaran yang cekal untuk sampai ke tempat yang dituju. Apatah lagi mereka juga turut diuji dengan perancangan Nabi sebabnya kebiasaan dalam mana-mana peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah, Baginda tidak mengumumkan arah tuju angkatannya terlebih awal. Namun peperangan tabuk ini , memandangkan besarnya bekalan yang harus disiapkan dan betapa sukarnya perjalanan yang bakal ditempuh, maka Baginda mengumumkan arah tuju lebih awal kepada tentera-tentera Islam supaya mereka dapat mempersiapkan diri dan bekalan yang secukupnya. Perjuangan ini bperjuangan hidup atau mati. Pastinya sahabat-sahabat Baginda teruji dengan konsep ‘Dengar dan Patuh’ mereka kepada Baginda.

PENGAJARAN SEMASA

Semestinya pentadbiran dakwah Baginda ini datang dari tunjang aqidah yang sohehah yang mana penerapan rasa diri bertuhankan Allah telah terbina pada hati-hati rijalullah dikalangan sahabat ridwanullah ‘alaihim ajma’in. Kepimpinan yang beriman wajib dipatuhi dan ditaati oleh rakyat dalam konsep ‘Dengar dan Patuh’ terhadap pimpinan. Bagi kita juga wajib mendengar arahan dari pimpinan sesuai dengan penerapan dan pengajran Allah yang telah dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul, dan pimpinan dikalangan kamu…”

Namun, dalam konteks ‘Dengar dan Patuh’ ini semestinya perlu dipersembahkan kepimpinan jemaah yang bertunjangkan aqidah yang sohehah. Tetapi hakikatnya pada hari ini tidak ramai yang rasa diri ingin perlu berjemaah, sebaliknya mereka memilih untuk memencilkan diri dan tidak bersama-sama dengan jemaah. Perlu diingatkan, tuntutan islam kepada individu muslim itu ialah mewajibkan hidup berjemaah. Ini berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal , sabda Nabi SAW yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan wajib bagi kamu berjemaah dan campuri orang ramai ”.


Jemaah boleh disinonimkan kepada persatuan kepimpinan islam, meskipon organisasi jemaah tersebut kecil atau gergasi. Dalam konsep berjemaah ini bukan sekadar hanya mengisi borang menjadi ahli atau membayar yuran pada sesuatu jemaah atau persatuan. Tuntutannya ialah sentiasa menjaga perjalanan jemaah sebagai dakwah agama lillah dan sentiasa bersama-sama dengan kepimpinan jemaah. Ini berdasarkan hadis soheh oleh Nabi yang diriwayatkan oleh Imam bukhari dan Imam Muslim bermaksud “Wajiblah kamu bersama-sama jemaah Muslimin dan kepimpinan mereka”.


Jemaah Muslimin yang bersifat hizbullah sebagaimana yang telah dirakamkan Allah di dalam Quran di dalam surah al-Maidah ayat 54-56 adalah menjadi sasaran kepada individu muslim supaya berintima’ atau dipersembahkan komitmen mereka kepada jemaah tersebut. Jemaah yang bermatlamatkan pembentukan peribadi muslim dan sedaya upaya membina keluarga dan masyarakat muslim seterusnya membangunkan negara islam.
Jadi, bila orang tanya saya, bagaimana kita di mesir, jemaah mana yang perlu kita ikuti dan memberi sokongan dan dokongan.Saya akan menjawab PMRAM sebagai jemaah kita di mesir. So, tidak keterlaluan kalau boleh kita katakan, jika daulah islamiah boleh tertegak dengan PMRAM ini, tentulah us Khairul Anwar sebagai khalifahnya. Kenapa tidak percaya? Jangan pikir yang itu, pikirkanlah tanggungjawab kita terhadap persatuan ini. Ramai yang hanya isi borang jadi ahli tapi tak ramai menolong dan mendokong persatuan ini. Kepimpinan sedaya-upaya dalam meneruskan kebajikan kepada ahli dan ahli pula tak ramai nak menolong PMRAM. Orang yang faham akan tuntutan 'dengar dan patuh' akan sama-sama susah dan sama-sama senang. Jangan sampai susah taknak tolong, tapi bila PMRAM nak bagi kebajikan dioranglah mula-mula dulu tadah tangan. Wala’ dan barra’ pada pimpinan..!!!


AL-JAMAAH DI MALAYSIA



Hakikat jemaah di tanahair Malaysia, semestinya jemaah yang jelas memperjuangkan ciri-ciri hizbullah ialah Parti Islam Semalaysia (PAS). Semua menerima dasar perjuangan yang diperjuangkan oleh jemaah ini dalam menyampaikan dakwah agama Allah dan seterusnya membentuk negara islam. Hatta orang bukan islam pun menerima pendekatan dan perjuangan jemaah ini. Tetapi yang menjadi masalahnya ada juga yang tidak bersama-sama dengan jemaah ini sebaliknya memilih jemaah lain sebagai jemaah yang perlu mereka intima’kan. Saya agak kurang faham, mengapa berlaku sedemikian. PAS dipelopori oleh sebilangan ulama’ yang besar dalam memperjuangankan islam di tanahair. Ini sudah cukup kita memikirkan sebagai kayu ukur dalam memilih jemaah yang sesuai untuk kita sokong dan mendokongi perjuangannya.
Kata Saidina Umar al-Khattab R.A :لا إسلام إلا بالجماعة ولا جماعة إلا باالقيادة و لا القيادة إلا بالطاعةBermaksud: Tidak akan ada islam melainkan ada jemaah, tidak ada jemaah melainkan dengan kepimpinannya, dan tidak ada kepimpinannya melainkan dengan konsep ketaatan kepada kepimpinan.


Menegakkan islam dimuka bumi adalah wajib, maka melihat kepada kata-kata ini, wajib hukumnya ‘dengar dan patuh’ kepada pimpinan jemaah islam. Ini berdasarkan satu kaedah fiqh yang menyebut “Ma la yatimmu wajib, illa bihi fahuwa wajib” bermaksud Tidak sempurna sesuatuyang wajib(tegakkan islam) melainkan dengannya(taat), maka ia (taat) menjadi wajib. Bagaimana untuk membina sebuah negara islam yang dipanggil daulah islamiah itu jika tiada konsep ‘dengar dan patuhnya’ terhadap jemaah? Semestinya konsep ‘dengar dan patuh’ wajib kepada pimpinan yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangannya.


Jika hukum islam secara total dilaksanakan dan Malaysia diisytiharkan negara islam, maka Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat lah khalifahnya. Moga kepimpinan ulama’ dan kepemimpin negara bersama-sama memperjuangkan agama supaya akan selamat rakyat negaranya. Ini berpandukan satu hadis Baginda SAW yang bermaksud “Dua golongan sekiranya dua golongan ini baik maka baiklah seluruhnya, jika dua golongan ini jahat maka jahatlah seluruhnya, dua golongan itu ialah golongan ulama’ dan golongan kepimpinan”. Bagi mereka yang sudah berjanjisetia bekerja untuk agama melalui pentas jemaah ini teruskan perjuangan. Namun, bagi mereka yang tidak bersama-sama dengan jemaah ini, perlu untuk mengkoreksi diri kembali, fahami waki’ semasa, ketahui maslahah yang perlu dipertahankan, insyaAllah hati yang inginkan kebenaran pastinya akan bersama-sama jemaah ini dalam memperjuangakan agama di tanahair. Saudara, tepuk dada tanya iman…!!

Assam’u wa tho’ah, Wala’ dan intima’ pada pimpinan..!!


5rus_aljanianji,2126 malam, Isnin.

4 comments:

Anonymous said...

salam...

Satu persoalan yang ramai org perhatikan sekarang PAS seperti terpaksa bersekongkol dengn PKR dan DAP dengan kata mudah bersatu dalam satu nama "Barisan Alternatif" demi menjatuhkan pemerintahan BN..
Ya PAS tetap pertahankan demokrasi Islam nya..Tapi sejauh mana saudara yakin Islam akan tertegak Di Malaysia jika terpaksa berkompromi dengan parti yang memperjuangkan demokrasi kapitalis? Kadang-kadang saya perhatikan PAS sudah terjerat dan terperangkap...Buat pengetahuan saudara " Matlamat tidak menghalalkan cara" walaupun niat kita masuk ke dalam parlimen untuk menegakkan islam . Apakah dgn alasan waqie'skrg membenarkannya sedang dakwah RAsulullah langsung tidak berkompromi dgn demokrasi berparlimen . Apakah saudara ingin kata thariqah nabi ini sudah tidak sesuai keadaan di m'sia mahupun negara lain? Boleh kah PAS membina empayar Islam seperti dulu menguasai 2/3 dunia jika seruannya bersifat lokal(di m'sia sahaja)lihat saja di Kelantan desas desus untuk melaksanakn hukum hudud senyap terus..kerana apa?sedangkan untuk membai'at Khalifah adalah seruan global.Wallahu'alam.
Maaf jika perkataan saya agak keterlaluan..

-Pejuang Islam-

Anonymous said...

respon utk komen di atas:
kalau tidak sekarang, bila lagi? perkataan "bersekongkol" sangat tidak sesuai. pd sy, PAS hanya bekerjasama. bukankah sistem M'sia memerlukan "majoriti" utk berkuasa?

Anonymous said...

salam..

Majoriti untuk berkuasa? Boleh ke tegakkan negara islam sedangkan kita tahu DAP dan PKR ada perjuangan dia sendiri yg jelas2 bertentangan dgn Islam.

kenapa mesti guna cara M'sia? sedangkan Rasulullah da tunjuk cara nak bina negara islam..
kenapa tak ikut cara Rasulullah ..

Anonymous said...

Salam wahai mereka2 yg mengatakan cintakan Islam..

Islam tidak akan tertegak dengan DEMOKRASI..percayalah!

Sila ke link ni..

http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/